Pages

Europe Trip (Day 25) -Finale

Alhamdullilah pagi terakhir di bumi eropah disimbahi hujan (hamboiii ayat) . sama la dengan hati Syieda yang kehujanan sebab sedih nak meninggalkan bumi Swiss. Ewah..

Pagi tersebut kami bangun tak de la pagi sangat sebab hari ni terus nak ke airport untuk balik rumah jumpa emak dan abah serta keluarga  asam pedas. huehuehuehue.. Kalau tak silap, kami bertolak lebih kurang pukul 7 kot. Naik bas betul-betul depan hotel. Tambang  bas ke airport kami boleh save sebab hotel sediakan kupon. Perjalanan ke airport bergerak lancar. Rasanya nak dekat sejam jugalah kami naik bas. Kuar masuk kawasan rumah, bangunan besar-besar dan akhirnya kami pun sampai di airport.

Bas berhenti betul-betul kat pintu departure. So kami turun escalator untuk ke bahagian arrival sebab nak ambil luggage yang dah disimpan 4 hari kat sini. Kalau ikutkan... luggage kami dah tak ada kat dalam locker sebab dah lebih limit yang dibenarkan, jadinya kami terus ke tempat penyimpanan bagasi (bertentangan dengan locker). Tapi mamat tu kata..dorang belum collect beg kami dari locker. Lepas dapatkan beg masing-masing kami harus bayar untuk extra sehari yang terlebih guna untuk simpan luggage tu.

Lepas tu, kami terus bergerak ke departure hall. Waktu kami sampai tu.. lengang ok kaunter nak drop beg ..... Kamilah orang pertama yang beratur. hahahahha.. super excited uols.
Kami menunggu nak dekat sejam sebab dorang belum start duty pun. Sampai-sampai je.. staff tu suruh kami ke belakang sebab baru nak pasang banner la hapa. ceh menyirap je. Dah satu kerja mengangkat beg-beg yang super banyak tuh.

Waktu nak proceed untuk drop luggage, staff tu macam kagum kat salah sorang bff tu sebab dia pakai tudung. Lantas dia pun perkenalkan diri dia sebagai muslim. Kalau orang tak tau.. memang tak akan sangka dia pun muslim. Ke Syieda sorang je gitew eh? Oleh sebab agaknya dia macam kesian nengok kami yang sarat dengan barang, kami didahulukan untuk urusan luggage. boleh gitew?

Sebenarnya, kami dah prepare duit masing-masing sebab kami rasa mesti kena bayar denda sebab beg terlebih berat. Some more kat flight itinerary yang Syieda dapat tu, katanya sorang hanya dibenarkan satu beg je untuk di drop.. sedangkan time tu Syieda dah ada dua beg.

Rupa-rupanya...setiap seorang hanya dibenarkan 2 buah beg yang berat setiap satunya tak boleh lebih daripada 23kg. Terus rasa nak lompat kat situ juga. aishh.. So boleh lah duit tu buat joli katak kejap lagi. hihihi
Lepas tu, kami nak cari laderach chocolate yang tak sempat nak beli aritu. Dalam firasat semalam, haruslah banyak kedai laderach tu kat airport sebab memang bersepah-sepah kedai tu kami nampak sepanjang kat Geneva dan Bern. Tapi tak de weiii..

Sedapkan hati, kami anggap mesti ada kat belah dalam. Ok fine kita masuk boarding hall.

Punyalah beratur nak masuk boarding hall. Memang macam cuak jugaklah sebab terfikir.. sempat ke tak sempat nak naik kapal terbang ni?? Alhamdullillah semuanya berjalan lancar tak sampai 15 minit pun. Lepas habis kena scan tu.....rasa macam pelik.. eh dah kenapa kecilnya airport ni?? Kecil sangat uols...

Tapi tetap sedeh sebab tak de Laderach shop kat sini. So memang kempunan la nak borong banyak-banyak. Sudahnya kami beli je la apa yang ada.

Lepas habiskan baki CHF, kami plan nak makan. So kami terus ke food court yang ada kat sana. Still selera eropah......so kita order pizza again! Yang ini memang marvellous uols!! Manggo juice tu pun sedap.. Tapi biasalah.. memang takkan habislah pizza tu sorang-sorang.

Lepas makan, kami terus ke gate 50 (kalau tak silap la). Kali ni baru kami perasan yang punyalah jauh nak sampai gate 50. Siap berlari-lari takut kena tinggal kapal terbang. Tapi sebelum tu kena melepasi immigration. Ntah kenapa kali ni siap officer tu pakai kanta untuk belek passport Syieda. Napa...... I ni ada rupa double agent ka?Choi sangat eh?? Double agent haruslah slender..ni kalau badan macam Syieda nak lari pun termengah-mengah.

Bila sampai boarding hall.. alamak macam tak semenggah uols. Dah macam kat LCCT pun ada.... I bet KLIA2 lagi cun agaknya.

Kami ada lebih kurang 45 minit sebelum berlepas. So sesambil nak ke toilet, menyimpang ke kedai coklat sekali lagi. Sekali tu.. bila tanya apa coklat paling fames amos.. katanya Toblerone. Comel je staf tu sebut Toblerone siap ada idgham maalgunnah ...hehhehe..Iols is tak suka Toblerone. Tapi beli jugalah sebab tak de langsung coklat nak dibawa balik.

Akhirnya kami selamat naik flight. Kali ni Syieda naik Saudi Airline. Kagum uols... sebelum nak berlepas kena baca doa naik kenderaan tau. Terus rasa perjalanan ni sangat diberkati.

Sebelum ke Malaysia.... kami akan transit kat Jeddah dulu.
Bye Swiss.. Berkabus uols.. sebab hujan..
Memang mewah makanan pada hari tu. Kenyang perut sebab makan tanpa rasa was was. Lagi satu yang Syieda belajar, untuk flight lama cengini, sila sediakan botol air yang kosong. Oleh sebab kita akan kekurangan banyak air dalam badan tanpa kita sedar, kita boleh gunakan botol air tu dan minta flight attendant penuhkannya. Lepas tu..minum la sekerap yang mungkin.

Lebih kurang 4 jam kemudian, kami sampai di Jeddah. Time tu kami ada lebih kurang setengah jam sahaja untuk next flight.
Seriously, inilah kali pertama Syieda naik flight ada transit bagai. Takut memang ada. Nasib baiklah blogger liza banyakkkkk tolong Syieda. Almaklumlah, dia berada di Eropah beberapa bulan sebelum Syieda sampai. Tengkiu awak!

Time sampai Jeddah tu, memang nak terkucil uols.. tapi tahan kan ajer sebab kami ada setengah jam nak melepasi kastam bagai. Dah la ramai pula tu beratur. Since ini first time jejak kaki kat bumi Arab..... apa yang Syieda perasan.. muka orang Jeddah ni semuanya ketat uols.

Ladies akan di periksa secara berasingan. Almaklumlah, mana tau tetiba  kena buka tudung pulak kan.

Lepas habis di scannya badan kami, kami naik ke boarding hall kat level atas . Mak aiii punyalah ramai manusia. Kebanyakan serumpun dengan kita sama ada dari Indonesia, Brunei atau Singapore. Nasib baiklah tak jauh gate kami dari tangga tadi. Kemudian kami diberi makanan sekali lagi. Makan lagi...

Syieda memang suka makan...tapi hari tu, rasa macam banyak sangat airline ni hidangkan makanan. Kat Jeddah ni, kami diberi nasi goreng. Tak sangka orang Arab pun makan nasi goreng. hiks.

Kami makan punyalah cepat sebab katanya pukul 12am dah nak naik kapal terbang. Dah la makan kat kaki lima sambil bersila. Syieda paksa bff makan cepat-cepat. Sian dorang  makan separuh je takut tak sempat naik kapal terbang punya pasal. Sekali bila tanya staf yang bagi kami makanan tu..katanya lambat lagi flight kami. Ceh! Siap offer nasi satu bungkus lagi kat kami. Phui.... So kami shopping lagi kat Jeddah Airport.

Tak lama selepas itu, kami pun selamat naik kapal terbang dan makan lagi. Huk! Dan kami pun selamat tiba di bumi Malaysia pada pukul 10 pagi kalau tak silap. Apa-apa pun, Saudi Airlines memang best!

Dari Malaysia aje beg Syieda dah nak dekat 30kg....dapat bayangkan tak macam mana hazabnya turun naik tangga dengan beg 30kg tuh? Bila balik Malaysia tambah satu lagi beg. This time cerbayangkan berapa pula beratnya dengan barang-barang souvenir.

Mari kita lihat apa yang Syieda beli ... Tapi yang kat bawah ni.. semua Syieda punya sahaja. Yang belikan untuk kaum keluarga sahabat handai tak sempat nak snap gambar.
Plate cenggini memang Syieda suka kumpul. Yang depan cenonet tu..dari Swiss.. Beli paling kecil sebab dah tak larat nak bawak... tapi yang paling suka .......murano glass kat kanan sekali tu. Yang tu dari Venice.

Shot glasses memang Syieda suka kumpul walaupun tak guna.. Saje buat penuhkan lemari..

Syieda paling suka snow globe nih! Gigih tak angkut banyak-banyak ni merentas 7 buah negara. ??
Sebab tak larat ...ada tu yang kecil je Syieda beli.

Paling favourite Venice gondola tuh. Tapi sampai Malaysia.. Kayu pendayung tu patah la pula kat bahagian bawah. Tinggallah cenonet je macam gambar kat atas tu.

Fridge magnet is a must! Yang ni ada untuk bagi kat kawan-kawan. Oleh sebab terlalu banyak borong fm...... adakalanya cuma satu je Syieda beli sebab dah tak larat nak bawa. Contohnya macam kat Pisa, Syieda beli satu je FM untuk diri sendiri. Pastu tak ingat letak mana. sedeh...

Yang ni belian merapu namanya... tak tau apa fungsi beli ni semua. Barang-barang London tu.. semua beli kat Primark je. Sebab murah ada yang dapat £1. Tapi yang paling sayang sarung bantal yang Greece tu. Memang cantik buatannya.


Sejak pegi HK tempoh hari, tetiba jek suka kumpul pinned ntah apa-apa ni. Tak tau nak buat apa. Konon buat hobi. Nengok je la sampai bila hobi ni bertahan.


Tada.. ni paling eksotik souvenir yang Syieda beli kat Harry Potter Tour aritu.. hiks.

Ibis Budget Geneva Petit Lancy - Switzerland


It*s 4.30am! Dan syieda masih terkebil2 kat atas katil. Nasib baiklah tak kerja esok. Ingatkan bolehlah terlelap mata nih. Tapi nan hado.

Kat JB panas yang melampau. Tak boleh tahan uols! El nino dah start ek? Tadi hujan kejap. Intai dari tingkap mcm lebat sebab pokok-pokok depan rumah beriya-iya bergoyang kiri dan kanan. Tak sampai sejam dah teduh. Adeh...

Tadi cakap ngan mak pasal panas yang melampau..rasa mcm nak migrate aje..pastu mak cakap..hidup kena bersyukur. .adeh rasa dush dush kat pipi...baiklah omma!

Banyak nau komplen syieda nih eh?

Last entry pasal accommodation kat swiss ni ialah ibis budget kat geneva. Kalau tak silap..ada 2 kot ibis kat area geneva. Yang syieda punya ni dekat dengan airport.

Nak kesini dari geneva station kat geneva city ni senang je. Boleh naik bas atau pun tram. Naik tram arah ke p&p bernex dan turun kat les esserts. Kalau naik bas pun turun kat station yang sama. Perjalanan dalam setengah jam juga. Nanti dalam tram boleh nampak hotel kat side kiri. Tersergam besar.

Kami stay kat sini sepatutnya semalam je. Tapi bff tak sanggup tido airport untuk hari terakhir..makanya..kami extend untuk semalam lagi.

Hostel sediakan kupon free untuk public transport sekitar geneva. Savelah duit tambang tram kami.

Memandangkan kami bertiga..so bilik kami gitew la rupanya..agak luas. Lengkap ber-tv bagai. Cuma kettle je la yang tak de.

Free wifi. Itu yang paling best.cuma password nya la tak berapa nak best sbb memang dah set untuk sehari. So untuk next day..kena g kaunter ambil password baru.

Cuma part nak mandi je la ada kureeennggg sikit.pintu ala2 transparent giteww..ohemgeee... tapi bagusnya shower ngan toilet asing-asing..
ni view dari bilik kami. Bus stop betul-betul kat depan hotel. Lintas jalan tu..dah ada tram station. Pendek kata ...memang senanglah nak locate hotel ni guna public transport.

Harga tak berapa ingatlah pulak..tapi tak de la budget sangat pun...semalam dalam RM300++ kot.

Europe Trip (Day 24)- Bern, Switzerland

Pagi ni memang sengaja bagi chance kat kengkawan bangun lambat as dorang pun dah tak larat sama macam Syieda. hihihi.. Lepas urusan di kaunter (sebab extend utk semalam lagi) , kami terus tunggu tram untuk ke city. So pagi ni saje nak kenakan sorang bff tu suruh dia pulak yang guide kami lagi dua orang ni. Sian la pula kat dia sebab terus terang kata tak tau. Some more tak confident sebenarnya.. Semalam katanya nak nengok air pancut tertinggi kat Geneva ni.. bila kena suruh guide untuk the whole day terus tak teringin nak nengok air pancut tu dah katanya. hehehhe.. Kalau tak silap, dari tempat kami, kena turun kat hentian Bell-air.

Memandangkan kesian kat dorang berdua yang sampai ke penghujung trip tak jumpa snow, so ingatkan pagi tu nak terus lajak ke Lauterbrunnen semula. Sebab semalamnya macam nampak banyak snow. Bff pulak tak kesah. Moh la kita ke sana.

Dalam tren, kami dok la menyelak majalah yang disediakan. Tup-tup katanya Bern cantik. Pulak tu kat monitor dalam tren dandan tu jugaklah ditayangkan tentang Bern. So, marilah kita ke Bern sahaja. Perjalanan dari Geneva ke Bern lebih kurang 3 jam jugak.

Bern Railway Station ni sangat besar. Kami naik ke level atasnya. Bff pun sibuk la tinjau-tinjau harga barang sementara Syieda gi cari Information Centre. Tanya punya tanya diberinya satu map lengkap dengan tempat-tempat yang boleh kami explore pada hari tersebut. Yang menariknya, map tu ada 9 bahasa termasuklah bahasa arab.

Kami ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja. Keluar aje dari information centre tu, kami jalan terus sepanjang Neuen Gasse. Cantik bangunan-bangunan kat sana. Rasanya mau nak dekat 2 jam juga kami dok kuar masuk kedai untuk shopping barang mana yang termampu.
Jalan punya jalan hinggalah kami terjumpa clock tower ni. Cuma tak berapa nak fahamlah dengan sistem tram dorang kat sini. Bersepah-sepah tram lalu lalang. Sampaikan nak melintas pun teragak-agak.
Menariknya, pada tahun 1983 old city of Bern ini pernah diisytiharkan sebagai salah satu daripada Unesco World Heritage Site. Dan lagi menariknya, Bern termasuk antara 10 bandar yang dinobatkan sebagai "Best Quality of Life".

Menurut lagenda, nama Bern ni diambil sempena dengan nama binatang pertama yang diburu oleh founder tempat ini. Dan binatang tersebut ialah seekor beruang. Sebab tu kat sini ada muzium beruang.
Tepi clock tower agak meriah sbb lagi beberapa hari dorang nak sambut xmas. Semua pulun buat persiapan akhir. Kali ni kami tak sempat nak meninjau barang yang dijual sebabnya kami kesuntukan masa.
Sudahnya..kami makan kat satu resto india. Waktu nak ambil order, waiter tu siap bagitau yang dorang tak de makanan halal. Nampaknya dorang faham maksud halal. Bila kami check, memang tak de coklat 'cad*ury' ..eh?. So kami order ikut citarasa masing-masing. Hari ni sekali lagi syieda order briyani udang. Pedas uols.memang licin la makan semangkuk tuh walaupun sudu yang diberikan tu mirip senduk sebenarnya..layankan aje..
Oleh sebab arini free & easy konsepnya..... kami duduk agak lama dalam resto tersebut.

Memandangkan kejap lagi dah nak gelap, kami start explore semula bandar Bern ni.

Jalan punya jalan hinggalah kami jumpa jambatan ni. Tinggi betul jambatan ni. Gayat jugaklah syieda time tuh. Kat atas ni..kami layan perasaan dengan pemandangan yang tenang...tak banyak kenderaan dan suhu yang dingin. Dari sini juga dah nampak bukit hujung sana yang diselimuti salji. So kerahan tenaga pun bermula dengan angan-angan dapat pegang snow sebelum malam menjelang.
Bern diambang sore katanya..
Bila toleh ke belakang boleh nampak parliament building dengan kubah berwarna hijau.
Dihujung jambatan ni ada Einstein house  dan juga muzium. Albert Einstein  pernah tinggal di Bern sewaktu dia menjadi officer di sini. Oleh sebab dah nak gelap, kami tak jadi masuk ke muzium dan rumah Einstein.  Kami takat nengok air kolam yang dah membeku kat sini sajork.

Tada....saje nak tunjukkan boots baru I yang baru dibeli tak sampai sejam tadi. Buruk ok perangai..lepas bayar ........dalam kedai jugak dah sarung untuk digunakan... Ok tujuan asal beli sebab tak nak dalam gambar nanti sepesen je kasut yang dipakai. Tapi malangnya sebab lepas pakai boots..lupa nak bergambar....

owh yer..bila berada di Swiss...silalah beli coklat dari Laderach. Gitu kalo tak salah eja la. Ada banyak jenis coklat. Kena berhati-hati waktu buat pilihan. Yang Syieda suka keping-kepingan coklat yang mengandungi pelbagai jenis kacang. Kemudian dorang akan patah-patahkan dan pack kecil-kecil. Time kat Bern kami takat beli sorang satu pack je. Bila balik hotel, check ingredients yang digunakan....tak de pun nampak unsur 'cad*ury'. So plannya...esok kat airport nak cari lah... sebab memang agak selalu nampak kedai ni sekitar bandar Swiss.
Misi nak jejak gunung diselimuti ais salji diteruskan..ntah mana-mana kami redah.
Tapi..rasanya macam tak mungkin sampai kot...jauh bebeno rupanya..so kami kensel je la hasrat nak pegang snow tuh. Pegang je la air yang dah beku kat kolam tadi sudeh..

Waktu kami lalu semula jambatan tu..kami nampak old town of Bern dilimpahi cahaya. Seriyes terkedu dengan cahaya yang cantik tuh.
Kami teruskan perjalanan ke Geneva dalam jam 6 petang. Sampai di Geneva kami sempat berjalan di sekitar railway station. Tapi macam biasalah banyak kedai dah tutup. Nak nengok air pancut pun tak nampak. So kami naik tram terus ke hotel. Dan bila turun tram .......kabus sangat tebal. Bayangkanlah nak nampak 50m ke hadapan pun samar-samar..memang merbahaya time nak lintas jalan raya.

So malam tu pack barang sebab esok pagi kami kena bergerak pagi untuk ke airport.
Asam pedas...wait for me ya!