Pages

tik tok tik tok tik tok

serba serbi tak kena..
nak buat itu takut yang ini tertinggal..
nak buat ini takut yang itu pulak tertinggal.

macamana ni??
dah la kurang daripada sebulan..
apa pun tak buat lagi....
yang ada hanya return air tix & hotel utk semalam..
untuk hari yang lain nak tido mana??



makanya.. berserah la pada TAKDIR..



raya yang tak sempurna

"minta mak kuih sepotong
saya mahu makan kerna perut kosong.."
...la...la...la...la...la...

aci tak nyanyi lagu raya aidilfitri untuk sambut raya aidiladha??
ah tak kira..
aci ke tak aci ker..
tetap juga nak bagitau..

GGGGT beraya ala kadar jer tahun ni.. 
almaklumlah..raya tahun ni dlm keadaan kehujanan..
haruslah bergambar dalam rumah jek..
SADIS...
 secara peribadi raya tahun ni sesuatu yang tidak diduga berlaku...
kunjungan teman dari kuala lumpur, negeri sembilan dan kluang sangat memberi makna yang mendalam...
terima kasih teman sebab datang beraya dengan me tahun ni..
sempat set warna tema on the spot.....
me sangat la loike!
 sebab K.I.C.I.W.A tak dapat berpose ala gediks..
maks sanggup meredah panas untuk berposing di tengah-tengah bandaraya jb keesokan harinya..
dan untuk raya korban tahun ni..
maks mau buat sesuatu lain daripada yang lain..

"selamat hari raya semua"

sate..oh..sate

sebagai penggemar sate..
setiap kali balik kampung..
mesti singgah makan sate kajang kat bangunan dato' nazir ni

alkisahnya..
balik dari cambodia ari tu,
family terus menjemput daku untuk dibawa pulang ke jb..
maka haruslah singgah sebentar makan sate kajang..
nasib baik hari tersebut tak ramai orang..
duduk la dlm tempat berhawa dingin..
kekdahnya tempat yg open air tu untuk menu take away..

tempat makan berhawa dingin ni sesuai sesangat untuk cuaca negara kita
jadi tak de la peluh menitik-nitik semasa menikmati sate tu nanti..
cuma ...
sate yang dihidangkan tu panasnya suam-suam kuku ajer..
almaklumlah..
dah dibakar terlebih dahulu kekdahnya..
tapi kalau memang dah suka,....
suam-suam kuku pun belasah jer..
dan
kuah sate pasti akan minta ditambah..
ingat lagi zaman-zaman dulu
sate hj samuri ni merupakan perintis sate yang dijual dalam bentuk yang agak besar. 
makan 2 atau 3 cucuk jer dah kenyang.

sekarang ni..
semua tempat pun dah sama besar ngan sate yang dijual di sini..
ke sate di sini dah kecil sama dengan sate kat tempat lain??
hmpphh entahlah...
janji sate hj samuri tetap menjadi pojaan hatiku...

tapi yg tak bestnya hari tu..
air kelapa habis. 
almaklumlah..
setiap kali makan sate ni.. mesti berulamkan air kelapa..
tak pe.. ni namanya..
reason to ripit.

#eh?#


minggu lepas ke pejabat pos untuk urusan bayar membayar..
terlanjur tu nak minta sekali borang pos laju
almaklumlah.. senang sikit kalau ada urusan pos mengepos nanti..
sekali ...
kakak kaunter bagi borang sikit punya banyak...

kakak... ni ikhlas ker  tak????

~last day in cambodia~

pagi 17 sept
kitaorang pun pulang semula ke tanah air negara terchenta gitu..
sempat lagi breakfast yg super duper speedy
dek nak mengejarkan airport transfer pukul 6.30am.
kami berdua bertambah lambat lagi bila tetiba jer seluruh hotel blackout.
aishhh..aishhh
meraba-raba dalam kegelapan la kami time tu..
nasib tak berada dalam lift. kalo tidak.. lagi haru biru dibuatnya..

total expenses untuk 2 hari itu ialah:

Day 1:
Cultural Village ------------------> USD14 
(yg ni agak musykil sikit sbb bila baca kat website USD11)

Gambar --------------------------> USD3   
(ala macam kita kat langkawi tu la.. staff sana ambik gambar kita pastu framekan dan paksa kita beli. Yg ni lagi best.. mula-mula dia tekan sampai nak dekat USD10. tolak punya tolak pastu siap mintak tukar frame sebab tak berkenan, dapat la USD3. halal jer la)

Makan di restoran  Hj Musa -------->USD7
Menu: lembu naik bukit, ikan sweet sour, sayur

Tuktuk balik dari nite market ---------> USD1

Day 2:
Angkor -------------------------------->USD20
pass lawatan untuk sehari jek.

Makan di D'Halal------------------------->USD7
Menu: Khmer fried rice + coffee iced

Tuk tuk + Tips selama 2 hari Dengan Salim-----> USD14.

Tuk tuk balik dari nite market-------------------->USD1

Total----------------------------------------->USD67/pax

tapi ni tak termasuk Flite Tix & hotel. 
untuk flite pergi jek dpt masa promo :MYR 283
untuk balik tunggu punya tunggu promo tak jugak nampak bayang.. nak tak nak belikan ajer la tix balik dengan harga                                               : MYR460/pax
Borei angkor spa& resort ni utk 2 mlm:MYR250
tu tak campur dengan souvenir yang ntah apa-apa ntah dibelinya...
 decorative plates ni ada yg dibeli di nite market & ada yang di old market. ikut size juga.
price range : USD3 - USD6 
lacquerware ni pun jumpa masa memang dah hujung-hujung langkah nak balik ke hotel gamaknya..
berkenan punya pasal.. terus sambar..
nego punya nego dapat ler USD7.
macam nak giler mengusha adik kecil tu..
 dek sebab mak suker giler mengunyah kekacang ....
me belikan jugak la kekacang untuknya..
haishh rupa-rupanya gajus tu bukannya untuk dikunyah time nengok tv.. tu untuk masakan..
aduss.. gigih ni nak ambik hati mak..
hampun mak..
USD3

dried pineapple ni la yg gigih dok mencari satu old market..
harammm tak jumpa..
boleh pulak peniaga kat sana bagitau.. mungkin bukan musim pineapple..
so tak de la kerepek tu..
aishhh..
akhirnya jumpa jugak kat nite market.
tapi dia dah packetkan kecil-kecil..
sepacket kecil USD1.
sekali kat epot.. mak aiii..
berlambak-lambak..

cushion cover yang ada sulam angkor tu sempat disambar di old market.
tetiba berkenan pulak nak beli cushion cover..
harus la membeli..
satu packet tu ada 2 untuk USD4/packet

dan cushion cover yang bawah tu beli kat nite market untuk USD4/packet juga.
sekali mak cakap.. ni kat malaysia pun banyak.. aishh malu saya..

10 postcard tu harganya USD1 yang dibeli di Ta Prohm
tak mcm sekeping postcard yg dibeli di lobby hotel dengan harga USD1.50
sampai sekarang ni ...dah sebulan tak nampak batang hidung postcard tu sampai dlm letterbox depan rumah 
alamatnya.. membazir jer la usaha menahan mata ngantuk menulis 2 keping postcard untuk diri sendiri aritu..
 sepasang kain sutera kemboja berharga USD13 

water globe yang standard size (hangin betul la.. thailand pun sama.. punya la susah nak cari water globe ni)
USD15  utk 6 buah..
ni mcm nak giler mintak kurang.. sengaja la kan kalo tak bagi kurang.. dah beratus dollar habiskan kat kedai dia jer.

Buku LP USD4 --beli kat Ta Prohm
 Keychain/nail clipper USD4/10 keping

bookmark USD1/keping (ni jumpa kat old market jer.. jadik la bagi pada ulat buku)

table runner USD8 (rupa dah macam kain songket org pakai untuk pergi dinner gitu...)
 seluar merah ni.. memang me sesangat la suka nak beli..
rega pun tak mahal.. ada la dlm USD6 (beli kat old market)
cuma!!!!
baju ni.. dah kenapa me beli pun tak paham..
kakak jual ni main paksa-paksa beli..
ntah kenapa ku belikan jugak.. aishhh kena mandrem ke hapa..
USD3
 scarf paling kiri ni beli sebab teringat-ingat pada sehelai silk scarf masa kat istanbul dulu..
untuk mengubat hati belikan jugak la..
price untuk pashmina dan scarf  yang lain tu 
USD2.5 - USD4
kecuali silk scarf yang hujung kiri tu jek USD10. katanya sbb raw silk..(katanya la kan)

loceng ni.. tak tau la org buat sembahyang ke buat hiasan..
tapi berkenan betul.
belasah jer la beli sebuah.
USD3 di old market
 untuk fridge magnet mcm tak berapa banyak pilihan..
balik-balik cengitu jek rupanya..
USD10/13

kecuali ada la 3D fridge magnet yang lain sikit kat oldmarket
USD3 sebuah 
gambar angkor wat tu dapat la dalam USD4
tak tau pulak pasal kualitinya.. main belasah jek beli.. lokasi belian: lorong-lorong di pub street..

beg gajah ni pun tak tau la kenapa me beli..padahal yang kat krabi tu pun tak luak lagi..
aishh
rega USD3/packet

T-shirt yang super berlambak-lambak kat semua tempat..
USD2 sehelai.. Kualiti kain sangat la tipis. mungkin nak seswaikan dengan cuaca sana yang panas kot.
kecuali jersi untuk anak menakan ni jer tak hingat berapa USD ntah.

lain-lain dah tak ingat dah..
sikit tips...
  • silala check not USD anda apabila dipulangkan.. pastikan duit itu masih dlm cetakan tahun 2000  atau ke atas. sila pulangkan semula andainya buruks, renyuk dan sebagainya.. sebab...duit tu tak laku yer(walaupun sebenarnya masih laku untuk diniagakan)  kalau nak bayar souvenir nanti.  menurut org sana.. duit yang dah lama cthnya cetakan tahun 1998, nilai duit itu akan dikurangkan apabila ditukar di bank. tapi tak menjadi masalah sekiranya digunapakai di hotel ataupun kedai makan. 
  • Sila la bawak mask untuk memastikan tidak mengalami kesukaran bernafas terutamanya musim panas. sebab di sana memang berdebu.
  • baki bayaran yang kecil nilainya akan dipulang dalam mata wang riel (matawang cambodia) .. sampai sekarang me tak paham camana nak kira.. almaklumlah.. org buta nombor. kekekekkee
  • harga standard setem ialah USD1
  • Air RO digunakan di sana.
  • agak sukar nak dapatkan makanan halal di tengah kota siem reap ni.
  • semua barang kena bargain kaw kaw punya. sure dorang akan panggil balik kalo kita terus blah cengitu jek.
  • harga di old market agak mahal kalau nak bandingkan dengan harga di nite market.
  • masa berada di dalam angkor wat tu...tetiba tok sami tu hulur colok. eh camana ni?? nak tolak takut kena pukul.. nak pegang takut berdosa.. aishh agak-agak buat apa?
  • OTW balik dari angkor, sebuah lori ingkar arahan polis agar menghentikan kenderaannya. gigih polis 2 orang yang bermotor tu mengejar kenderaan tersebut. akhirnya insiden bergaduh mulut pun bermula.
  • Penjual di old market tak berapa best sgt nak deal. muka ala2 kekwat jer. kecuali ada satu kedai tu..siap bagi free gift.
  • sila la bawak apa-apa repellent yang bersesuaian semasa melawat cambodia cultural village. Ini disebabkan tempat tersebut ialah  kawasan rekseasi, haruslah banyak pokok. last show sekitar 8 malam. makanya.. nyamuk sesuka hati akan kenduri free.
  • epot berwifi ok! harus update segala mak nenek yang sempat.

~Ao Kun Cambodia~ day 2 killing fields & pub street

sambungan entry lepas.....
kami meminta salim agar membawa kami terus ke hotel...
kehilangan not USD100 dalam masa 2 hari memang menghairankan..

partner asyik dengan andaiannya tentang perkataan yang dilemparkan terhadap sebuah patung yang terdapat  di hotel tatkala me tengah sibuk meneliti sambil mengambil gambar patung tersebut..
kedengaran agak scary kan??
oouucchh..

tapi me cuba realistikkannya..
yang pasti not pertama memang kami berdua simpulkan bahawa ianya tercicir di tengah jalan..
(ini confirm berdasarkan baki wang partner)
cuma not yang kedua ni agak memusykilkan sedikit.
sebabnya.. 
----> pagi hari ke-2 sebelum bertolak, partner ada menunjukkan 2 keping not 100 yang masih dalam simpanannya sambil memberitahu ideanya untuk mengasingkan kedua-dua not tersebut agar perkara semalam tidak berlaku semula...
--------> me lah orang pertama yang memberi cadangan agar partner membawa kesemua wangnya keluar daripada hotel..
--------> me lah orang pertama yang keluarkan duit tersebut daripada beg yang digalas partner kerana hendak membayar postcard di ta prohm.

ishhh..ish... tak berbaloi ok nak kena ganti USD100 semata-mata meminjam duit partner sebanyak USD1 tadi.

dah la time tu, me tak abis shopping lagik.. grrrr..

T..A..P..I........

alhamdullillah bila partner dapati not USD100 yang dikhabarkan hilang tu...
sebenarnya tertinggal kat dlm safety box di hotel.....

har har har har....
sememangnya hari tersebut banyak sangat benda yang kalut terjadi......


selesai gelak guling-guling kat ats katil dalam hotel..
kitaorang turun ke lobby dan terus meluru ke arah salim yang setia menunggu kami berdua........

mungkin sebab masih awal..
salim mencadangkan ke killing fields..
mulanya ku  ingatkan killing fields di Choeung Ek
rupanya di siem reap ni jugek!
malu ahkak..


sebenarnya killing fields ni pun antara tempat yang me nak terjah sekiranya ke cambodia..
almaklumlah.. dolu-dolu pernah majalah-3 siarkan tentang killing fields ni..
sejak tu..
teringin tahap gaban nak lihat dgn mata kepala sendiri..
tak sangka si salim telah mengemukakan cadangan tersebut.. 

killing fields ni terletak di wat thmei di antara pekan siem reap dan angkor archaeological park.
tapi tak ler besar mana pun...
tapi cukup la untuk melihat sendiri kenapa ia dipanggil killing fields..

sedikit petikan daripada "wikipedia"
The Khmer Rouge regime arrested and eventually executed almost everyone suspected of connections with the former government or with foreign governments, as well as professionals and intellectuals. Ethnic Vietnamese, ethnic Thai, ethnic Chinese, ethnic Chams(Muslim Cambodians), Cambodian Christians, and the Buddhist monkhood were the demographic targets of persecution. As a result, Pol Pot is sometimes described as "the Hitler of Cambodia" and "a genocidal tyrant." Martin Shaw described the Cambodian genocide as "the purest genocide of the Cold War era."

 barisan nama penduduk cambodia yang terkorban serta gambar sebelum berakhirnya pemerintahan kuku besi pol pot.
 tak sampai 15 minit kami di situ......
kami meminta salim membawa kami ke restoran makanan halal di sana.
menurut salim..
area pekan ni hanya ada 2 sahaja restoran halal yang sedap..
 (katanya la kan..)

akhirnya kami memilih untuk makan di D'Halal cafe.
address: 715 &717, St 14 Mondul 1, Khum Svay Dangkum

dari luar cafe ni dah cantik dengan warna kuning..
segala mak nenek napkin kaler kuning.
setelah berbual dengan salah seorang staff di sana..
beliau memaklumkan bahawa owner ni org cambodia yang berkahwin dengan orang indonesia.

hari tersebut..
kami order khmer fried rice dan kopi ais..
nasi goreng menepati citarasa me yang memang sukakan pedas
cuma kopi ais ni yang tak berapa nak masyukkkk sikit...
mungkin sebab me bukan seorang kaki-kopi kot..
tentang harga...kalau convert duit kita agak mahal... ..
tapi dah kat sini memang barang makanannya mahal nak buek cemana...
 jam 6 kami meminta salim menghantar kami ke old market.
almaklumlah..
nak buat lawatan muhibbah sambil membeli apa yang patut..

selepas say buhbai kat salim..
kitaorang terus masuk ke dalam kawasan old market ni..
misi utama nak cari kerepek nanas.
walaweiii
tak jumpa hokey!!
kalo takat kerepek nangka, pisang tu..berlambak-lambak..
puas tawaf sebahagian pasar tak jumpa-jumpa jugak.
sedih ahkak!
pulak tu..
pasar basah tu pun dah nak tutup..
aishh geli geleman pulak hakak bila nampak anjing kat pasar..
terus ke bahagian belakang pasar dan membeli ntah apa-ntah...

sebelum keluar dari old market ni..
kami baru terjumpa sebuah gerai yang memang telah dihilitekan untuk singgah oleh seorang kawan yang dah ke sini beberapa bulan terdahulu....
seronok berborak dengan owner kedai tersebut sehingga diajaknya kami makan(setelah mendengar rungutan kami tentang payahnya nak cari halal food di sini)
tapi kami terpaksa menolaknya sebab kesuntukan masa..
almaklumlah..
tak abis lagi memborong dan pulak tu nak tido awal memandangkan airport transfer esok seawal 6 pagi...
LOL

keluar dari old market..
kami menyusuri pub street (harap maklum.. saya tidak tunjuk langit!!!..kekekekke)
tempat ni memang happening..
ramai giler pelancong dok bersantai-santai dan kebanyakkan kedai pun sgt cantik deconya..
sampaikan partner siap tanya kat salah sorang staff restoran tentang menu lipan, ular, biawak (dan ntah apa-apa lagi makanan eksotik) yang tertera di luar restoran..
kalau kitaorang stay lagi sehari kat sana..
memang sah-sah kitaorang makan makanan eksotik tu dok bersantai kat pub street ni..

malah semasa berada di salah satu lorong di pub street ni la kami ketawa terbahak-bahak sewaktu bargain untuk sekeping kanvas yang telah tercalit gambar angkor wat.

mostly penjual kat sini friendly..
lepas berjaya beli painting yang ahkak tak tau kualitinya tu..
kami ke nite market semula..

almaklumla...
nite market ni besar (banyak lorong)
jadinya.. memang tak puas kalau tak abis tawaf semua..
 penat berjalan partner siap g refleksologi ........
1/2 jam hanya USD1 jer.
ahkak yang tak rela buat refleksologi ni...
terusla ronda sorang-sorang..

cukup setengah jam..
me g jemput partner tu untuk sambung melihat-lihat apa yang patut di nite market ni..
tetiba....................

hangin betul ahkak ni..
bila sorang driver tuk tuk tu claim yang ahkak dah berjanji dengan dia utk naik tuk tuknya......
weiiiiiiiiiiiiii 
ni yang ahkak hangin ni.

bila me ignore..
dia ikut kitaorang..
ADA AKU K???

last-last dia blah gitu jer..
jangan dilayan orang cenggitu..

~Ao Kun Cambodia~ day 2 Ta Prohm

monday blues kah??
ngee ngee..
jom sambung day 2 di cambodia ni..

sejurus kitaorang naik tuk tuk utk ke temple seterusnya..
salim berhentikan tuk tuknya di salah satu temple yang tak berapa fofuler..

dek cuaca yang tetiba ajer mendung..
kitaorang decide tak nak masuk ke temple tersebut..
sekadar melihat dari jauh dan bergambar dengan gajah-gajah batu ni..
ok lettew kan daripada tak de..

pandai betul la dorang ni bentukkan batu tu rupa gajah..
ni kalau suruh lukis mural kat dinding pun belum tentu ghupa gajah..
mungkin ghupa alien berdasarkan mimpi ngeri sendiri...

kemudian kami teruskan perjalanan......

sepanjang perjalanan..memang bole kira bilangan tuk tuk .. 
kira selamat la kalau nak drift ke hapa kat sini..
line clear.. wakakakaka

tengah rancak berborak-borak sambil "makan angin" dengan banyak..
salim berentikan sekali lagi tuk tuknya..

katanya.. kami melewati victory gate..
time ni tetiba panas menggiler..
gigih la turun tuk-tuk sorang-sorang utk bergambar..
partner tak kuasa katanya nak bergambar..
sekali salim kata...
lepas ni tak de gate lagi nak lalu..
haruslah sepantas kilat partner turun tuk tuk dan bergambar...
sebelum tiba ke destinasi terakhir di bumi angkor ni..
kita akan melalui pelbagai temple kecil-kecil yang tak berapa fofuler..
dah diri tak fofuler...haruslah pergi ke temple yang fofuler ajer..
tak gitooo??
gini la ghupe driver tuk tuk yang setia menanti pelanggannya habis tawaf satu temple..
tetiba salim berhentikan tuk tuknya sekali lagi.. (bukan main banyaknya la kan tetiba si salim ni..)
katanya.. ni pun tempat fofuler sebelum ke ta prohm..
ambik feel lara croft dulu kekdahnya.......
akhirnya....
tiba pun kami di ta prohm..
turun ajer dari tuk tuk.....
 salim bagitau agar jalan terus ajer dan dia akan jumpa kitaorang di laluan seterusnya..
eh biar betul si salim ni..
kang dibuatnya dia tinggalkan kitaorang kat dalam angkor ni mau giler dibuatnya...

tapi berbekalkan semangat kental
 kitaorang pun bersetuju
sempat lagi tu.. kitaorang ke gerai-gerai yang ada di situ..

setelah mendapati hasil jualan sgt la tak berapa nak memberangsangkan...
kitaorang terus ke pintu utama...
.
jejak ajer kaki ke dalam kawasan ta prohm ni...
walaweiiii hujan turun sgt lebat!!!

menapak punya la jauh..
sekali imbas macam perjalanan nak ke emerald pool masa kat thailand ari tu..
ditemani pokok-pokok di kiri kanan..
haish..
siap nak berhenti teduh kat bawah pokok..
tu belum kesiankan kat sekumpulan musician yang kebasahan ..
(menurut sumber yg sahih.. ada sekumpulan musician yang bermain alat music di sini)

bertabah la kami berdua meredah hujan time tu..
kilat tak usah cakap la..

akhirnya sampai pun kami di koridor ta prohm ni...
kitaorang dok berteduh di dalam temple tersebut.
pastu kenyit-kenyit mata ngan partner..
kitaorang sepakat utk redahkan ajer hujan tersebut..

dan rasanya pengalaman di sini la yg paling tak best..
sebabnya gelap gulita kat dalam temple
dan tak nampak apa pun...

syukur la sebab tetiba hujan pun mulai renyai....
kitaorang teruskan melihat akar pokok yang membaluti binaan-binaan tersebut...
K.A.G.U.M!!







jalan punya jalan redah punya redah tetiba................
sampai kat pintu keluar..
haishh..
apa ni..
langsung tak de feel lara croft
dan sebenarnya memang tak tau pun kat celah mana si angelina jolie tu dok berlakon masa kat sini..
almaklumlah.. ai nengok cerita tu pun dah berzaman... tak de ripit pun nengok cerita tu..
jadinya kitaorang patah balik 
untuk mencari sesuatu di sini..

ha.. tetiba teringat satu benda yang tak jumpa lagi.....
pusing punya pusing..
pastu tanya pulak kat tourist guide yang dok mengusung pelancong..
dia kata cari "volcano stone"..
eh??? bila masa pulak kat sini ada batu gunung berapi??
apakah hakak tertinggal ketapi??

dengan keadaan fening-fening lalat...
kitaorang terus jer berjalan..
sehinggalah terdengar perbualan sorang tourist guide ngan sorang pelancong omputih ni...
ces!!!! "volcano stone" yang dimaksudkan ialah batu-batu yang runtuh sewaktu gempa bumi..
aishhh... 

tengah dok ralit mencari apa yang dicari..
ternampak la budak pompuan ni dok sibuk menjual barang..
dek kesiankan dia..
kitaorang pun membeli poscard sebanyak 10 keping dengan harga USD1.
kira murah la kan berbanding ngan sekeping postcard yang me beli dari hotel dengan rega USD1.50

dah membeli tu.. kitaorang pun apa lagi..
tanya la budak tu mana tempat yang ada apsara dancer tu..
dek belian kitaorang yang tak seberapa tu...
budak tu pun bawa la kitaorang ke tempat tu..

walaweiiiiiiiiiii..
tempat ni kitaorang dah lalu.......
memang tak perasan pun.....
gambar yang pertama tu la rupa dari kejauhan..
gambar kedua akan nampak apsara dancer tu..

menurut cerita..
apsara dancer tu mengikut rama-rama sewaktu tengah petik bunga hinggalah dibawanya ke sini..
itu katanya..
tapi me rasa ...sah-sah la kat sana banyak jer patung-patung cengitu..
pastu dek ditelan zaman dan akar-akar pokok yang seronok melingkar ruins tersebut.....
jadinya nampak la seperti apsara dancer tu terperangkap dalam akar-akar pokok tu..
agaknyer la...
kekekkekeke..

memandangkan kitaorang berdua jer yang conquer tempat tu..
dan berpuas hati sebab dapat gak la sesuatu dari ta prohm ni...
kitaorang pun bergerak keluar dari sini...

gambar ni situasi biasa yer..
minah jepun tu bukannya marah kat 2 orang budak tu..
tapi yang pasti dia cakap yang dia dah beli da barang-barang tu dan dah simpan kat hotel..
eh yer ker??
rasanya memang betul me dengar cenggitu.. ke hakak ni berhalusinasi neh???
emmphh.....

keluar jer dari kawasan tersebut..
kitaorang menapak lagi..
adalah dalam 5 minit.. (berdasarkan stamina ketika itu..kekekeke)

nampak salim dari jauh melambai-lambai ke arah kitaorang..
time ni tak payah cakap la..
kita pasti dihurung macam semut hurung gula....

kalau jenis yang tak kuat iman mcm me sah-sah akan terjebak membeli..
time ni me sempat beli sebuah buku LP murah.
tak ori pun bedal kan ajer...

pastu dorang dok push kitaorang berdua ni membeli barang-barang yg dijual...
time ni me memang dah ignore jer dorang..
almaklumlah.. bila kita dah mula beli..
yang lain akan kerumun kita..
dan nak dijadikan cerita..
nasib baik salim berdiri di tepi me..
jadi boleh la blocking budak-budak tersebut..

pesan salim agar berhati-hati dengan dompet kami..

yang menjadi masalahnya..
partner ni...
budak comel baju pink ngan selipar vogue tu la yang membantu kami mencari apsara dancer ..
manakala 2 gambar yang kanan ni diketik sewaktu kitaorang berada dalam tuk-tuk
sian partner..
tapi dia dapat beli 3 pasang tshirt ngan rega USD5 jer
dan kualiti kainnya lebih baik daripada di nite market tu...

kesian jugak kat budak-budak ni bila salim halau dorang agar tak pegang tuk tuknya..
kang kalo tak ditegah..mau ajer budak-budak ni turut sama naik tuk-tuk dgn kitaorang...

partner siap rasa bersalah tak sudah-sudah sebab tak membeli daripada budak baju kaler merah tu..

sebabnya.......... budak tu asyik ripit jek cakap..
"ma'am.. why u don't buy from me..
I see u first"

"abis tu dah dia jual seruling...aku nak buat apa ngan seruling tu?" ~ kata partner menyesal sebab teringatkan budak tu..

kekekekeke...

memandangkan dah petang...
kitaorang pun bergerak keluar daripada angkor..
dalam perjalanan ternampak pulak sami buddha ni dok tumpang lori kayu..
#eh??#
aishhh.. tetiba partner perasan note USD 100 hilang sekali lagi..
#apakah?#