Pages

Arigatou Japan - Day 5 (Kiyomizudera Temple)

Dalam pukul 6 petang, memang dah gelap kat luar sana tu. Lepas basuh baju, Syieda pun bersiap-siap untuk ke Kiyomizudera Temple. Kalau ikutkan, memang tak nak masuk pun temple ni. Tapi sebab semalam petang tetiba nampak temple ni bercahaya, terus rasa nak masuk temple tu.

Dari hostel, Syieda pun mendakilah jalan raya yang tinggi macam bukit tu. Mintak nyawa! Macam semalam, Syieda tak ikut laluan Kiyomizu-Zaka Street. Kiyomizu-street ni ialah laluan betul-betul depan temple yang ada banyak kedai jual souvenir tu. Memang ramai tourist akan lalu situ. Kiranya  Syieda akan jumpa sisi Deva Gate.
 Lagi satu untungnya lalu jalan ni, nak beli tiket untuk fall illumination tak payah beratur pun. Kalau lalu Kiyomizu-Street memang masak gaklah beratur nak beli tiket dengan suhu yang sejuk.

Al-kisahnya, semalam yang tetiba bercahaya temple ni sebab ada fall illumination. Dan nak ditambahkan sedap cerita ni, hari ni ialah hari terakhir untuk fall illumination bagi tahun 2014. Jadi bila berkira-kira macam rugi if tak masuk, terus decide untuk lupakan maiko kat Gion.

Fall illumination ni biasanya diadakan dipenghujung musim luruh. Seluruh tempat akan disinari cahaya. Harga masuk pun berbeza dengan waktu siang tadi. Semua pungunjung yang melawat temple ni semasa siang tadi akan disuruh keluar paling lewat pukul 5.30 cenggitu. Sebab fall illumination ni bermula dari jam 6.30 petang hingga pukul 9.30 malam kalau tak silap.

Lepas bayar ¥400, dok mendakilah tangga tinggi kat Deva gate tu.. Oleh sebab excited nengok cahaya, boleh pulak nak tersungkur kat tangga. Aish malu mak! Nasib baik tak ramai orang dan tak cedera. Cuma ada la melecet sikit kat lutut. Hihihihi..

Bila dah ada di depan Deva Gate tu... terus rasa gembira sebab tak perlu beratur panjang nak beli tiket masuk. Now sekali lagi nak kena memanjat tangga naik ke tingkat atas temple pula. Jauh juga berjalan. Akhirnya sampai di Main hall (Hondo). Dari sini boleh lihat bandar Kyoto yang bermandi cahaya. Orang memang toksah cakap la ........ramai sangat.  Sepatutnya, Syieda datang lewat sikit. Jadi tak payah nak berasak-asak dengan orang ramai yang excited sewaktu pukul 6.30 petang tu.

Syieda tak lama pun kat Kiyomizu Stage ni, sebab takut. Kalau nak tahu, Hondo ni dibina tanpa menggunakan paku. Euww.. Seriau bila ingatkan suasana masa tu dengan jumlah manusia yang ramai. Gambar mestilah gegar macam bela saka sebab orang ramai yang bertolak-tolak kat atas tu.
Main Hall(Hondo) .......View dari tepi. Ini lah binaan yang tak guna paku tu. Memang menakutkan. Dah la tinggi.








Dari Okuno-in Hall facing Hondo and Kyoto city. Nak cari port ambil gambar pun susah.  Kena pandai menyelit. Pastu nak fokus kamera pun gagal sebab orang belakang yang dok tolak-tolak nak ke hadapan.
 Gambar  Kiyomizu Stage di Hondo yang separa gegar. senang cerita dalam banyak-banyak gambar ... ni je la yang kurang gegar. Yang lain... hrmmmm.. sedih!

Oleh sebab sejuk yang dah sampai ke tulang kering, Syieda pun plan nak ke Gion kononnya. Lalu la Kiyomizu-Street. Ingatkan boleh lari dari godaan shopping kat sini. Eh.. ada pulak tu sesi menyinggah. Sudahnya Gion ke mana... shopping je lebih. Dalam pukul 10malam , Syieda pun balik semula ke hostel. Masih lagi tak de orang lain kat dalam bilik. Ntah pukul berapa dorang balik pun tak sedar.

-End of Day 5-

Arigatou Japan - Day 5 ( Toei Kyoto Studio Park)

Puas berjalan di sekitar Umahori Station, akhirnya pasrah sebab tak jumpa kat mana Keifuku Line. Yang pasti memang ada JR station je kat situ. So terpaksalah bayar ¥200 untuk ke Uzumasa Station. Ha nak buat apa kat Uzumasa Station ni? Sebabnya nak ke satu local theme park.

Moh la kita berjalan...

Keluar dari Uzumasa Station (JR Line), jalan ke arah kanan. Nanti akan melintas landasan tren... pastu dalam 5 minit boleh nampak signage ke Toei Kyoto Studio Park kat belah kiri.

Entrance fee cuma ¥2200 . Budgetnya kalau hujung minggu mesti ramai orang. Sekali tak ramai pun...Mungkin tak berapa popular kot park ni.
Kalau nak rasa Edo period, bolehlah ke sini ye kawan-kawan.
Dalam park ni, ada banyak show. Nanti waktu beli tiket, kita akan dibekalkan dengan jadual persembahan pada hari tersebut. Ada certain show kena bayar. Tapi Syieda langsung tak sempat nak nengok mana-mana show pun sebab dok ralit ambil gambar kat luar je.

Kalau tak tahu kat mana tempat show tu, boleh tanya staff kat sana. Dorang pakai baju cengini. Nak mintak ambil gambar pon boleh.
Park ni sebenarnya, ialah studio.Tapi open air la. Set penggambaran ada yang dibuat di dalam bangunan. Senang cerita, semua kawasan ni merupakan tempat penggambaran sesebuah filem. Kalau bernasib baik, boleh melihat sendiri bagaimana mereka merakam filem di sini. Waktu Syieda datang tu, ada rakaman kat atas bumbung salah satu studio tu. Tapi ntah belah mana ntah.

Street performance pun ada. Memang kena pandai curi masa nak ikut serta dalam semua show yang ada pada hari tersebut.
Paling best, kat sini ada perkhidmatan sewa baju. Pelbagai baju boleh sewa. Kimono boleh, nak jadi ninja pun boleh. Baik perempuan, lelaki mahupun kanak-kanak. Harga antara ¥8,500 hingga ke ¥16,000. Kalau tak silap.....harga tu  sekali dengan make-up kot.

Secara peribadi, Syieda suka kot idea untuk sewa costume kat sini. Salah satu sebabnya, kat sini kita free bergambar dalam suasana zaman Edo. Plus tak ramai orang. Sure tak de orang photobomb. If tak nak sewa costume untuk berjalan-jalan, sewa untuk bergambar kat studio je pun boleh.
Tempat ni tak de la besar sangat dan tak de la kecil sangat. Tapi yang lamanya sebab nak tunggu show tu yang buatkan kita akan lama kat sini. Bagi Syieda dalam setengah hari dah cukup kot kalau tak sewa costume.
Sejuk tu tak payah cakap la kan... Pastu perut pula lapar. So makan la jagung bakar. Memang la win makan panas-panas!

Gambar ninja kat bawah ni, sebenarnya memang bergerak tau. Mula-mula dari jauh ingatkan manusia. Sekali robot je tu. Ish tertipu mak cik!
Ntah macam mana la orang pakai kimono tu boleh tahan sejuk.  Dek tak tahan sejuk, Syieda sanggup masuk dalam movie museum walaupun tak kenal langsung siapa dorang. Tapi masuk muzium tu nak mencari tempat duduk sebenarnya. Al-maklumlah.. time tu tumit kaki memanglah sakit tahap tak boleh dimaafkan lagi.
Comel je 2 orang adik-beradik ni. Mak bapak dorang bawa tawaf satu park. Siap mak bapak dorang bagi laluan kat Syieda untuk rakam gambar anak mereka. Budak dua orang ni memang fotogenik. Kejap pose gitu..kejap pose gini...Senyum je bila nak ambil gambar.
Dalam pukul 3 petang, Syieda berjalan kaki ke Uzumasakorjuyi Station sebab nak naik Randen tren terus ke Shijo Omiya. Ye la kan.. dah bayar Randen 1 day pass. Kena la guna sehabis baik pass tu.

Keluar dari castle gate studio park tu, ke arah kanan.. Dalam few blocks jugak. pastu ke kanan lagi dan Randen tren station ada kat belah kiri. Nak guide pun tak tau. Senang cerita nanti sebelum korang keluar tu, ada map kat castle gate.

Bila sampai di Shijo Omiya(permulaan route Arashiyama Randen Line), macam rasa nak ke Gion. Tapi kena buat timbang tara sama ada nak ke Gion atau nak ke Kiyomizudera Temple semula. Kalau untung sabut, bolehlah nampak Geisha kat Gion. If tak.. memanglah makan hati.  So Syieda decide nak ke Kiyomizudera Temple semula sebab nak nengok apa yang bercahaya semalam tu.

Mula-mula kat Shijo-Omiya Station tu plan nak naik bas. Sama route macam pagi tadi. Tapi bila fikir kena bayar ¥200 lagi, baiklah kita guna K Pass walaupun kena berjalan kaki sikit. Tapi tak payah risau, tak jauh pun dari Shijo Omiya (Randen Line) nak ke Omiya Station (Hankyu Kyoto Line). Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai.

Dari Omiya Station (Hankyu Kyoto Line), Syieda turun kat perhentian terakhir di Kawaramachi. Pastu berjalan kaki ke Gion-Shijo Station (Keihan Line). Waktu nak ke Gion-Shijo Station ni, boleh pulak plan nak jalan kaki ke hostel. Memang tak jauh pun nak ke hostel dari Gion ni , agaknya dalam 30 mins aje. Tapi tu berangan je la nak berjalan kaki. Baiklah naik tren. 

Sampai di Kiyomizu-gojo Station (Keihan Line), rasa macam nak balik hostellah pulak. Memang tak de masalah pun kalau singgah hostel, sebab otw nak ke temple tu, memang akan lalu depan hostel. Bolehlah rehatkan kaki sekejap. Alang-alang nak rehatkan kaki, kenalah rehatkan perut juga. Biar perut pun happy. 

Marilah kita beli takoyaki kat satu kedai ni. Sebenarnya dari semalam dok riki kedai ni.  Al-kisahnya, kat depan kedai tu, ada kertas bersaiz A4 dorang tampal semata-mata nak bagitau takoyaki dorang diperbuat daripada apa. Ye la kan.. mungkin dia malas nak terangkan kat orang macam kita berulang-kali. So dia tampal siap-siap kat depan kedai. Senang cerita ye tak? TERbeli takoyaki dengan cream cheese. Walaaaa... sedap ya ampun!
Bila sampai kat hostel, alahaii... tak de orang pun. Nampak sangat sindrom orang tua dah ada dalam diri ni. Kalau muda mudi mesti tengah malam nanti baru muncul dalam bilik kan? Tua sangat kew kita nih??

Dari dalam bilik sempat makan takoyaki pastu rehat sekejap. Nasib baik tak terlelap. Kalau tak...... sesia je terlepas Gion mahupun Kiyomizudera Temple.
# Kyoto Tower view dari dalam bilik

Arigatou Japan - Day 5 (Bamboo Forest / Sagano Romantic Train)

7 Dec 2014
Pagi ni keluar hostel agak awal dalam pukul 7.30 cenggitu. So plannya nak ke bamboo forest yang sangat sinonim kat Kyoto ni. Moh la kita naik city bus.

Al-kisahnya, semalam kakak kaunter hostel kata tak pernah tau pun kewujudan K Card ni. So dia tak tau sama ada boleh guna untuk City Bus ke tak. Tapi masa Syieda google dulu memang katanya boleh guna.
Aish..Camana ni?

Sekali perjalanan dengan city bus kena bayar ¥230. Pergilah ke mana pun. So kalau asyik turun naik bas dah kena bayar berapa pulak tuh? Walaupun hostel ada jual 1 day city bus pass dengan harga ¥500, tapi Syieda tetaplah tak nak beli. Sebab degil punya pasal.  Hue hue hue

Dari hostel nak ke bus stop tak jauh pun. Dalam seminit dua dah sampai. Mula-mula tu memang tak perasan kat mana bus stop. Bila tanya sorang adik tu..dia pun tunjukkan. Alahai.. boleh pula tak perasan tegak je berdiri bus stop ni.

Bus stop ni memang mesra pengguna taw. Di sini, ada tertera semua route city bus dan paling win ada jadual bagitau bas mana yang approaching. Hari tu tak lama pun tunggu. Kejap je dah naik bas.

Naik bas kena dari pintu belakang taw. Time nak turun baru bayar kat pintu depan. Bila masukkan tambang bas mesti tepat. Sebab tak de pulang baki. Tak cukup coins? Tak payah risau ye. Sebab kat sebelah driver ada mesin khas untuk tukar note kepada coins. Dulu masa mula-mula naik bas, macam nak cepat je pergi tukar coins walhal bas masih bergerak. Tak payah nak terburu-buru sangat. Nanti bila nak turun baru tukar coins tu. Orang kat belakang barisan tak de masalah nak tunggu kita pun.
Kalau nak ikutkan, naik bas 207 sampai kat Shijo-Karasuma pastu tukar bas nombor 11 untuk ke Arashiyama. Tapi yang peliknya bila kat Shijo-Karasuma bus stop, tak nampak pula jadual bas nombor  11 kat dinding bus stop. Eh dah kenapa?

Nampak ada 2 orang perempuan tengah rancak berborak. Sorang tua sorang muda. Mungkin kawan sekerja kot. Bila tanya dorang, memang haramlah tak tau English. Tapi baik sangat sebab willing nak membantu. Tiba-tiba je orang ramai kerumun Syieda dengan kakak dua orang tu. Masing-masing beria nak membantu. Macam kecoh juga time tuh. Malunya la hai. So salah seorang pak cik tu terangkan cara nak ke Arashiyama dengan english yang sangat limited. Al-kisahnya, info yang Syieda google ni tersilap. Sebab........sebenarnya  tak de bas nombor 11 pun lalu kat sini. Jadinya, dorang ramai-ramai tolong tahan sebuah bas dan bagitau driver tu Syieda nak turun kat mana. Sebab pagi tu, Syieda plan nak naik Keifuku Train.

Lepas tertunduk-tunduk ucap terima kasih, Syieda pun naik bas. Paling best, orang yang ramai-ramai kat bawah tu semuanya  melambai-lambai. Terus rasa nak nangis sebab terharu. *Emo sikit*

Tak sampai 5 minit, driver bas suruh turun. Tapi tak bagi bayar tambang. Wah suwiittt sangat! Driver guide camana nak ke Shijo-Omiya Station (Keifuku/ Randen Line). Turun je dari bas kat Shijo-Omiya bus stop tu, terus ke depan sampai nampak bangunan ni. Keifuku Train ada kat bawah bangunan ni.
Kat sini, Syieda beli Randen 1 day round ticket yang bernilai ¥500. Boleh je nak beli 1way ticket. Tapi sebab plan niari ada beberapa tempat nak berhenti, lebih jimat kalau beli 1 day pass. Keifuku Train ni, memang sangat popular waktu musim bunga. Sebabnya tren akan lalu kat tepi pokok-pokok bunga sakura. klik sini
Tadaaaaaa... tram kami pagi tu. Oleh sebab Syieda datang awal pagi, orang tak ramai pun. Cukup masa, tram terus jalan.
Sampai je Randen Arashiyama Station (Last station untuk Randen Line), tak tau nak jalan belah kanan ke kiri. So decide ikut belah kiri. Tapi tiba-tiba macam tak sedap hati bila nengok map macam jauh je. So patah balik dan tanya sorang pak cik tu. Dia mula-mula tak faham. Bila tunjuk gambar pokok buluh baru faham. Dia suruh Syieda jalan sampai jumpa Nonomiya bus stop. Pastu nampak kedai belah kiri, ikut je lorong tu. Ok....... pak cik saya turutkan aje.
Oleh sebab masih pagi, semua kedai belum bukak pun. Aish.... baru je bercadang nak bersarapan dengan aiskrim green tea.
Dari lorong tu, sebenarnya macam tak berapa yakin akan sampai ke bamboo forest ni. Ye la kan sebab ada lalu kawasan kubur. Tak pernah lagi Syieda baca mana-mana blog bagitau akan lalu kawasan kubur. Tapi tadi masa lalu kat lorong ni, ada jumpa sorang nenek tengah petik buah limau. *kedekut tak bagi pon*. Dia kata *tak kata pun cuma bagi signal jer* yang laluan ni memang akan lead Syieda ke bamboo forest. Ntah kejar apa ntah, laju je Syieda jalan pagi tu. Tapi sebenarnya takut sebab tak de orang pun.

Akhirnya.... wish list ticked!
Syieda sebenarnya nak sangat pergi tempat ni, sebab minat gilers kot kat Lee Joon Gi time cerita My Girl dulu.... ntah zaman bila ntah. Oleh sebab suka gilers kat mamat tu, semua film dia Syieda tengok. So salah satu yang paling terkesan ialah cerita Virgin Snow. Cerita tu dia berlakon kat area pokok buluh. Cuma tak sure tempat yang sama atau pun tidak. Lagi satu Syieda teringin sangat nak pergi kat satu wall*ntah kat mana ntah* yang konon-kononnya boleh tunaikan impian kita. *kata cerita tu la*. Tapi tu la tuh.. time nak pergi aritu dok la mencari cd movie tu... tapi  tak jumpa. Keciwa mak!

Alahai bila travel sendiri ni memang sikit aje gambar solo. Dah la Syieda suka bergambar. Makan hati je la sepanjang travel aritu. Ni pun secara tak sengaja terserempak dengan dua orang budak perempuan Jepun tengah borak-borak. Sekali bila dia cerita pernah pergi Langkawi.. terus Syieda pulak yang excited.
Sayangnya time Syieda pergi tu tak dapat nak join illumination. Kalau tak silap walkway tu akan disinari cahaya lantern 5 hari kemudiannya. Keciwa!
*Apa kes tengah-tengah pokok buluh ada pulak pokok tambahan lain. 
Layankan aje la.




Ntah macam kejar apa ntah.. laju je jalan. Snap lebih kurang pastu tetiba ... eh dah habis?  Rupanya tak de la panjang mana pun laluan pokok buluh tu. Tapi bolehlah daripada tak de kan.

Tak sampai 5 minit dah jumpa Sagano Romantic Station ni. Oleh sebab ntah zaman bila nak rasa feel romantik tu, haruslah gigih hokei Syieda naik sorang-sorang. Syieda beli 1way ticket dengan harga ¥620. Kakak kaunter tanya boleh ke kalau duduk open car sebab sekarang tengah sejuk. Syieda terus cakap yang Syieda suka udara sejuk. Hihihi.. Pastu dia bagi heat pad. Mula-mula macam terfikir ..apa ni.. Bila dia nengok muka Syieda macam terkulat-kulat nengok heat pad tu.. dia tolong koyakkan plastik tu sambil goncang-goncang. Pastu suruh Syieda tiru gaya dia. Eh lawak la pulak kakak ni!
Akhirnya tren pun sampai. Tazzabar nak rasa ke'romantik'an nya ...auww
Ni lah open car tu. Memang open gilerss.. Bangku pun old skul sangat. Yang bestnya, pagi tu, bangku depan dan sebelah Syieda kosong. Asal boleh je mengensot ke depan...... ke belakang sesuka hati.
Ni la yang dapat time akhir autumn. Semua pokok dah togel. Kalau datang musim luruh mesti cantik kan?

Nanti dalam perjalanan, ada staff akan ambilkan gambar kita. Pastu macam biasalah, dia touch up sikit gambar tu dan jual semula kat kita. Semua orang kat atas train tu tak beli pun kecuali Syieda sebab Syieda rasa macam cun je dia touch up gambar tu. kikikikiki.....Nak kenangan punya pasal .........................terbang ¥1000.





Tiket tren tu kena simpan baik-baik tau. Sebab train inspector akan check tiket time nak turun nanti. Masa tu Syieda sebenarnya macam menggelabah sikit. Ingatkan tiket hilang. Rupanya tiket tu ada je kat dalam poket seluar. Ceh.

Tren berhenti kat Torokko Kamoeko Station. Perghh ntah mana datangnya orang ramai ni. Bersesak-sesak dalam station tu. Mana yang nak masuk station, nak naik tren, nak keluar station. Huru hara bertolak-tolak.

Dari Station ni, kami semua berjalan kaki ke Umahori Station. tak jauh pun dalam 5 minit kot dah sampai. Tapi bila nengok sawah yang kering kontang... teringat pulak kat orang tu yang gigih mengharung salji hari tu kat sini. ..... amboiii jeles ai!
Sampai kat Umahori Station, Syieda tak terus beli tiket tren..... sebab Syieda macam tak puas hati kot, kenapa hanya ada JR station je kat sini.

Al-kisahnya pagi tadi, dalam Randen tren nak ke Arashiyama Station,  ada announcement bagitau ada satu stop tu, boleh naik Sagano Romantic Train untuk ke Arashiyama. Patutnya mestilah kat sini ada Randen Station. So Syieda gi jalan-jalan kat pekan Umahori semata-mata nak cari jugak Randen Station.

Masalahnya....jumpa ke?