Sementara tengah bercuti ni baiklah siapkan entry mana yang termampu..
mengikut kiraan ahli nujum..
entry kembara eropah ni mungkin mengambil masa 3 bulan.
korang ok ker?
iols ok jek.. sbb iols is so femalas..
hihihi
Alkisahnya..
trip ni buah fikiran iols ngan bff .....
kitorg plan macam 2 tahun yang lepas..
tapi buat itinya lepas raya hari tu.
mau tak cukup tanah dibuatnya
yelah nak mintak tolong bff pun
dia punya kerja melambak kat office.
so kira iti asal boleh je la ni.
lagi pun bff jenis tak kisah.
tup tup sorang rakan blogger nak join.
wah iols lagi sukalah.
kami masing-masing tak kenal antara satu sama lain.
kenal pun takat kat blog ngan fb je
siap menipu omma kat rumah kata bloggermate tu ialah rakan masa belajar kat U dulu..
hihihi
Selang 3 minggu nak bertolak
travel partner yang biasa kehulu ke hilir bersama
tetiba nak ikut setelah berbaldi-baldi racunku tabur.
hihihi
maka bertolaklah kami berempat ke Istanbul lewat jam 1230 malam
dan seperti biasa jugaklah.. mesti akan retime ke pukul 1 pagi.
Meredah 10 jam perjalanan apa aje yang kami boleh buat...
makan tido makan tido je la..
nasib baiklah flight tak penuh
untuk row kami yang ada 5 seats tu hanya kami bertiga.
memang bermaharajalelalah kami..
Kami sampai Istanbul dalam pukul 8 pagi.
So kami terus simpan luggage yang terletak di bahagian arrival.
ikut je signage yang ada
Bayaran yang akan dikenakan ialah TL18 untuk medium size dan TL25 untuk beg yang besar
Nasib baiklah kami tak perlu bayar dulu..lagipun kami tak de Lira langsung.
Lepas urusan luggage kami pun g la kuarkan duit guna kad ATM yang biasa tu.
Daripada pengalaman yang sikit ni..
Gunakan kad ATM lagi untung sebab ratenya yang lebih rendah.
tapi sebelum tu jangan lupa g aktifkan dulu kad tu yer...
Dah fefeeling orang kaya.. (tak de la kaya mana pun.. kuarkan duit takat TL200 je pun)
kitaorang terus ke tingkat bawah untuk naik metro
memandangkan nak jimat kos..
kami beli istanbulkart dari mesin yang ada di sana
senang je sebab ada arahan dalam English.
Istanbulkart ni boleh share ramai-ramai tau..
Mengikut perkiraan yang dah dibuat dari Malaysia aritu...
kami perlu tong tong sorang TL20 dalam Istanbulkart untuk 2 hari ni..
tapi tak guna penuh pun..
Dari Ataturk Airport kami naik metro M1 (Line Merah) ke Zeytinburnu
Metro ni dalam tanah sebenarnya hinggalah sampai di Zeytinburnu.
Keluar je dari perut metro..
alamakkkk hujan la pulak.
nasib baik nak tukar ke tram tu tak jauh.
Untuk ke Sultanahmet kami perlu menaiki Tram Bagsilar-Kabatas (Line Biru) pula
kat luar tu hujan makin lebat
disebabkan jiwa kami yang kental macam doremon..
kami gagahkan jugak la menapak ke masjid biru
Memandangkan masjid biru ni sentiasa dibuka kecuali waktu solat..
makanya awal pagi tu ialah masa untuk kami merakamkan gambar dibahagian luar masjid sahaja
sebab maghrib nanti kami nak datang semula..
merah tak lipstik mak ngah..
mak ngah ingat muka mak ngah berseri-seri la kalau kenakan lipstik kaler merah.
tapi sebaliknya macam vampire uols..
sekali tu je la mak ngah pakai..
Ada yang tanya kenapa nak datang Istanbul lagi
sedangkan dah sampai sini 2 tahun yang lalu
jawapannya....
sebab silap perhitungan..
alkisahnya mula-mula dulu nak repeat Turkey sebab nak ke cappadocia
sekali bila adjust..... tak ngam la pulak timing tu
terpaksa let go cappadocia untuk ke sebuah pulau di Greece
bertabah la jiwa dan raga..
Lepas dah bergambar dalam kehujanan
kami bergambar pula di hadapan Hagia Sophia
Agak sadis sebenarnya untuk rakan bertiga tu tak dapat masuk
Alkisahnya Hagia Sophia ditutup setiap hari Isnin.
Makanya rakan-rakan yang lain silalah alert dengan hari apa yang dibuka untuk lawatan yer..
So kami ke arah kanan hagia sophia untuk ke Topkapi palace
haruslah lalu sini sebab tak nak mengulangi kesilapan 2 tahun yang lalu berjalan jauh semata-mata nak ke topkapi
Disebabkan lawatan dulu tak sempat nak cover setiap pelusuk topkapi tu..
makanya masuklah sekali lagi..
melayang la TL40 sebab masuk muzium dan harem yang tak sempat jejak hari tu
disebabkan hujan..
kami tak perlu beratur panjang pun waktu nak beli tiket masuk
bersyukur
sudahnya kami duduk dalam topkapi palace tu lebih kurang 5 jam juga..
tapi puas hati la sebab sempat cover harem..
kiranya tak sia-sia bayar tiket harem tu..
Tak de yang berubah pun dalam muzium tu
kecuali kali ni ada bunga warna warni kat perkarangan taman dalam palace tu..
Lepas ke topkapi palace
me bawak dorang ke Basilican Cistern
tapi me tak masuk pun..
dorang je yang masuk jumpa kepala medusa tu...
me ke kedai sebelah untuk beli setem
almaklumlah last time tak sempat nak post postcard pun
so kali ni kira membalas dendam
sementara menunggu dorang buat lawatan sambil belajar..
g beli simmit untuk alas perut
silalah beli simmit nuttella hokey.
sedap betul tak tipu
keluar je dari basilican cistern tu masing-masing bagitau kelaparan
so kami ke kedai makan yang berdekatan dengan tram station tadi
gambar atas tu iols punya sorang k
harga tu TL22.50
tak payah la diconvert....nanti rasa menyesal pulak sebab tak habis makan aritu..
sudah makan ajak dorang g beli turkish delight
memang rekomen semua untuk beli turkish delight kat sini
walaupun mungkin mahal sikit.. tapi banyak pilihan dan rasanya pun sedap....
Siap beli turkish delight
kami terus ke masjid biru
agenda utama ialah nak ambil gambar dari sudut dibawah ni
Boleh pulak dulu tak terperasan nak ambil gambar dari sudut ni
bila dok nengok blog orang lain letak gambar ni
mulalah rasa menyesal terkilan dan ter ter yang lain
lessons learned!
Kami berada di sini hinggalah maghrib
untuk lelaki senang je nak ambil wudhu
banyak disediakan paip air di sekeliling masjid
cuma untuk kaum hawa jauh sikit
siap ada member tu tanya kenapa jauh letaknya tempat wudhu hawa
well jawapan orang istanbul tu.....
dorang memang sengaja letak jauh sebab nak perempuan turkey exercise supaya tak gemuk
adoiiyaaa...
Selesai solat,
kami ke arasta bazaar yang terletak di belakang masjid biru
beli la apa yang patut
nak lepak sambil nengok Whirling Dervishes pun ada
Lepas tu kami ke Eminonu
Tujuannya nak makan Balik Ekmik yang kat dalam perahu tu
sekali tak jumpa
makan je la yang kat bawah jambatan
owh yer balik ekmik tu ialah burger ikan tau
masing-masing time tu dah kepenatan
lepas makan terus naik tram semula untuk ke airport
kalau nak ikutkan kami patut turun kat zeytinburnu untuk tukar metro ke airport
tapi bila dengar announcement kata boleh turun kat YusufPasa
kami pun turun la..
Sekali punahlah jiwa dan perasaan bila kena berjalan jauh..
siap kena melintas main road bagai..
so bagi sesiapa yang nak ke airport silalah turun di Zeytinburnu yer..
Plan asalnya haritu kami kena tido di airport
daripada pembacaan yang telah dibuat awal........Ataturk Airport boleh je bermalam kat sana
tapi disebabkan masing-masing tak de pengalaman tido di airport..
kami sepakat cari hotel yang paling dekat dengan airport untuk memudahkan pergerakan kami esok hari
akhirnya kami terjumpalah Han Hostel Airport North tru Agoda
Tak jauh pun dari airport lebih kurang 5km
walaupun driver taxi tu tak tau kat mana arah hostel ni.
gigih la dia g call sana call sini tanya kat mana duduknya tempat ni
Akhirnya kami di charged hanya TL12/taxi je
Maka berakhirlah episode di Istanbul...
17 comments:
part tpt wudhuk pompuan tu tak tahan dia nyer alasan...hampeh betul kan???
ooo ni kira naik ke europe dari istanbul la yer??
waaa...rasa nak repeat boleh??
liza....
nasib baiklah time dorang tanya tu kita tak de kat situ...kalo la ada..mau sentap seharian.
hihihi
Akak dah lama teringin nak gi..belum ada rezeki..hehe..
patut tajuk stori ko ni..istanbul aku datang kembali..heheh
hoi..jenuh menunggu stori ko ni,3 bulan lama sangat..
byk tepek gambar kat fb tak?? meh fb ko..nak tengok gambar..hee
cantiknya Istanbul...teringin betul nak ke sana...tapi belum sampai seru lagi..hehehe
Eeeee geramnye tengok bngunan kat Istanbul. Jeles gaban ni!! Xkira Syieda...3 bulan pun 3 bulan lah. Janji cerita jangan skip ye.
Tahniah juga sebab berjaya melepas geram tempat2 yang ko terlepas lawat last 2 years. Perlu repeat untuk Cappadocia pula.
istanbul..canteknyerr....
jeles tgk syieda laaa...hahaha
mereng dah aku nihh...
nak cuti jugaaa
cantekla istanbul..
nazuha,
Insyaallah kak ..tak lama lagi la tu..saya doakan kita pergi sama-sama k..heheh
aza,
fb pun aku tak tepek gambo.. takat buat live update aritu jer.. tak sanggup ko nak resize..
DJ,
Insyaallah sampai tak lama lagi.. angan-angan mesti ada dulu...baru la menjadi kenyataan..hehheh
Bibie,
Disebabkan terpaksa skip cappadocia...pekata kita g sesama mau.. hehehehe..babe, nak kirim snow dari kampung..pehelisss
Pinky Lavender,
Istanbul banyak bangunan cantik. cuma hari tu hujan.. so mood tak berapa excited sangat..haishh
Salam Syieda!
Harus comment post ni ( selama ni silent reader jek )
Saya rela bertabah selama 3 bulan untuk pengalaman yang best ini!
Hi hidayah...
Salam kenal. Tq sbb sudi singgah sini..insyaallah akan tulis walaupun mcm ingat2 lupa dah..hihihi
Baca entri ni teringat poskad dari istanbul dr syieda terima kasih tau sbb ingat sama JM maybe JM belum mampu nk jelajah europe selama 23 hari tu sbb 10k pun ada dlm tgn klau 23 hari mahu 20k dlm tangan kan
Event 3 bln baru habis update JM still setia membaca nya besttt nya dpt jelajah europe secara backpack
3bulan?
hahaha ok sanggup baca... sbb 3bulan lg pun iolsss tgh coti bergaji fenuh hihi.
Takdak org tido kat epot ke time tu?
Bestnya istanbul tak sabar nk pi sana..jeles2 hehe
JM,
10K tu mahal sangat la. aritu g tak sampai pun. kalau JM booked semua awal, mesti boleh dapat lagi murah. haritu masa Syieda plan ke Europe tu pun dah lambat. lebih kurang 3 bulan sebelum bertolak. tu pasal semuanya mahal.
dekdaa,
wah seronot tu cuti panjang!!!!
hafizah,
istanbul memang best. nanti kalau nak g sana, silalah ke Uludag main snow. aishh ni kena ripit ni.. sbb belum pernah g lagi.. hihihihihi
Hi, I nak tanya tiket ke turki berapa you bayar? Masa sales ker. Pastu you balik Malaysia dari mana?
Owen,
Ritu I naik MAS ke istanbul RM1100++ 1way. Beli time promo awal tahun. Balik naik saudi airline dr geneva, swiss. €298 beli pun dalam sebulan sebelum bertolak ke europe. Tapi skrg saudi airline kerap buat sale. Try ur luck.
Post a Comment