Pages

cabaran 14 hari!!

hoOOLLLLLaaa peeps!!
suka tau bila orang buat sesuatu diri ni pun sibuk nak ikut buat..
so antaranya cabaran 14 hari bliss ni...
sebenarnya kempen ni utk kempiskan perut kot..
tapi kalo dah perut tu besar cam macaroon (nyum nyum)
celah mana nak kempis dlm masa 14 hari???
so ambik ajer cabaran ni utk membaiki sistem penghadaman kita..

so, 2 minggu lepas,
balik ajer dr sekolah terus menuju ke jusco
gigih tau mengangkut 28 buah botol bliss ni.
jumpa 5 perasa ajer.. ke memang 5 ajer?? ntah ler..
tergolek2 botol2 ni kat dlm troli.
malu pun ade gak bila mana org nengok byk betul me borong
sampaikan cashier tu tanya, betul ke nak beli semua ni??
kalau nak ikutkan me bukan la seorg yg gemarkan minuman manis
tapi ngan bliss ni bole gi
sbb tak berapa manis sgt.
tapi dlm banyak2 tu yg menjadi idaman kalbu ialah perasa manggo..
superlicious!!
minuman bliss ni diminum 2 kali sehari yang mana boleh melancarkan sistem penghadaman kita
so far alhamdullilah
tetiap hari me g dating ngan Encik Tan.
sebab kalau sebelum ni
me memang jarang g dating ngan Encik Tan
kadang2 tu 3 hari sekali baru ada masa free g dating..

menurut pembacaan me sebelum ni,
kekerapan kita berjumpa ngan Encik Tan,
menunjukkan kadar metabolisme adalah tinggi
sbb tu org yg mempunyai kadar metabolisme yg tinggi ni mudah mendapat bentuk badan yang ideal.
so bagi org yg macam me ni
jenis makan tak hengat
pastu jarang g dating ngan encik Tan,
makanya bermarajalela la lemak2 kat dlm badan.
tambah pulak kelas aerobik yg on off ajer..
dan yang bagusnya dalam minuman Bliss ni terkandung sejenis fiber yang dikenali inulin.
bercerita tentang inulin ni..
dia merupakan sejenis fiber yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan.
dan yang lebih baiknya,
inulin ini digunapakai untuk menggantikan gula, lemak dan sumber karbohidrat yang lain.
tambahan pula......
inulin ini juga mengandungi hanya suku ke tiga suku bahagian tenaga yang dihasilkan oleh gula atau sumber karbohidrat yang lain.
dengan kata lain,
kandungan inulin ini juga boleh meningkatkan
penyerapan kalsium dan juga magnesium
serta
meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus kita.
Inulin ini juga boleh meminimalkan peningkatan kandungan gula dalam darah yang mana sesuai untuk penderita diabetic.
Dengan meminum bliss yang mengandungi inulin ini boleh mengurangkan penderitaan penyakit yang berkaitan dengan kandungan gula dalam darah.

nah hambik uols ngan syarahan me tentang dunia sains..
dah mcm lecturer falkuti sains dah gamaknya..
so.. me dah lengkap dah cabaran ni..
uols bila lagi??

finally..bali last day


halamak..
hari akhir memang tak bole tido..
gelisah semacam ajer.. ngiring kanan tak jadi..ngiring kiri pun sama..
sudahnya pukul 1ish baru la terlelap..
tapi itu pun lelap mcm tak lelap..
baru nak terlelap..
dah pukul 4.... kena bangun..siap2 bagai..
sbb transport nak ambik kitorg pukul 6 pagi..
tetiba menyumpah diri sendiri sbb ambik flite pukul 820 pagi..
sampai ajer airport sebbaik ternampak tempat wrapping beg tu..
haruslah membalut cantik2 badan si hijau ni..
takut peristiwa lama terjadi semula..
owh yer sebelum terlupa.. jgn lupa simpan duit IDR150000.. utk apa ntah tax.
kang kalo tak simpan kang.. dok la uols kat sana jadi maid org sana pulak.
muahahahha

naik ajer flite memang kat dlm kepala ni fikir nak bayar qada tido ajer..
pas sarapan..
tak pikir apa dah..
terus tido.

perjalanan balik ni.. kami bertiga nak mencuba sesuatu yang baru
iaitu naik bas kat terminal bas bersepadu selatan yang canggih manggih tu..
so ambik tiket bas direct ke kl central~~rege tiket bas RM8..
dari kl central kami naik komuter ke bandar tasek selatan.
gigih tau kami bertiga.
masa nunggu komuter tersebut,
kami bersungguh2 nak naik ladies' coach

tapi yang hampehnya..
nak kata lady Gaga pun idak.. Lady HeHe pun idak..... naik coach yang sama ngan kami..
sungguh tak berpelajaran betul org itu.

gitu gini gitu gini..
kami ambil tix ke jb pukul 330.
so sambung lagi bayar qada makan
tak cukup rasanya makan nasi lemak dlm flite tadi
so penambahan berat badan haruslah diteruskan semasa di TBS
lunch sgt ringkas.. nasi putih + sup tulang
tapi rasanya sgt heaven.. tak tau la sbb terlalu lapar ataupun memang sedap dishes tu..


muka sgt la hepi menunggu bas..
almaklumlah.. pergi dua beg..
balik 4 beg..
tapi apa ajer yg dibeli??
semua barang org..
utk diri sendiri ada la satu dua ajer..

abahku gigih mengangkat beg sewaktu me menjejakkan kaki di bumi johor..
syukur sampai di negeri terchenta dengan selamat tanpa cacat cela
bukan apa... ni nak stori sikit..
masa kat kintamani ari tu.. dah terfikir dah.. kalo la volcano tu meletup..
celah mana me nak selamatkan diri..
pastu masa kat jimbaran time nengok sunset tu pun sama..tertiba terbayang2 kalo tsunami terjadi time tu....
tempat tinggi mana pulak la nak lari utk selamatkan diri???
pastu time beli McD kat Kuta.. tetiba terfikir, kalo kena bom ...
abis la harta benda ku kat m'sia di agih2kan kat hadik beradik...
penat hokey mengumpul harta benda yang tak seberapa.
pastu korg pulak berjimba2 menghabiskan harta2 haku!
banyak chantek!!
~sila lempang diri ini sbb suka tau berangan yang bukan2~

inilah antara barang2 yang dibeli utk diagih2kan kat org ramai..
see ayu, memang ada la t-shirt kaler hitam.
sebbaik aku tak beli kaler putih utk diri sendiri.

barang collection yang semestinya ada..

i LoVe bali
muahahaha..
tetiba rasa nak pergi lagi...

tamatlah perjalanan budget kami ke bali..
rasa penat tak la sgt..
tapi rasa sgt berpuas hati ada la.
so yg belum bertandang ke bali,
sila-sila kan la yer..

2am saint o^clock showcase 2011


the next day merupakan hari terakhir dunia 2am ku di m'sia.
mengharap agar tangan tak gigil2 mcm malam semalam ~sigh~

showcase hari ni kat wisma MCA , jln ampang
memandangkan hari tersebut bangun agak lewat
maka haruslah la ambik brunch sekali

tapi yg tak bestnya..
ada org bagi tau some fans dah dok tercongok kat sana dr jam 5am!
wallawei, kena gak la kami2 semua dok kat sana awal memandangkan showcase itu adalah FREE SEATED..

dalam kereta memasing dah cuba merangka apa yg patut dilakukan utk memastikan posisi adalah hampir ngan penyanyi poOOOjaan..

nasib baik masa kami sampai
Q tak panjang sgt.
ada la dlm org ke seratus lebih kot or less
gitu gini gitu gini
maka kami pun sempatlah makan kat secret recipe
(time ni tak ada citer pun pasal halal ke tak halal)

seriyes geng...
naik kematu TUUUUuuuuUUUUuuuTT kitaorg
sbb dah start duduk dan menjadi penunggu setia kat sana dr pukul 12 lebih..
padahal show pukul 6 atau 7 nanti.
argghhh

layan ajer la selca di bawah ni
moga2 korg tau betapa bohsannya hari tersebut

nice tau this girl.
dia dr sabah.
kitaorg baru kenal hari tu..
adussss malu sey kalo dia tau berapa umur me..
argghh

usaha gigih dari I AM
seriyes gigih ok mereka2 ni..

ni bahagian depan barisan me.
ni pun tak nampak penuh sgt sbb masing2 copkan tempat kawan memasing..
aircond pun masih terasa lagi time ni...
almaklumlah gas karbon dioksida tak byk lagi

kira ok apa bekalan kami pada hari tersebut,
ada satu family ni bawak hidangan McD lagi,
barisan depan punya depan siap bawak pizza hut berkotak2,
yg paling best, sorg akak kat depan kitaorg,
makan nasi lemak lagi.. nyum nyum

akhirnya...
berakhir sudah penantian berjam2 dok kat karpet merah..
skrg ialah masa utk mencari tempat yg best utk nonton show kejap lagi...

kira ok gak la kedudukan kami pada hari itu..
ini pun berkat cop kawan2 kami yg telah masuk awal utk 'meet n greet' session..

some of the sponsors yg terlibat dlm siri jelajah 2am ke m'sia
mari kita lihat karisma 4 org jejaka ini

jinwoon

jo kwon

changmin
spoil betul la..time ni muka dia tak sehensem semalam..
benci ahh

seulong

next lepas dema2 semua menyanyi
ada games utk lucky fans yg dah beli tix utk main games ngan mereka.
tetiba tertanya2 eh dah kenapa me tak beli pun tix tersebut??

mari kita lihat 4 lucky girls dari first round yg dapat menatap muka 2am secara dekat plus mereka menyanyikan lagu secara live khas utk derang!

mari kita buat perbandingan ngan gambar kat atas n bawah
cuba lihat girls yg kat atas belah kiri uols...
time ni dia ala2 segan sbb jinwoon bagi cute bear..

ha time ni dah tak kesah dah.. malu ke hapa ker..
terus grab ajer..
dia consider lucky la weiii
arghhh tetiba pulak me emo tak tentu pasal

ini yg paling menyirapkan darah ni!
tapi tak pe, sbb bukan si changmin ingat pun sapa yg dia pegang tangan time ni.

seulong... suara sgt nice

kwon!!!! org pertama yg grab tangan girl ni!
time tu keadaan kat dlm hall gamat giler ngan IAM yg cemburu termasuk la me.
kekekekekeke

owh yer.. actually kitaorg ari tu celebrate birthday 3 org 2am members iaitu
changmin (May,1)
jinwoon (May,2)
Seulong (May,11)

the best part
kitaorg nyanyi lagu hari lahir utk mereka dlm dwibahasa ~korean & Malay language
kelakar giler time nak mention nama mereka bertiga bila menyanyikan lagu tersebut
sampaikan jinwoon tergelak2..
tak caya meh nengok clip kat bawah ni.

lepas kami menyanyikan lagu utk mereka,
twin tower birthday cake pun dibawa masuk

i love this pic!!
siap buat wallpaper kat desktop lagi!

time ni Dj Jin ngah sibuk membebel
tapi dema ngah teruja ngan kek
sampaikan changmin bagi tau yg dia teringin nak makan bridge tu, tapi tak bole sbb plastik!

another 4 fans yg beruntung naik ke atas pentas utk bagi hadiah kat birthday boy..
seriyes,
kalo la me yg naik pentas ari tu
sah2 hadiah best punya..
tak sure mug apa yg changmin dpt tu.

utk seulong pula..

kwon pun dpt juga walaupun bukan birthday dia.

mengiringi keberangkatan kek ke belakang pentas.

oleh sebab malaysian IAM buat surprise
maka 2am pun nyanyikan secara unplugged untuk semua IAM ..
next game yg agak best juga bila 4 org peminat
naik kat atas pentas utk tiru pose yg ditunjukkan oleh 4 org ahli 2am ni..
mau pecah perut kitaorg hari tu bergelak ketawa.

jinwoon

jinwoon's partner

seperti yg dijangka2
pose dr kwon memang paling hazab!!!

luckly girls ini telah berjaya membuatkan kwon ternganga..
kuang kuang kuang

changmin seperti biasa menunjukkan kemantapan otot2 badannya dgn pose ala bodybuilder

this girl tak nak kalah jugak tu..

pose paling sweet dari seulong

ah kacang ajer pose ni..

jeng jeng jeng....

siapakah pemenangnya???

dah tentu2 la kwon's partner!!

mari kita lihat aksi mereka sepanjang berada di atas pentas

tamatlah sudah pengalaman pertama me menghadiri showcase k-p0p untuk tahun semasa (kehkehkeh)
apa2 pun sgt berpuas hati...
terima kasih DigI..
tak pepasal beli starterpack digi pulak.
PppSSssTTTtt: sori la korang, sbb rasanya gambar byk fokus kat changmin, sbb memang my bias. seulong tu sipi2 ajer nampak sbb posisi dia paling jauh sekali N muka jinwoon la paling banyak dlm setiap gambar yg me snap, sbb dia memang betul2 diri kat depan me.