Pages

Youthhostel -Luzern, Swiss

Waktu di Lucerne aritu, kami stay semalam kat sebuah hostel yang berhampiran dengan city. Naik bas lebih kurang 15 minit cenggitu. Sampai di Lucerne Banhoft, kami beli tiket bas menggunakan mesin yang terletak di luar banhoft. (Dari jalan utama di luar banhoft, mesin tiket terletak berhampiran dengan arch).

Kami menghampiri bus stop untuk bas nombor 18. Tiket bas yang dibeli hanya valid lebih kurang 30 minit kalau tak silap. Macam biasa, bila berada di dalam bas, monitor akan paparkan route bas tersebut.
Bas membawa kami hinggalah ke Gopplismoosweg (kami naik bas nombor 19 sebab dah tertinggal bas nombor 18 tadi). Driver bas turunkan kami di simpang bersebelahan dengan restoran La Nonna ni sebelum ia meneruskan perjalanan terus ke atas.(Gambar bawah)

Disebabkan kami tiba lebih kurang jam 10 malam, jalan raya memang lengang (kami langsung tak nampak kereta di atas jalan raya). Waktu kami tertoleh-toleh pandang kiri  kanan sebab tak tau macam mana nak ke hostel, kami nampak di seberang jalan, ada orang  tunjukkan arah agar kami kena melintas jalan raya. So kami bertiga pun melintaslah. Bila dah melintas, kami tatau nak jalan arah mana. Sekali lagi, kelibat orang yang samar-samar tadi suruh kami berjalan ke arah bawah(turun bukit). Kami pun terpaksa menjerit ucapkan terima kasih padanya (jarak kami dengannya lebih kurang 50m). Nasiblah ada orang yang nampak kami terpingga-pingga. Else tido kat tepi jalan aje la kami aritu.
Dalam gambar bawah nilah arah yang kami kena lalu.Turun bukit pastu daki lagi hinggalah jumpa bangunan putih atas bukit tu.Tempat ni agak sunyi. Tambahan lagi tak de lampu jalan. Kalau orang yang biasa, mungkin ok kot. Berjalan di waktu yang gelap bukanlah sesuatu tugas yang mudah uols. Kami tercari-cari signage nak ke hostel, sebab katanya ada di pacakkan kat tepi jalan.
Bila kami berjalan arah naik bukit tu, barulah ternampak papan tandanya.. Omai.. Dah la pendek je ..confirm orang yang jalan mendongak tak perasan signage ni.
Bila dah sampai kat bangunan putih tadi, kita akan jumpa simpang ni pula. .... harus berhati-hati yer uols, sebab ambulans memang lalu jalan ni untuk ke hospital yang terletak di belah kiri gambar. Kami kena melintas jalan ni untuk ke hostel dan berjalan ke arah kereta-kereta tersebut.
Gambar ni semua kami ambil esok harinya. Sebab tu cerah. Jangan ingat pula pukul 10 malam kat sana masih cerah. Sebab kami pergi hujung autumn haruslah gelap awal.
Akhirnya.... sampai pun kami di Youthhostel Luzern. Bangunan ni terletak di sisi kanan uols waktu jalan tadi yer..Kerlas stay kat hostel muda remaja walaupun kami remaja purba.... eh?
Urusan check-in dan check-out mudah sangat. Walaupun kami dah bayar deposit waktu di Malaysia lagi, kami tetap kena bayar extra sebab kami bukan ahli youthhostel + tax.

Kami dapat bilik yang terletak di aras satu. Bilik kami ada 2 bunkbed yang kami bertiga conquer. hihihi..Ni yang untung kalau travel time off-season.

Macam biasa, setiap katil disediakan lampu bacaan, dan plug. Blanket,  towel dan alas bantal semua tu...... kita kena angkut sendiri dari bawah. Di setiap bilik juga disediakan  sebuah meja build-in cenggitu.
Hostel sediakan pantry untuk nak bancuh air. Dorang juga ada jual vegen maggi. Macam kes kami aritulah. Waktu tu, common hall agak penuh sebab semua tengah menggunakan wifi. Almaklumlah, wifi hanya available kat bawah ni aje. Bilik kami tu pun dapat sipi-sipi sebab berada di tingkat satu.
Shower dan toilet terletak asing-asing di setiap level dan agak spacious. Breakfast disediakan tapi sampai pukul 9 pagi aje. Kata bff besar juga cafe dorang. Syieda tak tau sebab skip breakfast. Al-maklumlah kepala masih senoneng lagi time tu.
Rate : CHF49.20++/pax

Balmers Herberge- Interlaken, Swiss

Balmer's Herberge ni antara hostel yang dapat banyak review yang baik dalam hostel world. Some more macam murah jugaklah. So sesiapa yang nak ke sini memang di rekemen. Cuma masalahnya macam agak jauh nak berjalan. 1km kot. Tapi kalo Syieda yang super gems ni boleh jalan kaki sampai ke sini, uols yang slim melim tu mesti boleh sampai gak.
Nak ke sini senang je. Boleh turun kat Interlaken Ost ataupun Interlaken West. Kami aritu turun kat Interlaken Ost. View cantik sebab nampak banyak gunung ganang yang diselimuti ngan salji. Dari sini, uols kena jalan kaki.
Direction:
Keluar dari Interlaken Ost, jalan terus (antara bank & shopping centre via Allmendstrasse)--> jalan terus sampai jumpa dua traffic circles--> pastu ikut signs ke hostel (warna coklat)
Kalau ikut route tadi, nanti kita akan sampai di belakang hostel. Gambar kat bawah ni arah depan. Tu yang tengah jalan tu..... bukan Syieda yer..
Hostel ni ada 2 bangunan. Bilik kami malam tersebut terletak di main building which is bangunan belah kanan. Check-in dan check-out pun sangat mudah. Dari sini boleh sewa atau ambil macam-macam package yang disediakan oleh pihak hostel. Nak main ski ke...... nak naik gunung ke .....water-rafting ke..semua boleh.
Common hall dorang sangat cozy kat sini. Memang rasa macam kat rumah sendiri. Nak main piano pun ada kat sini. Manalah tau tetiba malam tu nak layan perasaan.. bolehlah tunjuk skill kat sini.
Dalam bangunan utama ini juga ada kelengkapan untuk basuh baju. Tapi tak sure berapa harga perkhidmatan sewa mesin tersebut. Sebab kami dah tak basuh baju pun time tu. Lagipun mana ada baju kotor...semua kami sumbat dalam locker kat Geneva Airport.
Yang tak bestnya cuma tak de lift la. Tangga agak curam kat sini. So sesiapa yang nak bawa beg besar boleh fikirkan cara yang lain... ...mungkin sewa locker atau apa-apa ajer lah. Yang specialnya bilik kami aritu...bertiang dan dinding separa kayu. So memang tak boleh buat bising. Sebab suara kami boleh kedengaran kat toilet di depan tu. Toilet share yer uols.  Ha kat sinilah Syieda dok berangan malam-malam boleh nampak salji turun. Giteww.. Tapi hampa uols.

Kat dalam bilik ni ada disediakan satu singki. Andddddddddd for the first time gitew. minum tap water! Serious uols tak pernah minum tap water! Memang kalau kat Malaysia akan muntah kalau minum air paip yang tak dijerang sebab rasanya yang tak sedap itu. Waktu kat sana......bila minum air dari paip.....memang tak rasa klorin langsung. Lagipun..pihak hostel siap bagitau yang tap water dorang selamat diminum. So silalah minum macam kat dalam citer omputih di tv tuh.
Sebaris shower ada betul-betul depan bilik kitorang. Macam kecil je rupanya. Almaklumlah tak dapat nak agak macamana kecilnya bilik mandi tu sebab memang tak mandi pun uols time kat Swiss aritu! hihihihi
Suka WC dorang nih. Ada plug untuk charge handphone. Some more bersih je. Merasalah duduk lama dalam tu untuk cari ilham.
Di bangunan kedua pula, ada disediakan dapur. Nak masak megi ke semua disediakan. So pandai-pandailah untuk label bekas makanan masing-masing in case nak simpan dalam fridge.
Di sini juga kalau nak nonton movie di benarkan. Tapi kalau tak silap ada limit masa untuk menonton kot. Tak ingatlah apa yang diterangkan aritu. Almaklumlah nak masuk 6 bulan dah trip ni. Semua pun macam ingat-ingat lupa.
Breakfast disediakan. Masa check-in akan diberi kupon. So bawa je kupon tersebut time nak breakfast tuh. Makanan pun macam biasa-biasa aje.
Kat bangunan tepi hostel ada pizzaria. Tolonglah rasa ...sedap uols. Masih teringat kesedapan pizza dan spaghetti nya. Serious tak tipu.

Pihak hostel beri kami kupon free untuk naik bas in case nak jalan-jalan sekitar pekan Interlaken. Bus stop ada kat depan tu aje. Jalan macam 50 langkah gitew...
So far Syieda rasa hostel ni ok. Cuma jauh sikit je la perjalanan nak ke sini. But still boleh jalan kaki. Macam kami aritu, nak ke train station, berjalan kaki ke Interlaken West. Sama juga macam perjalanan pergi kami aritu. Straight je. Cuma bagi Syieda, kat interlaken West ni macam banyak kedai makan halal dan kedai pun boleh tahan banyak. Tapi kena ingat tak semua route akan lalu Interlaken West. Macam kami aritu, kena naik tren semula ke Interlaken Ost sebelum memulakan perjalanan ke Jungfrau.
*free wifi*
*free towel*

Rate: CHF49.30++/pax

Europe Trip (Day 23) - Lucerne, Switzerland

Pagi hari ke-23, sengaja bangun lambat sebab kepala masih senoneng dek penangan Jungfrau semalam. So pagi tu skip free b'fast sebab b'fast disediakan hanya sampai pukul 9 pagi sahaja. Lepas check-out, kami terus bergerak ke bus stop. Hostel tak bagi coupon pun untuk naik bas. :(
Sampai di bus stop, kami terus beli tiket daripada mesin biru yang disediakan di situ...Tak susah pun, sebab ada banyak bahasa. Yang tak bestnya, bus stop kat sini tanpa bumbung hokei... Kalau musim hujan, memang merasalah kebasahan..
Bus stop kami ni memang betul-betul di mana kami diturunkan bas semalam. Pagi tu, kami terus beli 1way tix ke bahnhoft dengan harga CHF3.20.
Sila simpan tiket bas betul-betul yer. Sebab mungkin ada orang check tiket waktu kat dalam bas tu. Macam masa kami aritu, betul-betul nak turun bas, time tu lah ada orang check tiket. Dan penggunaan bahasa perancis meluas di sini. So jangan lupa sebut ... "Bonjour!"

Plan asalnya, dari Lucerne ni, kami akan naik bot untuk ke Alpnachstad yang ada steepest rack railway tu. Sebab kami plan nak naik puncak Mount Pilatus. Tapi apakan daya.... kepala masih senoneng. Serious wei..penangan Jungfrau ni memang tak boleh blah!

So plan itu terpaksa cancel. Bff pun tak larat dah nak jalan time tu. Masing-masing kalau boleh nak tido je kat atas katil. So kita sightseeing je la. Keluar dari bahnhoft (terminal pengangkutan awam)  tu, ada Reuss River. Bersih je air kat sana. Tambah pula dengan cuaca yang sejuk. Memang layan perasaan ajer la kami waktu tu.
Seberang sungai dah ada old town of Lucerne. Memang plan aritu, nak berjalan ke arah sana sebab struktur bangunan dia je dah memanggil-manggil kita untuk explore. Kalau bawa banyak duit bolehlah shopping.
Post office memang ada betul-betul di simpang jalan. Urusan beli setem dan pos pun mudah kat sini. Dan kalau tak silap, poskad dari sinilah yang Syieda terima pertama sekali berbanding negara Eropah yang lain.
Memang tak puas mata menatap keindahan old town of Lucerne ni. Cuaca yang sejuk menambahkan lagi keseronokan berada di town yang kecil ni.
Dari situ, kami dah nampak chapel bridge yang famous amos tu! Apa lagi... sibuklah kami dok bergambar kat situ.
Sepanjang jalan nak ke Chapel Bridge tu...banyak pokok ni. Tatau apa namanya.. Tapi Syieda panggil pokok Harry Potter sebab dalam cerita tu.. memang banyak pokok ni. Pokok-pokok ni semuanya togel tak de daun.
Kami tak lalu pun jambatan tu. Katanya sepanjang jambatan ada gerai-gerai jual souvenir. Lagipun kami lebih tertarik nak explore pasar pagi yang ada dihujung jalan tu. Nak merasa jadi local katanya.

Jambatan kat bawah ni, kalau malam mesti cantik berdasarkan gambar poskad yang dikirimkan untuk sendiri aritu.
Memandangkan minggu depannya dah xmas, pasar pagi jual segala barang untuk sambutan xmas. Kami pun dok tumpang sekaki. Tapi kami takat beli candy je la. Serious macam-macam bentuk yang ada. Comel-comel.
Kami ikut je jalan sepanjang pasar pagi tu. Kuar masuk lorong yang kami tak tau pun mana kami berada. Sebab negara ni macam aman jer.. kami jadi tak takut dengan jenayah-jenayah yang mungkin ada.  Serious sapa yang pergi Swiss mesti rasa tenang je kat sini.
Kuar masuk lorong, akhirnya perut minta diisi. Kami singgah makan di Mekdi je. Senang dan ringkas. Kat sini tak ramai orang compared masa kami makan kat Paris aritu. Dan kat sini tak de la pula set macam kat Malaysia. Semua ala-carte. Untuk set Syieda ni je dah CHF18.
Usai makan, kami berlegar-legar kat tren station. Guna subway je dari post office tadi. Sempat kami shopping souvenir kat Manor. Manor ni memang bersepah-sepah kat Swiss Macam-macam ada. Dari barang basah ke souvenir semua ada. Kat sini yang Syieda noticed mineral water dorang murah je CHF1.50 compare kat airport CHF5 dan kat hostel semalam tu CHF3.50. Walaupun mineral water murah kat sini....tapi public toilet kat sini.. hadoiii mahal uols. CHF2 sekali masuk .Hampir RM8. glupp..

Lepas shopping, makan semua kami plan nak balik Geneva sebab sejuk sangat. Tak kesampaianlah kami nak jenguk Old Town of Lucerne tu. Tren dari Lucerne ke Geneva Airport memang sejam satu. So kami naik tren pukul 3 petang kat platform nombor 8.
Tinggallah Lucerne dengan 1001 kenangan. Sayang nak tinggalkan Lucerne ni sebenarnya walaupun tak dan nak explore sangat. Kami sampai Geneva pukul 6 petang. Dari Geneva bahnhoft tu, kami naik tram ke hotel. Ikut je signage untuk naik public transport. Bagi Syieda ... tren stesen kat Swiss ni memang mesra pengguna. So kebarangkalian nak sesat adalah tidak mungkin.

Kami naik tram terus ke hotel. tapi biasalah, silap naik tren. Terpaksa turun balik satu stesen berikutnya. Bayangkanlah pukul 6 tu, orang sesak balik kerja. Kami ni dah la tersepit kat belah dalam as tram tu ada pintu kat  satu side je. Memang merasalah bertolak-tolak time nak turun tu. Dari situ, kami naik tram berikutnya arah yang bertentangan. Yang bestnya, kami naik je tram sebab tak jumpa nak beli tiket kat mana. Tak paham la sistem tren dorang. Kalau macam kita pelancong ni memang sah-sah lah dapat kupon free dari hotel. Tapi local, dorang ada pass khas. Kiranya sistem tram dorang kat sini lebih kepada konsep jujur gitew..

Sampai hotel, kami terus check-in dan guling-guling atas katil. Pastu, perut tetiba lapar. So kami plan nak makan. Oleh sebab dapat kupon free, kami terus ke bahnhoft. Waktu tu, banyak kedai dah tutup. So kami keluar dari stesen dan berjalan-jalan kat deretan kedai yang ada berhampiran dengan lake Geneva tuh. Nampak satu kedai Indian ni. Malam tu, kami order sorang sepinggan Nasi Briyani. Biasalah kat Malaysia memang dah terdidik order sorang sepinggan. So bila kat sana order sorang sepinggan, punyalah banyak nasinya. Sepinggan nasi tu aje dah berharga CHF30. Pengsan!