Pages

kia ora...new zealand day 4 (Wai-o-tapu Thermal Park)

Assalammualaikum kengkawan semua..
tetiba mood sengal bila mengantuk tahap gaban sekarang ni..
Berbalik pada cerita di bumi kiwi aritu..
pagi hari ke-4 cuaca mendung semacam aje...
cuak gak la.
almaklumlah niari nak meredah hutan kekdahnya..
tepat pukul 8 pagi..
kami di jemput oleh sebuah van ke  Wai-o-tapu thermal wonderland...
sepanjang perjalanan memang penuh wap-wap panas di tepi jalan..
scary kan......
borak punya borak...
driver bawa kami ke kawasan lumpur panas ..
kagummm...
perjalanan lebih kurang sejam...
akhirnya kami tiba di tempat yg dijanjikan...
kawasan ni merupakan antara kawasan yang ada dalam lingkungan gunung berapi Taupo.
Kawasan ini termasuklah collapsed craters, lumpur panas dan sebagainya..

dalam park ni ada 3 laluan yg uols boleh lalu..
tapi kami cuma ke laluan pertama dan kedua je
untuk keda-dua laluan itu mengambil masa lebih kurang 40 minit.
tapi kalau dah sibuk bergambar..
mau cecah 2 jam gak.
Memandangkan kami sampai pagi...
so wap panas dari perut bumi belum banyak..
bau sulfur pun tak berapa kuat..
Rasanya..
kami berempat dengan satu couple tu aje yang ada kat taman ni..
memang lengang

Kat sini memang kawasan larangan merokok
karang tak pasal-pasal terbakar pulak taman ni..
yang warna kuning diatas tulah rupa bentuk sulfur yang terhasil


This track paling best..
uols akan menyeberangi kawasan geyser..
memandangkan waktu pagikan..
so cuaca masih sejuk..
jambatan ni masih boleh nampak lagi...

suhu air kat sini panas ok!
ada yang mencecah 300 darjah celcius.

Gambar atas bila dah nak dekat pukul 10 pagi..
track yang tadi tu memang dah tak boleh nampak dek asap yang dah mulai banyak..

Kami berjalan laju masa ni..
ambil gambar lebih kurang je sebab nak berlari ke Lady Knox Geyser

Lady Knox ni merupakan gunung berapi kecil yang dimangkinkan oleh manusia untuk mengeluarkan lavanya..
persembahan ini hanya diadakan sekali sahaja sehari..
so....kalau dah berada di sini..... jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan ni tau...
dari park tadi ke sini agak jauh gak la.. dalam 5 minit naik van.


Inilah Lady Knox yang fofuler itew..
time ni.. dah dimasukkan bahan untuk mengaktifkannya.....
bila melihat letusan tersebut masing-masing terkesima........
almaklumlah ..bukan senang nak lihat sendiri macam mana geyser ni memuntahkan isi perutnya yang panas tu..

Akhirnya dalam jam 12 kami tiba di hotel..
memandangkan hari ni free and easy..
so kami berdua bersepakat nak ronda-ronda sekitar kawasan rotorua dan shopping apa yang patut
so tempat pertama yang kami pergi ialah
Government Garden yang terletak betul-betul berhampiran motel kami..


Walaupun cahaya matahari ada
tapi sejuk tak boleh blah..
di tepi jalan pun ada banyak geyser yang masih aktif





Hari ni kami buat kerja gilerr sebab menapak sepanjang Fenton street...
mak aiii nak tercabut kepala lutut..
huhuhu..
kami tido cepat sebab kengkonon esok nak g ke tempat highlite percutian kami..
tapi apakah??

kia ora.......new zealand day 3 (Waitomo-Rotorua Journey)

Salam ramadhan semua..
seronok sbb semalam jb cuti..
yahuuu
(Nampak sgt ni sepatutnya dipost pada hari ke-2 ramadhan...)
berbalik cerita di bumi kiwi..
pagi hari ke-3 kami semua bangun awal sebab takut kes ditinggal bas..
sementara nak settlekan bayaran bilik..
sempat gak la nengok kawasan sekeliling..
kalau berkesempatan ..
setiap hari ada pertunjukan kambing mmbkkk mbbkkk kat sini..
kalau tak silap pukul 1.30ptg
tapi tak sempat pun nak tonton aritu...

dalam ni juga ada café.
tapi tak g pun minum...
macam scary jek tempat tu..

sebelum balik kita round-round dulu ..
berdepan dgn bilik kitog ada
kapal kengkonon titanic ni..
mesti best sapa tido dlm bilik ni..

nak tido dalam cabin cenggini pun bole...

selain itu..ada gak kapal terbang ngan train.
bukan replika ok..
tapi betul-betul punya..
ambil gambar lebih kurang kami terus berjalan sejauh 1km..
mengusung la beg besar masing-masing
nasib baik jalan sangat lengang..
ditambah dengan suhu yang sejuk..
tak la rasa penat sgt



perjalanan dr motel ke sini tambah tolak dengan berat beg dan berat badan sendiri nak dekat 40 minit gak..
tu termasuk dgn stop posing-posing ambil gambar.....

di I-site ni ada muzium..
tapi kami tak sempat pun jengah sbb takut terlepas bas sekali lagi..

dah alang-alang boleh pos poskad...
pos la kat sini..
poskad sampai lebih kurang 2 minggu
direct ke Malaysia..

poskad yg ada gambar fern tu special tau..
sbb dia diperbuat drp kayu.
tempat lain tak jumpa la pulak poskad cenggitu..
kat souvenir shop glow worm cave tu je ada..
tunggu bas betul-betul depan I-site ni..
secara peribadi..
suka dengan kawasan sekitar glow worm cave ni..
sebab tenang je..
tak lama lepas tu bas pun sampai..
 driver dorang pun baik jer siap buat lawak lagi....
sepanjang perjalanan memang driver akan terangkan segala-galanya tentang NZ
sampaikan siap bagi recipe pavlova lagi..
Nampak tak putih-putih atas bukit tu..
tu bukan batu..
tu la kambing mmmbbkkk

sesungguhnya sepanjang perjalanan memang terhidang pemandangan yang sangat cantik..
cuma mata ni asyik nak terkatup je..
bila tiba di bumi NZ ni..
secara automatic uols akan ada rasa cintakan kebersihan..
budaya tu patutnya wujud dalam diri masyarakat kita..
mana taknya..
dalam bas ni.. sapa yg req makanan akan dibekalkan dlm bekas makanan..
siap driver tu berhentikan bas dan bagitau penumpang agar turun buang kat dalam tong sampah..
Tapi biasa la..
pe'el yang paling tak boleh blah bila naik transport ni pe lagi..tido..tido..tido...
tiba-tiba sedar dah sampai rotorua..
masa sampai rotorua bas akan berhenti di satu tempat untuk agihkan kepada beberapa bas kecil yang lain.
ada yg diagihkan untuk ke lokasi penggambaran hobbit, agrodome dan sebagainya.
ritu tak sempat g agrodome memandangkan duit pun tak berapa banyak kan.....almaklumlah percutian tanpa dirancang
satu yang bestnya....
sesiapa yang g ambil package ke tempat-tempat tersebut tak perlu fikir tentang luggage uols yg super banyak tu..
dorang akan hantar terus ke hotel.
kita cuma bawak badan je menonton dan akan dihantar pulang ke hotel semula..
aishhh..kalo tau cenggini.. memang dah siap-siap ambil package drp depa.
sementara nak sampai ke motel kami...
sempat la melihat hotel dan hostel di sekitar pekan rotorua ni..

akhirnya..
kami sampai  di princess gate hotel...
macam tak percaya pulak kami nak stay di motel ala-ala Victorian style ni..

Teruja betul nak stay kat sini tau..
Sesapa yang nak stay sini kena usha betul-betul sebab ni pun rezeki namanya..
susah nak dpt bilik kat sini..
laku macam pisang goreng panas.
selain konsep Victorian yang menjadi pilihan...
motel ni paling dekat ngan I-site.. lebih kurang 2 minit berjalan je..
keluar je pintu motel ni.. dah nampak I-site..
meh kita nak riakkan gambar hotel ni meh..




ada banyak facilities yang disediakan di sini..
paling best dok kat depan unggun api waktu malam..
memang fefeeling dok kat obesi lah..#eh?#
Waktu kami sedang sibuk pulun ambil gambar kat dalam bilik..
tetiba telefon berdering..
rupa-rupanya receptionist bagi tau ada orang nak jumpa..
wah.. takut
sbb tetiba rasa ada sedara mara dok kat rotorua..
sekali driver bas tadi yang nak jumpa kami
sebab nak pulangkan camcorder yang tertinggal kat dalam bas tadi
tapi bukan kami punya..
so lepas berbincang..mungkin tu milik couple kat depan kami..
jujurkan dorang???
lepas letak barang..
kami bercadang untuk booked apa-apa yang perlu di I-site
Memang jatuh cinta kat rotorua ni.
terlalu cantik..
baru tau ari tu yang warna hijau dan biru bila kita combine kan sgt cantik!!!
Warna biru langit kat sini memang lain drp tempat kita..
biru yang amat cantik..
so langkah pertama kami ialah ke I-site..
 yang baju hitam ni namanya Norton
call sana..call sini carikan package paling murah untuk kami 


end up kami beli 2 package utk 2 hari di rotorua..
settled beli tix..
kami pun berjalan-jalan sekitar pekan ni..
so tempat pertama kami tuju ialah ke Polynesian spa.......
takat nengok jer pon pastu makan eskrem pastu riki-riki barang..
keluar je dr situ hari dah gelap..
so kami ke pak n save (lebih kurang mcm hypermarket kita)
balik tu kami ke pasar malam..
kebanyakannya jual makanan.
tak berani nak cuba sebab daging yang tak halal tu..

Ni kawan baru kami  dr uk
nama dia moe...
sorang yg hyper dan dok gelak memanjang...

nak makan mussel ni pun tak kesampaian sbb ramai sgt beratur..
dalam pukul 9 kami balik bilik..
masak nasi ....mkan....pastu kebabommmm