Pagi hari ke-8, kami bersiap agak awal..takut tertinggal kereta api....
almaklumlah....7.30am mesti dah ada di stesen kereta api.
Oleh sebab itu, semalam awal-awal lagi dah minta tolong receptionist motel booked kan taxi.
kalau nak berjalan kaki mau setengah jam gak baru sampai.
Pagi tersebut jalan raya basah.
Rupa-rupanya semalam hujan lebat.
tapi kami tak sedar pun bila hujan turun..
yang tahu pagi ni memang terpaksa ke stesen kereta api dengan mata yang kelat.
yang tahu pagi ni memang terpaksa ke stesen kereta api dengan mata yang kelat.
Hari ni seharian kami akan menaiki Northern Explorer
perjalanan dari Wellington ini akan mengambil masa lebih kurang 12 jam terus ke Auckland
Tren ni baru je mula beroperasi pada Jun tahun lepas.
Lagi satu jadual perjalanan mereka bukan tiap-tiap hari yer. Beli tiket secara online adalah digalakkan.
Yang menariknya bila naik tren ni kita akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan..
boleh nampak bukit bukau, gunung-ganang dan paling penting alpine landscapes.
wuhuu
Lepas urusan check-in,
semua penumpang akan diberi tag untuk setiap beg.
nanti tak de la beg tu tertinggal..tak pasal-pasal tak de baju utk ditukar malam nanti..
Setiap penumpang ada limit bilangan beg yang boleh diangkut.
tapi disebabkan time kami melawat bumi KIWI ni off season
so ikut suka la nak angkut berapa beg pun
tak de sapa pun yang kisah
Perjalanan dari Wellington ke Auckland city akan merentasi 7 hentian.
kalau yang ada masa lebih boleh stop dimana-mana hentian dengan pelbagai aktiviti yg boleh dilakukan.
Paling popular ialah di Tongario National Park, dan Ruapehu.
tapi kami tak g pun..hehehe..
budget kering la katanya
Meh kita lihat camana rupa gerabak tren ni..
Spacious carriages with air-conditioned dan tingkap yang sangat besar untuk memudahkan kita melihat pemandangan di luar
nak charge batt pun boleh.
setiap seat ada 2 kepala soket.
Setiap penumpang akan diberikan headphone sebab depa akan terangkan tentang pemandangan dan tempat yang sedang kita lawati.
Selain itu,ada café tau..
mudahlah nak makan sambil borak-borak dan menikmati pemandangan alam semulajadi.
Mau tak berselera makan kalau disajikan pemandangan yang superb cengini..
untuk pilihan makanan pun ada banyak
setiap makanan akan dilabel kandungan makanannya
Kalau dah namanya kuat makan..
kami singgah kat café ni 2 kali.
kira mcm sarapan dan tea time gituss..hehehe
lunch?? tido la jawabnya..
untuk b'fast kami..
tu ha makanannya..
kalau kat Malaysia memang tak pandang makanan cenggini..
buat penat mengunyah je..heheh
tapi kalau dah terdesak sangat..
ni pun dah macam syurga..
tapi alpine nuts dalam roasted vege ni memang sedap la.
series tak tipu.
utk tea time kononnya nak beli lagi..tapi dah habis pulak.
untuk tea time pulak...nyum nyum dapat makan afgan..
selain café,
ada open air viewing carriage
Yang ni best sangat sebab boleh capture view yang sangat ohsem!
cuma kat sini kena prepare dengan coat sbb sejuk yang hamat especially time autumn cam aritu..
wohooo beku jari jemari kami.
now meh kita layan view yang sempat di capture..
sebabnya masa lain banyak tido dari melihat keindahan alam semulajadi...
huehue
Banyak betul si biri-biri kat sini
dah macam ulat beluncas pulak gamaknya..
Baru nak terlelap
partner kejutkan sebab katanya ada view menarik di hadapan..
pe lagi..
terpinga-pinga terus ke open carriage
rupa-rupanya kami dapat lihat gunung berapi Tongariro
memang cantik.
puncak gunung putih diselaputi salji..
dengarnya area sini nak ski pun boleh...
puncak gunung putih diselaputi salji..
dengarnya area sini nak ski pun boleh...
Lebih kurang pukul 7 malam kami pun tiba di Britomart
untuk pengetahuan semua,
Britomart ni macam TBS kat Sg Besi tu.
Semua public transport akan berhenti disini.
Keluar aje dari Britomart, hujan lebat baru je turun.
so nak menapak mungkin la tidak khennn
hari ni kami naik bas ke hotel.
Guna snappers card.
Malam ni baru tau, yang snappers card boleh digunakan di Auckland..
aish..
untuk 2 malam di Auckland,
kami tetap pilih hotel yang sama.
Tak nak menyusahkan diri nak mencari tempat yang baru kekdahnya.
Lepas check-in,
kami terus redah hujan renyai-renyai untuk bershopping
sebabnya takut esok tak sempat nak bershopping.
almaklumlah, esok kami sekali lagi memperjudikan nasib untuk aktiviti terakhir..
kami hanya ada gap 10 minit je untuk tukar bas.
lagi pun kami tak dapat membayangkan macamana kedudukan stesen bas Hamilton tu...
andai kata terlepas bas ke Auckland esok petang,
mungkin kami terpaksa bermalam di Hamilton dan bergegas ke Auckland city esok harinya sebab flight kami tengah hari..
huhuhu...