Pages

Arigatou Japan- Day 3 (Osaka)

Hi awak...awak...dan awak tu..amacam sempat grab tiket? Syieda sempat la grab tiket hujung tahun ni. Tapi tu la tuh...oneway je..mungkinkah drama tiket balik ke Malaysia nanti sama dengan kisah Jepun??? Kita nengok kan aje la yer..

5 Dec 2014.
Pagi ni bangun awal sikit sebab nak kena lenjan abis-abisan Kansai Tru Pass. So pagi ni plan nak ke Flower Expo Memorial Park Tsurumi Ryokuchi.

Direction:
Namba (M20) --> Shinsaibashi(M19) - Midosuji Line
Shinsaibashi (N15) --> Tsurumi Ryokuchi(N26) - Nagohori Tsurumi-Ryokuchi Line(arah Kadoma minami)

Exit #1

Tsurumi Ryokuchi station ni ialah station yang kedua terakhir bagi Nagahori Tsurumi-Ryokuchi Line. Rasanya laluan ni paling tenang sebab tak ramai penumpang baik kat platform atau dalam tren. Tapi yang Syieda notice la kan..macam ramai warga emas je suka pergi sini. Pagi tu memang feel dewasa sangat taw.
# Osaka Manhole Cover
Ai is suker sangat station ni.. sebab lengang. So nak tanya cara untuk  ke park pun tak dapat sebab memang tak de orang dok melepak kat sini. Tourist apatah lagi. Tak jumpa. Syieda je la kot tourist time tuh. Mesti dorang pun pelik. Sebab kebanyakan pengunjung yang datang ke sini biasanya nak berjoging dan beriadah je.

Sebenarnya tak jauh pun dari station ni nak ke park. Dari stesen ni, naik tangga tinggi kat depan tuh, pastu belok kanan dan lintas jalan. Jangan lupa guna lintasan zebra okies. Ha lagi satu la kan yang Syieda noticed.... waktu isyarat orang hijau berjalan kat traffic light tu bernyala..... kereta pun sama gak nak jalan. Mula-mula tu cuak juga la kan. Teragak-agak nak melintas. Tapi rupa-rupanya dorang akan berhenti kalau ada orang melintas. Japanese slumber badak je melintas tak toleh kiri kanan. Syieda je kot yang dok toleh kiri kanan nak melintas.
Since park ni dibuka untuk expo bunga pada tahun 1990, jadinya kat lantai pun dorang guna jubin bunga-bunga. Wow...ai is super loike.
Bila dah melintas jalan, korang akan jumpa air pancut kat tengah-tengah park ni...pastu jalan lagi sampai korang jumpa tasik dan pagoda ni. Pintu masuk park ni ada kat belah kanan. Park ni sebenarnya telah dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut tema. Tapi aim Syieda hanya nak pergi kat area windmill je. Kenapa nak ke windmill je? Cantik uols bila dok google image park ni. Sila klik kat link belah atas tuh nak nengok GAMBARAN kecantikannya.
# Tsurumi Ryokuchi Koen Manhole Cover
Waktu kat pintu pagar tu, masuk je ke belah dalam dan jalan terus. Tapi Syieda ikut laluan kat pintu kecil sebelahnya. Mana-mana nak lalu pun ok. Mesti sampai ke windmill tu. Jalan lebih kurang 3 minit gitu dah sampai. 

Sedih hokei....dorang baru je tanam benih pokok bunga. Aish memang punah la harapan nak nengok winter tulip. Frust memang tak boleh blah. Tengah sibuk ambil gambar kat depan windmill tu, ada sorang pak cik tu tegur. Tak faham la apa yang dia dok cakap. Ingatkan dia nak minta tolong ambilkan gambar..sekali rupanya nak tunjuk gambar yang dia berjaya tangkap kot. Tak faham langsung. 'Hait' "Hait" je la. 
Plan nak berpicnic kat sini terpaksalah diteruskan walaupun tak de tulip. Mendakilah bukit yang tak berapa nak tinggi kat sebelah windmill tu. Breakfast sorang-sorang dengan roti dan tuna import dari Malaysia. Kononnya nak muhasabah diri. Tapi muhasabah diri ntah kemana. Sejuk memang tak tahan uols. Menggigil-gigil seluruh badan........ nak nak bila angin tiba-tiba bertiup. Dah satu kerja pula nak menahan roti daripada terbang. Ish kalau ingatkan memang kelakar kot time tu bila tiba-tiba rasa macam diterbangkan angin. Pulak tu bila nengok cermin, awat la hidung ni macam clown. Merah sangat uols. Tapak tangan toksah cerita la..kering. Cuticle lagilah haru rupanya. Malu weiii..

Walaupun sejuk , nak dekat setengah jam juga berpicnic kat atas tu. So menapaklah keluar dari park dengan sesal separuh nyawa. Eh? Hahahah

Ni kalau jumpa awal tram ni.. memang selamat Syieda naik dah. Ai is tak suka penat-penat menapak taw.
Bunga kubis ni memang menjadi igauan sejak kali pertama jumpa kat Korea dulu....Dulu macam jakun kot bila nampak bersepah-sepah bunga kubis ni kat tepi jalan.
Dari park, Syieda plan nak ke Osaka Tenmangu Shrine. Banyak sangat kot shrine kat Japan ni. Memang Syieda tak berhajat pun nak pergi semuanya kecuali 1 atau 2 je. Sekadar nak ambil gambar dari luar. So salah satunya ialah Osaka Tenmangu Shrine.

Direction:
Tsurumi Ryokuchi (N26) --> Naghoribashi (N16) -Nagahori Tsurumi-Ryokuchi Line
Nagahoribashi(K16) --> Minamimorimachi(K13)- Sakaisuji Line

First time kot naik metro kat Osaka yang ada auto gate ni. Tetiba teringat kenangan tangan orang tersepit time kat Paris ritu. Hehehe.. Siapalah yang bernasib malang tu???? kikikiki

Gambar-gambar kat bawah ni rupa subway dorang. Untuk yang belum jejak Jepun...... mungkin boleh gunakan info kat bawah ni sebelum bertolak nanti.
#1 - Jangan lupa beratur kat tepi  kotak kuning tu ye. 
Beratur kat tepi kotak kuning tu, sebab senang orang kat dalam tren nanti nak keluar. Yang bagusnya, pintu tren tak buka terus bila tren dah berhenti tapi ambil masa dalam beberapa saat. Senang untuk kita yang kat dalam tren tu nak bergerak ke pintu sekiranya tren penuh. Sebab tu, jarang kot kita lihat penumpang yang kat dalam tren tu bergerak ke pintu bila tren sedang bergerak. Lagi satu jangan buat malu nama pelancong dari Malaysia yer....Beratur tau sebelum naik tren. Kadang-kadang tu korang boleh nampak orang tua pun beratur dalam barisan yang panjang walaupun tren belum sampai. Senang kata orang Jepun memang sangat berdisiplin.
#2 - Setiap line ada warna tersendiri dan ada nombor stesen.
Bila kat dalam tren, ada je announcement dalam Bahasa Inggeris. Tak pun, korang boleh check laluan line tersebut kat atas pintu tren. No worries okies.
#3 - Papan tanda yang sangat senang nak cari kat subway. 
Sebatu dah boleh nampak arah mana nak tuju berdasarkan warna line korang tu. Nak cari exit pun sama..... senang je.

Sampai aje kat stesen K13 tu, macam hilang arah tujuan kot. Sebab tak jumpa pula arah nak ke shrine tu. Kita kasik redah je la. Sampai la tetiba ternampak signage ke sana.
Kena masuk laluan berbumbung. Gambar atas tu, seberang jalan. Jangan pula gi lalu sana. Memang confirm tak jumpa shrine. Laluan berbumbung ni (Tenjinbashi-Suji Shopping Street) dikatakan laluan berbumbung terpanjang di Jepun.  Waktu kat sini, banyak je kedai belum buka sebab masih pagi kot. Dalam pukul 9 pagi. Pastu ntah mana ntah belok kiri jumpalah shrine tu. Dari jauh ramai sangat orang dok berhimpun depan shrine tu. Mesti semua alim-alim ni.....pagi-pagi lagi dah pergi ke shrine. Syieda just lalu depan tu aje. Ambil gambar lebih kurang. Pastu blah.

Kat sini kalau korang nak fefeeling zaman edo, boleh ke Osaka Museum of Housing & Living. Nak sewa kimono pun boleh kat sini. Tapi Syieda tak pergi pun, Sebab dah booked kat Tokyo nanti. Auww..
Dek tak tau yang Syieda nampak tu ialah Osaka Tenmangu Shrine ke tidak, moh la kita ke Shinsekai sebab nak cari Tsutenkaku Tower. Kalau baca kat Japan info, katanya area Tsutenkaku Tower ni macam banyak je jenayah. Kira macam tempat merbahaya. Memang time buat itinerary ritu, asyiklah dok tolak ke sana tolak ke sini nak pastikan waktu ke sini mesti siang. Walaupun katanya kalau malam lagi cantik sebab berlampu-lampu

Direction:
Minamimorimachi(K13) --> Dobutsuen-mae(K19) - Sakaisuji Line
Sampai je kat Dobutsuen-mae Station, tak tau nak ke kanan atau kiri. Saje cuba nasib ke kiri. Dari jauh nampak macam tower, sekali eh bukan pulak. Rupa-rupanya silap wei.. Patutnya dari station ke arah kanan.  Aish..Silap pulak.  Dalam 5 minit berjalan nanti korang nampak bangunan kat bawah ni belah kiri. Masuk pintu gerbang Sinsekai kat belah kanan korang. Pastu jalan je terus.
Banyak je kedai kat sini. Ntah apa dorang jual pun tak tau. Macam kedai makan. Tapi motif gambar orang sumo ni kenapa? Ke makan sambil menonton sumo eh?
Betul-betul kat tengah jalan tu boleh nampak Tsutenkaku Tower kat belah kiri. Memang ramai je orang bergambar kat situ. Ambil gambar lebih kurang terus ke plan terakhir untuk hari terakhir di Osaka ni.
Dari Shinsekai, Syieda plan nak ke USJ. Aww peminat theme park macam Syieda mestilah tazzabar hokei. Tapi bila kat Jepun ni, Syieda memang sengaja masuk lambat ke mana-mana theme park. Salah satu sebabnya malas nak berjemaah kat pintu masuk park. Kalau ikutkan...macam rugi kot masuk theme park bila dah tengah hari. Tapi apa boleh buat......Lagi satu, bila travel sorang ni, macam kurang kot feel nak happy sakan kat theme park.  Sebab tu Syieda ke USJ dalam pukul 1 petang.

Direction:
Dobutsuen-mae (M23) --> Namba(M20) - Midosuji Line
Osaka-Namba--> Nishikujo - Hanshin Namba Line (arah Amagasaki)
Nishikujo --> Universal-city - JR Yumesaki Line @ JR Sakurajima Line

Bila turun kat Namba Station, berjalan kaki ke Osaka Namba. Pastu terus ke platform #3. Siap dah hafal platform #3 gara-gara kes ke Himeji semalam. Dari Nishikujo nak ke USJ, kena beli tiket lain sebab Kansai Tru Pass tak cover. So kenalah ¥160/1way. Mula-mula macam berdebar-debar kot sebab nak beli tiket guna mesin. Alamak... sekali senang je la wei guna mesin. Yang paling penting, klik menu english kat belah atas/tepi skrin. Pastu ikut je la apa yang mesin tu nak. Ha lagi satu, korang kena tau berapa fare untuk ke tempat yang korang nak pergi. Bukan macam LRT kita, klik kat nama tempat kita nak turunkan?  Eh ke salah?

Tapi korang jangan risau, sebab kat atas mesin tu, memang ada sebesar alam map laluan tren sekali dengan fare. Pandai-pandailah korang baca. Time ni Syieda macam excited jugak kot.  Almaklumlah 1st time kan nak naik JR. Sekali bila tren sampai..alahai..tak de la baru sangat pun tren tu. Lawa lagi metro Tsurumi pagi tadi.
Waktu sampai City Walk tu, awan dah gelap semacam. Takut hujan, cepat-cepat beli tiket. Eh sekali kat pintu gerbang ada Harry Potter. Wah ini sudah menggembirakan hati.  So plannya nak terjah wizard world gitew..... Dengan pantas dan tuntas terus ke kaunter.  Tanyalah budak kaunter tu pasal Harry Potter. Oleh sebab tak tau nak jawab ..... dia bagi pamphlet. Eh geram mak! So bayar  ¥6980 ......dapat tiket tapi tak tau macam mana nak ke Hogwarts Castle tu. Pastu macam cerdik pergi simpan segala pamphlet bagai dalam beg. Sebab malas nak baca. Abis tuh kat tangan ada apa? Ada tiket je uols.

Dari kaunter tiket, memang kita dah nampak Hogwarts Castle tu kat belah kanan. Dek excited punya pasal terus ke kanan. Dengan confidentnya berjalan. Rupa-rupanya dah nak sampai ke parking bay. Apakah?

Waktu kembali ke pangkal jalan, nampaklah satu booth ni jual group ticket. Bila tanya kakak kaunter....barulah faham ... rupa-rupanya, memang Syieda kena masuk USJ entrance tu. Ingatkan macam kat Disneyland Paris dengan Disney Studio tu ..kena beli tiket asing-asing. Rupanya tidak la weii.. Harry Potter World ni ada dalam USJ. Cuma kena tambah harga tiket kalau nak masuk situ. Aishhh...
Bila dah masuk ke dalam USJ park ni..., kita kena cari kaunter untuk booked tour dalam Harry Potter World tu pulak. Eh..eh..eh..Katanya mesin untuk booked tour tu kat waterfront. Punyalah susah mencari. Padahal mesin-mesin tu memang betul-betul kat depan waterfront. Cuma macam tersorok sikit. Nasib baik ternampak staf dorang berbaju macam ahli sihir. Waktu nak booked tu, korang kena scan tiket dan pilih waktu tour. Nanti kena datang kat entrance Harry Potter World tu ikut masa yang korang dah booked. Paling hampir sekali, Syieda booked pukul 2.30 petang. Tanya staf tu camana nak ke sana. Rupa-rupanya tak de la jauh mana pun. Entrance nya dekat je dengan Wonderland dan Amity Village.

Sementara nak tunggu tour, sempat beli popcorn. Syieda ni bila beli popcorn kat taman tema ....memang jenis suka beli sekali dengan bekas yang comel-comel tuh. Kali ni pergi beli bekas hot balloon pulak. Dah la besar. Time tu boleh la pulak tak terfikir camana nak angkut bekas tu. Ye la kan.. bekas tu je dah makan ruang.

Dalam pukul 2.10 gitu dah gerak ke main entrance Harry Potter. Dorang akan check tiket kita sama ada betul tak waktu tour tuh. Sebabnya dorang nak elakkan sesak bila kat dalam nanti. Dari main entrance Harry Potter ni je dah jauh kena menapak ke dalam. Kiri kanan penuh pokok-pokok sebab buat kita fefeeling macam kat dunia wizard. Auww teruja mak!
Tadaaa... I is super duper loike bila nampak rumah penuh dengan snow kat bumbung tuh. Walaupun snow tipu...tapi Syieda happy je kat sini. Senyum sorang-sorang. Hehehehe...
Punyalah panjang manusia beratur nak minum butterbeer. Kali ni tak teruja langsung nak gi minum sebab ramai sangat jemaahnya. Tak pe I nak gi minum kat London sekali lagi. Eh? Berangan je letew..
Nampak je diagon alley ni lagilah perasaan happy yang tak boleh blah. Suker kemain taw! Jalan punya jalan.... wah nampak dah Hogwarts Castle yang Syieda dok cari dari luar USJ tadi. Ishh kat sini ko eh? Puaslah tadi aku gi cari ko sampai ke parking bay taw!

Kat sini lagilah hazabedah jemaahnya. Tapi sebab tak tau nak buat apa lagi... join je berjemaah. Beratur sampai kat luar castle. Sekali depan Syieda ada sorang kakak dengan baby. So staf kat sana bagi laluan kat dia. Yelah kan.. nak dekat setengah jam jugak kami beratur. Masih kat area luar castle. Dengan Syieda dan jemaah yang kat belakang pun join kakak tu. Ni mesti dapat  privilege. So kami yang ikut kakak tu pun buat muka kekwat la... Ramai je barisan yang beratur sebelum tu macam pandang-pandang kitorang yang ramai ni. Ada lah dalam 20 orang kot yang join kakak tuh.

Akhirnya kami dapat masuk castle. Lega... Sebab panas sikit kat dalam ni. Lagi best untuk  peminat siri Harry Potter je kot. Sebab korang boleh tau scene mana setiap tempat tu. Tapi tu la.. dalam nihon. Apa pun tak paham. Ingatkan lepas tour dalam castle terus ke roller coaster... sekali ambik ko.. kitorang terus ke souvenir shop. PRIVILEGE sangat!  Rupa-rupanya staf tadi bagi akak tu laluan sebab kakak tu memang tak nak naik roller coaster. Phui.  Syieda dah agak dah dari masa mula-mula staf tu bagi kami laluan. Sebab tu dalam castle macam gamble je if dapat naik ride.. I is ok.. if not pun ok. Cuma kesian yang belakang Syieda tu la. Sebab masa kat souvenir shop dorang macam terpinga-pinga. Siap bising sebab ingatkan terus ke ride.Hihihihihi.. Kesian
Keluar je dari castle tu, round area tu. Pastu sempat post beberapa keping post card di Owl Post. Omai.. mahal kot sekeping post card dalam ¥800 gitu. Yang bestnya, nanti dorang stamp gambar kepala tren. Waktu nak tulis post card tu pun, staf dorang bagi pinjam pen bulu burung . Wow I loike! Harry Potter sangat. Baik woii staf dorang ni.  Siap tampalkan setem. Pastu bila nak tampal setem tuh .....siap ukur dulu. Tak nak senget. Kalau Syieda,  belasah je la tampal camana pun..... Bukan dosa kalau senget ye dak?
Dalam pukul 5 lebih baru keluar dari Wizard World tu. Padahal tour tu untuk 2 jam je. Keluar je dari Harry Potter ni, terus tembus kat Amity Village. Ada seekor jaws besar gilers tergantung kat situ. Terkejut mak! Sebenarnya time ni, tak tau nak pergi mana. Ni semua sebab tak study dulu punya pasal lah ni. So untuk lawatan kali ke-3 ke Universal Studio..... tempat wajib singgah ialah Shrek. Tatau la napa suka sangat masuk ke 4D Shrek ni. Lepas tu baru tergerak hati nak nengok map. Ya Allah, banyak lagi wei park  baru yang tak de kat USS. Last Syieda pergi 2 ke 3 tahun lepas. tapi tatau la sekarang theme park USS dah sama dengan USJ.

Belek punya belek, Syieda decide ke Terminator Show di New York. Masa ni lagi 3 jam kot USJ nak tutup. Abis je tu, terus naik Spiderman ride. Nasib badanlah bila kena duduk kat seat paling depan. Belasah je la. Kuar je dari situ, macam nak pergi beberapa park lagi. Tapi time tu kaki sakit sangat sebab seharian berjalan. Duduk lepak kat area Hollywood sekejap sebab nengok magical show ke apa ntah namanya. Lepas tu terus keluar USJ.Time ni  kena cepat. Nanti karang kena berebut seat dalam tren pulak.

Keluar dari USJ sempat lagi ke HR Shop sebab nak tambah koleksi. Hard Rock Shop tu kat depan pintu masuk USJ je.  tak jauh pun. Lepas tu terus balik hostel.

~End of Day 3~

arigatou Japan - Day 2 (Himeji)

4 Dec 2014

Hari kedua di Jepun Syieda bangun lambat. Ni semua gara-gara penat berjalan semalam. Bersiap-siap pastu nengok weather forecast katanya hujan. Bila nengok dari tingkap memang hujan pun. Bagi Syieda weather forecast sepanjang kat sini memang accurate sangat. Sebab hujan punya pasal....... sambung lepak atas katil. Tengah hari dalam pukul 12 , baru gerak. Budak-budak hostel masih lagi tarik selimut.  Jeles la hai kat dorang ni sebab memang purpose dorang ke Osaka ni bukan untuk travel tapi nak join Super Show. Bertabah je la.

Macam biasa menapak ke Namba Station untuk naik tren ke Himeji. Dari hostel memang dekat sangat Namba Station ni dalam 3 ke 4 minit je. Jalan punya jalan dalam station ni sekali sampai ke Osaka-Namba Station. Eh??? Memang jauh la juga berjalan tadi. Tanya budak kat fare gate tu, katanya ikut tangga 3 sebab ada tren direct ke Himeji. Ok now nak cerita sengalnya diri ini. Dari Malaysia ritu, memang Syieda risau sangat bila bercerita tentang tren. Sebabnya, Syieda perasan terlalu banyak jenis tren macam express, ltd exp, local dan beberapa lagi. Boleh eh time kat Malaysia lupa google abis-abisan. So hari kedua memang huru-hara la kan..

Kat platform time tu memang dah ada ltd exp train. Pula tu kat kepala ketapi memang tertulis Himeji. Syieda pun naiklah dengan gembira. Waktu dalam tren, tetiba Syieda teringat yang pemegang Kansai Pass ni tak boleh naik certain tren. Takut punya pasal ditambah dengan malas nak google, Syieda pun turun kat Dome-mae Station. Eh sekali bila google, boleh je naik tren tadi. Cisbedebah.

So now naik local tren ke Himeji. Nah ambik kaw! Slow sangat la tren ni. Sebab tren akan berhenti kat setiap station. Bertabah je la kan. Sekali kat Amagasaki Station, tren berhenti. Ingatkan nak tunggu tren platform sebelah tiba. Rupa-rupanya kami ni ha yang kena tukar tren. Dari sini kalau tak silap terus ke Himeji. Ke ada tukar tren lagi? Ntah tak ingatlah pula.

Memang cantik la hai view sepanjang perjalanan sebab nampak lautan. Tapi tu la tuh.. hujan turun lebat sangat uols. Nak ambil gambar pun macam tak berbaloi sebab cermin berkabus. Kira-kira nak dekat 3 jam kot baru tiba. Memang penat sangat. Nasib baiklah tak ramai orang. Siap tersengguk-sengguk dalam tren.
Lepas turun aje tangga yang tinggi kat  Sanyo-Himeji Station ni, ke kanan pastu ke kiri pula tau. Now kita dah kat luar bangunan. Cari juga tanda arah nak ke Himeji Castle. Tapi macam tak jumpa. Rupa-rupanya kita kena jalan arah kiri . Lepas tu baru nampak signage ke castle.

Gambar bawah ni ialah view dari arah kiri. Bertentangan dalam gambar ni, ialah JR Station. Manakala bangunan kanan yang hujung tu ialah Sanyo-Himeji Station. Dari sini ke castle katanya dalam 700m. Tak jauh pun.
Sepanjang perjalanan memang pokok-pokok masih menguning. Cuma tu la tuh.. daun dah tak lebat. Tapi masih ok la kot daripada langsung togel. Ye dak?

Yang menariknya, sepanjang perjalanan memang banyak sangat sculpture. Kalau tak silap ada penerangan kot kat sculpture tuh. Ke tak de eh? Tak ingatlah sebab time tu memang nak cepat sebab hari dah gelap nak hujan. Kang tak pasal-pasal tak sempat sampai ke castle.
Bersih je area sini. Eh memang Jepun bersih pun kat mana-mana. Paling best bila nampak budak-budak sekolah buat rombongan. Cute je pipi masing-masing merah macam buah tomato.
Sampai kat hujung jalan tu, memang nampak dah Himeji Castle ni. Tapi kecil je la sebab kena menapak ke sebelah dalamnya pula.

Gambar bawah ni ialah kedai yang betul-betul menghadap castle. Tak sempat nak tinjau dorang jual apa pun.
Istana yang termasuk dalam UNESCO HERITAGE SITE ni dikatakan istana yang terbesar di Jepun. Patutlah menjadi tumpuan orang ramai. Time tu sakan kot Syieda bergambar. Al-maklumlah 1st time guna monopod. Tetiba ada announcement kata lagi 10 minit kawasan castle ni nak ditutup. Hoi! Menggelupur ok time tu. Sekali boleh eh henpon terjatuh dari monopod! Ambik kaw!! Memang frust kot sebab retak hampir seribu! Nak nanges ke nak menjerit ke pun tatau time tu. Waktu tu memang Syieda risau sangat sebab itu je kot medium yang boleh Syieda gunakan untuk berhubung dengan family. Eh lupa ok nak bagitau! Yang bawah umur tolong jangan ikut eh. Sebenarnya, trip solo ke Jepun ni parents syieda tatau pun. sob..sob.. Dorang cuma tau yang Syieda ke Jepun dengan BFF. Time tu memang rasakanlah balasan tuhan cash aje bila menipu ni.
Dengan perasaan sakit hati, menapaklah kita ke tren station semula. Sepanjang perjalanan ke tren station memang cantik je pemandangan yang boleh kita lihat. Contohnya kat bawah ni. Alahai..kreatif sungguh la orang Jepun ni. Manhole cover dorang cantik sangat. Boleh dikatakan ....trip kali ni memang macam misi memburu manhole cover kot. Sebab pantang nampak.. pulun ambil gambar. Dikhabarkan.. ...ada jabatan khas untuk manhole cover ni. Torbaik kan? Tapi bila fikirkan, patut kot kita pun ada benda cenggini. Nampak macam shomel je.
Eh ke tidak?
Pondok telefon dorang pun cute sangat. Sebenarnya sebelum ke sini, Syieda ada terbaca satu artikel tentang pondok telefon aquarium. Hebat tak? Tapi rasanya dah tak de kot. Sebab pondok tu dibina sepanjang satu event. Event apa ntah.
Sepanjang perjalanan ke tren stesen, banyak je bangunan besar-besar. Paling win bangunan berbumbung ni. Macam hostel Syieda kat Osaka tu pun terletak kat laluan berbumbung cenggini. Senang cerita seluruh Jepun kot ada.
Dalam banyak-banyak kedai tu, hati terpaut kat kedai cute macam kat gambar bawah. Eh ingatkan ni café ke apa. Jom kita tinjau belah dalamnya.
Alahaiiii.. sekali ni kedai untuk ambil gambar je uols. Ada disediakan mesin bergambar layan diri yang popular kat Jepun tu. Ni mesti target market dorang remaja-remaja kot yang tengah hangat bercinta letew.
Paling win ialah 'No entry' girl ni. Comel sangat! So kesimpulan yang Syieda boleh buat, Jepun ni memang sangat terperinci dalam semua benda. Walaupun benda-benda yang kita anggap remeh temeh.
Dalam tren dok belek itinerary. Pening kot pala sebab nak mix & match(eh macam nak pakai baju pulak) itinerary. Kan Syieda dah bagitau yang Syieda memang dah plan betul-betul apa nak buat setiap hari. Now bila dah hujan, kenalah pandai-pandai tukar itinerary. Belek punya belek terus ke Tempozan Ferris Wheel la kita.

Direction:
Himeji--> Amagasaki (Hanshin  Line)
Amagasaki--> Kujo (Hanshin Line)
Kujo--> Osakako(Chuo Line)-Arah Kosmo Square
Exit #1
Rasanya macam ikut exit 1 kalau tak silap. Time ni memang tak de niat pun nak turun naik tangga. Asal ada lift, guna aje. Sampai sini dah nak dekat pukul 6 kalau tak silap. Gelap macam dah pukul 10 malam kot. Orang pun tak ramai time tu. Boleh bilang dengan jari kalau berselisih jalan. Paling win bila tetiba nampak satu kedai makan halal. Kelakar pula bila baca sehelai kertas yang ditampal kat pintu "Halal ok". Ok tu yang paling kelakar tak boleh blah. Tapi Syieda tak masuklah sebab berlambak-lambak lagi makanan dalam beg yang belum dimakan.
Jalan sampai ke hujung nampaklah Ferris Wheel yang besar gedabak tuh. Lama gak kot menggigil kesejukan kat sini sebab ambil gambar je kejanya walaupun gambar super gigil macam bela saka. Kalau korang rajin dan ada masa yang mencukupi boleh masuk ke taman tema kat situ. Tiket masuk sekali dengan kupon makan & souvenir if tak silap.
Naik tangga kat tepi ferris wheel tu, jumpa pula Osaka Aquarium ni. Tapi Syieda tak masuk pun. Pulun ambil gambar kat luar aje.Pantang neon tu bertukar warna. Memang tak lepaskan peluang ambil gambar. Lagi dan lagi walaupun hasil gegarvaganza sangat.
Dalam pukul 8, gerak balik hostel. Time kat Namba Station, Syieda tak puas hati kot kes semalam yang jalan kaki sampai 30 minit nak ke hotel. So hari ni nak buat ujikaji. Alahai... rupanya tak sampai 10 minit kot nak sampai hostel. Phewww.

Sampai depan pintu hostel, berdiri pandang pintu. Pastu terfikir...dah kenapa nak balik hostel cepat. Padahal memang confirm tak de orang kat dalam hostel ni. So berpatah balik dan plan nak jejak Dotonbori. Ikut map yang hostel bagi, katanya 10 mins je boleh sampai Dotonbori. Now mari kita berjalan. Bila dah keluar dari laluan berbumbung tu, macam sunyi la pula. Ntah betul ke tak..... tatau pula. Eh sekali jumpa pula Kuromon Market. Nasib baik betul. Now dari situ kena belok ke arah kiri dan seberang jalan raya utama. Pastu jalan dalam 5 minit macam dah putus asa kot sebab tak nampak pun batang hidung Dotonbori Street ni. Kalau ikut map macam dah sampai. Sekali bila toleh kiri... Eh?
Awat sunyi sangat Dotonbori ari ni. Bukan jalan ni sentiasa sibuk dengan neon ke? Tak pernah lagi terbaca mana-mana artikel yang bagitau jalan ni pernah sunyi. Ok tak pe. Kita teruskan berjalan. Tetiba nampak kupang? kerang? Siput?  ke apa ni? Teringin sangat ni. Beli la secengkerang dengan harga ¥300. Sambil makan sambil berjalan. Pastu padan muka sebab tak tau nak buang kat mana cengkerang tu. Ha jangan tak tau Jepun ni tak de tong sampah bersepah-sepah tau.
Jalan punya jalan... Ha baru jumpa tempat yang sibuk. Time ni memang ramai sangat orang. Ceria je area kat sini. Berwarna warni. Happening sangat. Now nak cari Glicoman pula.
Eh tak de pula signage nak cari Glico man ni. Main ikut gerak hati, nasib baik betul. Dari atas jambatan ni boleh nampak Glico man yang menjadi icon bila berada kat Osaka. Ntah apa sebabnya jadi icon pun tatau.
Kanan dan kiri jambatan ni ada laluan berbumbung yang memang sesak dengan orang. Tak terfikir nak nengok pun apa yang ada kat sana. Kang kalau tertengok.. mau terbeli. Jangan buat hal. Masih ada berbelas hari lagi nak angkut beg-beg yang super banyak tuh.
Patutnya malam tu nak makan takoyaki yang popular kat Osaka ni. Tapi macam was was pula sebab ada satu part tu.. dorang ada tabur apantah warna merah. Nak kata macam fish flake tak de rupa macam fish flake pula. Baiklah Syieda tak try. Nanti tak sanggup bersoal jawab dengan hati kecil ni yang asyik bertanya apa benda tuh?
Settle misi Glico man, nak balik ke hostel. Lalu semula Dotonbori Street yang tak havoc tu semula. Lintas main road bagai. Pastu malas nak jalan kaki, naik je metro kat sana. Padahal 1 aje station lagi nak ke Namba. Apa kisah sebab guna aje Kansai Pass sampai lebam. Pastu tengah malam merasalah cherry berry penangan kupang tadi. Hew hew hew...