Pages

krabi day 4


 tamat sudah percutian singkat kami berlima..
bertolak ke airport dalam jam 1230 untuk flight petang..
tapi mengapakah airport tak dipasang aircond??
nak jimat kah??

pulang dengan membawa seribu satu kenangan manis, pahit, tawar masin dan segala perencah pun ada..
 yang bestnya..
tercapai hajat nak naik tuk-tuk..
walaupun naik yg motor punya style.. tak pe.. masih banyak lagi kawasan thailand yang tak diterokai..
harapan agar berjaya naik tuk-tuk lori pulak..

hajat lain yang tak kesampaian untuk trip kali ini ialah nak menonton muay thai game
owh yer.. sepanjang pekan ao nang ni.. akan ada bas-bas yang mempromote tentang game ni..
siap bagi transport free untuk ke stadium..
tapi kami tetap tak kesampaian nak menonton.....
sadiss...

owh yer.... meh nak kongsi sikit sebanyak barang-barang yang me sempat beli tempoh hari..
buat yang belum terima cenderahati dari krabi ni.... harap bersabar ek.. me ala-ala sibuk yang hamat balik dari trip ni..
insyaallah tak lama lagi sampai la kat depan muka pintu rumah masing-masing yer..
:)
fridge magnet ~ 40฿ - 100 ฿  

purse comel ~ 100฿

water globe ~ 180฿
hazab betol nak mencari bendalah ni... nasib jumpa masa gi floating village tu. pastu saiz ni ajer yang ada...

rantai kaler-kaler ni ~ 250฿
rantai ni sebenarnya kat m'sia pun ada.. tapi dek kawan tu dah beli, haruslah ikut beli gak.. padahal me tertarik kat satu rantai yang comel masa kat floating village ari tu.. tapi tak sempat nak beli pun.

keychain yang pelbagai jenis ~100฿ 

t-shirt ~ 130฿
-140฿
rasanya itu ajer kot barang dari krabi untuk kali ini...sebab separuh proses pembahagian harta pencarian di krabi telah dijalankan untuk adik beradik.. jadi tak ingat pun apa yang me dah beli sebenarnya....

tamatlah percutian paling pendek untuk permulaan tahun ini...
semoga ada lagi percutian untuk hari-hari mendatang...
masalahnya... ada ker??
~ngee~ngee~

amin..........

krabi day 3

 hari ke-3 di krabi masing-masing dah get ready awal...
lepas b'fast, kitaorang bergegas menunggu di pintu depan hotel sebab dah excited.
van membawa kami ke destinasi yang me pun tak tau kat celah dunia mana
sebabnya...
sempat bermimpi kat dalam van
rasanya makan sejam lebih gak perjalanan pada hari tersebut..

akhirnya kami pun tibalah ke sebuah jeti..
mula la cuak bila nengok long tail boat tu..
mula-mula kitaorang memang plan nak naik speedboat
sekali last minute ntah camana boleh pulak tukar plan
kalau nak ikutkan perancangan awal,
dorang nak ke phi phi island dan yang seangkatan dengannya..
tapi yg me pulak tertarik dengan floating village ni..
akhirnya kami ambil package ni..
reganya seratus hinggit.

ingatkan me sorang yang ala-ala cuak naik bot ni..
rupa-rupanya member sorang ni lagi cuak..
ha nampak tak dia siap pakai life jacket??
lawak la dia sorang ni..
itulah keistimewaan kawanku yang sorang ni.....
bot ini membawa kami semua ke james bond island
sapa yang layan citer james bond ni tau la kat belah mana dorang buat penggambaran.. me??
haram tak tau kat celah mana dorang berlakon pun..
ambilkan ajer la gambar pemandangan yang cantik-cantik..

 kami diberi masa 40 minit berlegar-legar di sekitar kawasan pulau..
next,
kami di bawa ke kawasan bakau
sementara menunggu yang lain siap berkayak

kitaorang berlima langsung tak berkayak pun..
kalau la tau cam gini rupa berkayak..
memang sah-sah me dulu yang nak berkayak...
 agak-agak kehausan..
sila lah beli air kelapa..
sangat santai..
sebab bukan uols pun yang berkayak..
uols cuma duduk kat depan kayak tu jer..
 ni lah antara rupa pemandangan yang kami lihat sepanjang tour di kawasan bakau..
rupa pun lebih kurang sama dengan kat tanjung piai, johor tu..
 kemudian kami semua dipelawa turun ke rumah terapung ni
sementara menunggu yg lain berkayak..
bosan..bosan..bosan..
 akhirnya,
sampai pun ke tempat yang me sangat idam-idamkan..
kami ke floating village
 di sini semua penduduknya islam
malah uols akan di denda sekiranya order minuman yang tidak sepatutnya..
so tak perlu risau..halal ke tidak..
dijamin halal oleh kerajaan thailand..

sementara menunggukan rakan yang lain siap makan,
me & partner bergegas untuk mencari stadium terapung..
ha jgn tak tau...
di sebabkan adanya perkampungan terapung di sini..
makanya,
ada sekolah dan stadium terapung juga..
dan me di beritahu yang ada pemain bola sepak terkenal lahir dan membesar di sini..
bermakna.. mesti dia berlatih main bola di atas stadium ni juga..

tapi sayang...
time kitaorang datang tu,
stadium tu sedang dibaik pulih..
apa pun tak nampak..
yang nampak air laut jer..
 apa yang me di beritahu oleh penduduk tempatan,
stadium ni sedang di bina semula di kawasan yang lebih besar 
gambar di atas pula gambar sekolah terapung yang pertama me pernah lihat..

 berakhirnya lawatan kami ke perkampungan terapung tu..
makanya tamatlah pengembaraan atas air untuk hari tersebut..
seterusnya kami di bawa ke tokong apa ntah namanya..
rupa tak ubah macam sleeping buddha yang kat penang tu..
 macam biasa,
bila masuk tokong,
ramai ajer yang dok sembahyang..
kami sekadar tengok ajer kawasan sekeliling, 
persis mcm adun kawasan buat lawatan..
 time nak kuar tu..
ada pulak yang terperasan sesuatu yang mengalir kat sini..
 rasanya..
memang darah..
tapi tak tau sapa punya..
gilo ke hapa nak suruh me yang tanya ni darah sapo..

kat kawasan luar tokong tu,
ada tokong yang me rasa sangat mewah..
dinding dan boleh kata,
kebanyakan bahagian diwarnakan dengan warna emas..
 setelah lebih kurang 40 minit di sana..
kami di bawa ke kawasan air terjun..
tak la cantik mana pun..
lagi pun me tak menapak ke tingkat atas pun..
tak kuasa..
penat...
 apa yang me buat,
dok bawah,
tunggu 2 orang lagi rakan yang gigih mendaki ke tingkat atas..
 tepat jam 5 kami di hantar pulang ke hotel.
memandangkan semalam kempunan nak makan makanan yang dijual kat pasar malam mini..
makanya,
hari ke-3,
awal-awal lagi kami dah ke pasar malam tu..
mula la masing-masing jadi tamak haloba..
membeli tak hinggat!
pastu ke tong sampah juga akhirnya..
seriyes.. yang cucuk-cucuk pakai lidi sate tu tak sedap!
jgn beli.
harap rupa ajer yang cantik.

dek kerana tak puas makan,
kami ke pekan ao nang semula.
ha...
malam ni impian terakhir tercapai,
bila kedai pancake idaman kalbu yang disinggah hari pertama dah dibuka semula..
apa lagi lompat bintang!
haruslah makan pancake untuk kali terakhir..

 selepas membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang,
kitaorang melepak kat pool sambil ambil gambar..
ye ye ajer la kitaorang berposing
tapi gambar tu semuanya macam membela hantu raya..
bergegar-gegar..

krabi day 2

 pagi pertama di krabi memang bangun awal
siap-siap terus b'fast
memandangkan b'fast free, 
harus makan sampai kenyang..

time ni tuan belog sibuk menulis postcard utk diri sendiri
almaklumlah,
sebelum ni asyik tak teringat 
"dear me...."
sekali bila sampai postcard kat rumah..
rasa syahdu sebab diri sendiri menulis untuk dibaca oleh diri sendiri
umpama refleksi pada cermin
 van sampai tepat pukul 830 pagi
membawa kami semua melewati beberapa buah chalet dan hotel sekitar ao nang untuk mengambil pelancong yang lain..

tempat pertama yang kami tujui ialah 
krabi safari untuk menunggang gajah
dari m'sia me dah dok terpikir,
mampukah gajah nak membawa diri ini berjalan-jalan????

bukan apa.....
berat kami dah hampir sama..
kang silap-silap me pulak yg bawa gajah tu bersiar-siar..

memandangkan kami berlima,
makanya terpaksalah naik berasingan.
me siap-siap dah warning tak nak naik sorang..
walaupun badan sebesar gajah,
namun hati tetap kecut macam asam kecut

so plan kitaorang hari itu ialah
 snap gambar ahli percutian yang lain

sekali lain yang jadi
ToM - nama sebenar gajah yang me naiki ni
telah ikut  shortcut
dan seekor lagi tu pulak ikut kepala angin dia jer
ikut suka mana ajer nak jalan..
sudahnya
 tak ada gambar kenangan yang disnap dari camera masing-masing

tempat pertama yang gajah tu redah ialah kawasan pokok getah..
rasa kesian pun ada
sebab gajah-gajah tu terpaksa meredah lopak-lopak.

dek kerana kesian itu,
partner siap menangis hokey!
tak sangka rupa-rupanya persahabatan selama 21 tahun selama ini tak lengkap selagi tak tau yg partner ni terlalu sayangkan binatang..
next gajah ni melalui satu kawasan lapang...
time ni dah bersyukur
sbb ingatkan dah tamat dah kesengsaraan si gajah membawa kami semua...

sekali......
si T0M ni...
g berendam kat dalam air..
masa mula-mula t0m nak menjejakkkan kaki kat sungai tu..
kitaorang berdua mcm percaya tak percaya jer kan...
maklumlah..
sedangkan kat daratan pun kitaorang gelisah semacam ajer dok atas badan tom..
inikan pula bila si tom nak berendam dalam air..

berfikiran positif,
kami berdua menjangkakan tom nak g buang air kecil kot..
sbb time tu tak de satu gajah pun yg berada di kawasan sungai tu..
tapi bila fikir balik,
tadi kawan-kawan tom main selamba badak jer melepaskan hajat kat depan orang ramai...
takkan la tom ni sangat bersopan pula..

time tu,
dah terfikir,
mesti me n partner tenggelam 
sebab tom tergelincir kerana licin..
rupa-rupanya...
memang semua gajah akan berendam kat sana
untuk sesi fotografi..

tapi tak perlu risau sebab penunggang gajah ni lagi expert guna kamera.

time ni..
kitaorang berdua dah gelisah semacam
sebabnya...
si tom ni kejap ke depan kejap ke belakang..
mcm orang mabuk..
cuak yang hamat kitaorang time tu..
buatnya tom naik minyak
tak ke haru kitaorang dibawanya lari..

banyak keping juga si penunggang gajah ni snapkan gambar kitaorang
so sekarang ni kitaorang nak naik ke daratan pula
nak naik ke daratan ada satu masalah.(bagi me la)
tapi bagi tom no hal..
nak naik ke tebing sungai tu...agak tinggi
tapi si tom dengan mudah boleh naik ke daratan
tup tup 
ada satu insiden yang sangat membuatkan partner lagi sebak bila......
...
....
....
...
...
...
perasan tak straw hat yang kaler biru tu???
sebenarnya straw hat tu me punya.
tapi masa ride ni me pass kat partner soh dia pakai
sbb mengganggu pemandangan mata ni time nak ambil gambar
so bila tom nak naik tebing tu...
boleh pulak staw hat tu terjatuh dalam air..
yang partner dah menjerit-jerit
"topi...topi..topi..."
yang me pulak..
"dah biarkan dia..."
sekali boleh pulak rider tu terdengar..
tau apa terjadi???
dia suruh tom pusing semula dan ambil topi tu..
dek terlalu pantas berlaku..
kitaorang tak pasti camana tom boleh pusing ke belakang semula.. sedangkan lorong nak naik tebing tu sempit..
time tu,
terus partner nekad nak belikan makanan untuk tom..

untung la tom ari tu sebab partner belikan dia pisang sebakul dengan harga 50baht.

next kami dipersembahkan dengan persembahan baby elephant yang bernama Mr GogO..
sangat cute mr gogO ni..
show berakhir dalam masa 10 minit
sebelum pulang jgn lupa beli cenderahati yang mcm me pegang kat gambar bawah ni..
gambar yang diambil sewaktu si tom berhempas pulas mengharungi becak kat kebun getah dengan harga 150baht.
tapi kualiti kertas gambar sangat tak memberangsangkan langsung
seterusnya kami di bawa ke emerald pool
wah hebat tu..
pool pun pakai zamrud
untuk ke sini
akan melalui jalan yang berhutan
almaklumlah,
pool ni terletak di dalam khao phra bang khram nature reserve
ada lah menapak sepuluh minit..
entrance fee ialah 20baht
emerald pool ni mempunyai warna air yang cantik 
sebabnya lantai pool ni yang berwarna zamrud..
 airnya mempunyai kalsium karbonat yang tinggi
dan yang menariknya..
air kolam ini akan bertukar menjadi hijau kebiru-biruan sekiranya musim panas dan bertukar hijau kusam sebaliknya..
bernasib baik kerana hari tu air kolam itu seperti gambar di atas..
kolam ini tak dalam pun adalah sekitar 1.2 m ajer..
tapi kena berjaga-jaga sebab kawasan tebing kolam ini sgt licin!
ramai ajer pengunjung hari tu yang tergelincir mcm nangka busuk!
ambil gambar memang la cantik..
tapi sebenarnya tak la seindah yang digembar gemburkan..
biasa-biasa ajer..
tapi sebab tetiba ada pool kat dalam hutan belantara ni..
mungkin itu menjadi satu daya tarikan pihak thailand khususnya krabi ni..

lebih kurang sejam kami berada di sana..
kitaorang di bawa ke hot spring yang tak jauh pun dari emerald pool tu..
entrance fee ialah 90baht
dan semua ni termasuk dalam package 
yang menariknya kat hot spring ni..
tak ubah macam rupa pamukkale yang me visit masa kat turkey last year.
pengunjung boleh duduk kat dalam 'bathtubs' yang ada disitu tanpa sinaran cahaya matahari sebabnya banyak pokok melindungi kawasan tersebut..
suhu air dalam 'bathtubs' tu antara 35C - 40C.
tapi kalo setakat kat gambar me di bawah ni..
air suam-suam kuku jer.
nak berendam kat sini pun boleh..
akhirnya..
kami di bawa makan tengah hari di kawasan pintu masuk hot spring ni
tempat makan dia sgt klasik
banyak pondok kecil mcm kat dusun..
ni antara lauk pauk yang di hidangkan..
udang goreng tepung dia memang terbaik la..
jangan tak percaya,
me makan berdiri pada hari itu..
sebabnya..
bangku tu amat tinggi..dan tak boleh nak di laraskan ikut keselesaan tuan diri
makanya berdiri la sepanjang masa..
seterusnya..
kami dibawa ke wat tham suea aka tiger cave temple
ha ni nak bagi amaran siap-siap hanya orang yg cukup stamina ajer boleh melihat pemandangan kota krabi dari puncak
sebabnya..
perlu menapak sebanyak...........
turun van..
me dah excited dah
ala setakat 1237 steps..apa lah sangat kan???
muka kekwat ok!
orang excited nak sampai ke puncak!
sekali sampai kat 94 mata tangga..
nafas dah mencungap!
ha..
mula la tak nak teruskan pendakian..
siap suruh partner carry on membawa hajat hatiku yang tidak kesampaian..
huhuhu..
partner bagi sokongan bagitau dah tak steep dah tangga kat belah atas..
ok.. me percaya..
terus menapak sehingga ke 143..
time ni siap surrender dah
sebab nampak tangga yang makin curam...
nak turun pun satu masalah
sebab gayat yang hamat..
nak cover line..
buat-buat ambil gambar pemandangan dari sana..
padahal bukan ada orang nampak pun..

nak ke pintu masuk kawasan ni malu lah pulak kat 2 orang sohabat yang memang dari awal tak nak mendaki tiger cave temple ni..
so ambil langkah cover line..
g ke sebelah dalam kawasan ni tengok pagoda & tokong yang ada kat sini..
sekali..
si tourist guide tu siap menjerit-jerit panggil me..
"hi...hi...hi... you!"
halamak.. malu sudah time ni sebabnya tadi turun van bukan main beriya-iya nak daki gunung tu..
"did u reached to the top?"
ha.. muka kekwat lagi me time ni..
"no... just quarter"
hambik ko... me menipu, suku pun tak sampai sebenarnya..

ha... panjang siot sign yang di tepek kat pintu van kami hari tu..
lawak pun ada
maka berakhirlah jalan-jalan hari kedua kami..
plan seterusnya ialah melayankan 2 orang rakan yang tak sempat nengok sunset semalamnya..
rupa-rupanya berhampiran dengan hotel kitaorang tu ada pasar malam yang sekangkang kera..
sambil jalan-jalan nengok apa yg di jual,
masing-masing dah set dalam kepala apa yang nak di beli time balik hotel nanti..

kami meneruskan perjalanan ke pantai ao nang
dok melangut kat tepi pantai sampai la sunset

agenda seterusnya ialah g buat thai massage
me memang dah cakap awal-awal yg me tak nak buat sebab takut...
so kitaorang berjalan ke hujung pantai ao nang
sekali dari jauh kitaorang noticed ada satu awek ni
siap posing maut kat pantai
apa lagi..
free show kan...
motif bergambar cenggitu?? mungkin nak screen test untuk bay watch musim terbaru kot..
jalan menuju ke hujung pantai sgt happening pada waktu malam
tugasan mencari tempat massage masih lagi dijalankan
walaupun hati berkata tidak mahu dipicit-picit..
 tetiba......
 scary hokey!!

next ternampak booth jual pancake
harus makan lagi
tempat ni best..betul-betul sebelah ngan tempat massage yang open air.. siap mengadap pantai..
sementara menunggu 2 org rakan di massageme apa lagi..asyik mengorder pancake ngan manggo shake..cukup sebulan kat sini..memang kena kencing manis la jawabnya...