Pages

Han Hostel Airport North, Istanbul

Tetiba jep rasa macam nak buat entry khas untuk semua accommodation sepanjang menjelajah Eropah tempohari
bukan tak de kerja.. tapi saje nak cari kerja kekdahnya
so hari ni nak bercerita sikit tentang Han Hostel Airport North yang terletak di Istanbul ni..

Hostel ni nama je hostel tapi lebih kepada hotel gamaknya
Tak jauh pun dari Ataturk Airport.
Lebih kurang 5km je

Tentang public transport yang boleh digunakan tak tahu la pulak
sebabnya haritu just walk-in
naik cab dari airport cuma TL12/taxi
tapi kalau uols email dorang mungkin la kut ada jawapannya
Urusan check-in mudah sangat
receptionist pun senang berbahasa Inggeris
Kurang 5 minit kami dah boleh check-in
Deco di lobby pun cantik sangat
bertembikar dan banyak gambar yang cantik
mungkin modern deco konsep yang cuba diketengahkan..
almaklumlah hostel ..kan biasanya untuk remaja..
walaupun iols muka tak berapa nak remaja..tapi hati iols tersangatlah remaja gitusss

Paling penting ada lift
senang untuk sesiapa yang bawak beg besar

Memandangkan kami berempat,
terpaksalah kami dipecahkan kepada 2 bilik

Sepasang stay kat bilik ni
Tu bukan reflection ok..
tu memang diletakkan divider wall  untuk yang book secara berasingan
tapi tetap comel je kan bilik ni..
kalau uols booked untuk sorang ensuite mungkinlah dapat bilik cenggini.
bilik ni complete dengan tv semua..

ni pulak untuk iols & partner
 besar kan?
siap ada lemari nak simpan baju lagi
Bilik ni pun complete dengan tv
Wifi pun laju je
bilik air pun agak besar juga
 hairdryer pun ado
towel , sabun pun complete
 Selain itu
ada common room untuk beramah mesra kekdahnya
Lagi best..
hostel ni sediakan b'fast uols
makanan tak de la mewah mana pun..
tapi bolehlah takat nak alas perut
Rate kami hari tu untuk semalam lebih kurang TL70/pp

europe trip - istanbul aku datang kekdahnya.. ( day 1)

Sementara tengah bercuti ni baiklah siapkan entry mana yang termampu..
mengikut kiraan ahli nujum..
entry kembara eropah ni mungkin mengambil masa 3 bulan. 
korang ok ker?
iols ok jek.. sbb iols is so femalas..
hihihi

Alkisahnya..
trip ni buah fikiran iols ngan bff .....
kitorg plan macam 2 tahun yang lepas..
tapi buat itinya lepas raya hari tu. 
mau tak cukup tanah dibuatnya
yelah nak mintak tolong bff pun 
dia punya kerja melambak kat office.
so kira iti asal boleh je la ni.
lagi pun bff jenis tak kisah.

tup tup sorang rakan blogger nak join.
wah iols lagi sukalah.
kami masing-masing tak kenal antara satu sama lain.
kenal pun takat kat blog ngan fb je
siap menipu omma kat rumah kata bloggermate tu ialah rakan masa belajar kat U dulu..
hihihi

Selang 3 minggu nak bertolak 
travel partner yang biasa kehulu ke hilir bersama
 tetiba nak ikut setelah berbaldi-baldi racunku tabur.
hihihi

maka bertolaklah kami berempat ke Istanbul lewat jam 1230 malam
dan seperti biasa jugaklah.. mesti akan retime ke pukul 1 pagi.

Meredah 10 jam perjalanan apa aje yang kami boleh buat...
makan tido makan tido je la..
nasib baiklah flight tak penuh
untuk row kami yang ada 5 seats tu hanya kami bertiga.
memang bermaharajalelalah kami..

Kami sampai Istanbul dalam pukul 8 pagi.
So kami terus simpan luggage yang terletak di bahagian arrival.
ikut je signage yang ada
Bayaran yang akan dikenakan ialah TL18 untuk medium size dan TL25 untuk beg yang besar
Nasib baiklah kami tak perlu bayar dulu..lagipun kami tak de Lira langsung.

Lepas urusan luggage kami pun g la kuarkan duit guna kad ATM yang biasa tu.
Daripada pengalaman yang sikit ni..
Gunakan kad ATM lagi untung sebab ratenya yang lebih rendah.
tapi sebelum tu jangan lupa g aktifkan dulu kad tu yer...

Dah fefeeling orang kaya.. (tak de la kaya mana pun.. kuarkan duit takat TL200 je pun)
kitaorang terus ke tingkat bawah untuk naik metro
memandangkan nak jimat kos..
kami beli istanbulkart dari mesin yang ada di sana
senang je sebab ada arahan dalam English.
Istanbulkart ni boleh share ramai-ramai tau..

Mengikut perkiraan yang dah dibuat dari Malaysia aritu...
 kami perlu tong tong sorang TL20 dalam Istanbulkart untuk 2 hari ni..
tapi tak guna penuh pun..

Dari Ataturk Airport kami naik metro M1 (Line Merah) ke Zeytinburnu
Metro ni dalam tanah sebenarnya hinggalah sampai di Zeytinburnu.
Keluar je dari perut metro..
alamakkkk hujan la pulak.

nasib baik nak tukar ke tram tu tak jauh.
Untuk ke Sultanahmet kami perlu menaiki Tram Bagsilar-Kabatas (Line Biru) pula

kat luar tu hujan makin lebat
 disebabkan  jiwa kami yang kental macam doremon..
kami gagahkan jugak la menapak ke masjid biru

Memandangkan masjid biru ni sentiasa dibuka kecuali waktu solat..
makanya awal pagi tu ialah masa untuk kami merakamkan gambar dibahagian luar masjid sahaja
sebab maghrib nanti kami nak datang semula..
 merah tak lipstik mak ngah..
mak ngah ingat muka mak ngah berseri-seri la kalau kenakan lipstik kaler merah.
tapi sebaliknya macam vampire uols..
sekali tu je la mak ngah pakai..

Ada yang tanya kenapa nak datang Istanbul lagi
sedangkan dah sampai sini 2 tahun yang lalu
jawapannya....
sebab silap perhitungan..
alkisahnya mula-mula dulu nak repeat Turkey sebab nak ke cappadocia 
sekali bila adjust..... tak ngam la pulak timing tu
terpaksa let go cappadocia untuk ke sebuah pulau di Greece
bertabah la jiwa dan raga..

Lepas dah bergambar dalam kehujanan
kami bergambar pula di hadapan Hagia Sophia
Agak sadis sebenarnya untuk rakan bertiga tu tak dapat masuk
Alkisahnya Hagia Sophia ditutup setiap hari Isnin.
Makanya rakan-rakan yang lain silalah alert dengan hari apa yang dibuka untuk lawatan yer..

So kami ke arah kanan hagia sophia untuk ke Topkapi palace
haruslah lalu sini sebab tak nak mengulangi kesilapan 2 tahun yang lalu berjalan jauh semata-mata nak ke topkapi

Disebabkan lawatan dulu tak sempat nak cover setiap pelusuk topkapi tu..
makanya masuklah sekali lagi..
melayang la TL40 sebab masuk muzium dan harem yang tak sempat jejak hari tu

disebabkan hujan..
kami tak perlu beratur panjang pun waktu nak beli tiket masuk
bersyukur

sudahnya kami duduk dalam topkapi palace tu lebih kurang 5 jam juga..
tapi puas hati la sebab sempat cover harem..
kiranya tak sia-sia bayar tiket harem tu..
 Tak de yang berubah pun dalam muzium tu
kecuali kali ni ada bunga warna warni kat perkarangan taman dalam palace tu..
 Lepas ke topkapi palace 
me bawak dorang ke Basilican Cistern 
tapi me tak masuk pun..
dorang je yang masuk jumpa kepala medusa tu...
 me ke kedai sebelah untuk beli setem
almaklumlah last time tak sempat nak post postcard pun
so kali ni kira membalas dendam

sementara menunggu dorang buat lawatan sambil belajar..
g beli simmit untuk alas perut
silalah beli simmit nuttella hokey.
sedap betul tak tipu 
 keluar je dari basilican cistern tu masing-masing bagitau kelaparan
so kami ke kedai makan yang berdekatan dengan tram station tadi
 gambar atas tu iols punya sorang k
harga tu TL22.50
tak payah la diconvert....nanti rasa menyesal pulak sebab tak habis makan aritu..

sudah makan ajak dorang g beli turkish delight
memang rekomen semua untuk beli turkish delight kat sini
walaupun mungkin mahal sikit.. tapi banyak pilihan dan rasanya pun sedap....

 Siap beli turkish delight
kami terus ke masjid biru
agenda utama ialah nak ambil gambar dari sudut dibawah ni
 Boleh pulak dulu tak terperasan nak ambil gambar dari sudut ni
bila dok nengok blog orang lain letak gambar ni
mulalah rasa menyesal terkilan dan ter ter yang lain
lessons learned!
Kami berada di sini hinggalah maghrib
untuk lelaki senang je nak ambil wudhu
banyak disediakan paip air di sekeliling masjid
cuma untuk kaum hawa jauh sikit

siap ada member tu tanya kenapa jauh letaknya tempat wudhu hawa
well jawapan orang istanbul tu.....
dorang memang sengaja letak jauh sebab nak perempuan turkey exercise supaya tak gemuk
adoiiyaaa...

Selesai solat,
kami ke arasta bazaar yang terletak di belakang masjid biru
beli la apa yang patut
nak lepak sambil nengok Whirling Dervishes pun ada

Lepas tu kami ke Eminonu
Tujuannya nak makan Balik Ekmik yang kat dalam perahu tu
sekali tak jumpa
makan je la yang kat bawah jambatan
owh yer balik ekmik tu ialah burger ikan tau
masing-masing time tu dah kepenatan
lepas makan terus naik tram semula untuk ke airport

kalau nak ikutkan kami patut turun kat zeytinburnu untuk tukar metro ke airport
tapi bila dengar announcement kata boleh turun kat YusufPasa
kami pun turun la..
Sekali punahlah jiwa dan perasaan bila kena berjalan jauh..
siap kena melintas main road bagai..
so bagi sesiapa yang nak ke airport silalah turun di Zeytinburnu yer..

Plan asalnya haritu kami kena tido di airport
daripada pembacaan yang telah dibuat awal........Ataturk Airport boleh je bermalam kat sana
tapi disebabkan masing-masing tak de pengalaman tido di airport..
kami sepakat cari hotel yang paling dekat dengan airport untuk memudahkan pergerakan kami esok hari

akhirnya kami terjumpalah Han Hostel Airport North tru Agoda
Tak jauh pun dari airport lebih kurang 5km
walaupun driver taxi tu tak tau kat mana arah hostel ni.
gigih la dia g call sana call sini tanya kat mana duduknya tempat ni
 Akhirnya kami di charged hanya TL12/taxi je

Maka berakhirlah episode di Istanbul...

europe trip - fakta nombor

Salam Isnin semua..
Alhamdullilah selamat tiba di tanah air terchenta jumaat lalu setelah berkelana di bumi asing hampir sebulan..
dan sekarang jetlag yang melampau..
huhuhu..

banyak yang nak share dengan uols..
tapi nanti dululah sbb dah 2 hari sorting gambar tak habis-habis..
adoiyaa...

So iols tinggalkan uols dengan fakta nombor ni..

Bil hari berkelana : 24
Bil negara berjaya jejak kaki : 7
Bil penginapan : 14
Bil bermalam di airport : 2
Bil pengangkutan awam merentas negara 
(Bas) : 2
(kapal terbang) : 4
(ferry) : 2
Bil gambar : 10k
Fengsan!!

mencari damai dihati..


Andaiku punya wang berjuta...opkos la nak beli rumah kat sini..hhehehe
Happy weekend uols..:)

paree


Berakhir sudah episode paree..
Apa yg penting ....paree adalah berbeza drp apa yg dikhabarkan..
Sekian..

hari ini dan semalam



Salam eropah semua..hihihi
Ni gambar 3 hari yang berbeza..
Kbai nanti sambung balik..




lost in rome...




Mimpi menjadi kenyataan....
Gracias..ok itu je yg tau..
Hihihi..
Esok kena kembara lagi dgn beg 30kg..
Adoiyaa

day 6 - 30th november 2013


Geia sou...
Day #6..nak bagitau yg I am travelling ke next European country. .
Wehaaaa..
Cer teka nak fly ke mana? Hihihi

I*m in love...


Hi uols...
Tempat ni tersangatlah cantiknya...
Walaupun gambar ala pecah 1000 ...
Tapi tetap nak hapdet gak. 
Hihihi

Ok lah..nanti kita upload lagi gambar k..
Nanti uols bosan plak.
Ttyl

Muah..muah..




terkandas...terkandas....


Walaupun skrg tgh mengunyah kentang ngan sotong sbb terkandas x tau nak g hotel camana...
Tapi hatiku tenang di sini..
Hehehehe

wink...wink...

Hello uolssss..
Sihat semua?
Time uols baca ni..me is away....far far a way gitu..
Hehhehe.. tapi lebih specific nya tgh terbaring kat atas katil empuk dgn ketegangan urat2 badan yg melampau.

Doakan semoga me dpt menempuh percutian yg super mencabar atau pun lebih kurang mcm amazing race kekdahnya..

Ok adios..nak tido sbb nak bangun awal esok. Babaiii.

#picture of the day#

Kia Ora......New Zealand Day 9-part 2 (Auckland Tower)

hOLLA peeps...
lamanya tak bersiaran secara langsung..
alhamdullilah... tugas penting tahun ni pun dah berakhir dengan jayanya..
so sekarang masa untuk merangka percutian akhir tahun..
Sebelum memerah otak untuk percutian akan datang..
adalah lebif afdolnya abiskan entry tertunggak aritu..

Moh la kita santai-santai kat page ni untuk entry tertunggak tu..

balik dari hobbiton tu masing-masing mulai risau ..
almaklumlah kami kena bergerak pantas supaya tidak ditinggalkan bas untuk ke Auckland.

Bas dari Hobbit farm tinggalkan kami di I-site matamata.
kami kena tunggu lebih kurang 45 minit.
kami ambil peluang untuk berjalan-jalan sekitar i-site.
kalau ada masa lebih boleh je ke tempat-tempat pelancongan yang ada di sana
semuanya walking distance ajer.
map memang ada disediakan di i-site.
kami ambil kesempatan untuk makan diMekdi..
hehhe..
lapar la pulak khenn..
tetiba jep..
padahal sebelum ni tak de masalah pun.
lepas duduk lepak-lepak kat sana
kami terus ke i-site
 Alhamdullilah nama kami memang ada tersenarai sebagai penumpang ke Auckland petang itu.
macam biasalah khenn..
free seated punya concept.
 double-decker bus
 tapi takut nak naik atas..kang tertido terlepas pulak stesen bas kat Hamilton..
lagi parah..
sudahnya kami duduk ditingkat bawah.
Rupa-rupanya bila bas dari matamata ni turunkan penumpang kat stesen bas Hamilton, 
depa akan bagitau kat platform mana nak tunggu dan lagi berapa minit bas berikutnya akan sampai.
alahaiiii...
terkejut mak kejap.
sudahnya kami berjaya naik bas ke Auckland.

akhirnya kami tiba di Auckland dalam pukul 8 malam.
Dah alang-alang turun kat Auckland Tower,
  haruslah kita ke puncak menara untuk melihat pemandangan Auckland yang indah pada waktu malam
Adeh... tripod tak bawa pula...
memang gambar standard hantu raya la..
sebab gegar-gegar
Jangan percaya ada 2 bulan..
sebenarnya tu bukan bulan pun..
tu flash kamera..
hehehe

Malam tu kami naik hingga ke puncak tower.
naik lift yang memang buat gayat la khenn..
sebab stok lut sinar.
Lagi satu jangan lupa posing sambil melekapkan badan pada dinding kaca tu..
tapi sorry la tak buat pun..
mak gayat hokeii.

nak berdiri pun tergapai-gapai pegang bangku
celah mana nak tangkap gambar..
Ni budget berani bergambar
tapi takat berlatar belakangkan poster je la..
hehhehe

Balik tu...terus kami singgah countdown sebab nak borong ceklat banyak-banyak..
hehehhehe
kagum kat amoi di balik bunting merah tu
sebab boleh scan harga & bayar sendiri.
nak try gak. tapi takut.
boleh cenggitu?
hehehe
Untuk malam terakhir ni...
sekali lagi kami makan di sini..
Tapi biasalah makanan timur tengah apalagi kalau bukan kebab
sempat gak menapau kebab
Paling tak boleh blah..
tapau ayam goreng yang super besar ni..
hehheheh
Padahal semalam tak abis makan pun ..
dasar tamak khenn
Selesai menapau..
kami teruskan perjalanan ke hotel.
aishh.. tetiba hujan lebat pulak.
sekeliling kami memang banyak kedai dah tutup.
Orang pun dah makin sedikit..
Jadinya kami main redah je hujan
sebab esok dah nak balik Malaysia pun..
Packing barang + makan pastu... Tv tengok kitorang
hue hue..
berakhirlah percutian singkat kami di bumi New Zealand..

next posting... me is super baik hati nak buatkan draft perbelanjaan sepanjang 10 hari di NZ.
ok buhbai..