Pages

Europe Trip -Pisa, italy

selamat pagi uols..
sihat?
kalau tak sihat silalah makan ubat cepat-cepat agar tak melarat..
disebabkan entry ni autopublish..
haruslah nak bagitau tak sabar nak tunggu citer insidious chapter 3 sebab nak tau apa yang si Elise nampak..
eh boleh gitu?

Berbalik cerita europe trip ni..
pagi hari ke-7 sempat turun ke pantry untuk ambil air panas almaklumlah nak makan maggie khenn..
siap-siap terus kami jalan lengang kangkung ke termini.
hari ni nak naik tren dari Roma Termini terus ke Pisa.
dek jalan lenggang kangkung tadi..
kami hampir tertinggal tren
Tak perlu ke kaunter untuk ambil tiket..
cuma print sahaja boarding pass daripada email yang uols dapat tu..
Yang ni memang beli tiket awal-awal dari malaysia

Tren kami pagi tersebut pada pukul 8.10 pagi
tapi kami sampai termini betul-betul 10 minit sebelum tren bertolak.
oleh sebab pandai ,  kami berempat terpisah dua sebab 2 orang  jaga beg dan dua orang gi check nombor platform..
sudahnya kami semua macam masuk amazing race
nak bertemu semula dan nak berlari ke platform..

Akhirnya sempat naik tren lebih kurang seminit sebelum tren bertolak..
penat toksah cakap la..
nak mengangkut anak gajah naik tren memang la hazab sebabnya tren tak selaras dengan platform,
kiranya kena naik 2 anak tangga tren..
dalam masa kekalutan tu, kami tak tau nak naik coach yang mana..
Jadinya kami naik je coach mana yang sempat.
hahahha..

Apa yang me perhatikan ...walaupun ada seat number, tapi  free seated kekdahnya..
Untungnya travel musim sejuk ni.. pelancong tak ramai.. so tak perlu risau sangat tentang transportation bagai.
yang lagi bestnya..
setiap seat ada soket nak charge hp

Perjalanan dari Rome ke Pisa Centrale lebih kurang sejam 45 minit.
Waktu kami sampai ... jam dah pukul 10pagi.
so plan kami yang pertama ialah nak simpan anak gajah yang kami angkut ni..
Turun je dari tren macam biasalah kena turun naik tangga dan ke hujung bangunan la kita yer utk simpan beg.
Memandangkan kami hanya berada disini setengah hari je..kami di charge €4
Lepas letak beg, 
kami terus ke bahagian luar station sebab dah excited nak ke menara condong....
dari dulu asyik berangan nak nengok betul ke tak condong menara tu..
hihihi..

Bila kami keluar dari station tu,
kami terus ke belah kanan station untuk beli tiket bas.
aish..payah bebenor nak beli tiket bas.
tak paham-paham camana nak beli tiket ..
bila tanya driver bus yang sedang berehat dalam bilik sebelah(office mereka)..
dorang tunjukkan mesin yang sama untuk membeli tiket.

Tiba-tiba seorang wanita yang berpakaian tak serupa macam orang biasa..... (me suspek macam 3 suku jep) tunjukkan rokok kat tangannya sambil berbahasa Italy.
Sebab kita ni kat negara orang khen... angguk-angguk pastu senyum-senyum terus tarik travel partners masuk station balik.
member semua dah pakat gelak sebab ingatkan mak cik tadi ajak me merokok.... hihihihi

Rupa-rupanya yang makcik tunjukkan rokok tu bukan nak ajak merokok ...
tapi dia suruh gi beli tiket bas kat dalam station.
Ada convenience store..
hahaha..
So kawan-kawan.....sekiranya nak beli tiket bas ke pisa...
silalah beli di dalam station . Nama kedainya Tabacchi
Harga pun murah.
 €1.10 je daripada beli kat mesin €1.50
Lagi pun kat sana boleh terus beli setem €1.10
Usai membeli tiket bas,
kami perlu seberang jalan untuk tunggu bas ke Pisa.
Nak cari basnya pun senang , naik aje bas yang ada sign warna merah

Ni pemandangan dari ticket machine yang terletak di kanan Pisa Centrale.
Nanti sila naik bas dari hadapan bangunan Cavalieri tu yer.
Agak-agak rajin boleh sewa basikal
or jalan kaki ke Pisa

Bas membawa kami terus ke Pisa dan perjalanan lebih kurang 10 minit je
Akhirnya kami pun sampailah di Pisa..
Kat mana nak turun nanti?  (sebab Pisa tak nampak dari tepi jalan)
Sila berhenti di Torre.
Tak pun , bagitau ajer driver bus or turun je bila penumpang turun secara berjemaah.
heheheh
Cak!!

Di luar pintu gerbang city wall ni banyak resto dan kedai souvenir.
Tapi kami tak singgah pun sebab excited sangat dah..
hihihihihi

Akhirnya...
nampak pun menara condong Pisa yang terkenal itu..
Oleh sebab hari lawatan kami tu hari Ahad,
makanya orang memang ramai
siap bawa anjing makan angin di Pisa.
Kehlasss betul anjing makan angin kat Pisa.

Kami berada di sana lebih kurang 2 jam
tapi kami tak masuk la muzium ke chapel ke hapa ntah yang ada kat sana..
waima naik Pisa pun tak.
Kami asyik nengok menara Pisa jer sepanjang masa..

Bermacam-macam aksi yang kami buat untuk dirakam pada hari tersebut.
Tapi lagi haru bila kita dapat saksikan sendiri pengunjung lain yang beraksi..
macam-macam ada..
Macam-macam aksi yang dapat dilihat..
tapi Asian sorang ni..
mampu pose cenggini je.
hihihihi
ilmiah sangat!
Pisa ini terletak di antara 2 sungai iaitu sungai Arno dan Serchio.
Menariknya lagi.. Pisa ini merupakan tempat kelahiran ahli falsafah terkemuka iaitu Galileo Galilei yer kengkawan..
Kalau nak tahu juga... menara condong ini akan bertambah condong saban tahun..
oleh itu sebelum menara ini menyembah bumi.... haruslah tinggal jejak cecepat.
Lepas pusing-pusing pisa,
kami plan nak makan..
kami makan di sebuah resto yang berdekatan dengan Pisa..
Antica Trattoria nama resto ni

Sebab sejuk kemain,
kami terpaksa masuk ke dalam resto utk makan..
Jadinya tak kesampaian la hajat nak makan sambil menatap Pisa.
Niari order mussel penne
boleh tahan gak la pasta kat sini
harga tak ingat ..
tapi lebih kurang berbelas-belas € gak la.
Selepas makan , kami terus ke gerai-gerai yang ada di sana untuk beli souvenir.
Memandangkan ada berbelas hari lagi nak travel dan keadaan beg yang super berat nak diangkut ke 4 buah negara lain,
memang me hanya beli satu FM jer.
Tapi sempat gak la beli satu waterglobe(me is feminat setia waterglobe)
yang specialnya..waterglobe pisa semuanya condong-condong.
harus beli yer kawan-kawan.
Pinocchio is everywhere!
Baru tau Pinocchio originated from Italy uols.
Memandangkan tren kami ke La Spenzia jam 5.36 petang
pukul 4 petang kami dah bergerak ke Pisa Centrale semula
Buhbai Pisa..
akan merindui Pisa dan kini me percaya bahawa Pisa itu condong.
Eh?

Bus stop balik ke Centrale hanya perlu melintas jalan sahaja yer kawan-kawan.
Dan bila bas sampai,
kami tidak dikenakan bayaran.
Driver bas suruh kami naik jer bila kami tanya tentang tiket nak balik ke centrale.
So tak tau la sama ada dikenakan bayaran atau pun tidak.

Akhirnya bas pun berhentikan kami satu blok dari Centrale.
Sempat gak cuci mata nengok orang ber-ice-skating kat tengah-tengah dataran..almaklumlah dah nak dekat x'mas.

Akhirnya kami pun tiba di Centrale..
lepas ambil beg,
kami menunggulah tren kami..

Owh yer.. kat Pisa Centrale ni..toilet adalah mahal ya hampun yer kawan-kawan..
€1.
pengsan!

Kiosk layan diri memang bersepah-sepah di Eropah.
Pilihan sepanjang di sini opkoslah Evian water.... hiks..
almaklumlah kat negara kita mahal sangat.
Akhirnya tren pun sampai dan kami terus ke La Spenzia.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam juga.

Kami tiba di La Spenzia Station lebih kurang pukul 6.30 petang.
waktu tu hari memang dah gelap dah.
Kami lekas-lekas deposit beg kat station dan beli tiket tren untuk ke tempat ke-2 hilite percutian eropah kami.
Tapi sesuatu telah berlaku membuatkan kami semua hangin dan ketakutan..
nak tau apa??
sila tunggu next entry ya..... 
Tetiba nak jadi kekwat pulak.....hihihi

Ciao!

Hostel Beautiful, Rome, Italy

Hostel Beautiful ni terletak di tengah-tengah Rome,
diusahakan oleh seorang lelaki India yang sangat la ramah tamah
nak check-in je ambil masa sebab banyak sangat penerangan yang diberikan

ikut je panduan yang diberikan mesti akan terisi masa anda di Rome hehehe

Apa yang menariknya hostel ini ialah dia terletak di "Chinatown" Rome
sebabnya sepanjang jalan hanya kedai yang diusahakan oleh warga China sahaja yang kelihatan.
Selain itu, konsep "English"  pada bangunan ini dah membuatkan me sangat teruja.
apa yang Englishnya sangat?
Since belum pernah jejakkan kaki di tanah English,
haruslah teruja bila jumpa pintu masuk bangunan ni macam kat bawah ni....
Memandangkan hostel ini terletak ditingkat 2,
silalah tekan loceng dari luar dan gate tu akan terbuka bila dorang benarkan masuk
dan paling best ialah lift kecik hanya muat untuk sorang dan anak gajahnya sahaja..
sangat la  fefeling english.

Metro yang terdekat ialah Line Merah-Vittorio Emanuele
Free Wifi paling laju kat tingkat 2 jer. yang lain tu macam chipsmore

Reception desk terletak di tingkat 2 
manakala dapur pula terletak di tingkat 3 kalau tak silap
Complete serba serbi
so tak usah risau kalau tetiba tengah malam nak makan maggie
Hari tu, bilik kami ditingkat 4
kami dapat 2 single bed dan 1 bunk bed
Owner hostel boleh kautim no hal punya bila kami minta untuk tempatkan kami berempat satu bilik.
Bathroom ensuite dan besar!

Memandangkan hostel ni terletak dalam bangunan kediaman,
uols tak boleh la berparty tak hinggat dunia yer..sebab ada antara level tu share dengan penyewa lain.

Direction untuk ke sini dari Roma Termini/Stazione:
Dari termini kena cari laluan ke Via Giovanni Giolitti  (kalau bas turunkan di Via Masala, Via Giovanni Giolitti tu terletak the other side yer kawan-kawan)
Dari Giovanni Giolitti jalan hingga berjumpa dengan via Cattaneo
kemudian belok ke kanan sampai jumpa Via Napoleone III pula
pastu sila belok ke kiri yer kawan-kawan
dan Hostel Beautiful terletak di bangunan nombor 35, tingkat 2

Camana nak cari nama jalan?
sila perhatikan signage yang ditampal pada dinding bangunan yer
Rate semalam : Euro15.30+++/pp triple sharing

ok itu je..hihihi

Europe trip (Day 6) - Rome, Italy

Jeles uols..
Bila baca blog ,  ramai semua pakat nak travel dalam masa terdekat ni..
huarghh.......iols pasrah sebab tabung gajah belum penuh lagi..
sedeh...

Untuk mengubat hati yang pilu.. terpaksalah flashback trip lama ni..

Pagi hari ke-6 di Greece, kami dah check-out seawal pukul 5.
Almaklumlah flight kami ke Rome pukul 850 pagi nanti ,
jadinya kami tinggalkan kunci kat reception desk sahaja.

Pagi itu , kami terpaksa berjalan kaki dalam kesejukan untuk ke bus stop.
Alhamdullilah juga sebab pagi ni tak hujan.
Perjalanan dari hostel ke airport bus stop lebih kurang 5 minit dan waktu kami sampai bus stop tu,
bas memang dah ada menunggu kami.
malah dah ramai pun penumpang di dalam bas.
Tak lama lepas tu bas pun gerak ke airport.
Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit juga.

Sampai sahaja di airport, kami terus ambil luggage.
Luggage storage ni dibuka 24 jam tau. Nak cari tempat ni senang je sebab, Athens Airport ni kecil sangat.
Dari meeting point di arrival hall tu, jalan hingga ke hujung bangunan. Nanti korang mesti jumpa punya..
Lepas ambil beg masing-masing, kami terus menjalankan operasi memunggah beg

Dalam jam 7.30 pagi kami terus check-in.
untuk memudahkan uols, sila print boarding pass di mesin layan diri yang disediakan.
senang kacang pis jer nak print boarding pass tu.
Untuk Aegean airline, kita dapat satu free check-in lugggage up to 23kg tau.

Melepasi security check, kami dibawa dengan bas untuk ke kapal terbang.
Dan yang lebih best, airline ni akan sediakan sarapan.
tapi kita ni mana boleh makan suka suki khen... so booked makanan vege je la.

Sejam 10 minit kemudian, kami pun tibalah di bumi Italy.
time tu sangat teruja uols..
..macam-macam bermain diminda.. antara teruja dan takut sebenarnya

sebabnya teruja dek kota cinta yang cantik dan takut dek banyak scam.

Alhamdullilah sepanjang kami disana,
tak de pun insiden yang tak diingini berlaku.

Keluar dari Fumicino Airport, kami terus ke arah kanan untuk menunggu shuttle bus yang akan membawa kami ke Roma Termini.
seriyes uols..macam suwiiitt jer bunyi Roma Termini tu.. hehehe
Shuttle bus ni kami dah siap-siap booked dari Malaysia lagi.
Walaupun shuttle bus tu kami booked pukul 12.30 tgh,  tapi kami dibenarkan naik bas lebih awal
Dan yang lagi best, kitorang saje lepaskan bas tu sebab nak nengok drama minggu ini di Fumicino Airport.

Akhirnya kami pun tiba di Roma Termini.
Kalau nak tau, termini atau terminal ni dibina pada tahun 1862 tau.
huh.. cer kira dah berapa ratus tahun..kagummm....disinilah pusat sistem pengangkutan awam mereka, baik bas mahupun kereta api.

Apa yang me kagum kat Rome dan Eropah ni, train platform dorang ni sampai ke dalam terminal (bangunan)
kira masuk je dalam terminal tu memang dah jumpa kepala kereta api.

Pagi tu, bas turunkan kami di Via Masala.
waktu ni kami blur sekali lagi..
eh silap bukan kami.. sebenarnya me aje la yang blur,
depa tu tak blur sebab depa tak tau apa-apa pun..
hampun yer kawan-kawan..

Apa yang pasti ......kami dok tawaf la termini tu,
padahal kami perlu masuk je termini tu untuk ke seberang jalan(via Giovanni Giolitti)

Akhirnya...kami pun sampai la di hostel dengan beg yang super banyak itu.
Untuk trip di Rome ni memang kami tak nak simpan luggage kat termini sebab hostel kami dekat je dengan termini dan  kami cuma stay semalam disini.

Penerangan yang diberikan oleh owner hostel ni sangat la lama.
segala benda nak diterangkan.
Malah siap bagi sorang satu map berserta dengan main attraction yang wajib kami pergi.
Dari awal-awal lagi memang me tak masukkan vatican city dalam itinerary sebab kesuntukan masa.
Tapi the host beria-ia suruh kami pergi.
so travel partners macam 70-30 nak pergi vatican city.
me pulak 50-50 jer.
so nanti kita nengoklah sama ada sempat ataupun tidak.

Dari hostel, kami terus ke metro station yang tidak jauh dari situ.

Direction dari Hostel Beautiful ke metro station:

Dari hostel , ke kanan (via NapoleoneIII)  kemudian belok kanan di simpang pertama (Via Rattazzi). Dari situ kita akan jumpa Via Carlo Alberto. Cari Metro signage arah kiri anda yer..

Bagi me, bandar Rome ni kotor.
Banyak je sampah-sampah kat tepi jalan.
tapi bab bangunan mereka memang tip top sebab berunsur kesenian yang berusia ratusan tahun

almaklumlah Rome adalah antara negara yang kita dah kenal sejak sekolah lagi.

Bila berada di bahagian bawah tanah metro station ni macam scary sikit sebabnya
ramai jer orang kulit hitam dan keadaan stationnya sendiri yang tak berapa bersih itu

Disebabkan waktu tu dah lebih kurang pukul 2 petang,
kami harus bergerak dengan cepat.
almaklumlah kami cuma stay sehari je di sini
apa yang kami harus lakukan ialah pergi ke main attraction yang ada disini seberapa banyak yang mampu.

Tempat pertama yang kami tujui tak lain tak bukan mestilah colosseum!
Berhati-hati ya..
waktu berada di dalam station itu, mesti ada orang yang akan ikut kita sewaktu nak beli ticket metro
diorang akan ajar cara-cara untuk beli ticket itu.
Walaupun mungkin niat dorang baik, tapi adalah lebih penting kita bersangka buruk dahulu supaya tak jadi apa-apa.

Kami berempat cuba mengelak dengan berjalan ke hulu ke hilir
akhirnya...
kami berjaya membeli daily tiket daripada mesin yang tersedia di situ.
€6
Memandangkan kami berada di line A (merah) ,
kami perlu tukar train B (biru) di termini. dan turun di Colosseo
dan untuk makluman semua....
metro dorang hanya akan bertembung di Termini sahaja..
so kalau nak tukar line metro.nak ke tak nak ke.. harus tukar di termini
Apa yang kami noticed,  train dorang buruk.
KTM lagi cantik.
Buruk depa macam gerabak yang bawa barang je lagaknya.
Lagi pun penumpang bebas membawa anjing yer di dalam train
ini memang me tak sukerrrr!
Ada tu anjing besar macam serigala pun ada.
huh!
Mereka yang membawa anjing akan bertanggungjawab sekiranya anjing tersebut poopooooo..
hahhaha...
so depa memang akan siap-siap bawa plastik untuk membungkus najis anjing tersebut.
sebab tu kita jarang nampak najis anjing bersepah-sepah ditepi jalan.

Lagi satu, sepanjang kembara 24 hari ni,
agak jarang jumpa peminta sedekah yang duduk di tepi jalan.
bukan tak de,
ada...tapi bilangan dorang boleh dikira sangat.

kebanyakan mereka akan menghiburkan penumpang dengan nyanyian sewaktu di dalam metro.
dari situ, sesiapa yang berpuas hati atau terhibur, akan hulurkanlah duit.
Sekurang-kurangnya mereka berusaha utk mencari duit.

satu masalah yang telah dikenal pasti ada pada diri ini ialah waktu nak ke platform metro/tube(london)..
masalah gayat akan melanda!
Untuk sampai ke platform, 
kita memang akan menggunakan elevator untuk turun ke platform

biasanya..sangat tinggi!
Menggigil jugalah kepala lutut ni setiap kali kena guna khidmat elevator cenggini..
Untuk turun dimana dan guna train line apa tak susah pun di Italy
senang cerita sistem metro mereka mesra pengguna
 di Rome hanya ada 2 line metro sahaja.
Line A dan line B
malah disetiap station akan ada tertulis attraction apa yang menunggu kita.
Untuk ke colosseum ni tak payah takut..
keluar je dari Colosseo metro station,
memang dah tersergam Colosseum kat depan tu..

Ni view colosseo metro station dari colosseum.
manusia memang ramai.
pula tu kami ke sana hari Sabtu..
untuk mengelakkan dari beratur super panjang...
silalah beli tiket masuk colosseum dari Malaysia yer..
kalau tak..memang jenuh la nak beratur untuk beli tiket.
Ingat yer kawan-kawan..sila beli tiket dari Malaysia!
nanti me bagi link nya..
Nampak tak manusia yang ramai tu..
tu semua tengah beratur untuk beli tiket masuk.

Colosseum ini dibuka dari jam 9 pagi hingga pukul 4 petang yer kawan-kawan..
Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari

bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat 

pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina 

di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 

72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.

 Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan 

Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.Colosseum digunakan 

sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir. Colosseum telah

 dibaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur 

dihentikan. Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis binatang sehingga tahun 

524.

 Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada 

struktur bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Colosseum mengalami kerosakan yang lebih

 teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847 dan 1349.
Sumber: Wikipedia
Lebih kurang sejam juga kami mengelilingi colosseum atas dan bawah..
owh yer.. kalau ada masa terluang, boleh explore runtuhan zaman rome yang terdapat dihadapan colosseum ni...kalau dari tingkat atas colosseum, kita dah boleh nampak...

Akhirnya lebih kurang pukul 4 petang....kami pun bergerak balik
dan kami sempat membeli cenderahati kat gerai-gerai yg ada dihadapan metro station..

mampu nak minum air ni?
dorang selamba je minum air ni tau...
Waktu kami masuk ke dalam metro station,
orang dah mulai ramai..
almaklumlah.. colosseum kan tutup pukul 4 petang.

bagusnya sistem train dorang ialah ketepatan masa.
so tak de la kami tertunggu-tunggu bila metro nak sampai
Seterusnya kami nak ke Hard Rock Shop
sekali lagi kami perlu tukar metro ke  line merah untuk ke Barberini

Waktu kami sampai di Barberini station,
hari dah mulai gelap.
Keluar sahaja dari perut metro station,
kami jumpa fountain ni..
nama fountain ni ialah Fontana Del Tritone dan bina pada tahun 1642
Kalau nak tau, Rome ni memang sinonim dengan fountain.
Dianggarkan terdapat lebih daripada 2000 fountain di seluruh Rome yer kawan-kawan..
Fountain ni dulunya dibina sebagai sumber air untuk warga setempat.
dan yang paling popular dan terbesar tentunya Fontana di Trevi.

Tinggalkan cerita fountain ni... kita ke HRC pula..
untuk ke HR shop senang je..
Dari Tritone fountain ni,
kita berjalan kaki ke arah Via Veneto.

 arah mana Via Veneto tu?
nampak tak belakang fountain ni (gambar atas) ada bangunan "BERNINI" ??
ok sila berjalan kaki ke arah kiri anda (metro disebelah kanan) sampai jumpa junction, seberang jalan dan HRC ada di kiri anda ye.

Memandangkan HR tutup pukul 1 pagi pada hari ini,
maka kami tak terlalu rush sangat pun..
jalan-jalan sambil ambil angin kekdahnya..

Selesai membeli belah,
kami nak ke trevi fountain pula..
Kami berpatah balik ke Tritone fountain dan dari fountain itu, kami berjalan kaki ke Trevi fountain pula..
yang ni tak reti la nak bagi direction,
sebabnya kami berjalan ikut gerak hati..
banyak jer papan tanda tak rasmi yang kami jumpa untuk ke trevi fountain.
Yang pasti kena buka mata besar-besar yer..
Jalan punya jalan...
akhirnya kami terjumpa pun trevi fountain ni.
orang memang ramai..
almaklumlah malam sabtu....
Kebanyakan pengunjung akan mencampakkan coins menggunakan tangan kanan melalui bahu kiri sewaktu berada di sini.. Dek kemurahan hati para pengunjung itu, kerajaan Rome mampu mengaut €3000 setiap hari tau!
Di area fountain ni memang happening yang hamat!
kami habiskan masa lebih kurang sejam disini
sebelum pergi makan disebuah resto yang dikhabarkan halal oleh owner hostel kami tadi..

Dek terlalu teruja..
kami berempat tidak menggunakan laluan yang sama untuk balik..
maka.....huru-hara kami malam tu sebab sesat!




Jauh tak payah cakap la khenn..
ntah berapa kilometer ntah kami berjalan..
time tu otak dah tak boleh berfungsi dengan betul...
mulalah nak hangin tak tentu pasal..
nasib baiklah.. rakan travel baru saya iaitu cik norh ada..
dialah tukang bacakan map.
bagusnya cik norh ni sebab dia cool je sentiasa..
kami yang bertiga ni sekadar membontoti cik norh jer waktu tu...
apa jer cik norh cakap.. semua kami iya kan..
sebab masing-masing malas nak fikir
hehehehe
sorry norh!

Akhirnya...menurut cik norh kami dah hampir sampai ke Metro station bila nampak Quattro fontane ni..
dah dia ada 4 fountain di setiap pertembungan jalan..makanya dipanggillah quattro
Happy bukan kepalang waktu tu sebab kami dah jumpa Metro station..
oleh itu.....niat norh dan member-member lain nak ke Vatican city terpaksa dilupakan dek terlalu penat.

Sampai di termini,
kami ke sebuah kedai makan di Via Masala
tak ingatla pulak nama kedai ni..
Yang pasti memang kami plan nak makan sampai jemu pizza dan spaghetti sewaktu di Italy.

Mine macam kat bawah ni.
OH my.... waktu order macam best je baca ingredient yang digunakan..
fresh tomatoes & feta cheese
so ni la hasilnya..
tak habis pun makan..sebab tak sedap!
Untuk spaghetti dan air mineral sebotol  , Euro15.50
sila jangan convert yer..
Lepas makan kami balik ke hostel dan tidur
sebab penat yang tak boleh blah!