Pages

unplanned trip ~kuala kangsar~penang~alor star~kuala perlis~kuala kedah~

cuti sekolah yg lalu,
memang rancang untuk ke butterworth untuk majlis pertunangan seseorang..
punya la lama perjalanan..
memanglah jarak dari selatan ke utara tu jauh
bertambah pula dengan jammed..
kalau tak sabar boleh patah balik ke selatan..
R&R memang sesak ngan pengunjung..
parking memang nan ado..

so petang tu sempat la menyinggah ke kuala kangsar..
niat di hati memang nak ke pekan kuala kangsar
tapi kalau dah namanya konvoi beramai-ramai
ada ajer yg itu.. yg ini..
 akhirnya tak kesampaianlah hajat kami nak ke pekan kuala kangsar
sekadar minum petang di pinggir pekan
dan meneruskan perjalanan ke butterworth.

esok pagi..
senoneng kepala sebab kena bangun awal & siapkan hantaran
siapa yang bertunang tu..
biarlah rahsia..
nanti dah kompom ai bagi tau ek.. 
dalam 2ish majlis pun berakhir..
harus pantas sbb esok dah nak balik jb semula.
so memang plan ari tu cuma nak pergi ke bukit bendera dan nak pekena laksa janggus kat area balik pulau tu jer.......

mungkin sebab cuti sekolah dan weekends,
so jenuh gak la beratur utk beli tix kereta api tu..
harga tix utk local RM8 jer.
 alhamdullilah sampai ajer di atas 
terkesima 
dengan suhu yang nyaman dan pemandangan yg sgt cantik..
kami meneroka puncak penang hill

dari atas ni..
boleh lihat kepesatan pulau pinang
dan tahukah anda????????????
kat atas bukit bendera ni ada hotel...
seriyes saya tak tahu!!!!!
nampak gayanya terpaksa masukkan agenda tu utk plan yg akan datang..
jika kita menyusur ke belakang..
masih banyak tarikan yg ada di sana..
dan hari tersebut kami menaiki ride untuk meronda-ronda kawasan sekeliling bukit bendera.
harga yang dikenakan hanyalah RM30 untuk satu ride.
so bole la muatkan sehingga 6 orang
ada certain stop yg dorang akan bagi peluang utk bergambar
atau agak2 uols notice tempat yg cantik..
boleh je soh driver tu berhenti.

tinggalan dari tahun 1818 katanya..

periuk kera..
antara tempat yang diberhentikan untuk pengunjung melihat sendiri periuk kera ni..

jambatan gantung tertua katanya juga..

rumah yang tidak berbumbung katanya..
abis tu, time hujan camana??
tapi rasanya ada jer atap zink kot..

lagi antara rumah yang ada di atas sana..
jgn tak tau..
di atas sana tu ada juga pejabat pos..
sila jgn bunuh kalau anda terjumpa dia melintas jalan.

dalam jam 7 malam, 
kami pun bergerak pulang..
oleh sebab ramai gak pengunjung nak turun ke bawah,
dan kami orang yang terakhir masuk kedalam cable car,
makanya
tak kesampaian la hajat nak berada di bahagian hadapan cable car untuk merasai suasana ala-ala naik rollercoaster.

balik tu perut terasa lapar..
hajat nak cari laksa janggus tidak kesampaian untuk kesekian kalinya..
untuk itu kami ke padang kota
dan untuk kesekian kalinya haruslah order pasembor.
sikit tips, try beli pasembor kat gerai gani.
kuah dia lain daripada yg lain
dan yang paling penting........ panjang Q nya...
dan harga dia pun .....
main pukal jer..
RM29.

selamat hari jadi sahabat..


 ni kes 2 bulan lepas..
memandangkan sorang member tu sambut besday
so kami sepakat nak g berjimba-jimba.
keluar pun tak jauh setakat aeon depan rumah jer.

so plan pun dibuat
me & edy stanby siap-siap kat subway
manakala aiza & besday girl datang lewat
hoh penat dok menunggu depan aeon tu seawal pagi
padahal janji pukul 11am.
seawal 9 dah sampai..
tujuan sampai awal sebenarnya nak g carikan box utk hadiah besday girl.
tapi lain pulak jadinya
siap sopink-sopink dulu kat tingkat 2
sekali lupa ari tu sabtu
so tak de plastic bag
hoyeh!!
dasar kedekut nak kuarkan 20sen
sanggup berlari-lari utk g simpan barang sopink kat carpark tingkat bawah..
pastu berlari semula tingkat atas nak cari kotak hadiah..
sekali tak berkenan pulak..
lari lagi tingkat paling atas..
sekali mamat cina kat dlm kedai tu kata bagi dia 5 minit utk bubuh reben pulak..
yg me ni demand pulak.......nak reben kaler tu & campur kaler ni..
yg dah readymade punya tak nak.
ok fine.
sementara menunggu kotak siap di wrap..
sempat lagi berlari nak melepaskan hajat.
ladies yg ada satu tingkat ngan kedai tadi tak nak pegi sebabnya tak biasa..
so gedik-gedik pergi ladies wing yg lagi satu..
syabas utk diri sendiri sebab membayangkan diri berada dlm runningman.

sudahnya jam 11 dah dok terpacak kat subway.
sian kami org johor ni..
berhempas pulas beratur utk mkn subway ni ha..
almaklumla.. dolu2 kalo nak mkn kena g kl baru bole mkn..
la ni semata-mata nak mkn 6 inch sandwich tu kena beratur panjang.
sian..sian..

disebabkan dtg awal pagi..
maka saya tak sempat nak b'fast dulu.
so, gigih g beratur dulu utk beli sandwich.
sekali tgh seronok pilih-pilih
 si besday girl & aiza ikut beratur kat belakang.
ini tak bole jadiiiii
sbbnya si besday girl memang tak tau kedatangan saya &  edy..
pelbagai alasan yg si aiza beri konon-konon kami berdua tak nak join.

yg saya kat depan dorang time tu sgt mengelabah..
siap tutup-tutup muka..
sampaikan budak subway tu tertanya-tanya kekdah menutup muka dari memilih roti sandwich sampai ke kaunter pembayaran..
si besday girl haram tak perasan
si aiza pulak pulun dok meng'cover' saya..

later selepas berjaya meloloskan diri....


hebat muka tak boleh blah terkejut..

makanya... tamat la sudah operasi penyamaran..
makanlah kami sandwich yang telah dipilih berserta kek greentea yang serupa rasa rumput..
eiii tak sedap sungguh..

lepas makan-makan..
borak-borak..
edy mintak diri dulu sbb nak g rumah org kawen..
dan kitaorang bertiga naik keta berpindah ke aeon yang lain pulak..

dek tak cukup berborak tadi,
sambung pulak makan kat the manhanttan fish market
time order masing-masing claim dah kenyang
sekali........................
LICIN ok!

menjelang malam..
kitaorang bergerak pulak ke.......................
MC D..
walaweiii
ari tu kejanya makan, makan, dan terus makan..

~korea~indonesia~Vietnam~paris~OZ~


bulan lepas..eh ke 2 bulan yang lepas..
tak ingat la..
yang penting satu hari office call kata ada parcel.
eh rasanya tak de buat online shopping.
tapi mengapakah ada parcel?

so 2 hari kemudian,
pergi office & ada satu parcel comel dari melaka.
sekali bukak ajer
dah boleh agak dari sapa dah..

walaupun berkenalan dari muka buku (eh yer ker)
tak pernah bersua,
tapi persahabatan itu sgt jujur.
kami sering bertegur sapa bila di muka buku.
kekekekkeke

mempunyai minat yang sama,
lantas kami bercadang untuk bertukar-tukar tanda hati setiap kali pulang bercuti..
walaupun saya ni masih baru lagi dalam dunia pengembaraan 
berbanding dengan dia yang dah banyak mengembara...
tapi dia tetap merendah diri..

tak terlewat rasanya untuk mengucapkan terima kasih atas tanda hati yg diberi..
malu pun ada juga bila tanda hati krabi tak sampai-sampai lagi kepada tuan empunya diri..
sabar yer cik-anne..
nanti saya pos. kekeke..

p/s: bz betul cik-anne sampaikan tak terupdate blog tu. hari-hari saya tolong bersihkan sawang tu tau..