Pages

Europe Trip (Day 23) - Lucerne, Switzerland

Pagi hari ke-23, sengaja bangun lambat sebab kepala masih senoneng dek penangan Jungfrau semalam. So pagi tu skip free b'fast sebab b'fast disediakan hanya sampai pukul 9 pagi sahaja. Lepas check-out, kami terus bergerak ke bus stop. Hostel tak bagi coupon pun untuk naik bas. :(
Sampai di bus stop, kami terus beli tiket daripada mesin biru yang disediakan di situ...Tak susah pun, sebab ada banyak bahasa. Yang tak bestnya, bus stop kat sini tanpa bumbung hokei... Kalau musim hujan, memang merasalah kebasahan..
Bus stop kami ni memang betul-betul di mana kami diturunkan bas semalam. Pagi tu, kami terus beli 1way tix ke bahnhoft dengan harga CHF3.20.
Sila simpan tiket bas betul-betul yer. Sebab mungkin ada orang check tiket waktu kat dalam bas tu. Macam masa kami aritu, betul-betul nak turun bas, time tu lah ada orang check tiket. Dan penggunaan bahasa perancis meluas di sini. So jangan lupa sebut ... "Bonjour!"

Plan asalnya, dari Lucerne ni, kami akan naik bot untuk ke Alpnachstad yang ada steepest rack railway tu. Sebab kami plan nak naik puncak Mount Pilatus. Tapi apakan daya.... kepala masih senoneng. Serious wei..penangan Jungfrau ni memang tak boleh blah!

So plan itu terpaksa cancel. Bff pun tak larat dah nak jalan time tu. Masing-masing kalau boleh nak tido je kat atas katil. So kita sightseeing je la. Keluar dari bahnhoft (terminal pengangkutan awam)  tu, ada Reuss River. Bersih je air kat sana. Tambah pula dengan cuaca yang sejuk. Memang layan perasaan ajer la kami waktu tu.
Seberang sungai dah ada old town of Lucerne. Memang plan aritu, nak berjalan ke arah sana sebab struktur bangunan dia je dah memanggil-manggil kita untuk explore. Kalau bawa banyak duit bolehlah shopping.
Post office memang ada betul-betul di simpang jalan. Urusan beli setem dan pos pun mudah kat sini. Dan kalau tak silap, poskad dari sinilah yang Syieda terima pertama sekali berbanding negara Eropah yang lain.
Memang tak puas mata menatap keindahan old town of Lucerne ni. Cuaca yang sejuk menambahkan lagi keseronokan berada di town yang kecil ni.
Dari situ, kami dah nampak chapel bridge yang famous amos tu! Apa lagi... sibuklah kami dok bergambar kat situ.
Sepanjang jalan nak ke Chapel Bridge tu...banyak pokok ni. Tatau apa namanya.. Tapi Syieda panggil pokok Harry Potter sebab dalam cerita tu.. memang banyak pokok ni. Pokok-pokok ni semuanya togel tak de daun.
Kami tak lalu pun jambatan tu. Katanya sepanjang jambatan ada gerai-gerai jual souvenir. Lagipun kami lebih tertarik nak explore pasar pagi yang ada dihujung jalan tu. Nak merasa jadi local katanya.

Jambatan kat bawah ni, kalau malam mesti cantik berdasarkan gambar poskad yang dikirimkan untuk sendiri aritu.
Memandangkan minggu depannya dah xmas, pasar pagi jual segala barang untuk sambutan xmas. Kami pun dok tumpang sekaki. Tapi kami takat beli candy je la. Serious macam-macam bentuk yang ada. Comel-comel.
Kami ikut je jalan sepanjang pasar pagi tu. Kuar masuk lorong yang kami tak tau pun mana kami berada. Sebab negara ni macam aman jer.. kami jadi tak takut dengan jenayah-jenayah yang mungkin ada.  Serious sapa yang pergi Swiss mesti rasa tenang je kat sini.
Kuar masuk lorong, akhirnya perut minta diisi. Kami singgah makan di Mekdi je. Senang dan ringkas. Kat sini tak ramai orang compared masa kami makan kat Paris aritu. Dan kat sini tak de la pula set macam kat Malaysia. Semua ala-carte. Untuk set Syieda ni je dah CHF18.
Usai makan, kami berlegar-legar kat tren station. Guna subway je dari post office tadi. Sempat kami shopping souvenir kat Manor. Manor ni memang bersepah-sepah kat Swiss Macam-macam ada. Dari barang basah ke souvenir semua ada. Kat sini yang Syieda noticed mineral water dorang murah je CHF1.50 compare kat airport CHF5 dan kat hostel semalam tu CHF3.50. Walaupun mineral water murah kat sini....tapi public toilet kat sini.. hadoiii mahal uols. CHF2 sekali masuk .Hampir RM8. glupp..

Lepas shopping, makan semua kami plan nak balik Geneva sebab sejuk sangat. Tak kesampaianlah kami nak jenguk Old Town of Lucerne tu. Tren dari Lucerne ke Geneva Airport memang sejam satu. So kami naik tren pukul 3 petang kat platform nombor 8.
Tinggallah Lucerne dengan 1001 kenangan. Sayang nak tinggalkan Lucerne ni sebenarnya walaupun tak dan nak explore sangat. Kami sampai Geneva pukul 6 petang. Dari Geneva bahnhoft tu, kami naik tram ke hotel. Ikut je signage untuk naik public transport. Bagi Syieda ... tren stesen kat Swiss ni memang mesra pengguna. So kebarangkalian nak sesat adalah tidak mungkin.

Kami naik tram terus ke hotel. tapi biasalah, silap naik tren. Terpaksa turun balik satu stesen berikutnya. Bayangkanlah pukul 6 tu, orang sesak balik kerja. Kami ni dah la tersepit kat belah dalam as tram tu ada pintu kat  satu side je. Memang merasalah bertolak-tolak time nak turun tu. Dari situ, kami naik tram berikutnya arah yang bertentangan. Yang bestnya, kami naik je tram sebab tak jumpa nak beli tiket kat mana. Tak paham la sistem tren dorang. Kalau macam kita pelancong ni memang sah-sah lah dapat kupon free dari hotel. Tapi local, dorang ada pass khas. Kiranya sistem tram dorang kat sini lebih kepada konsep jujur gitew..

Sampai hotel, kami terus check-in dan guling-guling atas katil. Pastu, perut tetiba lapar. So kami plan nak makan. Oleh sebab dapat kupon free, kami terus ke bahnhoft. Waktu tu, banyak kedai dah tutup. So kami keluar dari stesen dan berjalan-jalan kat deretan kedai yang ada berhampiran dengan lake Geneva tuh. Nampak satu kedai Indian ni. Malam tu, kami order sorang sepinggan Nasi Briyani. Biasalah kat Malaysia memang dah terdidik order sorang sepinggan. So bila kat sana order sorang sepinggan, punyalah banyak nasinya. Sepinggan nasi tu aje dah berharga CHF30. Pengsan!

26 comments:

  1. Syieda, bas yg korang naik tu, kalau pakai Swiss Pass bleh naik free tak? ke tak cover ehh?

    ReplyDelete
  2. gambo sangat ohsem + daebak!! bejujuran air mata nengok..nak pi jugakkkkkkkkkkk... T T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss,
      Harus uols g melawat. Tunggu hyo shin buat concert sana. Eh?
      #ntahbetulketaknamahyoshintu?

      Delete
  3. Oh m g bestnya semua berjln lancar je kan. Adoyai syieda x teringin ke nk teman Jm ke sana

    ReplyDelete
  4. Jm,
    Alhamdullilah memang smooth je trip kali ni. drama-drama tu biasa lah.. asam garam travel katanya..

    Marilah Jm ikut kami lagi 2 tahun.

    ReplyDelete
  5. Hoyeeee 2 thn lg! Harap2 sempat menabung itu pun klau Syieda belum d 'sambar' org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm,
      Disambar orang?? Omaiiii..tidak mungkin....ceh ckp org ..ntah2..jm dulu kot..kikiki

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Senoneng sangat kan dah xsempat cover Lucerne. Lawa ah aku tengok bandar tu. Macam kena gi kan tapi ntahkan biler. Tapi serious lawa tempat ni.

    Fengsan kot harga sepinggan briyani dekat ratusan ringgit. Ok sila jangan convert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie,
      Hamboii sampai 3 kali ko post komen. Saka eh? Ngehngehngeh

      Aku rasa setiap ceruk tempat kat swiss mmg cantik la. Lawooo je sentiasa.sila jgn buat2 lupa nak ajak aku g sana sama2 eh!

      Dan aku rasa memang makanan kat sana mahal uols.

      Delete
    2. Bukan salahku. Tenet kat ruma bengong semalam tu yang sampai 3x ah. Xpun ada saka tolong publish banyak kali. Aiyooo.

      Delete
    3. Bie,
      Aku rasa saka la yg buat. Eh?

      Delete
  9. Syieda, i pn kt lucerne tu lps dh expired swiss pass. Nk naik bas dr hsotel ke banhof tu x beli tix dh. Mai naikkk je. Mati la kalo ade org check. Hiks plus dh xde duit weyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. John,
      Khennnn tak paham motif bas kat sana....memang x kena bayar kah atau kita jek yg tatau..hrmmm nasiblah dah lepas..

      Delete
  10. nasi beriani CHF30? gulppp!terus rasa kenyang!hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dj,
      Tu arrr mahal betul. Lebih baik makan kat pizzaria. Murah sikit.

      Delete
  11. Wahaha comey nya bus stand dia... so time hujan, dorang suh beromantika la kalau yg berpasang-pasangan tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekdaa...
      Mungkin jugak la kot....almaklumlah tempat romantik katanya...hiks

      Delete
  12. syieda,

    punya x perasan dah day 23...makkk aiii lamanya mengembara....

    nanti share eh total hangus sepnjang trip ni....tak daapat pergi, berangan pon jadi la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy,
      Ni la trip paling lama...adeh..macam2 drama tapi resultnya memang seronok.

      Delete
  13. Dah day 23eh.. Tak sempat lg layan entri sebelum2 ni..tungg laptop ok br best tengok gambar lawa2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norh...
      Lagi sehari je nak balik time tu..seronok bukan kepalang..masing2 call rumah suruh masak asam pedas..kiranya kalo boleh sampai je dpn pintu rumah dah ada lauk asam pedas..hahhaa..

      Delete
  14. Akak suka sangat lucern..mendamaikan...hilang stress.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nazuha,
      Saya pun suka..tapi saya suka semua part of swiss la kak. Tenang dan damai je.

      Delete

tenkiuuu :)