Pages

kia ora.......new zealand day 2 (Waitomo)

pagi hari ke-2 di Auckland,
kami berdua dah bersiap-siap awal..
almaklumlah kami perlu berada di Skycity Coach Terminal sebelum pukul 7.30pagi
geng berdua yang baru sampai malam tadi terbangun lambat pula.
adehh.. macam amazing race kami berempat untuk ke stesen bas tu..
sekali.
waktu kami sampai tu..jam hampir pukul 7.35pagi..
terus ke kaunter...sekali minah tu suruh kami bergegas cepat sbb bas dah nak bertolak..
belum sempat melangkah keluar dari kaunter tersebut.
pembantu minah tu bagitau bas dah berlepas
adehh..
nak menangis rasanya..
bincang punya bincang.. kami terpaksa ambil bas berikutnya ke otorohanga instead of waitomo..
berkali-kali me suruh minah tu sebut otorohanga..payah betul nak tangkap pe benda nama tempat tersebut...
untuk pengetahuan uols... cuma ada sekali jer bas ke waitomo tu (intercity coach)
next tripnya esok hari..
dok melangut la kami menunggu bas hingga pukul 10 pagi.
sebelum naik jangan lupa isi tag destinasi akhir untuk urusan penghantaran beg sekiranya tertinggal.
waktu kami nak naik bas,
kami bagitau yang kami perlu ke waitomo glow worm cave.
so driver bagitau yang dia akan uruskan shuttle van untuk ke sana.
nasib baik...
kalau ikutkan iti yang awal.. bas 7.30pagi tu akan membawa kami terus ke gua tersebut
tapi apakan daya...
Kami tiba di pekan otorohanga lebih kurang pukul 2petang.
turun je bas, sebuah van dah siap-siap tunggu kami
sepanjang perjalanan lebih kurang 40 minit,
kami diceritakan tentang bumi New Zealand oleh driver van tersebut iaitu Bill.
Bill membawa kami ke sebuah kawasan untuk melihat sendiri pokok kiwi


 Ladang pokok epal
memandangkan kami membawa beg yang super banyak,
Bill bawa kami ke I-site untuk tunjukkan kami arah mana nak sampai gua tersebut.
lepas tu baru Bill hantar kami ke tempat penginapan utk malam tersebut
 Bill dan me yang super kaget..
Untuk malam ni ada sedikit special..
 Sebabnya..
kami akan tidur di replika rumah hobbit.
di Woodlyn Park ni best..
sbb ada banyak jenis rumah boleh dipilih..
meh nak share gambar rumah tersebut..



 tilam memang super tebal ok...
me sangat loike..

Dua heater yang menyebabkan kami berdua tido macam kat Malaysia
 Lepas kami letak bag dan menunaikan apa yang patut,
kami bergegas ke perkampungan waitomo yang terletak sejauh 900m
menapak la kami berempat..
cuaca sejuk ditambah dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan
membuatkan kami terlupa yang kami berjalan jauh hari itu..

Memang tak de pengangkutan awam di sini..
jalan raya pun sangat lengang
sapa yang pernah nengok cerita House of wax (lakonan Paris Hilton) memang itu la suasananya..

 Sampai di perkampungan waitomo kami kena menapak lagi lebih kurang 100m ke I-site
Tanya lebih kurang dengan petugas di sana..
kami meneruskan perjalanan ke  Glow worm Cave
 Dari I-site kami kena menapak lagi 500m.
akhirnya sampai pun kami di Glowworm Cave
Memandangkan sekarang ni off season,
memang tak de orang pun.
yang ada hanya kami berempat serta sepasang kekasih kot dari Guatemala.
Gua ini menarik minat untuk dikunjungi sebab binatang yang dikenali glowworm
dia akan bercahaya dalam gua yang gelap ini.
sorry gambar tak boleh dirakam dalam gua ni..
tapi memang cantik la..
uols kena nengok sendiri keunikan binatang ni..
nak masuk gua ni pun tak boleh suka-suka..
mesti ada tour guide..
tak ingat la pulak nama tourist guide kami..
tapi orangnya sangat baik
mula-mula dia akan bawa kita ke dasar gua..
memang cantik pemandangan di bawah sana..
sejuk dan tenang je..
tak perlu risau sbb memang jalan kat bawah tu telah dibuat dengan teliti..
kiranya tak de la super mencabar pun..
pastu kita naik sampan......

waktu naik sampan ni best.
kita akan nampak glow worm ni bercahaya ..
memang terpukau la seketika..

Tour sejam lebih berakhir di sini...

Memandangkan jam hampir pukul 6.30,
kami harus bergegas pulang dengan segera..
almaklumlah.. musim sejuk cepat gelap..
memang tak jumpa la satu kereta pun bila dah nak gelap ni..
Kami tiba di motel memang dah nak gelap
Macam biasa.. kami masak nasi berlaukkan makanan dalam tin.
pnggan tak de so makan dalam cawan..
selamat la makan dengan kuantiti yang sedikit.
muahahah


lebih kurang pukul 11 malam dah tido sebab kepenatan dek berjalan kaki 3 km tadi..
tapi cuma satu je pesanan..
bila kita berada di tempat orang..
especially kawasan yang jarang didiami..
seelok-eloknya beri salam dan baca apa-apa yang patut sebelum tido k..

kia ora ..... new zealand day 1 (Auckland City)

KIA ORA..
bermaksud hello cenggitu..
percutian kali ini terlalu banyak drama..
dari Malaysia sampai la ke Malaysia semua..
adehhh
nanti me listkan drama-drama aka sinetron yang terjadi k.
percutian kali ni memang tak dirancang pun..
mula-mula plan nak ke jepun..
sekali bila memikirkan perlu ada 8k dlm account..
terus mintak maaf la.. tinggal jer la angan-angan tersebut..
memang sedeh org tak banyak duit ni..
berangan je la yang mampu.
so decide nak ke aussie...
sekali currency sangat la mahal..
so kita ke NZ je la..
tapi dok berbelah bagi lagi..
sebab flight tix mahal la sangat..
tiba-tiba MAS buat promo..
walaupun me tau.. tak de la murah mana...
tapi namanya sale kan.
tutup mata terus grab..
so berlakulah drama #1...
kami ber4 terpaksa berpisah..
sebab hanya kami berdua je yang sempat grab tix murah tu..
so ... lagi 2 orang tu terpaksalah naik flight seterusnya..semata-mata nak tix murah punya pasal.
tu baru drama #1...
drama #2 pulek,,
tangan tergatal kan nak request muslim food walaupun tau..
memang MAS akan hidangkan makanan halal..
ambik ko.. ter"click" fruit platter..
sedeh..
tix kami grab lebih kurang sebulan sebelum bertolak.
makanya..
iti tunggang langgang.
asal boleh..
banyak yg kami terpaksa skip
seperti nengok mauri cultural performance, ke lake taupo dan jugak panjat Auckland bridge tu..
ni namanya risentoripit...
maka bertolak la kami berdua pada 28 Mei yang lalu..
time tu memang me agak cuak gak..
sbb tetiba demam,
buat la ditahan kat airport..tak ke naya kan.
menempuh 10 jam perjalanan dengan fruit platter bukanlah satu tugas yang mudah..
sedeh..
lebih kurang pukul 1145pagi kami tiba di Auckland dengan suhu 8C.
happy mak waktu tu k.
waktu isi arrival form tu.
tibalah masa yang sgt kami takut..
iaitu nak declare makanan yang kami bawa..
berkira-kira nak declare ke tak.
tapi bila dah terbaca reason dorang melarang produk tenusu di bawa masuk ke NZ,
terus kami berdua declare aje apa yang dibawa..
1st impression kami tentang Kiwi ni..
sangat bagus.
tak pernah la me kuar dari tapisan immigresen dengan senyum simpul.
kiwi sangat sopan orangnya.
interview sikit-sikit dan diakhiri dengan..
"enjoy your holiday"
terus mak jatuh chenta ngan KIWI..

memandangkan duit pun tak berapa banyak..
so trip kali ni cuma cover north island jer..

gitu gini gitu gini..dalam jam 1230 settle semua benda..
so kuar jer dari tapisan kastam,
sempat la membeli simcard sana.
pastu kami terus ke luar airport untuk naik airbus.

lepas beli return tix dekat kiosk di luar airport,
kami terus naik bas yang memang dah sedia menunggu kami.
lebih kurang 5 minit bas pun terus berjalan..
bagusnya.. bas memang tak tunggu orang..
cukup masa terus je jalan..
so tengah hari tu cuma kami berdua jer dalam bas.....wah meriah.
excited  dua-dua Malaysian ni sbb tak sangka boleh tiba di NZ.
brochures melambak kat dalam bas..
perjalanan dari airport ke Auckland city lebih kurang 40 minit.
bagusnya.. driver akan layan uols nak turun mana..
sepatutnya kami turun di hentian myers park (hadapan Universiti Otago)
tapi driver turunkan kami satu stop awal sbb kami tak perlu mendaki bukit untuk ke hotel.
sangat baikkan?
untuk malam pertama ni kami stay di Ascotia Off Queen hotel
ok gak la hotel tu..

selesai check-in,
dah tak sabar-sabar nak nengok Auckland city..
so memang plan niari tak de buat apa-apa pun..
sekadar g nengok tempat shopping utk hari ke-10 nanti.
#eh?#
walaupun kami berada di bandar tapi bilangan kereta sangat sikit.
kami menyusuri Queen Street sehinggalah ke penghujungnya
apa yg me perhatikan..
terlalu banyak dewan teater di sini..
rasa sangat rugi sebab tak book satu tix utk menonton semasa berada di sini.

bagusnya papan tanda depa..
siap bagi jangka masa perjalanan ke sesuatu tempat.
akhirnya kami pun tiba la di penghujung Queens St....
berhadapan dengan kami ialah ferry building..
bentuk sama ngan ferry..
tapi kami tak g la arah sana.. sebab hujan yang hamat lebat...
so nengok dari seberang jalan je..
dan di sebelah kanan kami ada Britomart
iaitu stesen pengangkutan awam(bas, teksi, tren)
nasib ada subway..
so kami pun ke Britomart untuk menelek-nelek apa yang patut..
sebab kami akan ke sini lagi pada hari ke-8 nanti...

keluar jer dari britomart kami lalu pintu utama. ..
dok nengok bangunan pencakar langit.. 
walaupun hujan...... .gagahkan la jugak meredah..
seterusnya kami nak ke skycity utk nengok sky tower (mercu tanda Auckland)
pendek kata serampang 2 mata..
nak nengok sekali tempat untuk tunggu bas keesokan harinya..
bangga jap nampak billboard yang tersergam ni..
dalam perjalanan pulang,
 kami singgah sebentar di countdown iaitu sebuah supermarket..
sempat la membeli beras dan jajan untuk stok perut lapar..
so malam tu kami makan nasi berlaukkan kurma ayam adabi..
nyum..nyum...


kia ora...New Zealand 2013

Salam semua..
bila masuk je hari isnin...
tak bermaya..
adehh..
mood berhujung minggu masih menebal...
2 minggu yang lalu,
me telah berholiday yang tak berapa nak dirancang sgt pun.
buat iti pun dlm masa yang singkat.
sudahnya banyak sgt drama untuk trip ini..
nanti bila free baru update k.
sementara nak tunggu tibanya waktu free tu..
meh la layan gambar yang tak seberapa ni..
adios..
Mode: gigil-gigil nak sort 5k punya gambar..
adehhh...











sabah final episode


akhirnyaaa..
sampai pun ke hari terakhir di negeri bawah bayu ni..
 
pukul 6.30 pagi suasana kat puncak gunung Kinabalu dah mulai nampak.
lambat sikit jer..
bahagian puncak memang dah ditutupi awan.
gigih ni pakai baju tido dok kat pelantar yang disediakan
semata-mata nak nengok puncak Kinabalu
 

 bagusnya kat sini.. sebab langsung tak de orang.
so kami berdua beranak jek ada kat sini.
mak ,  kitorg tinggalkan kat bilik
nengok dari balcony je.
 
menurut pak guard kat sana..
 masa ni..
kita boleh nampak orang mendaki

 nak mendaki dah tentu la tidak mungkin..
so lihat dari kejauhan dengan baju tido je la yang mampu..
 lepas sarapan
kami terus bergerak ke KK semula.
time tu memang ketat gak kawalan jalan raya dek insiden kat Lahad Datu.
 
memandangkan flight kami petang..
so kami terus ke masjid negeri utk solat zuhur.
besar betul tempat parking
 panas betul waktu kami makan kat tepi laut tu..
owh ya.. kat KK ni ada HRC.
so bagi peminat HR boleh la beli souvenir di sana..
 
Dek panas tu lah
kami sempat menjengah ke muzium negeri
almaklumlah kalo travel tak masuk museum memang tak sah ok!

watammat lah percutian singkat kami 3 beranak..
nanti sambung dengan cerita cinta  cuti  lain yang sangat berdrama
 
Selamat berhujung minggu semua...