Pages

D.I.Y

memandangkan keja sekarang dok mengumpul winter coat.. 
(dah kenapa negara semusim nak kumpul winter coat ni???)
sudahnya tak de tempat nak simpan coat-coat tu...

so hari tu ternampak satu lemari ni dijual murah..........
haruslah g membeli
pula tu guna konsep DIY
bagus gak untuk mencabar kesabaran diri ini..
almaklumlah.. saya ni bukanlah orang yang sabar....

kitaorang start buka box tu pukul 1130 mlm..
ha.. time tu la nak makan..
nak tengok tv bagai
bersepah ruang tamu dibuatnya..

akhirnya 2.30 pagi..
baru siap lemari ku..
tu belum lagi siap berpakat nak tepon ikea......sekadar nak tanya camana nak sumbat skru tu??
sadis betul bila ingat insiden malam tersebut...

pasni.. dah nekad tak payah DIY ke hapa ke.....silap-silap bole DIE..

sila abaikan isi kandungan kat dalam tu.. tak sempat nak kemas..
pasni boleh buka aircond full blast sambil pakai winter coat feeling-feeling musim wintersebab duit nak melancong tak cukup lagi...

magnificent of Istanbul day 11

yeaaaaaaaaa... last entry untuk istanbul....
rasa makan bulan juga nak baca cerita 10 hari ni kan??
nak buek camana.... me bukanlah orang yang rajin nak taip hari-hari...
kalau boleh nak letak gambar jer.. caption pun kalo boleh letak tak letak jer..
bule cenggitu??

hari terakhir di istanbul memang la sedih..
mana tak sedih... bila kita dah semakin suka dengan tempat ni..tetiba nak berpisah
huwaaaaa........ 

secara kesimpulannya..
istanbul adalah tempat yang wajib uols lawati..
banyak tempat yang menarik untuk diterokai..
selain.............
penduduknya yang ramah tamah................mudah memberikan bantuan kalau diminta..eh silap...tak minta pun dorang rajin membantu.....
pulak tue...
tak ramai peminta sedekah....sepanjang 10 hari kat sana, tak de la orang mengganggu ketenteraman diri ini time makan ker, time bersiar-siar ker.. tak macam kat negara kita yang bersepah org minta sedekah xpecially tengah makan.. bukan nak menghina, tapi ada tu yang badan sihat walafiat, tapi minta sedekah.. dah kenapa tak nak keja???
ha lagi satu...
kat sini memang bersepah-sepah smoker... makcik pakcik, kakak adik, eh pendek kata semua la.. yang mana tak sama dengan situasi negara kita..
yang nak cerita ni bukan pasal smoker-smoker nih... yang nak cerita ni...pasal adegan sex kat tv langsung tak di censored...yang di censored kan ialah tangan orang yang tengah pegang rokok tu..
ish ish ish ish.. tak paham betul..
selain tu...
sistem laluan jalan raya kat sini yang tak tersusun.....pagi ni naik teksi guna jalan yang 1 lane.. petang jalan yang sama bertukar jadi 2 lane.. pendek kata kena sentiasa peka dengan sign kat digital board yang tergantung kat atas jalan tu..
dan yang paling tak bestnyaaaaaaaaaaaaa..................
dah kenapa bila jumpa malaysian,
masing-masing nak sombong tak tentu pasal...
walaweiiii tak paham betul... singaporean yang dekat ngan kita tu pun sikit punya ramah.................tu tak kira lagi  budak-budak yang rambut kaler hijau, merah , biru pun boleh sampai belanja  apple tea........ditambah pula dengan korean yang xcited jumpa asian kat sini..............ko tu malaysian yang kaya dengan budi bahasa.....ish ish nak berlagak sebab ko dah sampai istanbul??? eh yang aku pun ada kat istanbul ni ko tak citer kan????....
ish tak moh la citer pasal ni lagi.... boleh meroyan ok!
tercemar sudah entry penutup istanbul ni bila ingatkan citer malaysian yang sombong tahap dewa ni..

berbalik pada citer terakhir di bumi istanbul...
me sangat berterima kasih pada runway diva yang telah banyak membantu sehingga memberikan 1001 kenangan terindah dalam perjalanan hidup me di istanbul...
rasa sedih untuk meninggalkan....
ruang ni yang telah menyaksikan me campak ajer boots setelah seharian kepenatan berjalan...
dapur yang telah menjadi saksi kami berdua mengadun kek di tengah malam buta..
rindu nak melepak kat sofa ni menonton tv sambil memikirkan kesudahan hidup dengan berat badan yang melampau..
rindu juga kat cermin ni yang jadi tukang ketawa sebab tetiba ada pula jerawat singgah kat atas kepala  
paling tak tahan rindu kat akbil yang menjadi punca gaduh-gaduh manja sebab tak ingat berada dalam poket siapa..
rindu juga kat carrefour store yang dikunjungi tiap-tiap malam untuk membeli sebotol mineral water
sampai ke sudah tak kesampaian nak bersiar-siar di sekeliling pool..
walaupun pada malam terakhir runway diva mengajak me mengharungi suhu sejuk semata-mata nak berjalan-jalan di sekeliling pool itu..
rindu juga untuk melihat keindahan kawasan sekeliling dari balcony pada waktu malam sehingga terlupa nak tutup sliding door hingga menyebabkan sejuk satu rumah..............
senang citer semua pun rindu lah...

so hari terakhir
kitaorang kuar rumah around 1230 untuk ke airport..
disebabkan masing-masing tak b'fast pagi tadi..
tamak haloba pun muncul..
untuk me & runway diva,
kitaorang order set ni!!!
pastu masing-masing tak habis..
nasib runway diva pun ikut balik malaysia ari tu..
so luggage tumpang dia yang naek business class.... tak payah nak pikir excess ke hapakan...
tapi kalo rupa luggage saya seorang sahaja cenggini....
camana ceritanya???
bye bye istanbul...
jumpa lagi kalo duit syiling saya dah cukup yer..

psssttt: ada sesapa yang nak teman saya g iceland tak?? bencik la  tak de partner..

magnificent of Istanbul day 10

setelah mengharungi lebih kurang 10 jam perjalanan...
akhirnya kami tiba di bumi istanbul lebih kurang jam 7 pagi.....
seingat me la kan... sepanjang dalam bas tu.. langsung tak buka mata pun...
tido ajer.. bas berenti untuk rehat jap pun, me tak kuasa nak turun...
cuma yang ingat betul ada sekali tu bas berhenti sebab nak naek ferry..
yang ni bukan mimpi ke hapa... betul di alam nyata..
sebab me ada ambil gambar time naik ferry tu.

berbalik tentang pagi terakhir tu...
kitaorang di turunkan di sebuah terminal untuk tunggu shuttle bus ke sultanahmet
so dalam pukul 730 pagi shuttle bus membawa kami ke sultanahmet..
memandangkan bila ke istanbul adalah satu kemestian untuk bergambar di depan blue mosque.....
makanya...
kami terus ke sini untuk bergambar......
 masih awal pagi..
so tak ramai lagi manusia kat sini..
makanya.................boleh la mengeliat tertonggeng terbalik cari pose yang seswai ngan tajuk entry gitoo...

disebabkan banyak tempat nak pergi lagi lepas ni..
kitaorang terus ke McD yang terletak betul-betul di hadapan laluan tram...
harga untuk set dibawah ni tak ingat...
yang penting pas ditukar ke matawang kita.. bule buat 3 kali sarapan di kedai abang kasut merah ni..
 memandangkan hari ni hari terakhir di istanbul...........
sedih dah mula terasa.. (cewah)
gambar station tram ni pun bantai disnap..
 agenda pertama ialah ke taksim..
sebabnya..
for the past 9 days.. asyik dok lalu lalang kat depan square ni..
tapi haram tak bergambar dengan tugu yang dibina pada tahun 1928......
so misi pertama bergambar dengan tugu ni ha...
 disebabkan kitaorang datang awal pagi..
kompom tak de ramai makhluk manusia pagi-pagi tu.....jadinya
tak de la rasa nak menangis sampai kuar hingus bila dok peratikan minah-minah turki yang berbadan slender ngan coat bulu-bulu jalan berpimpin tangan dengan bopren!
bercerita tentang taksim square ni.......
selalu je kat sini orang buat tunjuk perasaan..
sebab tu banyak keta polis......kengkadang tu.. siap ada keta kebal......
ingat keta kebal untuk skuad harimau muda jer ker kat indon ari tu..
sini pun sama hokey!
pernah satu malam time kitorang makan kat sini,
dari dalam kedai.....
kitaorang nampak berduyun-duyun manusia berarak di sepanjang jalan istiklal tu...
runway diva bagi tau.. tu nak buat protest la tu..
gigih ni nak nengok...pastu sekali runway diva buka citer.. terus lupa dah pasal protest tu...
ha...........................gitoo la me ni kalau dah start mendengar org citer...suka lupa nak balik ke pangkal jalan..
  next agenda yang memang wajib me habiskan ialah .........................
naik nostalgic tram ni!!!
siap dari day 1, dah bagitau partner..yang kita wajib naik ni...
tram ni bergerak terkedek-kedek melalui istiklal street hinggalah ke taksim square..
rega pun tak mahal dalam 1TL

sepanjang berada dalam tram ni......
sempat gak la menjamu mata ngan suasana di taksim pada waktu pagi...
sampai ke penghujung stop,
misi seterusnya ialah ke galata tower..
melalui study ari tu, nak ke galata tower ni.. kita boleh jalan kaki jer dari istiklal street..
so misi menapak bermula lagi...
tetiba nampak sudah signboard tulis galata..
ha kompom sampai punya ke tower tu...
hati sudah nyanyi-nyanyi lagu korea..
lalallalala
otw nak ke galata tower
terjumpa museum mevlevihane..
ok kami masuk museum tu sebab sampai ke sudah tak kesampaian nak nengok dervish show
sebabnya dervish show ni tak de tiap-tiap hari..

bayaran masuk museum ni ialah 5TL


dah baca lebih kurang kat dalam muzium tu..
kami meneruskan perjalanan untuk memburu galata tower..
tapi kami berhenti sebentar di satu lorong ni
bila ternampak satu jalan menghala ke sebuah masjid yang terletak di tingkat atas..
kitaorang tak masuk pun lorong ni..
sekadar melihat dari jauh jer..
jalan punya jalan
akhirnya jumpa pun galata tower ni..
nasib partner jalan mendongak ke atas...
kalo nak harap me yang jalan tunduk bawah.. sah-sah tak jumpa galata tower ni

menara setinggi 66.90m ni boleh membuatkan kita semua hilang nyawa kalau memanjat ke tingkat atas..
nasib ada lif ke tingkat paling atas..
difahamkan tower setinggi 9 tingkat ini pernah merupakan tower tertinggi di istanbul.
malah
di tingkat atas ada menyediakan restoran dan juga niteclub.. wah boleh tunjuk langit nampaknya..
dan lebih menariknya kat belah atas,
kita boleh melihat pemandangan istanbul secara 360 darjah...
yang paling hangin time kat atas tu..
sah-sah memang ada announcement bagitau soh ikut clockwise.. tapi yang payahnya.. ada jer pengunjung yang tegar..
sudahnya traffic jam kat atas tuh! 
punyalah sejuk dari atas ni.. rasa mcm nak buat bungee jump... (wah kengkonon nak budget berani la tu)
walaupun ada lif disediakan di tower ni..
kita tetap kena menapak beberapa mata tangga yang berpusing-pusing persis mcm karipap pusing..
(motif nak samakan dengan makanan??? sebab..... time menaip ni saya tetiba kelaparan...)
turun jer dari tower tu.. kami menapak untuk ke karakoy.....
time ni main redah jer tanpa apa-apa direction...
siap partner tanya...eh betol ker lalu sini??
me ngan bangga tapi dalam hati tertanya-tanya juga sambil bagi jawapan.. 'trust me! aku tau kita akan sampai punya'
lebih kurang 10 minit kami sampai ke karakoy
turun subway dan decide tak nak naik tram tapi nak menyeberangi jambatan untuk ke eminonu..
tujuan asal nak seberang jambatan ni..
adalah sebab nak menengok pakcik-pakcik ni dok menghabiskan masa seharian dengan aktiviti memancing..
memang terbaik la tahap kesabaran pakcik-pakcik ni..
kalo me.. sah-sah setengah jam pastu bentang toto dan berdengkur..
kah kah kah kah
owh yer,
bila dah lalu kat sini..
sure pakcik-pakcik tu akan offer uols utk memancing..
tapi hari tu kitaorang terpaksa menolak sebab nak rush ke tempat seterusnya...
next kitaorang terus ke stesen eminonu untuk naik tram ke sultanahmet..
misi seterusnya ialah ke topkapi palace

memang betul la apa yang di advicekan agar sampai di topkapi palace ni pagi-pagi..
sebabnya.. nak masuk ni kena beratur untuk beli tix.
pastu nak melepasi scanner lagi.. adussssss...

untuk ke topkapi ni ada beberapa entrance..
yang kitaorang lalu ialah middle gate ataupun gate of salutation yang terus membawa ke 2nd courtyard
topkapi palace ni sangat la besar dan pelawatnya pun punya la ramai..
dan yang paling tak bestnya...
ada certain buildings tu tak boleh nak ambil gambar..
bagus gak tak boleh ambil gambar sebab nanti tak pepasal jammed kat dalam tu..
sedangkan tak ambil gambar pun boleh jammed...
berbalik cerita tentang topkapi ni..
sebenarnya, topkapi palace ni ialah istana dari zaman kesultanan uthmaniyah lagi...
dan pada tahun 1985, menjadi kawasan dalam lindungan unesco
istana ini telah dibina pada tahun 1459 dan mengandungi 4 bangunan utama dan banyak bangunan kecil yang lain.
pada penghujung abad ke-17,  istana ini sudah tidak digunakan kerana kerabat diraja telah berpindah ke sebuah istana baru yang bercirikan european iaitu istana dolmabahce.
 yang uniknya tentang istana ini
kerana kedudukannya yang terletak di atas bukit menghadap golden horn, laut marmara dan bosphorus.
selain itu terdapat sebuah tangki air bawah tanah yang digunakan sepanjang zaman pemerintahan uthmaniyyah.
bila berada di sini,
ouls pasti akan tercari-cari satu buildings yang menempatkan tongkat nabi musa, dan paling utama janggut nabi muhammad s.a.w.
owh.. punya la tertonggeng-tonggeng kitaorang nak mengecam rupa janggut itu sebabnya hanya sehelai sahaja janggut yang dipamerkan.
tapi uols akan rasa mcm sebak sikit kot bila berada dalam bilik tersebut.

dapat jer melihat janggut nabi....................
 kitaorang terus keluar dari topkapi palace
padahal banyak lagi buildings yang patut kitaorang lawat..
tapi sebab kesiankan runway diva yang dah berzaman menunggu kitaorang kat sultanahmet,
dan faktor perut lapar..
maka kami terus menuju ke sebuah kedai makan yang terletak di area station tram tersebut..
 set makanan kami bertiga untuk tengah hari terakhir di sultanahmet ni ialah 83TL.
mahal nak mati kan??
tapi nak buek camana.. makan kan ajer..
memang tiap kali makan kat istanbul ni,
me tak pernah skip ambil dessert..
cuma last day tu try rice pudding ni..
wah lompat bintang!!!! sedap!!

sebenarnya runway diva lunch ngan kitaorang sebab nak tolong kitorang carikan kedai turkish delight yang kitorang kunjungi masa 1st day tu...
setelah rasa nak menangis cari tak jumpa (nasib jumpa korean boleh citer pasal kpop..ngee ngee)
rupa-rupanya memang betul-betul dekat dengan stesen tram kat sultanahmet..
yang kitaorang tak jumpa tu sebab nama kedai tu yang sudah silap ingat..
wakakakaaka..
 beratur turkish delight untuk dipilih..
boleh pilih untuk bungkus dalam pelbagai saiz kotak..
dan paling penting jgn lupa beli ada satu jenis ceklat kat sini..
bak kata sorang adik me..."walaupun rupanya buruk & hitam.. tapi rasanya sangat la sedap"

later runway diva balik office semula,
kitaorang bergegas ke arasta bazaar untuk menghabiskan sisa-sisa duit belanja yang ado...
shopping sampai naik lenguh tangan mengendong plastik...
kitaorang pun bertolak pulang............
time ni syahdu 
bila lalu dibahagian belakang blue mosque..................
sebab baru tahu kat mana tempat nak ambil air sembahyang!!! bencik!!