Pages

saksi bisu - jogjakarta day 2 ----> candi prambanan

Lebih kurang jam 2 petang kami ke candi prambanan..
sempat la juga terlelap sekejap dalam perjalanan hari tu..

tup-tup sampai dah..
Candi Prambanan ni merupakan  candi Hinddu yang terbesar di Asia Tenggara tau.

Di khabarkan..... terdapat kisah sedih sewaktu pembikinan candi ni
lebih kurang macam cerita puteri Gunung Ledang kita la...
dek tak mahu terima cinta seseorang disuruhnya membina 1000 buah arca semalaman.
bila siap arca yang ke 999, si perempuan tu telah bertukar menjadi arca yang ke-1000 sebab si lelaki rasa dipermainkan.
Ending cerita macam Tanggang pula dah..
Perjalanan dari balai masuk ke candi mengambil masa lebih kurang 5 minit.
Melalui sebuah taman kami terjumpa lelaki bermisai ni..
Kesian kat dia sebenarnya..
waktu kami sampai tu.. cuaca masih panas.
dah la kostum tu tebal.. pastu kena kejar dengan lebah pulak tu..
Kesiannn...


secara peribadi... me lebih suka Candi Prambanan  kerana lebih cantik daripada Candi Borubudur..
Candi ini berbeza dengan Candi Borobudur sebabnya dibina tinggi.
malah ketinggiannya melebihi 5m daripada candi borobudur.
Banyak candi dikawasan ini yang tidak boleh dimasuki dek keadaan sturuktur candi itu sendiri yang dikira merbahaya.
Untuk masuk ke Candi Siva(yang paling tengah) dihadkan jumlah pengunjung dalam satu-satu masa.
malah kita dibekalkan dengan topi keselamatan sepanjang berada di sana.

Kebanyakan candi yang dibina mengelilingi candi utama ini telah musnah akibat gempa bumi terutamanya gempa bumi pada tahun 2006.
Oleh sebab kedudukannya yang hampir dengan Gunung Merapi...
maka seluruh Candi Prambanan ini telah digelar "SAKSI BISU"
kerana telah menyaksikan kedahsyatan bencana alam tersebut.
Struktur candi sama jer dengan candi Hinddu yang lain.
Arca-arca yang dibina memang menunjukkan kehalusan seni binanya.






Sedang elok kami berdua beratur untuk masuk ke candi utama..
tetiba ternampak....
Gunung Merapi..

punyalah susah nak nampak gunung ni..
almaklumlah.. time datang ke jogja ni pun.. musim hujan.
dah nampak gunung merapi dari jauh pun dah besar nikmat.

Kalau uols ada masa lagi...
boleh je ke beberapa candi tidak jauh dari sini..
kengkonon nak layan sunset... apa pun yilek..
matahari tak berapa nak menonjol sangat dek awan yang tebal.

dalam jam 5 kami berdua beransur pulang.
Sini cepat gelap.
Dalam 5.45 dah macam pukul 7 malam kita.
nak ke muzium yang berhampiran pun tak sempat.

Berdekatan dengan kawasan candi ni..
ada pertunjukan teater berbayar tau.
setiap hari ada persembahan yang berbeza.
tapi kami tak sempat pun nak menonton.

Selepas pulang semula ke hostel,
kami berdua dibawa makan malam.
Malam ni me makan bakmi gudhog
Macam mi sup jer kekdahnya pun.
istimewanya sebab ada diletakkan telur itik.

untuk minuman pula me try air tapai.
sedap gak tapai nasi tu.
warna hijau uolss..
meletopssss..
sudah makan kami meminta agar dihantar ke jalan malioboro
untuk shopping lagi.

Tengah syiok membeli-belah..
hujan kemain lebat.
kami berdua dah kaget neh..

nak balik tak tau camana..
sementara tunggu teksi,
me sempat tapau KFC.
Halal dek non jangan risau.

partner pula tapau satay.
sedapsss uolss satay dorang.
kuah satay dorang memang marbeles sampai menjilat jari.
tapi ...
sataynya.. mak aiiiii nipis yang hamat!!

Malam ke-2 baru tau..
naik teksi lebih murah daripada naik becak..
tipah tertipu...tertipu....

saksi bisu - jogjakarta day 2 ----> borobudur

Akhirnya.... hampir jam 12, kami tiba di candi borobudur yang famos amos tu..
Bayaran masuk untuk pelancong macam kita ni sebanyak USD20
banyak giler beza dengan penduduk tempatan.

sebelum sampai ke kawasan tiket..
kami berdua dah diasak oleh penjaja
naik rimas jadinya.

macam-macam barang yang dijual.
Fridge magnet ada, buku-buku pun ada.
dorang akan turunkan harga sampai kita beli.
naik kesian gak nengok depa ni mencari rezeki.
belikan la sebuah buku yang berkaitan dengan candi ini walaupun tak tau zaman bila nak baca.

nasib baik pelancong macam kita melalui sebuah post yang ber 'aircond'
kalau tak.. memang menyirap ler bayar mahal-mahal tapi berpanas macam orang lain.

dalam post tu, kita akan diberi sehelai kain untuk dipakai sebagai menghormati candi.
air teh & kopi ada diberi percuma.
minum jer la berapa banyak yang nak.
sebab me memang jenis tak minum kopi teh ni.. me bantai angkut berbotol-botol air mineral daripada peti yang ada di sana.
dah bayar mahalkan.. harus angkut 6 botol air. kekekkekekekeke
 cuaca dah mula membahang waktu tu.
ternampak pula andong (kereta kuda).. 
IDR50,000 satu kereta. 
member yang pencinta binatang ni memang tak setuju sebenarnya nak naik andong ni..
tapi kena paksa..
maka dia pun naik la juga walaupun muka berkerut-kerut kesiankan kuda tu.
Sebenarnya kami tak sure ada berapa pintu masuk ke borobudur ni
sebabnya...sepanjang menaiki andong tak nampak pulak orang yang jalan kaki melalui kawasan ni.
 Kawasan sekitar borobudur yang sangat bersih

tak sampai 10 minit kami berada di atas andong ,
pak jawa tu tunjukkan kami satu spot katanya cantik kalau bergambar.
tapi me tak berapa sure sangat betul ker cantik kalau ambil gambar dari sini??
sebabnya takat nampak borobudur tu cenonet ajer.
 puas la kami berdua tonggang terbalik bergambar kat atas bukit tu 
waktu kami meninggalkan kawasan tu..
orang dah mulai ramai bergambar di situ.

dek tak kuasa nak meredah panas ditambah dah tak sabar-sabar nak memanjat tangga kat borobudur..
kitaorang terus naik melalui pintu utara yang terletak betul-betul sebelah bukit tadi tu je.

 Pemandangan dari tingkat pertama borobudur.
Gunung yang separuh itulah.. Gunung Merapi.

Yehaaaa... Mari kita lihat apa yang ada di Borobudur...

 Mata tangga yang mak aiiiiii.. besar-besar dan tinggi-tinggi..
Nasib baiklah me ambil tindakan yang tepat melancong sewaktu keadaan mengizinkan..
kalau la dah kertu.. memang sah la nengok dari bawah jer.
 Waktu ni tak payah cakap lerrrrr...
panas yang hamat.
walaupun cenggitu.. kitorang sangat bersyukur sebab tak hujan.
panas pun panas la.
 janji langit biru.
Setiap tingkat ada ceritanya yang tersendiri..
nak cerita pun tak reti camana..
 Rata-rata pengunjung yang datang ke sini ialah penduduk tempatan.
memang jarang la nampak omputih kat sini.
tak macam kat seam reap ari tuh.
dan candi-candi disini tidak menggunakan dana dari negara luar.

Sedikit info tentang borobudur....
Candi ini dibina pada abad ke-7 dan ke-8 untuk penganut Buddha.
Candi yang berbentuk empat segi ini menggunakan lebih 2 juta blok batu yang diperbuat daripada batu gunung berapi dan mempunyai 10 tingkat.
Patut la ari tu naik semput nak sampai ke puncak candi ni.. rupa-rupanya mendaki sampai tingkat ke-10. 
 Blok batu yang disusun memang membuktikan arkitek yang mencipta candi ni memang sentiasa dean's list kalau belajar kat universiti kan??


Bila kita berada di tingkat ke-8, ada banyak stupa kecil yang terdapat buddha statue di dalamnya.
stupa kecil ini akan mengelilingi sebuah stupa utama di tingkat teratas.


Masih ada lagi penganut buddha yang datang ke sini untuk upacara keagamaan.
menurut tourist guide kami, 
waktu perayaan wesak, kebanyakan penganut buddha ni akan berjalan kaki tanpa selipar dari candi mendut yang terletak beberapa kilometer dari sini.

Candi yang besar ini telah dijumpai semula oleh gabenor England pada awal abad ke-19. 
bayangkan la binaan yang besar bagak ni boleh terbiar cengitu jer..
mesti dulu kawasan ni hutan belantara yang pokok stok tinggi-tinggi tu kan? sampaikan orang tak tau pun kewujudannya.

di candi ni juga terdapat sebanyak 500++ buddha statue tau.
member sibuk suruh cari sebab katanya dlm amazing race aritu,
dorang kena kira berapa banyak statue yang ada kat borobudur ni.
tapi kitorang tak jumpa pun..tup-tup bila nak sort gambar untuk tempek kat sini.. ..
terjumpa satu gambar yang ntah bila masa disnap pun tak tau.

the main stupa






Pukul 2 kami pun beransur dari candi tersebut untuk makan tengah hari..
Tengah hari tu kami makan nasi gudeg.
nasi putih dengan ayam + sayur tempe , nangka (indahnya jawa!) + kulit kerbau.
ambik ko makan kulit kerbau!!
kami berdua agak janggal dengan kulit kerbau ni..
tapi disebabkan teringin sangat nak rasa..
kami "on" jer makan nasi gudeg.

ingatkan kulit kerbau tu crispy mcm keropok.. rupanya tak.. strukturnya macam span.
sebab lapar khennnn..
harus makan...

Nasi Gudeg ni sangat fofuler tau kat sini..
sebab tu jogja juga dikenali dengan jolokan Kota Gudeg.
Kalau area pusat bandar jogja ni.. nasi gudegnya lebih manis berbanding dengan daerah yang lain.

teman gudeg sah-sah la jus avocado ni!
yumehhh!!

saksi bisu - jogjakarta day 2 ----> cenderahati merapi

Rujan rintik-rintik sewaku kami meninggalkan kraton.
pemandu pelancong kami terus membawa kami ke tempat utama dalam list percutian kali ini iaitu
BOROBUDUR
(tapi rasanya..semua yg datang sini pun memang meletakkan Borobudur sebagai top listkan)
 daripada apa yang diperhatikan pada hari tersebut,
keadaan lalu lintas tak berapa jem stoberi sangat pun.

cuma macam biasa..
sistem lalulintas kat sini ada menggerunkan sikit.
pengalaman naik becak, teksi dan pacuan empat roda pada hari tersebut tetap sama.
suka hati mereka untuk berhenti ditengah-tengah jalan sewaktu lampu merah simpang empat bernyala.

apabila kami menyusuri sebatang jalan,
tetiba orang sangat ramai dan lalulintas pun sedikit kurang lancar
sebabnya jalan 2 arah itu menjadi kecil dek banyak kereta yang dipakir di kiri kanan bahu jalan.
rupa-rupanya..
setiap hari minggu, kawasan ini ada pameran jual beli kereta terpakai..
memang happening waktu tu dengan muzik jawa yg memang kuat sampaikan kitorang yg dalam keta ni pun boleh dengar.
 sepanjang perjalanan nak ke borobudur, 
kami melalui kawasan yang terkena tempias lava Merapi 2010 yang lalu.
padahal kawasan ni agak jauh dari gunung tersebut pun memang dah macam pekan hantu dah kami lihat.
inikan pula kawasan gunung tersebut (nak komen lelebih tak boleh.. sebab tak sempat nak jejak kaki ke sana)

 kiri kanan kawasan ni..
memang penuh debu lava tu jer..
senang cerita warna kelabu asap tanah di sana.

Merapi merupakan antara gunung berapi yang aktif di indonesia selain bromo dan tangkuban perahu.
bezanya..merapi ni akan meletuskan lava dan gas sementara yang lain tu hanya akan mengeluarkan gas sahaja.

banyak juga yang kami tanya pasal letusan tersebut.
menurut tourist guide kami hari tu,
terdapat 2 jenis letusan gunung berapi iaitu dingin dan panas.
panas tu sah-sah la keluar lava merah menyala yang boleh membakar apa sahaja..
tapi lava sejuk tu bukan ler bermaksud keluar salji ke hapa.
lava sejuk lebih kepada batuan-batuan kecil.
so tahun 2010 katanya letusan dingin.

 sungai yang mengalirkan lava sewaktu letusan 2010 yang lalu.

menurut tourist guide kami hari tu,
Merapi akan meletus secara berkala.
tak ingat pula berapa tahun sekali dia pasti meletus.
tapi ni semua berdasarkan kiraan dan firasat manusia jer pun.
tak payah la percaya.

beberapa bulan sebelum meletusnya Merapi,
pihak kerajaan telah mengarahkan penduduk yang berhampiran untuk berpindah.
tapi tak semua nak berpindah sebab katanya...
kawasan tersebut telah diduduki oleh nenek moyang mereka sejak dahulu lagi.
so yang tegar tu.. memang tak berganjak.
yang berpindah kebanyakannya menumpang rumah saudara mara dan ada juga tinggal di pusat sementara.
Episod Mbah Maridjan yang tidak mahu meninggalkan rumahnya dan tewas dek lava Merapi sama jer dengan apa yang kita baca sebelum ni.
So sekarang tugas tu digalas oleh anak beliau.

waktu letusan tersebut,
bukan sahaja lava yang mengalir,
tapi turut sama gegaran yang kuat.

dari sini juga kita boleh lihat betapa tingginya debu-debu Merapi yang menutupi rumah-rumah di sana.
Owner traktor, lori-lori besar tetiba jadi jutawan.
sebabnya mereka boleh sesuka hati mengaut cenderahati merapi ini untk dibuat bangunan ataupun binaan seperti di bawah.
 Bukan sahaja kontraktor yang kaya hasil cenderahati Merapi ni..
petani pun sama.
kawasan yang terkena lava Merapi sangat subur.
Kebetulan pula,
waktu kunjungan kami aritu, memang tengah galak buah salak pondoh dijual.
sekilo baru IDR8,000. manis pulak tu.
sempat la juga beli 2 kilo walaupun tak pasti ada orang nak makan ke tak.
Bas awam di kawasan luar kota jogja ni memang comel-comel belaka..