Pages

beringat sebelum kena

kalau uols noticed
beberapa entries yg lepas
me ada buat checkup
untuk kandungan gula dlm darah yang mencapai 6.2
walaupun normal tapi dah kira border line tu..
so last tuesday,
me pergi ke klinik untuk ambil 2nd vaksin hepatitis B
n me pun mintak la doc tu buatkan sekali lagi checkup
n resultnya sangat la terperanjat
4.8 utk gula
n Bp~120/70
sgt normal ok.
so balik rumah pun senyum2 gembira
bila dah doc kata sgt la normal,
maka syaitooon2 yg ada dlm badan pun mula la menganas semula
mula la makan tak ingat dunia.
kalo dulu masa 1st checkup
nak minum pun minum yg cenggini
tapi bila semalam....
siap bergumbira makan2 lagi tak ingat dunia..



bersama teman2 yang sentiasa hebat part makanan





walaupun steam
tapi kalo dah makan banyak
sama ajer kalorinya

belum lagi dessert yang manis mak datuk.!!!











n hari ini ajer
makan yg superb manis!






tu belum lagi yang sebelum2 tu...
laksa penang yang superb sedap.
try la kat pasar malam TAR
RM5 ajer semangkuk besar
asam pedas ikan sembilang
mari makan di tepian tebrau
ntah la..
bila nak sedar cik kak oii!!

pEnYiBuK @ bUaT-bUAt sIbUK ???

kalau anda seorang ibu pasti akan menyambut hari ibu
kalau anda seorang bapa pasti akan diraikan semasa sambutan hari bapa
kalau kamu seorang guru pasti kamu akan melaram ngan baju lip lap pada hari guru
&
sekiranya kamu seorang murid
sudah tentu kamu akan bergembira semasa hari kanak-kanak
so, last thursday
telah diadakan hari kanak-kanak
kira semua cikgu bagi chance la kat budak2 bergembira pada hari tersebut
demi memastikan majlis tersebut berjln lancar
semua warga sekolah mengambil bahagian
sepatutnya me kena siapkan pentas,
tapi haram langsung tak tolong apa2 pun
sbb me menyebuk tolong bahagian lain.
contohnya
sehari sebelum berlangsungnya majlis
me dah menyebuk tolong bahagian jajan
dari pegi ke kilang jajan hingga la menyimpang ke tempat lain..
begini la rupa jajan yang telah dipacked untuk kanak2 riang ria seramai 500++
cuma part packed ajer me tak sempat nak campur tangan

pada hari kejadian,
me menyebuk sekali lagi kat bahagian jamuan
tolong mengisi kuih2 raya n jajan2 yang dibawa oleh murid2.
serta merasa mana yg cantik2 @ colourful
sebelum menjalankan tugas menyebuk haruslah bergambar dulu ngan kanak-kanak yg sepatutnya diraikan..
dan sepatutnya
me bertugas kat atas pentas ni.
memandangkan rasa yg sgt bersalah,
me ada gak la tolong memegang banner yang baru kuar dari oven semasa hari kejadian.

kira ada gak la sumbangan kat atas pentas ni.


lepas dah jadi tukang sibuk
me pun nak lihat la apa yg terjadi di dewan pada hari itu.



semua murid xcited masa ni nak nengok persembahan kelas masing2
kiranya semua kelas ambil bahagian
tapi yg 3 ni ajer me snap
sebab
persembahan yg pertama ini memang sgt best!




tak tau la nak bagitau camana..
tapi memang best

~sbb kedua~
budak2 ni pernah la me ajar sekejap ari tu..







~sbb ke-3~
dah tentu ni murid2 yg me ajar dari awal tahun
agak touching yer sewaktu mereka menyanyikan lagu saleem(tajuk tak ingat)
sampaikan ada yg menitiskan air mata.
me tak berapa nak feel sbb sibuk ambik gambo n gelak2kan yg kat atas pentas tu..

muka semua yg terpukau ngan nyanyian lagu tersebut
siap bole nyanyi ramai2..
eh, budak2 ni hidup zaman saleem ker?


maka tamat la satu program pada akhir tahun ni.
lepas ni byk lagi program yg akan menyusul
rasa mcm dah tak larat nak g sekolah dah.

kami juara

baru sebulan budak2 ni habis periksa
maka dengan secara rasminya me pun habis la beban di bahu
kalo dulu
budak2 ni pun naik tensen bila nampak muka ini
asal muka ni ajer
belajar..
belajar...
n
terus belajar..
so memandangkan jadual n permintaan budak2 n rakan sepasukan yg lain
maka diadakan friendly bola baling ngan kelas lain
kesian juga budak2 ni
sbb me bukan la jenis yg senang nak puji depan2
bila derang bagitau nak buat friendly
me akan keluarkan kata2 yg mungkin bole menjatuhkan semangat derang
bila fikir2kan memang teruk la me ni
tapi yg bagusnya
budak2 ni sgt la cekal.
tapi dlm hati me berharap sangat2 agar mereka menang
senang citer me ni macam ego sikit la.
teruk betul la punya cikgu

bila di padang
me sgt la bertenaga menjerit2 memberi sokongan segala..
n alhamdullillah
semua perlawanan derang menang.



muka2 hepi bila gelaran sang juara hampir menjadi keyataan.


bila dah jadi juara mula la nak mintak itu mintak ini
layankan ajer la.


what?????? 6.2?????

baru2 ni..
eh tak la baru
(bulan lepas.. nengok tu, entry yang dah makan bulan baru nak post ari ni)
me pergi la ke klinik
saja nak buat checkup
memandangkan usia pun dah makin meningkat
maka haruslah selalu bertentang mata ngan doc.
lagi pun time tu
selalu sakit kepala n belakang
mana la tau Bp naik ker..
tapi doc kata tak de masalah
mungkin sbb selalu mengadap komputer kot.
(ada la asalan kenapa dah tak kerap update belog)
pastu
me pun ty la check gula
doc kata 6.2
mak aii tinggi tu
tapi doc kata tak de apa2 sbb me langsung tak puasa smlm.
mula la tetiba rasa dunia dah nak kiamat
alamak..
apa nak buat ni??
doc soh me mulakan gaya hidup yg sihat n bla bla bla..

tapi tak sampai sejam
doc tu nasihat
me dah pergi terjah ke sini dulu

ok masih bole terima la ngan set hidangan itu
tapi yg ini????


sendiri mau ingat!

siapa jaguh berlari

biasanya
awal tahun semua sekolah dah buat sukan tahunan
tapi tahun ni mencari kelainan
bila
mengadakan sukan tahunan pada akhir tahun
tapi sebenarnya ada baik buruknya
baik~tak payah lama2 buat latihan sukan (surga bagi murid n neraka bagi guru)
buruk~ jadual sgt la padat
sbb bila dah masuk akhir tahun macam2 program nak buat...
saban sabtu bersekolah..
memandangkan esoknya nak sukan
maka semua guru turun padang
mengandung ke tak
sakit ke tak
semua ambil bahagian......


menjelang senja baru siap ngan props utk perhiasan khemah
nak tak nak kena juga gantung apa yg patut senja itu
kalo dulu2
kami siap berkampung di sini
sampaikan tgh mlm pun masih ada aksi panjat n mengantung props2
siap bbq bagai
tapi rasanya tahun ni tak de lagi kenangan begitu
sbb ramai yg pergi n ramai yg berganti
meh kita lihat khemah yg adooo
senja sblum kejadian
rumah paling awal siap
ntah pukul berapa agaknya derang dtg


khemah paling banyak 'designer'
tapi sampai ke sudah cengitu ajer



khemah me yg agak huru hara juga petang tu




muka xcited bila dpt tolong cikgu2 menyiapkan bunga manggar

pada pagi kejadian

seawal jam 740 pagi
dah tiba di sekolah




sampai2 ajer sekolah
kira dah penuh la tempat parking
meh kita nengok apa yg mereka touch up sblm bermulanya kejohanan olahraga tahun ini

































gitu la hasil touch-up semua yg ada
apa pulak yg terjadi di bahagian kawasan sekolah
sebelum bermulanya acara pagi tu
semua ngah pulun menyiapkan barisan peserta kawad kaki
rupanya












semua dah mula tunjuk wajah resah
almaklumlah
nak beri yg terbaik
walaupun langsung tak de latihan
sebelum ini


akhirnya acara pun dimulakan







tahun ni me bertugas sebagai pengelola peserta
rasanya keja yg sama gak tahun lepas
ni mesti nak gunakan kebolehan me menjerit kat budak2 la ni..



sebelum jerit dah tentu kena senyum2 dulu depan kamera


antara yg menyibuk2 dibawah khemah me...







semua yg duduk menunggu giliran utk bertanding
jgn berani nak bangun tanpa kebenaran me yer!





acara 200m p(A)
muka memasing stress giler
nasib korang la
janji bukan me yg berlari



bila ingat zaman sekolah dulu
me 300% tak de langsung terlibat ngan sukan bagai ni
setiap kali ada latihan rumah sukan
macam2 xcuse yg me bagi
sakit perut la,
sakit kepala la,
n mcm2 sakit.

ha gini la gamaknya
kalo berlari
ada ajer yg terkehel itu
terkehel ini


mari kita layan aksi2 sepanjang berlansungnya kejohanan olahraga





mak aiii
panjangnya kaki budak ni







finally rumah me yg jadi johan keseluruhan
yahoooooooooooo