Pages

~Ao Kun Cambodia~ day 1 part 2

masih lagi hari pertama...
selepas ke post office,
kami ke cambodian cultural village semula..
itu pun setelah Salim ni beriya sangat suruh kami masuk semula 
katanya
"nanti saya sesal sebab awak berdua tak menonton semua persembahan tu"
kagum tak Salim boleh berbahasa Melayu?
Ye Salim memang boleh berbahasa Melayu

dek melayan sesalan si Salim ni,
kami pun bercadang untuk masuk semula ke perkampungan budaya ini..
plan awalnya suruh salim tunggu kejap ajer..
mungkin selepas menonton 1 atau 2 show kitaorang nak balik..
sekali????
sampai habis persembahan kami tonton..
sekarang ni.. mungkin Salim betul-betul sesal sebab terpaksa tunggu kitaorang sampai pukul 8 malam..
kekekekekee..

apa-apa pun...
me tak pasti mengapakah kami dibenarkan masuk semula ke perkampungan budaya tu
adakah sebab:
a) tix itu bukan per entry
atau
b) partner telah memandrem org kat kaunter tu..

??????

pagi tadi kami cuma sempat ke bahagian wax museum yang terletak betul-betul di pintu masuk
dalam muzium cenonet ni dipaparkan sejarah orang kemboja dari first century sehinggalah sekarang
dan
juga dipaparkan antiques dan cara hidup orang khmer semasa zaman angkor.
yang pasti penduduk tempatan lebih ramai yang mengunjungi cultural village ni daripada pelancong asing..
dek tak menengok betul-betul jadual persembahan
kami berdua terlepas menonton "charming of Phahum" di mini-theater pukul 2.30 petang.

jadi masa sampai tu, 
khmer wedding show tengah dipersembahkan di millionaire house.
sekali lagi kami 'sengal' dengan beranggapan show ini sama dengan show yang kami dah tonton pagi tadi..
sekali bila nengok jadual persembahan..
huwaaaaa
yang ni sambungannya!!!
untuk tidak menghampakan uols me tepekkan jugak la gambar wedding ceremony part 1 tu..
memandangkan tak nak menjadi lebih sengal...
kami terus ke chinese village untuk menonton "dancing dragon son across border" jam 3.50 petang.
gigih cop tempat paling depan..
show mengambil masa lebih kurang 20 minit jer.
sangat terkesima dengan penari-penari ini..
kalo me sure punya patah riuk tulang-tulang yang ada..
belum sempat pun penari tu nak tutup show,
semua pengunjung dah berlari..
(yer berlari.. tapi berlari-lari anak la)
ke Kola Village untuk show seterusnya..

bila difikir-fikir memang berbaloi sangat la harga tix tu dengan show yang kami tonton ni
sebabnya setiap show menggunakan penari yang sama.
habis sahaja satu show,
mereka akan berlari ke show yang seterusnya..
sampaikan kami dah boleh hafal dah muka penari yang sama..

di Kola Village ni dipersembahkan "dreamy prince's daughter and Magic peacock show"
Orang kola sebenarnya berasal dari burma sejak tahun 1876 lagi.
mereka merupakan salah satu kaum minoriti di Daerah Pailin, barat laut Cambodia yang terkenal dengan batu-batu permata dan burung merak.
sebab itu tarian yang diberi nama Pailin Peacock Dance ini dipersembahkan sebagai gambaran kehidupan si burung merak.

seperti biasa seorang penonton akan dipilih untuk memeriahkan lagi show mereka.
selesai ajer show tersebut...
sekali lagi kami berlari-lari anak ke show seterusnya
almaklumlah gap antara satu show dengan show yang lain cuma 10 minit
berbekalkan kepandaian membaca map dan pemerhatian kawasan pagi tadi
kami dapat menjejak Kroeng Village dan sekali lagi duduk di bangku paling depan..

Orang Kroeng merupakan puak minoriti di timur laut kemboja.
puak ini tinggal di daerah Rattanakiri dan hidup dengan cara berburu dan bercucuk tanam.
mereka juga berpegang pada kepercayaan animisme

me rasa "choosing Fiance Show" ni paling kelakar..
dek gelombang mikro kpop ni,
perkataan 'sarangheyo' banyak dituturkan oleh penari-penari di sini..
oleh itu haruslah pelancong korea ni yang jadi mangsa.

mamat korea ni memang lawak tak hengat!!!
masa mula-mula kena panggil tu memang la dia ok..
sekali bila dia kena tukar pakaian
mak datuk... memang nampak sangat muka dia cuak aka malu giler...
apalagi terbahak-bahak la kitaorang ketawa..
moral of the story ------> pastikan ada 6 pack ya!!!

show seterusnya di perkampungan orang khmer.
time ni hari dah mula gelap
almaklumlah show start pukul 5.30 petang.
(sini gelap cepat..dalam pukul 6 dah gelap dah)
sekali silap jalan daaaa..
kami ikut laluan jauh
padahal boleh jer lalu shortcut dari belakang perkampungan kroeung tu....
moral of the story -----> sila la jalan berjemaah dengan pengunjung yang lain

perkampungan khemer ini menceritakan tentang kaum majoriti di bumi kemboja.
kebanyakan mereka hidup dengan bertukang, memancing, dan mahir dalam membuat tembikar.
di sini juga kita dipersembahkan dengan tarian Khantremming.
tarian masyarakat tersebut..
yang me noticed la kan kat sini..
bangku-bangku penonton telah diasingkan antara penduduk tempatan dan pelancong asing.
pelancong asing akan ditempatkan dibahagian tengah untuk memastikan kami semua dapat menonton persembahan tersebut dari sudut yang terbaik..
sekali lagi me rasa berbaloi ikan kaloi mak iloi-iloi dengan harga tix USD14 itu.

mamat baju kaler biru ni lagi la lawak..
dan rasanya dia yang menjadikan tarian tersebut bertambah havoc
kami semua bantai gelak tak hingat dek aksi spontan dia..
sekali lagi kitaorang gelak sakan bila mamat ni malu-malu kena tunjuk body nya yang ada 12 pack itew..
hahahahhahhahahaa
disebabkan kesilapan laluan jarak jauh tadi
untuk show di phnorng village ni..
kami bergerak secara berjemaah
sebab time tu memang dah gelap gulita seluruh kawasan

yang paling penting..
nyamuk sesedap rasa menikmati darah-darah manis kami semua..
tak pe... ai halal kan..

di perkampungan phnorng ni show start pukul 6.10 petang dan tamat setengah jam kemudiannya.

puak ini tinggal di daerah mondulkiri dan hidup dengan cara bercucuk tanam dan berburu.
mereka diketuai oleh "ketua air & api" yang mana dipercayai untuk menjaga pedang (preah khan) yang telah dihadiahkan oleh raja khmer.....

dah nama pun tribal group haruslah show (Water & fire Master Choosing Show) adalah yang paling ganas.
kali ini seorang omputih dipilih untuk join show.
 (tiada dalam gambar sbb semua gambar dia gegar-gegar macam org bela saka)
pak cik ni pun kelako giler..
sebab show ni kan utk mencari ketua bagi tribal group .....pak cik tu dok ajer kat atas takhta (mengenakan pakaian tutup pusat sampai lutut ajer - sudah pasti!) sambil berjoget-joget ikut rentak.
sampaikan dayang-dayang tu pun pakat gelak.
time ni hujan dah mula turun..
waduh-waduh gimana nih??
padahal ada satu lagi show di big theater..

memandangkan tak nak "sesal" (bak kata salim)
kami berdua gagahkan juga ke big theater yang tak jauh pun dari phnorng village tu.

show ini merupakan final show untuk hari itu
dan disarankan agar melawat perkampungan budaya ni pada hujung minggu
sebabnya show "the greatest King Jayavarman 7" hanya dipersembahkan pada hujung minggu ajer..

dan apa yang mampu me katakan..
inilah show yang paling terbaik dan wajib ditonton
sebab pementasan ini melibatkan lebih daripada 100 orang performers!!!!

show ini dimulakan dengan penceritaan tentang pencerobohan negara luar pada tahun 1177 di daerah angkor wat.
sehinggalah kejayaan Jayavarman 7 menakluki semula kawasan kota angkor pada tahun 1181.

tapi sayang... separuh masa pertama hujan dah mula turun dengan lebat.
nasib baik me siap-siap bawak raincoat yang me beli kat Universal Studio of Singapore tempohari.
me suka raincoat tu sebab plastiknya lebih bermutu..
maka berbungkuslah kami berdua dengan plastik pada hari itu.

agak terlopong juga lah kami berdua menonton teater tersebut.

yang me sangat sesalkan ialah langsung tak bole nak ambik gambar sebab hujan sangat lebat ditambah pula dengan kilat sabung menyabung..
tapi kami masih mampu bertahan sehinggalah show tersebut tamat...

kemudian,
kami pelancong yang boleh dikira dengan jari ni
berlari dengan pantas dari big theater tu..
tapi mereka (khmer) berlari ke big theater sebabnya nak kutip botol-botol air yang ditinggalkan oleh pelancong-pelancong.
masa ni me sangat-sangat tersentuh melihat kesungguhan mereka mencari duit tambahan..

dari big theater ke main entrance sangat ler jauh..
sekali lagi me 'sesal' sebab tak dapat nak ambil gambar pemandangan yang sangat cantik di tasik.
seluruh tasik dipenuhi dengan neon yang berwarna warni.
sempat juga minta partner berhenti sekejap dengan niat nak ambil gambar..
tapi hujan makin lebat...

sampai ajer di main entrance
salim dah melambai-lambai ke arah kami dengan senyuman sambil bertanyakan pengalaman kami menonton persembahan kebudayaan negaranya..

walaupun hujan sangat lebat,
kami minta salim hantar kami ke nite market..
selepas diberitahu bahawa nite market di sana berbumbung..
haruslah kami berdua tersenyum lebar.

kemudian kami berdua minta salim tinggalkan kami disana dan berjanji utk berjumpa semula pada esok harinya.
pesan salim agar kami tidak membeli batu permata yang banyak dijual di situ,
takut ditipu katanya..

di nite market ni,
masing-masing dah mula rambang mata..
tak sempat berjalan ke belakang lorong,
kami dah siap-siap shopping apa yang ada di bahagian hadapan kedai..
sehinggakan tak sedar bila masa partner tu tercicir USD100

berbekalkan pesanan salim,
kami nego dengan tuk tuk lain USD2 sehingga ke hotel.
walaupun pulang seawal jam 10,
lepas mencuci badan dan mengemas barang apa yang patut
kedeboooommm kami berdua di atas katil..

~Ao Kun Cambodia ~ day 1 part 1

holla..
sihatkah semua??
me baru ajer baik drp demam selepas pulang dari bercuti ari tu..
hmmpphh...

sebenarnya banyak yg bermain-main diminda time nak bercuti kali ni,
sebabnya.......
baru-baru ni dikejutkan dengan berita sorang adik blogger yang meninggal secara mengejut semasa bercuti 
&
ditambah pula dengan pemergian seorang sedara menghadap Illahi setelah kerap bertugas di negara dunia ke-3.

tapi semua tu tak membantutkan semangat berkobar-kobar yang hado ni..
kalau dah tuhan kata nak cabut nyawa kat depan rumah..kat depan rumah la kita mati..
ye tak??

so berbalik kepada cuti baru-baru ni,
me ke negara kemboja..
jgn cakap tak tau negara kemboja tu hapa.......
dulu masa belajar sejarah selalu sangat keluar nama negara tu dek kehebatan "Angkor Wat"
tu kalo tak tau jugak.. nampak sangat la selalu ponteng kelas sejarah
kan?? kan??kan??

sebenarnya,
kalau nak ikutkan,
kami ber5 bercadang nak ke sini selepas trip ke krabi awal tahun lalu..
tapi dek kekangan masa..
makanya 2 orang kawan tu bertolak seminggu sebelum puasa
sementara me & sorang lagi bercuti la semasa cuti hari malaysia tempohari..

bab tiket tu tak payah cakap ler..
mahal ok!!
jenuh la menunggu dari bulan jun ari tu..
dengan harapan pak tony nak bagi tiket murah..
tapi hampas hampa

seawal 4 pagi kami berdua dah bertolak ke LCCT
walaupun jalan lengang pagi-pagi buta tu,
namun perjalanan dari damansara ke sepang mengambil masa lebih kurang sejam juga.
bertabah la hati-perasaan dan mata
sebabnya tido jam 2 dan bangun semula utk ke LCCT jam 4.
masa tu bukan takat terukir di bintang jer yang keluar..
bulan - matahari semua pun keluar kat atas kepala ni.

perjalanan dari sini ke Cambodia lebih kurang 2 jam dan waktu mereka lewat sejam daripada kita.
sampai-sampai jangan lupa isi arrival form ni ha..
bak kata kawan tu...
"ish ish ish kaya betul la negara cambodia ni sebab bagi form warna-warni.."
apabila kitaorang sampai di siem reap airport tu,
landasan memang lengang...
yang ada cuma AA yang kitaorang naiki tu ajer..
ke ada landasan lain yang kitaorang tak nampak??
tapi me sgt suka airport dorang sebab sangat tenang.
ke me suka sebab dah tak ngantuk setelah tido mati kat dalam perut kapal terbang tadi?
ha tak kira la..
yang penting kitaorang touch down dalam pukul 8 45 gitu (waktu malaysia la)
lepas melepaskan apa yang patut..
kami dipanggil oleh pegawai imigresen yang ada di sana..
memang smooth jer urusan cop-cop passport tu..
tapiiiiii.............
ini lah first time me kena scan kedua-dua tangan beserta kesepuluh-sepuluh jari..
hadoii..
bak kata pegawai bertugas tu..
"4 fingers left" -- "thumb left" -- "4 fingers right" -- "thumb right"
wah.. nasib ko tak mintak jari kakiku..
hue hue hue
 
kat luar airport tu,
kami dah disambut oleh pakcik suar kontot kaler hijau neh..
nama dia 'rain'..
sementara menunggu 2 keluarga yg lain,
sempat la melihat sekitar kawasan airport.

andai kata tak de org jemput kat airport tu nanti,
silalah berurusan dengan driver tuk tuk yg ada kat luar sana tue. 
dalam perjalanan, kami diterangkan serba sedikit tentang bumi cambodia ni..
dari kaca mata me pada hari tersebut, bentuk muka bumi negara cambodia tak ubah mcm kita..
kenderaan berpusu-pusu membanjiri jalan raya........
maka tak heran ler kalo berdebu kaw kaw punya
sampaikan setiap hari isi kandungan hidung ni berubah kaler..
ish.. jgn geli...tapi ini kenyataan.
tapi lebih sadis bila Rain kata sekarang ni musim hujan..
huwaaaaaa... pasti hura hara percutian kali ni..

hampir setengah jam,
kami tiba di kediaman rasmi kami sepanjang berada dibumi ini
iaitu......
harga yg dikenakan utk 2 malam tersebut ialah rm499
so bila bahagi dua, merasa ler sorang bayo rm250

kalo nak harap dok sorang hotel gaya gini, idak ler hakak..
baik duit tu akak gunakan utk membeli makanan..
#eh motif makanan tetiba jer?#
hotel yang pernah memenangi beberapa award ni sedang dalam proses renovation
jadinya kami berdua tak sempat nak membuat lawatan kawasan sepanjang 2 malam di sana
yang lagi bestnya
bilik kami diupgrade ke deluxe twin room
waaaaaaa maks suker!!

sesampai ajer kami di sana..
kami terus dipersilakan duduk dan diberikan cold towel yang sgt harum dek bau serai (harus lap muka sesungguh sebab tak plan pun nak mandi lepas tu..ngee ngee...) dan juga welcome drink yang wangi bau pandan (ya harus juga habiskan sebab tak plan pun nak breakfast) - memang percutian berjimat cermat namanya neh..

tengah syiok berborak ngan 1 couple dari malaysia ni...
boleh ok me tak perasan yang ada sorang staf ni ngah sibuk main alat muzik tradisional kat atas pentas..
ku hingatkan bunyi radio..
jakun yang hamat & gigih la pergi ambik gambar..
sekali wanita khmer tu siap jemput naik atas pentas untuk bergambar sama..
 siap ajer urusan kat lobby kami terus dibawa ke bilik
sementara tunggu luggage sampai depan pintu..
ya harus la memasing update status terkini di laman muka buku untuk memberi makluman kepada sekalian sahabat handai rakan taulan sedara mara yang kami dah selamat tiba di bumi khmer neh.
wifi adalah free..yesssss syiok..

gitu gini jam dah menunjukkan pukul 9.45 pagi.. ye haruslah bergerak pantas ke tingkat bawah sebabnya dah janji dengan driver tuk tuk ni pukul 10.
sekali hambik ko....rupanya baru pukul 8.45 pagi.. cessssss
so kami sambung guling-guling atas katil..

akhirnya hampir jam 10 kami pun turun ke lobby dan terus menanti tuk tuk
owh yer tuk tuk ni kami dah siap booked dari m'sia
highly recommended!!!!!

sebenarnya harga boleh nego dengan banyak tuk tuk kat luar sana tu
kiranya tak booked pun ok jer.
macam gambar kat bawah ni ialah gambar suasana diluar hotel kami...
yang pakai baju hijau sepesen dengan warna tuk tuk tu ialah tuk tuk rasmi hotel ni
tapi tuk tuk rasmi utk 2 hari di sini begini la ghupenya..
akhirnya tercapai sudah niat dihati nak naik tuk tuk motor (thai & cambodia) cuma belum try tuk tuk yang mcm van tu jer
#eh adakah ini sebab untuk meripit ?#
seperti yang telah dikatakan..
tak de bezanya kawasan sini ngan malaysia
CUMA.......
mak cik komphius kejappp
ni cambodia ker korea neh??
lalu sana jumpa org pakai hanbok..
lalu sini nampak orang pakai hanbok jugak 
(tapi gambar jer la..)
lalu kedai siap nampak gambar NICKHUN..
walaweiiiii kuat betul hallyu wave neh.
tapi yang paling tak biasa pemandangan dari kaca mata me ialah gambar dibawah ni..
wahhhh mak cik hebat!!
soklan ----> mengapakah mak cik sorang jer yang pakai helmet?? adakah :
a) makcik sorang jer nak lepas daripada kena saman?
b) dapat mengaburi mata police traffic kah?

silalah buat pilihan masing-masing..
memandangkan ini percutian yang singkat
maka
kami cuma melawat tempat-tempat yang penting jer
so tempat pertama yang kami lawat ialah
"CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE"
tempat ni pun kami decide kurang seminggu sebelum bertolak
tu pun apabila sorang blogger rekemen ke sini dalam blognya
yang me tak paham mengapakah harga tixnya berubah-rubah..
kitaorang di charge USD14
mengapakah??

memandangkan kitaorang sampai sgt awal (lebih kurang 10 pagi)
kitaorang tak tau nak buek apa..
semua show start pukul 2 petang..
hmpphhhhh
jadinya kami berdua sekadar buang-buang masa melawat kawasan..
sekali kawasan sgt besar!!!!
bahana tiba sebab cuaca sgt la panas...


ada jugak la 2 jam kitaorang membuat lawatan muhibbah di sana
dan cuma dapat menonton satu show sahaja di "Millionaire House"
waktu sampai show dah nak habis..
gitu la padahnya sebab tak ada map di tangan
main redah jer cari lokasi show mengikut muzik yang dimainkan...
dapat ler nengok khmer wedding ceremony part akhir-akhir..
haishh..

eiii nak buat apa lagi ni???
so kitaorang keluar dari kawasan tersebut dan minta SALIM (kekasih gelap cambodia  driver tuk tuk)
membawa kami ke tempat makan halal
dan me request nak makan "lembu naik bukit"
wah nama tak boley blah!

akhirnya dibawanya kami ke sana..
terletak di perkampungan islam masyarakat kemboja
membuatkan me sangat bersyukur dengan apa yang ada di malaysia
kawasan tersebut hanya bertanah merah dan sudah pasti berlopak-lopak dek musim hujan sekarang ni sehingga membuatkan me terfikir mampukah tuk tuk ni nak bergerak.. takut-takut kami berdua kena tolak tuk tuk sebab terbenam dalam lopak.

kami dibawa ke restoran Hj Musa yang memang famos amos tu..
kedai makan ni betul-betul terletak di sebelah masjid..
hari tu kami memilih hidangan seperti di bawah..
paling eksaited nak tunggu hidangan "lembu naik bukit"
sekali bila sampai hidangan yang ditunggu-tunggu
ada sedikit terkejut..
dah kenapa begini rupanya??
owh rupa-rupanya akan ditambah sayur-sayuran..
saya bagi berbintang-bintang..
memang sedap hokey!!
sila la try
yang pasti kami menambah sambal belacan..
wahhh super duper sedap weiii sambal belacan dia..
alhamdullillah kenyang betul kami pada hari pertama di sini...

lepas makan..
Salim bawa kami ke post office
sgt la tidak kewl lorrr harga setem ialah USD1 untuk satu keping
owh giler mahal!