Pages

~SUDAH JATUH TERPIJAK TANGGA~ #EH?#


SEMUA ORANG BUAT ENTRY PASAL TRAVEL LA, PLAN NAK TRAVEL LA, MAKAN LA, SHOPPING ITU SHOPPING INI LA..
HAKAK???? 
TIME NI LA JATUH TANGGA! BENCISSS..
DAH LA ARI NI PATUTNYA EXPLORE LEGOLAND. 
 DEK JALAN PUN TERDENGKUT-DENGKUT
MAKA TERBAKAR JADI ABU LA TIKET LEGOLAND TU..

PAGI TADI PERGI KLINIK...
 DOKTOR KATA TAK DE PATAH RIUKNYA..
MUNGKIN KENA DAGING JEK(ada nada mengejek doktor ni)
TERPAKSA BERTABAH..
ISHHH..

PASTU HAKAK TERUS MINTAK SUNTIKAN FLU UNTUK TRAVEL AKAN DATANG
VAKSIN FLU TAK ADA STOK LA PULAK..
SEKALI LAGI STRESSSSS..
SO KHAMIS NI DOKTOR SURUH DATANG UNTUK  AMBIL VAKSIN FLU TU..

AISHH.. 
DAH LA PARKING KETA SUSAH KAT SANA..
BERTABAH LA HAKAK NANTI..


~SEKIAN LAPORAN DRP HAKAK YANG STRESS~


~istanbul aku datang~

biarpun hampir setahun ke istanbul
baru la hari ni berkesempatan nak berkongsi segala perbelanjaan sepanjang 10 hari di bumi istanbul lewat tahun lalu.
*kekdahnya entry ni nak ambil mood filem ISTANBUL AKU DATANG gitooo*

kalau dah namanya setahun yg lalu,
haruslah banyak yg terlupa daripada yg ingat.
tapi belasah jer la kan..
janji mudah nak buat rujukan kemudian hari..

walaupun bukan utk rujukan orang lain..
tapi lebih kepada rujukan sendiri kekdahnya..
*ada nada meripit disitu*

berdasarkan tahun lepas, nilai matawang Lira(TL) lebih kurang : 1TL=RM2

Air Tix (MAS direct flight-10 jam aiyoo..kematu serba serbi) ---> RM2958.00

tips & tricks:
------tix berjaya dibeli semasa promotion pada awal tahun*kekdahnya tak perlu nak berebut-rebut mcm AA* TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII lagi sebulan nak bertolak, harga tix jadi RM2500. Dan harga tetap sama sehinggalah hari nak bertolak. Hampagas disitu!!

------Flight mesti akan delay sehingga 2 jam.
------banyakkkkkkkkkkkkkkkk seat kosong. sapa cepat masuk dalam perut kapal terbang..merasalah tido nyenyak.

Day 1 (Lokasi:Sultanahmed,Taksim Square)
Reload Akbil --------------------------------------------------> 20TL
Breakfast di Sultanahmed-------------------------------------->12.7TL
Istanbul Map --------------------------------------------------->5TL
Shopping di Arasta Bazaar(decorative plates, t-shirt dll)---------->300TL
jagung & kekacang----------------------------------------------->20TL
shopping di taksim square----------------------------------------->53TL
Fridge magnet di kaki lima sultanahmed---------------------------->33TL

tips & tricks:
------Akbil ni mcm touch & go cuma dia berbentuk mcm keychain. boleh beli akbil di airport, taksim, sultanahmed. harga tak tau, sebab saya pinjam kawan punya. kekekeke
------Akbil ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam, seperti funikuler, feri, bas, tram, metro dll. harga tetap sama walau sejauh mana iaitu 1.75TL.
-----Jumlah yg saya reload untuk akbil ni adalah untuk kegunaan kami bertiga. kami share 1 akbil untuk 3 orang.
-----harga makanan dalam entry ni berdasarkan untuk 3 orang makan. kecuali mekdi &KFC.rata-rata harga makanan di sini adalah tersangat mahal.
-----Mungkin harga shopping di dalam entry ni agak melampau.. tapi harus ingat!! saya cuma membelikan barang-barang yang dipesan oleh keluarga dan sahabat terdekat. kalau nak harap saya yg berbelanja sorang..tak de maknanya nak melaburkan duit yang sebegitu banyak.
-----Sila tawar separuh daripada harga yang di beri. sbb masa day 1,  sehelai t-shirt yang saya beli mencecah 25TL. sedangkan hari terakhir saya datang semula ke tempat yang sama, membeli t-shirt yang sama, harga menjadi 15TL.*cuma jurujual jer yang berbeza*  Ces!!
----- saya menetap di rumah kawan area bomonti, sisli. jadinya, harga penginapan adalah diluar bidang pengetahuan saya.kerkekekkekeke
budak ni saya tak beli di istanbul..cuma t-shirt ni yang saya beli di istanbul.

Day 2 (Lokasi:Sultanahmed)
Aya Sophia---------------------------------------------------->20TL
Shopping----------------------------------------------------->25TL
HOHO Bus--------------------------------------------------->35TL
Basilican Cistern--------------------------------------------->10TL
Reload Akbil ----------------------------------------------->20TL

tips & tricks:
-------perlu datang awal ke aya sophia. sbbnya akan beratur panjang!!! tapi alhamdullilah waktu kami sampai tu, tak de org langsung. kalau tak silap, di sini tak boleh bawa tripod. kita akan di scan sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.
------oleh sebab off-season, HOHO bus tu saya bayar untuk harga sehari, tapi boleh naik utk 2 hari. alhamdullilah.










frame ni saya beli di laluan pejalan kaki di hadapan aya sophia: 25TL untuk saiz paling besar

Day3(Lokasi:Golden Horn, Eminonu)
Teksi ke Taksim------------------------------------------------>10TL
Brunch di Pierre Lotti ------------------------------------------->7TL
Boat ke miniartuk----------------------------------------------->15TL
Miniartuk------------------------------------------------------->10TL
Shopping di miniartuk------------------------------------------->28TL
Balik Ekmik ---------------------------------------------------->8.7TL
Shopping di spice bazaar----------------------------------------->28TL
Teksi ke ortakoy------------------------------------------------->12TL
Teksi ke Bomonti------------------------------------------------->16TL
mineral water----------------------------------------------------->2.5TL

tips & tricks:
--------sesiapa nak ke pierre lotti ni kena datang awal. walaupun di kawasan perkuburan, tapi manusia punya la ramai minum apple tea sambil menikmati pemandangan golden horn.
-------terdapat ferry untuk menyeberangi golden horn (1.75TL). tapi kami lewat sampai dan terpaksa menunggu 1/2 jam lagi. jadi kami naik bot persendirian di tepi ferry terminal tu. nyawa memang macam di hujung tanduk.
-------keychain dan fridge magnet paling murah saya pernah jumpa di istanbul hanya di miniaturk =1TL.
-------wajib makan balik ekmek(burger ikan) di eminonu. Sedap!!
-------syurga membeli belah turkish delight, apple tea, rempah ratus di spice bazaar. saya rekemen beli barang-barang tersebut utk souvenir rakan-rakan di malaysia.

fridge magnet & keychain paling murah yang saya beli iaitu 1TL utk setiap satu di miniartuk


Day 4 (Lokasi:Princes' Island-Buyukada, ortakoy)
ferry ke Buyukada (return) ------------------------------------->10TL
breakfast ------------------------------------------------------>14.5TL
Kereta Kuda------------------------------------------------------>70TL
Lunch------------------------------------------------------------->15TL
Shopping di buyukada--------------------------------------------->45TL
waffle-------------------------------------------------------------->10TL
Kumpil------------------------------------------------------------->10TL
Shopping di ortakoy------------------------------------------------>20TL

tips & tricks:
------banyak boat/ferry ke princes' island di stesen kabatas. pergi ke buyukada iaitu pulau paling besar di dalam kepulauan princes'.
------harga kereta kuda itu adalah untuk sebuah. akan buat satu pusingan penuh buyukada. owh yer, sini tak de kenderaan bermoto yer. harap maklum.
-----sila makan waffle & kumpil di ortakoy pada waktu malam! sangat happening di tepi selat bosphorus sambil melihat 1st bridge/bosphorus bridge/jambatan gantung yang panjang.
----pasar malam/pasar pagi(hari minggu) di ortakoy sgt happening. nak dapatkan barang-barang handmade, silalah datang ke sini!!!

sempat membeli mangkuk bekas gula yang diperbuat daripada pewter dan dihiasi dengan batu delima untuk bonda terchenta.

Day 5 (Bosphorus tour)
Brunch------------------------------------------------------------>15TL
Bosphorus tour---------------------------------------------------->10TL
Teksi ke Bomonti ------------------------------------------------->12TL

tips & tricks:
------boleh buat satu round penuh untuk bosphorus tour ni. tapi kami naik ferry yang membuat separuh tour sahaja iaitu sehingga jambatan bosphorus.
------boleh lihat pemandangan istanbul yang cantik pada waktu malam.

Day 6 (Lokasi: Asian side)
Teksi dari Bomonti-------------------------------------------->12TL
Tix bas ke Denizli --------------------------------------------->55TL
B'fast di Taksim Square ----------------------------------------->14TL
Shopping di kadikoy(Asian side) -------------------------------->149TL
Shopping di Grand Bazaar ---------------------------------------->100TL
Makan di Taksim Square ---------------------------------------->14.5TL
Shopping di Taksim Square ---------------------------------------->68TL
Teksi ke Bomonti -------------------------------------------------->8TL

tips & tricks:
------boleh beli tiket bas ke Denizli (kawasan luar istanbul) di taksim square. untuk perjalanan pergi, saya naik syarikat bas yang terkenal iaitu kamil koc. 
-----bas berwifi dan diberi kudapan sepanjang perjalanan. persis mcm dalam kapal terbang!!
----- terdapat 2 ferry terminal untuk ke asian side. Untuk yang belum tahu, istanbul ni adalah tempat pertembungan 2 benua. benua asia dan benua eropah.  boleh pilih sama ada nak turun di kadikoy atau uskudar. 
------untuk plus size, boleh la membeli baju di sini.. byk butik untuk plus size di asian side.
------WAJIB naik heritage tram di asian side & juga di european side (taksim square)
------untuk menguji tahap kesabaran masing-masing di sarankan.... makan aiskrim di istanbul. kalau tak terdetik perasaan marah, tahniah..anda seorang yang sabar..*clap..clap*

Day 7 (Lokasi: sultanahmed)
Teksi ke Kabatas --------------------------------------------->12TL
B'fast di sultanahmed----------------------------------------->15,9TL
Muzium arkeologi --------------------------------------------->10TL
sewa peralatan mendengar -------------------------------------->10TL
Jeton (kabatas-sultanahmed-kabatas-taksim)---------------------->6TL
Dolmabache palace --------------------------------------------->40TL
KFC ------------------------------------------------------------->14TL

tips & tricks:
------semua palace & tempat fofular seperti, aya sophia, topkapi, dolmabahce palace ada hari akan ditutup untuk lawatan. sila prihatin!
------Jeton adalah salah satu token yang digunakan untuk naik tren. tapi harga dia mahal sikit daripada akbil iaitu, 2TL. naik tren, harganya ialah 1.75TL, tapi bila guna jeton, kira burn jek la baki tu.
------di Dolmabahce palace ada jadual berperingkat untuk english tour. tak boleh ambil gambar dalam palace. dan palace tu SANGATTTTTTTTTTTTTTT cantik!.tak boleh tour sendiri di dalam palace ni.. :(
------boleh berjalan kaki daripada stesen kabatas ke palace ni.


Day 8 (Lokasi: Denizli)
tiket bas ke Selcuk ----------------------------------------------->20TL
Dolmus ke pamukkale(return) ------------------------------------->6TL
Pamukkale -------------------------------------------------------->20TL
Muzium arkeologi -------------------------------------------------->3TL
Teksi turun dari pamukkale ---------------------------------------->20TL
Lunch  di pamukkale----------------------------------------------->23TL
Second lunch di Denizli Otogar ------------------------------------>11TL
Teksi ke pension di selcuk ---------------------------------------->7.5TL
package tour di selcuk + tiket bas ke istanbul --------------------->180TL

tips & tricks:
-------dolmus (van kecil) ,  otogar (stesen bas)
-------banyak pension di sekitar pamukkale.
-------dolmush sangat banyak untuk ke pamukkale dari denizli otogar.
-------untuk bas ke selcuk, saya try syarikat bas pamukkale.
-------ada 2 pintu utama di pamukkale. kalau mendaki travertines dulu, sila jgn keluar daripada pintu masuk sebelah atas travertines tu..... sbbnya kena naik teksi untuk turun ke bawah.almaklumlah, tiket tu per entry. ces!!
-------terdapat pejabat pos di pintu masuk atas bukit tu. yang ni saya terlupa nak pos postcard sebagai kenang-kenangan. sesapa yg ke sana, bole tolong post kan postcard utk saya tak? kekekeke
------di selcuk, ada BANYAK pension.. saya bayar untuk 2 malam. sebab hari kedua tu, bas saya bertolak ke istanbul jam 10mlm.
-----harga package tour di selcuk + tiket bas ke istanbul(beli di denizli) tu agak mahal sebenarnya. disebabkan beberapa faktor, saya beli jer. 
------lebih elok beli tiket dari selcuk untuk perjalanan malam. sbb nanti akan sampai istanbul jam 7 pagi. jimat masa di situ.

Day 9 (Lokasi :Selcuk)
mineral water ----------------------------------------------------->2TL
Dinner ----------------------------------------------------------->5TL
Pension (2 nites) ----------------------------------------------->140TL

tips & tricks:
------semua entrance fee(ephesus, virgin mary's house, dll)  dibayar oleh travel agen. termasuklah makan tengah hari. 
------ambil peluang untuk membeli buku tentang tempat yang kita lawati daripada penjual yang bersepah-sepah di kawasan tersebut. nanti akan diberi macam-macam free gift sehinggalah bersetuju untuk membelinya. tak rugiii..
-----kalau dah namanya ikut tour cenggini, sudah semestinya akan dibawa melawat tempat yang boleh menguntungkan mereka. sah-sah la turkey terkenal dengan permaidani dan barangan kulit. moh la kita ke sana.


Day 10 (Lokasi: istanbul)
B'fast Mc D------------------------------------------------------------->14TL
Jeton ---------------------------------------------------------------------->6TL
Galata Tower ------------------------------------------------------------->7TL
shopping di galata tower ------------------------------------------------->10TL
Topkapi palace ---------------------------------------------------------->20TL
Lunch ------------------------------------------------------------------->90TL
Turkish delights ---------------------------------------------------------->40TL
Shopping di arasta bazaar -------------------------------------------->200TL
teksi ke bomonti --------------------------------------------------------->12TL

tips & tricks:
-----ada free shuttle bus dari terminal bas ke blue mosque / sultanahmed seawal 7 pagi.
-----masa yang paling seswai untuk bergambar di hadapan blue mosque adalah pada waktu pagi!!! takat pukul 7 pagi, memang kurang bilangan pengunjung.
-----dari taksim square boleh berjalan kaki ke galata tower. sila datang waktu pagi, sbbnya, tower tu kecil jer.nak naik pun kena ikut turn.
-----dari galata tower boleh berjalan kaki menyeberangi eminonu bridge. tengok pakcik-pakcik memancing ikan, memang best. mereka tak lokek untuk memberikan kita pengalaman memancing. sila cuba!
------topkapi palace, perlu melepasi scanner. sama macam dolmabahce palace, tak boleh ambil gambar di dalam bangunan tersebut. dan yang paling penting!!!! tolong datang pada waktu pagi, sbb beratur adalah super panjang!
------wajib beli turkish delight di sepanjang sultanahmed. kalau yg kaki mengambil gambar.. sure akan dok kat tepi cermin, mengambil gambar, deretan turkish delight yang berwarna-warni itu.

satu-satunya yang saya jumpa di galata tower. 10TL ~sangat direkemen~


Day 11 (Lokasi:Ataturk Airport)
Teksi ke airport dari bomonti --------------------------------------->50TL

tips & tricks:
-------sila berada di airport lebih awal.
-------barisan di immigration adalah sgt panjang!!!!!
-------balai pelepasan adalah sgt jauh!
-------tukar siap-siap turkish lira sebelum pulang ke malaysia.
-------macam biasa, tak payah la nak ber'boots' bagai ek. menyusahkan ajer bila kena buka boots itoo.. nak-nak kalau dah last call. mau terkencing rasanya ketakutan.


*sekian laporan daripada pesaing lisa surihani untuk  istanbul aku datang.. *clap..clap..*

~kitew memang femalas~

holla peeps..
ni kira entry terlewat gitoo..
cerita raya yang masih berbaki..
-*-*-*-*-*-*-*-
cuti raya bebaru ni..
org lain sibuk lapah daging korban......kitew org pun sibuk gak
tapi sibuk bercamping..
camping pun tak jauh..kat kawasan tepi rumah jek. kekkekekekeke

tak kira la dalam rumah ker luar rumah ker..
janji dapat bergurau senda dgn bff dah memadai....

petang tu, sampai rumah besties pun dah agak lewat.
dek tak cukup ruang nak park keta depan rumah,
kitew terpaksa ler park keta belakang rumah
dan masuk pun lalu pintu belakang.
sedeh!

masuk jer ruang dapur,
kitew disambut oleh bunga kegemaran kitew..
haruslah suka!
nak-nak bila BFF cakap sanggup minta makcik depan rumah barang setangkai dua untuk kitew..
ada rasa terharu disitu..
sekali nengok atas meja...
perghh banyak giler makanan nak kena perabiskan..
padahal cuma 5 orang jek..
*sengaja ler tu nak suruh kitew makan lebih-lebih*
pastu kitew apa lagi...sibuk la nak bergambar.
padahal berlambak kerja tak settle lagi..
sekali kantoi bila ada org komen dlm fb..
"eh, nak ambik asparagus pun pakai penyepit kew?"
eh siotkan dorang ni.....perasan jek..
kitew adalah super femalas.
kejap-kejap kat dalam ..
kejap-kejap kat luar..
kengkonon nak tolong..
tapi sibuk usung kamera ke hulu ke hilir
hasil gambar...kelaut.
tapi tak pe..
sebab kitew disayangi..
maka mereka memaafkan kitew..
bertabah la wahai BFF.

berbalik citer camping ni..
seriyes la nak bagitau..
rasanya last sekali bercamping zaman jahiliah sekolah rendah dulu
maka.............perasaan mestilah super eksited gitoo.

nak buat bbq ni pun masalah ok!
tak reti nak buat apa ngan arang ni..
camana nak hidupkannya..
confirm kalau terdampar kat pulau sengsorang akan mati kebuluran la jawabnya..

cuba punya cuba akhirnya.......

pastu tetiba api marak..
wei..mengelupur kiteworang tak tau nak buat camana..
nasib besties sempat buang sikit arang tu..

akhirnya...
marilah kitew main bakar-bakar

gambar org femalas kena blur-blur sikit.
kang kena sembur pulak.
tada...
sudah siap..
sekarang mari kitew pasang khemah..
part ni kitew suka..
tapi kitew suke nengok jer la..
sekali lagi kitew jadi femalas..
sekarang sudah penat..
mari kitew makan..
part ni kitew rajin..
borak punya borak..
sekali hambik..
rentung ok!! rentung!!
tapi kitew suka betul itu mashmellow.
seriyes.. bila kena bbq,
lain wooo rasanya..

pastu dah nak dekat pukul 2 pagi...
 sekali lagi kiteworang buat kerja yang tak berapa nak waras sangat...
yer..
mari main tanglung..
tapi sebelum tu..
tulis masing-masing punya wish..
kira tinggi tanglung tu terbang.. mcm tu la tingginya harapan kitorang..
yg ni memang first experience kitew.
excited adalah terlebih..
nak-nak part nak lepaskan tanglung..
seriyes seronok ok!

adegan pertama ----> agak cuak yer sebab tetiba tanglung tu tersangkut kat pokok jiran belakang rumah.
adegan ke-2 ---> bersusah payah tanglung tu melepaskan diri.. akhirnya berjaya juga si tanglung tu terbang ke angkasa..
adegan ke-3 ----> owh mari kita melambai-lambai tanglung yg membawa harapan kami yg menggunung itu terbang ke angkasa..
adegan terakhir---> kami semua agak gusar di situ.. sbb memikirkan dimanakah tanglung itu akan menjunam jatuh nanti..
selesai acara tanglung pun dah nak dekat pukul 4 pagi..
acara penutup..
apa lagi..
bergambar dalam khemah la..
woweee... suka yang hamat la BFF semua termasuk la kitew.
nak dekat pukul 6 pagi baru semua tido. gitoo kan..
pastu.. adoiya..
kitew tido dalam keadaan berpeluh-peluh ok!
almaklumlah..
matahari dah terpacak kat atas khemah.

pastu..
kitew angkat bantal sambung tido dalam rumah.
hahahhaha..
tetiba sedar sebab BFF dah start angkut semua makanan ke dalam rumah..

kengkonon nak b'fast ala omputih gamaknya..
nasib matahari dah tersenyum simpul kat luar tu..
haruslah bersarapan kat dlm rumah mcm orang negara semusim..