Pages

kia ora....new zealand day 8 (Northern Explorer - Kiwirail Scenic Journey)

Pagi hari ke-8, kami bersiap agak awal..takut tertinggal kereta api....
almaklumlah....7.30am mesti dah ada di stesen kereta api.
Oleh sebab itu, semalam awal-awal lagi dah minta tolong receptionist motel booked kan taxi.
kalau nak berjalan kaki mau setengah jam gak baru sampai.
Pagi tersebut jalan raya basah.
Rupa-rupanya semalam hujan lebat.
tapi kami tak sedar pun bila hujan turun..
yang tahu pagi ni memang terpaksa ke stesen kereta api dengan mata yang kelat.
 Hari ni seharian kami akan menaiki Northern Explorer
perjalanan dari Wellington ini akan mengambil masa lebih kurang 12 jam terus ke Auckland
Tren ni baru je mula beroperasi pada Jun tahun lepas.
Lagi satu jadual perjalanan mereka bukan tiap-tiap hari yer. Beli tiket secara online adalah digalakkan.
Yang menariknya bila naik tren ni kita akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan..
boleh nampak bukit bukau, gunung-ganang dan paling penting alpine landscapes.
wuhuu

Lepas urusan check-in,
semua penumpang akan diberi tag untuk setiap beg.
nanti tak de la beg tu tertinggal..tak pasal-pasal tak de baju utk ditukar malam nanti..
Setiap penumpang ada limit bilangan beg yang boleh diangkut.
tapi disebabkan time kami melawat bumi KIWI ni off season
so ikut suka la nak angkut berapa beg pun
tak de sapa pun yang kisah
 Perjalanan dari Wellington ke Auckland city akan merentasi 7 hentian.
kalau yang ada masa lebih boleh stop dimana-mana hentian dengan pelbagai aktiviti yg boleh dilakukan.
Paling popular ialah di Tongario National Park, dan Ruapehu.
tapi kami tak g pun..hehehe..
budget kering la katanya

Meh kita lihat camana rupa gerabak tren ni..
Spacious carriages with air-conditioned dan  tingkap yang sangat besar untuk memudahkan kita melihat pemandangan di luar
 nak charge batt pun boleh.
setiap seat ada 2 kepala soket.
Setiap penumpang akan diberikan headphone sebab depa akan terangkan tentang pemandangan dan tempat yang sedang kita lawati.
Selain itu,ada café tau..
mudahlah nak makan sambil borak-borak dan menikmati pemandangan alam semulajadi.


Mau tak berselera makan kalau disajikan pemandangan yang superb cengini..
untuk pilihan makanan pun ada banyak
setiap makanan akan dilabel kandungan makanannya

Kalau dah namanya kuat makan..
kami singgah kat café ni 2 kali.
kira mcm sarapan dan tea time gituss..hehehe
lunch?? tido la jawabnya..
untuk b'fast kami..
tu ha makanannya..
kalau kat Malaysia memang tak pandang makanan cenggini..
buat penat mengunyah je..heheh
tapi kalau dah terdesak sangat..
ni pun dah macam syurga..
tapi alpine nuts dalam  roasted vege ni memang sedap la.
series tak tipu.
utk tea time kononnya nak beli lagi..tapi dah habis pulak.
untuk tea time pulak...nyum nyum dapat makan afgan..
selain café,
ada open air viewing carriage
Yang ni best sangat sebab boleh capture view yang sangat ohsem!
cuma kat sini kena prepare dengan coat sbb sejuk yang hamat especially time autumn cam aritu..
wohooo beku jari jemari kami.
now meh kita layan view yang sempat di capture..
sebabnya masa lain banyak tido dari melihat keindahan alam semulajadi...
huehue
Banyak betul si biri-biri kat sini
dah macam ulat beluncas pulak gamaknya..

Baru nak terlelap
partner kejutkan sebab katanya ada view menarik di hadapan..
pe lagi..
terpinga-pinga terus ke open carriage
rupa-rupanya kami dapat lihat gunung berapi Tongariro
memang cantik.
puncak gunung putih diselaputi salji..
dengarnya area sini nak ski pun boleh...
Lebih kurang pukul 7 malam kami pun tiba di Britomart
untuk pengetahuan semua,
Britomart ni macam TBS kat Sg Besi tu.
Semua public transport akan berhenti disini.

Keluar aje dari Britomart, hujan lebat baru je turun.
so nak menapak mungkin la tidak khennn
hari ni kami naik bas ke hotel.
Guna snappers card.
Malam ni baru tau, yang snappers card boleh digunakan di Auckland..
aish..

untuk 2 malam di Auckland,
kami tetap pilih hotel yang sama.
Tak nak menyusahkan diri nak mencari tempat yang baru kekdahnya.

Lepas check-in,
kami terus redah hujan renyai-renyai untuk bershopping
sebabnya takut esok tak sempat nak bershopping.
almaklumlah, esok kami sekali lagi memperjudikan nasib untuk aktiviti terakhir..
 kami hanya ada gap 10 minit je untuk tukar bas.
lagi pun kami tak dapat membayangkan macamana kedudukan stesen bas Hamilton tu...
andai kata terlepas bas ke Auckland esok petang,
mungkin kami terpaksa bermalam di Hamilton dan bergegas ke Auckland city esok harinya sebab flight kami tengah hari..
huhuhu...



kia ora..... new zealand day 7 ( Wellington City)

Assalammualaikum uols..
niari excited nak pulun habiskan cerita yang dah lama tertunggak..
Naik cuti raya..memang lemau betul semangat nak menulis..
aishh..
berbalik pada hari ke-7 di bumi KIWI...
lepas bersarapan..kitorang naik bas tanpa arah tujuan..
almaklumlah..
niari konsepnya sightseeing khennn..
naik bas yang tak tahu kat mana nak berhenti nanti...
main ikut je penumpang akhir tu turun kat mana..
heheheh
last-last kami berhenti di Bunny Street..
Dari Bunny Street kami main redah je hinggalah terjumpa University of Wellington..
nak belajar kat sini memang la tak mampu khennnn
so takat boleh ambil gambar je..
itu pun dah beruntung sangat sebab boleh berdiri depan pintu university ni..
heheheh
Dari situ,
kami terus ke railway station yang terletak bersebelahan je dengan university....
almaklumlah..
esok nak naik train..
haruslah g survey tempat nak terjah esok..
Lepas dah kenal pasti lokasi untuk esok hari.
kami terus ke Waterloo Quay
Waktu ni hujan mulai renyai
tapi kami redah je sebab bukan ada hari esok pun untuk kami di sini..
orang kat sini pun ada gak berpakaian pelik-pelik
aktiviti kami hari tersebut dok peratikan sapa pakai baju pelik-pelik..
hehehhe
patutlah budak-budak suka melepak..
santai je nengok gelagat orang sambil gelak-gelak...
huhuuhu..
agak lama kami berada di tepi pelabuhan ni
banyak bangunan yang cantik-cantik kat sini..

Kami sempat menyinggah ke sebuah galeri seni di sana..
walaupun tak pandai seni..
tapi kami buat-buat pandai dan menilai seni di sana..
huehehueheu..
akhirnya kami pun tiba di museum of Wellington..
untuk pengetahuan semua....
muzium ni telah dicalonkan antara 50 muzium terbaik di dunia tau...
Pantangkan kalau dah dicalonkan antara muzium terbaik di dunia..
haruslah kami semua singgah.
nak tengok part mana yang terbaiknya...
Sedikit info: Muzium ini bertempat di dalam sebuah stor yang telah dibina pada tahun 1892
dan.....
Yang lagi best.. tiada bayaran masuk..yahuuu 

waktu kami sampai.......kami mulakan dari tingkat atas sekali..
ada sesuatu yang menarik di sana
kami menonton tayangan  " A Millennium Ago" yang berupa tayangan 3D menceritakan tentang misteri dan lagenda kaum Maori.
Memang BEST!
nganga-nganga gak la kami menontonnya..
tempat duduk memang terhad. tapi ada banyak sesi tayangan.
Rugi sapa yang tak nengok show ni.
Show tersebut tak lama..
Tak sampai sejam pun..
Lepas tu baru kami ke setiap bahagian dalam muzium tersebut.
Kebanyakannya menceritakan 1001 kisah tentang gaya hidup merangkumi semua tentang Wellington dari abad ke-20.
Cantik la baju ni..
Walaupun macam dah lapuk dan kekuningan..
tapi masih teringat-ingat kecantikan baju ni..
Dalam Board Meeting Room..
tu ada nampak tak ketua nelayan tengah posing..
hue hue hue..
kemudian kami terus ke tingkat ke-2 untuk menonton tayangan wahine ferry yang tenggelam pada tahun 1968. Show ini boleh membuatkan kita mengalirkan air mata..tu pun kalau menghayati la..
tapi memang betul-betul sedih sebab lebih kurang macam titanic gak...
tapi titanic lagi sedih sebab ada Leonardo..hehehe..boleh?
Cabin nakhoda kapal
Selain daripada itu..
yang lebih menariknya ada tayangan tentang Wellington dari zaman dahulu kala yang dipaparkan pada skrin setinggi 3 tingkat.
Pendek kata..
memang berbaloi apabila dicalonkan antara 50 muzium terbaik di dunia...
lebih kurang 2 jam berada di sana..
kami menyusuri semula kawasan tepi pelabuhan..
sejuk yang amat ditambah dengan angin yang kencang.
 Lepas bersiar-siar di tepi pelabuhan tu..
kami bercadang nak cari fish & chips..
almaklumlah nak makan pavlova-national dessert sampai kesudah tak kesampaian..
so kami plan nak cari fish&chips..
hasil dapatan goggle kami..
kami jumpa la satu.
jalan punya jalan..
kedai tak bukak..
sedehnya..

rupanya kedai bukak jam 4 petang..
kami gigih la menunggu dengan penuh kesabaran..
sejuk ya hampun..
memandangkan kami berdua je yg nak makan fish&chips ni..
so tapau aje sebabnya nak mencarikan resto utk acara makan yang lebih proper.

acara seterusnya..
meredah bangunan-bangunan tanpa arah tujuan utk mencari makanan yang boleh dimakan..
huehuehue..

nak park keta tepi jalan pun boleh guna credit card tau..
sedang sibuk mencari kedai makan..
tetiba termasuk pulak kedai serbaneka ni...
Sesiapa yang berkunjung ke wellington..
silalah ke kedai di bawah ini 
untuk membeli souvenir dengan harga NZD2
memag tak rugi...
Memandangkan kami dah pulun membeli belah dari rotorua ritu...
so tak banyak membeli pun di sini.
macam biasa..
pukul 5 kedai dah tutup...
kami jadi pelanggan terakhir.

sebaris dengan kedai tersebut,
kami terjumpa sebuah kedai makan Malaysian..
apa lagi..
kami serbulah makan di sini..
almaklumalh..ni kali pertama kami makan di resto sepanjang berada di NZ
Menu memang selera Malaysia la kan..
Habis rindu dendam kami lunaskan di kedai makan tersebut..
paling tak boleh blah....
g order teh tarik
Sapa yang kenal me..
sah-sah tau me bukanlah penggemar minuman panas..
 tindakan order teh tarik aritu memang menakjubkan semua pihak..
huehuehue

alang-alang dapat makanan malaysia kat sini..
order memang tahap maxima..
huehueheue
padahal fish&chips tak jamah pun lagi..
set roti canai & vege curry memang terbaik
Spicy kuetiaw memang superb
geng lain..order pun macam-macam..
sudahnya tak habis.
Depan resto di Courtenay Place.
malam tu paksa diri habiskan makanan yang tak habis dan berkemas-kemas untuk meninggalkan bumi Wellington esok hari...