Pages

Arigatou Japan - Day 8 (Ainokura Heritage Village)

Selepas menyeberangi jambatan gantung tu, Syieda pun terus ke Information Centre untuk beli tiket bas ke Ainokura Heritage Village . Sekali katanya, beli tiket kat dalam bas je nanti. Tunggu bas kat depan tu je taw. Tepat pukul 11.55 pagi, bas pun terus gerak ke Ainokura.

Hari tersebut, cuma ada Syieda dengan sorang pak cik yang bawa camera canggih je taw. Ainokura ni, orang jarang visit sebab perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan tambang Y1300/way. Kalau berkenan nak ke sini, sila refer dulu bus time table di sini.

Bila bas jalan je, terus check itinerary nak kena buat apa selepas tu,
Sekali tu.....baru tersedar yang Syieda boleh termissed baca note yang Syieda dah siapkan sebelum ke sini dulu. Dalam note tuh.... Syieda dah hilite kan....... kalau nak naik bas ke Ainokura, kena naik bas pukul 9.30 pagi SAHAJA.
Sebab apa Syieda kena naik bas pukul 9.30 pagi ajer???
Sebab bila naik bas pukul 9.30 pagi, Syieda akan sampai di Ainokura pukul 10.15 pagi dan balik semula ke Ogimachi pukul 1.05 petang. Bermaksud Syieda ada lebih kurang 2 jam lebih untuk explore Ainokura dan panjat bukit kat sana untuk nengok pemandangan seluruh Ainokura.

Tapi Syieda yang sengal ni, telah menjadi lupa daratan time kat Ogimachi tadi dan tazzabar naik point view atas bukit tuh. Walhal aktiviti tu, sepatutnya Syieda buat selepas balik dari Ainokura. Now tak boleh nak buat apa sebab bas dah bergerak ke Ainokura.

Oh yer lupa nak bagitau apa sebenarnya buat Syieda frust sangat nih.. ...
Hari tu, Syieda bergerak dari Ogimachi pukul 11.55 pagi dan sampai di Ainokura pukul 12.40 tengah hari.  Lepas tu, kena naik bas ke Ogimachi semula pada pukul 1.28 petang. Bermaksud Syieda hanya ada lebih kurang 45 minit aje untuk explore Ainokura.
Kalau nak naik bas selepas pukul 1.28 petang tu........ Syieda kena naik bas pukul 5 petang dari Ainokura. Tapi memang tak boleh pun, sebabnya......... Syieda nak kena naik bas ke Kanazawa pukul 5.30 petang dari Ogimachi pula  Pening tak?? Buat-buat faham je la eh?

Memang tak berbaloi hoi hoi dengan tambang pergi balik yang menjangkau RM70++ tuh utuk explore Ainokura dalam masa 45 minit sajork!. Grrrrr

Apa boleh buat... layan perasaan je la sepanjang perjalanan ke Ainokura.
Bagi Syieda perjalanan ke Ainokura memang terbaiklah! Tak sama dengan scenic route New Zealand dan Switzerland yang pernah Syieda naik hari tu. So ... duka lara hari tu terubat sedikit.

Ni pun salah satu heritage village otw nak ke Ainokura. Apantah namanya....

Bas berhentikan betul-betul depan bus stop berbumbung segitiga ni...Dah la Syieda sorang je turun kat sini... Pastu terpinga-pinga tak tahu nak ke mana.
Pastu nampak arrow ke kiri.. Aww 300meter katanyeeeeeeee..... Dah la macam berbukit sikit....Mau tak pancit nanti... Pasrah dan berserah je la...
Masa tuh.. memang terfikir, nak teruskan aje ke...atau nak duduk je kat bus stop tunggu bas balik Ogimachi. Last-last kita kasik gamble..... teruskan aje ke Ainokura sebab tetiba je nak terkucil. Eh?

Takut ke idok sepanjang 300 meter tuh? Time tu..terfikir kalaulah ada werewolf ke apa camana tuh? Kalau Jacob datang.. tak pe lah kan. Eh?

Akhirnya, 300meter berjaya juga diharungi. Dari jauh.... dok riki-riki apa yang ada.
Akhirnya, jumpa pun toilet. Tu ha pintu toilet terletak antara van dengan kereta (gambar bawah). Yang tinggi kat atas tu, jalan nak ke point view. Tapi tak sempat la hai nak panjat bukit tuh.. Tabah je la nengok sambil lambai ratu. Eh?


Ainokura Manhole Cover

Memang betul, Ainokura tak ramai pelancong compare to Ogimachi.  Lepas balik Malaysia baru tau yang kat sini mungkin boleh bermalam bagi solo traveller. Nampak tak kerugian disitu!



Memang Syieda langsung tak sempat jejak belah dalam Ainokura ni. Takat ambil gambar dari parking lot ni je ha! Stresss betul time tuh. Plan nak makan tempura kat situ pun terbantut taw!

Selain naik bas ke sini, naik tren pun boleh. Tapi nanti ada kena tukar tren ke apa cenggitulah. So untuk yang ada JR Pass boleh berhenti kat Takaoka Station. Pastu kena tukar tren biasa sebelum naik bas ke sini. Nanti korang study sendiri la yer..


Pukul 1.05 petang, terus ke bus stop semula. Kali ni kena seberang jalan pula.
Time tu la kan.. Syieda terfikir .... ni kalaulah ada orang yang termissed bas.. memang harulah kot. Sebab tak nampak langsung teksi. Nak tahan kereta sambil tayang bulu kaki pun belom tentu lepas.. sebab tak de kereta lalu lalang kat sini.
Sepanjang perjalanan memang nampak banyak jambatan cenggini. Tu belum nampak lagi tunnel yang ditebuk dalam bukit atau gunung. Yang TER-kagum tu, sebab boleh nampak bertingkat-tingkat tunnel pada sebuah bukit. Hebat ke tidak?
Memasuki salah satu tempat yang berpenghuni. Kalau tak.. asyik nampak hutan je.



Bila nampak empangan yang membeku ni terus teringat Wolverine. Eh?






Ni berhenti sekejap kat RnR mungkin. Tapi tak lama. Dalam 30 saat je kot. Sebab tak de orang..... terus bas jalan.

Bila sampai aje di Ogimachi, plannya nak naik point view semula. Sekali terpaksa membatalkan niat sebab ais kat jambatan gantung tu dah mula mencair dek orang lalu lalang kat situ. Rata-rata orang ramai yang jalan atas jambatan tu mesti dok pegang tepi jambatan sambil jalan berhati-hati. So kensel.. sebab takut terjatuh.

Maka menunggulah bas untuk ke Kanazawa  di ruangan locker untuk panaskan badan. Sejuk kemain taw! 3 jam hokei menunggu! Dalam pukul 5, keadaan di situ dah hampir gelap. Information Counter pun dah tutup. Tapi adalah sorang pak cik tu yang tunggu kami dalam 8 orang ni untuk naik bas. Tepat pukul 5.30 bas pun tiba. Time tu juga ada satu couple tu, turun bas. Rasanya dorang nak bermalam kat Ogimachi kot. Kalaulah pak cik yang jaga parking tu tak de.... mau mati kejung kot couple tu... Sebabnya..dorang mestilah tak tau arah mana nak ke Ogimachi Village tu. Memang gelap gelita. So pak cik tu yang bawa mereka menyeberangi jambatan gantung dengan bantuan torch light.
So korang kalau nak ke sana...pastikan sampai sebelum gelap taw....

Next Stop --> Kanazawa!

Arigatou Japan - Day 8 (Shirakawa-g0 part 2)

Shirakawa-go part 1

Turun dari observatory point tu, tatau nak pergi mana sebab excited sangat. So berjalan area-area tu sahaja. Bila checked bus time table untuk ke tempat seterusnya masih ada lebih kurang sejam lagi.
Gassho Zukuri Minka-en ni ialah open air museum yang terletak dekat parking bay time mula-mula sampai tadi. Tak masuk pun sebab macam tak nak masuk je rasanya aritu. #eh? Saved ¥500. Yehaa...

Ogimachi ni sebenarnya ialah perkampungan terbesar di Shirakawa-go dan merupakan tourist spot paling popular. Kalau datang lambat sikit, memang berduyun-duyun tourist kat sini. Rata-rata semua datang ikut package. Bila dah masuk kat Ogimachi ni, akan nampak parking bay untuk bas persiaran. Tapi Syieda yang naik bas awam ni...... akan berhenti di information centre area dan kena seberang jambatan gantung tu. Sebab laluan di dalam Ogimachi ni akan ditutup untuk kenderaan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.


Biasanya tourist datang sini sebab nak lihat panorama yang cantik dari point view kat atas bukit tu. Dari atas....kita boleh nampak keseluruhan Ogimachi....sebab tak de la besar mana pun kampung ni dan boleh lihat gassho-zukuri farmhouse yang telah dibina hampir 250 tahun dahulu. Lagi win kalau dapat lihat winter illumination pada waktu malam. Nah inilah sebabnya kenapa Syieda nak tidur sini. Tapi tu la tuh..... tak de rezeki...nak buat camana...   :(
Ni apa ni? toilet ke apa? Kecil je rumah ni...
#curious

Selain rumah persendirian, ada juga farmhouse ni dijadikan restoran, museum, kedai dan juga rumah penginapan. Tapi sedih la kot sebab dorang tak nak terima solo traveller untuk bermalam. Cer  try email dorang kat  --> japaneseguesthouses. Tapi kalau korang yg travel secara solo dan nak rasa pengalaman bermalam kat sini boleh cuba nasib kat kampung sebelah. #Eh? Hahaha.. yang tu nanti kita stori-mori k.
#Shirakawa-go manhole cover

Oleh sebab Syieda sampai sini agak awal, so memang tak ramai pun tourist. So korang yang nak ke sini.. datang awal pliss..
Menariknya farmhouse ni ialah bumbungnya yang berbentuk segitiga macam kedua-dua tangan bersimpul. Eh bersimpul ke ? Apa eh perkataan yang sesuai? Ala macam rupa dorang berdoa tu la. Korang faham-faham sendiri la eh .....nak nyebut tak reti....

Bumbung farmhouse ni kalau dilihat, macam diperbuat daripada jerami padi. Hebat ke tidak? Bumbung-bumbung ni juga katanya mampu menampung jumlah salji yang berat tu tau. Sebab tu mereka perlukan maintenance yang tinggi untuk menjaga bumbung tersebut.


Rumah-rumah ni dibina ada yang menghadap arah utara dan selatan untuk mengurangkan rintangan angin serta untuk memastikan mereka mendapat cahaya matahari yng mencukupi sepanjang musim panas dan sejuk nanti.


Nah nampak ke idok point view kat atas tuh? Ha situlah tempat yang Syieda naik tadi. Selain boleh naik shuttle bus, ada jugak walking trail untuk ke atas tuh. Tapi walking trail tu ditutup bila dah start salji. Eh tapi aritu, time dalam bas turun dari sana, ada la sorang gegirl ni gigih tau turun sorang-sorang. Kitorang yang kat dalam bas ni asyiklah cakap "gigih la ko nak".....

Waktu berjalan nak ke tempat tunggu bas tuh, nampak pula orang ni (nengok gambar atas pliss) dok kat atas bumbung tengah buang salji. Kami yang tengah berjalan ni siap berhenti dan nengok dia buat kerja. Ramai gak yang berkerumun kat situ macam nengok ceremony pulak.

Lepas lintas jambatan gantung tu, terus ke information centre untuk beli tiket bas ke kampung yang seterusnya tanpa tahu apa yang menanti.
Bila dah naik bas, bukak itinerary  terus tepuk dahi!...alahaiiii

To be continued...