Pages

Arigatou Japan - Day 10 (Hana No Miyako Park)

12 Dec 2014

Good morning Tokyo!

Tidur separa nyenyak ye semalam. Almaklumlah tidur dalam cocoon gitew. Tambah nyenyak sebab seat kat sebelah tu tak de orang.

Sampai Tokyo lebih kurang pukul 7 pagi. Sebenarnya... hari ni paling takut kot. Sebabnya....daripada study hari tu ada terbaca yang Willer Bus ni akan berhenti di Shinjuku Sumitomo Building. Alkesahnya.. kenapa bas terminal ada kat 1st floor?  Tak dapat nak digest betul la hakak time tuh! Tapi kalau korang nak ke sini, tak payah risau sebab boleh je print map bergambar daripada Willer page nanti.

Bas berhenti betul-betul kat satu kawasan lapang yang kiri dan kanan, depan dan belakang ada bangunan yang sangat tinggi. Time tu macam kagum la kot.. tengah-tengah bandar pulak tuh terminal bas ni. Tanya salah seorang pekerja kat sana camana nak gerak ke Shinjuku Expressway Bus Terminal. Senang je pun gamaknya nak ke sana. Turun dari sebuah tangga yang agak tinggi, pekerja willer tu suruh turn left. Berjalan la dikau 6 minit katanya. Tapi kalau dah bawa beg besar macam anak kerbau ni.. mau nak dekat 20 minit la kot baru sampai. Sebelum masuk laluan berbumbung nak ke Shinjuku Expressway Terminal, memang akan nampak bangunan cocoon yang unik tu.

Kat belah dalam laluan berbumbung ni, banyak je signage yang boleh guide kita ke sana. Cuma yang hazabnya tak de lift. Masak gaklah dok mengangkut beg naik tangga yang tinggi tu hoi!. Habis je hazab naik tangga tu, dah nampak pun Shinjuku Expressway Bus Terminal kat depan mata. Rasa nak lompat bintang buat senaman pagi pun ada time tu.

Sampai je kat kaunter terus redeem tiket bas yang dah beli secara online. Waktu beli dulu tu memang saje ambil pukul 8.40 pagi Bagi ruang if something happened. Mana la tau kan sesat ke apa. Oleh sebab sampai bus terminal tu awal, kakak kaunter tanya nak ke kalau naik bas pukul 7.40 pagi. Amboiiiii macam orang mengantuk disorongkan bantal aje. Terus je cakap nak.

Tak sampai 10 minit, bas pun sampai. Walaupun masih pagi... tapi boleh dikatakan penuh jugaklah seat aritu. Naik je bas, terus terlelap tak sedar apa. Sampailah pak cik kat sebelah kejutkan sebab dia nak turun. hihihi..malunya.

Dalam pukul 930 pagi sampailah di Kawaguchiko. Bila nengok je bus terminal ni terus teringat i-site Matamata kat New Zealand tu. Tetiba je rindu bertamu. Eh?
Special nya station ni sebab sebelah belakangnya ada pemandangan fujisan yang sangat la ohsem! Memang boleh bikin mulut nganga je memanjang.
Plan pagi ni macam nak letak je beg kat sini. Tapi bila berkira-kira macam payah je nanti malam nak ke hostel.... baiklah kita berjalan kaki ke hostel. Padahal hostel sediakan perkhidmatan angkut hantar percuma. Tapi sengaja je nak jalan kaki kan??? sekali hambik ko.. mintak nyawa jauhnya la hai!

Sampai je di hostel, settle apa yang patut, terus gerak ke Kawaguchiko Station semula. Time tu cuaca sendu sangat! Ayuh la kita ke Yamanakako Hananomiyako Park.
Panjang ke idok membaca tuh?
Tergeliat ke idok lidah tu?
Direction:
Kawaguchiko Station --> Fujisan Station (Fujikyuko Line)
Fujisan Station --> Hananomiyako Koen-iriguchi (Bus bound for Gotenba/Hirano)
Comel ke idok tren Syieda arini? Tambang dari Kawaguchiko ke Fujisan Station ialah ¥220 sajork. Beli tiket kat mesin je. Senang, mudah dan yang seangkatan dengannya.
Banyak sangat tempat duduk kosong. Rasanya 1 coach ni Syieda sorang je kot.
Keluar je dari Fujisan Station tu.. terus ke Information Centre. Macam biasalah tanya cara nak ke park tu. Yang bestnya, dorang akan sediakan sehelai bus timetable. Boleh ambil. FOC je.
Untuk ke park tu, ada 2 cara. 1st naik bas dari sini (bound for Gotenba/Hirano) turun kat Hana-no-miyako Koen-iriguchi Bus Stop (¥460). Pastu menapaklah 20 minit. Or naik Fujikyu Yamanashi Fujikko Bus dari sini pastu bas akan berhenti depan park.

Memandangkan last bus kat depan park tu dalam pukul 4 petang, nak ke tak nak ke memang tak boleh nak tunggu Fujikko Bus. Paling cepat ialah naik 1st choice tu la. Beli tiket kat kaunter betul-betul kat luar information centre tu. Time tu bas dah nak gerak dah. Beli je tiket pastu macam tercengang-cengang tak tahu nak naik bas mana satu. Main belasah je tanya sorang lelaki tu. Tunggu bas kat platform 2 kalau tak silaplah.

Nasiblah lelaki tu cakap kat driver yang Syieda nak turun kat mana nanti. Tengah kalut-kalut tu, ada sorang mamat omputih ni kalut sama. Al-kisahnya dia pun nak tuju tempat yang sama dengan Syieda. Masa kat kaunter tiket tadi tu, sebenarnya, Syieda ada dengar yang kakak kaunter tu suruh mamat tu ikut Syieda. Tapi kita ni pun dah lambat kan... so malas nak toleh belakang menghulurkan bantuan.

Naik je bas, mamat tu tapped belakang Syieda bagitau yang dia nak turun kat bus stop yang sama. Sengih je la kan. Perjalanan dalam 20 minit jugak. Pastu driver turunkan kat area ni.
Nampak kereta @ van tu? Ha dari situ belok kiri dan jalanlah 20 minit lagi. Dalam perjalanan berboraklah dengan mamat tu. Rupanya dia ada booked hostel kat area ni. Ingatkan nak pergi park sama-sama. Eh?

Nampak ke idok cuaca yang sendu tu? Dah la tak de kenderaan lalu lalang. Mula-mula tu macam agak cuak la kan takut silap jalan. Pastu bila nampak signage ni terus rasa inilah jalan kebenaran. Eh? Dah separuh haus tapak kasut, masih tak jumpa park. Apa ke lama sangat 20 minit ni. Nampak la satu hypermart. Apantah namanya tak tau lah. Siap masuk dalam dan tanya cashier. Since ni bukan area bandar.. so agak payah la nak jumpa orang yang boleh berbahasa inggeris. Kesian adik tu melukis map. Tapi tak jauh pun sebenarnya dari situ. Ada lah dalam 10 minit lagi kot.
Tada...akhirnya.. Sampai pun.
Kalau nak ikutkan, park ini agak popular if nak nengok fujisan. Kalau time summer ke fall ke, tempat ni memang sesak. Sebab apa?
Nampak ke idok cuaca sendu sesendunya?
Hana no miyako Koen Manhole cover

Inilah sebabnya.. kalau musim bunga tempat ni memang cantik. Batas-batas ni memang akan ada banyak bunga. Kalau nengok official website park ni pun akan makan hati je nengok viewnya. Oleh sebab datang musim sejuk... nampak tanah dan fujisan yang sendu ni je la!

Sebab tu, if winter memang tak de bayaran masuk. Korang boleh masuk free je. Cuma malam je ada bayaran sebab ada winter illumination. Alang-alang dah sampai sini.... kita buat satu round kat park ni. Pekerja park pun tak nampak batang hidungnya.Semua mesti tengah hiatus agaknya.
Dah habis round park tu, memang tak nampak apa pun yang menarik. Jengah sekali lagi.. still fujisan sendu! So kita lepak kat Floral Dome pulak. Dalam ni memang banyak bunga-bunga yang cantik. Dah round dalam dome ni pun tak tau nak buat apa..sebab fujisan masih sendu!
Akhirnya.. akur lah sebab memang tak de luck langsung. Menapaklah keluar park untuk tunggu bas balik ke Fujisan Station. Sekali nengok bus time table kat bus stop tu, bas akan datang lagi 2 jam. Nak maps tunggu bas 2 jam dengan cuaca cenggini? Nak tak nak...patah balik ke Flower Dome. Lagi pun, berdasarkan sekeping kertas yang ditampal kat pintu masuk park tadi, katanya Fujisan akan muncul dalam pukul 3petang cenggitu.
Tengah beria ambil gambar "Fujisan" tu.... beberapa orang kat belakang ni asyiklah ber"haip...haip" sangat kan. Mode kepoh pun datang la time tuh. Sekali bila toleh belakang..... O.M.GEEEEEE....
Fujisan ada kat belakang aku! Yang aku dok ambil gambar dari sampai tadi tu bukanlah Fujisan rupenyeeeee... Keciwa ke idok??
Bongok ke idok!! Stress tau time tu.
Tunggu sampai pukul 3petang..... makin sendu lagi si Fujisan ni ada lah. So marilah kita balik aje. Buang karen betul. Bila tunggu bas pun satu hal pulak. Tak tau side mana nak tunggu. Kat depan park ni ke atau kat seberang jalan tu?  Sudahnya tunggu kat depan park. Time tu dah start gelap dah. Bas sampai terus naik. Sekali tu... bas dok round tempat yang sama nak dekat 2 jam kot! Tak faham sungguh time tu! Dari tambang ¥460 tengah hari tadi... Syieda kena ¥1220.
Mabuk ke idok rasanyeeee...

Sampai je Fujisan Station macam susah nak faham rupa station ni. Al-kisahnya tak sama rupa station dengan tengah hari tadi. Eh boleh eh gitew?  Malam ni naik tren Thomas & Friends. Alahai... comel sungguh.
Akhirnya selamat sampai di Kawaguchiko Station dalam pukul 9 malam kot. Berjalan la sorang-sorang balik hostel. Lengang sungguh jalan kat sana. mana ntah orang kat Kawaguchiko ni. Sampai je hostel angkut beg masuk bilik pastu pergi kitchen makan maggie in cup. Pastu terus belayar tak sedar diri.

Arigatou Japan- Day 9 (Kanazawa)

Day 9-11 Dec 2014

Selamat pagi Kanazawa!

Pagi ni memang skip breakfast yang disediakan oleh hotel sebab penat sangat kot. Dalam pukul 10 pagi baru nak gerak. Sekali bila jenguk tingkap.... hujan yang amat! Time tu berkira-kira sama ada nak teruskan dengan plan ataupun nak stay setengah hari lagi kat hotel. Ni kalau tak kuat iman.....memang nak stay aje kat hotel.

Sampai depan pintu utama hotel, terus decide untuk ikut je plan yang dah dibuat. Redah je la hujan yang lebat tu. Nasib baik hotel memang dekat dengan bus terminal ni. Dekat-dekat pun... hampir kuyup jugaklah.
Bagi Syieda, bus terminal ni sangat unik. Sebabnya ia berbentuk "U" . Ada dua side iaitu east dengan west side. Kalau bas dari Shirakawago semalam tu... memang akan turunkan penumpang di east gate. Hotel Syieda pun kat area sini. Tapi bukanlah Kanazawa Miyako Hotel yang ada kat gambar tu.Tu untuk orang ado-ado je...
Oleh sebab Syieda dari East Gate, dah boleh nampak Tsuzumi Gate iaitu gerbang yang diperbuat daripada kayu.
Tengah dok sibuk mengangkut beg yang super berat tu.. ternampak pula Hokutetsu Ticket Office. Ticket office ni betul-betul berada dalam lingkungan bus terminal tadi. Walaupun hujan lebat yang amat....gigih la juga belikan 1 day sightseeing loop bus ticket.

Lepas beli tiket, terus je cari locker dalam Kanazawa JR Stn tersebut. JR Station ni sebenarnya sama je dengan bus terminal. Kat luar ialah bus terminal manakala belah dalam bangunan tu ialah JR station.

Locker memang banyak dan available. Kalau kat Nagoya, time cenggini, memang tak jumpalah locker yang kosong. Locker terletak berhampiran dengan west gate. Lepas letak beg, terus riki tempat untuk tunggu bas malam nanti.Terminal belah west ni pun berbentuk "U" jugak dan lebih menarik kot. Mungkin sebab ada pintu gerbang/arca yang unik sikit.
Dah pasti tempat nak tunggu bas malam karang, terus ke east gate semula. Untuk trip sehari ni, memang Syieda akan naik Kanazawa sightseeing bus aje. Pagi tu, Syieda plan nak gunakan khidmat left loop. Walaupun hujan yang amat lebat...tapi ade je pelancong yang gigih berhujan macam Syieda.
Hebat weii.. driver dia perempuan yang sangat cantik! Loop bas ni kecil je macam bas mini. Memang tak de istilah nak berdiri la kot apabila kat dalam tu. Seat pun oldskul sangat!
So tempat pertama nak jejak pagi tu ialah ke Omicho Market. Gigih la kot nak ke pasar pagi-pagi ni. Plannya nak breakfast sushi kat sana. Puas ni pusing satu pasar...tapi macam tak berkenan. Bila dah abis pusing, tak ingat kedai mana yang berkenan tadi. Sudahnya makan donut kat Mister Donut je la pagi tu.

Pasar ni bersih je tau even kat tempat ikan pun tak berlecak. Dan di tingkat atas ni, ada banyak kedai makan. Dari atas ni, kita boleh makan sambil nengok orang beli ikan kat bawah tu. Nak buat mesyuarat tingkap pun boleh.
Eh?
Dalam tengah hari... Naik loop bus semula untuk ke tempat yang Syieda dah hilite di Kanazawa iaitu 21st Century Art Museum. Tapiiii... jangan tak tau.....masa kat museum tu, satu gambar pun Syieda tak ambil. Camana tuh??

Sebenarnya, dalam perjalanan ke museum tadi, hujan tetiba lebat semula. So kamera simpan dalam bagpack aje. Sekali lepas beli tiket masuk muzium, adik kaunter bagitau yang tak dibenarkan ambil gambar. Memang selamat je la kamera dalam beg tu.
Time sampai je depan muzium ni.....dah berlonggok-longgok snow kat atas rumput. Ada sikit excited di situ. Maklumlah... keterujaan bersnow masih menebal. hiks.


Apa yang menariknya muzium ni?
Sebenarnya, Syieda nak sangat lihat "The Swimming Pool".  Pool ni lain sikit daripada yang lain... sebabnya kita boleh nengok pool ni dari atas dan dalam pool tanpa basah.

Malangnya... time tu hujan. So memang feel dia agak ke laut la sikit. Sepatutnya, dari sini, kita boleh lihat bayang orang kat dalam pool tu. Tapi kalau dah hujan lebat cenggini....memang tak de orang pun nak keluar untuk ambil gambar.
Selain pool ni, sebenarnya ada pelbagai jenis art yang boleh dikatakan tak masuk dek akal ada dipamerkan di sini. Salah satu yang menarik minat Syieda ialah bumbung gereja yang diperbuat daripada kertas keras.

Lebih kurang 3 atau 4 jam jugaklah duduk dalam muzium tu. Now nak proceed ke tempat seterusnya. Memandangkan loop bus ni akan tamat perkhidmatannya dalam pukul 6 petang, terpaksalah Syieda skip beberapa tempat. Paling ralat terpaksa skip rumah ninja. Rugi kot tak dapat ke rumah ninja yang banyak tricks tuh. nanges!
Seterusnya Syieda nak ke Kenrokuen Garden. Mohlah kita beramai-ramai!
Turun je dari bas...... hujan yang maha lebat. Aish! Memang tak boleh nak buat apa pun. Terpaksalah tumpang berteduh kat public toilet yang ada kat tepi tuh. Bila reda je hujan.. pergi kedai beli payung. Jenuh jugaklah mencari payung transparent yang boleh lipat. Tapi nan ado. Sudahnya beli payung bunga-bunga je. Kak Jemah sangat!
Sebenarnya.....Kanazawa ni turut dikenali sebagai Seattle of Japan.
Kenapa? Sebab di sini kerap menerima hujan dan salji yang lebat berbanding daerah lain di Jepun. Ditambah pula dengan angin Siberia dan apa ntah lagi. Katanyaaaaaa....

Sebab tu ada local proverb -"Even you forget your lunchbox, don't forget your umbrella".
Hambik kooo seharian hujan. Pastu hujan jenis kejap lebat kejap reda kejap hujan balik. Memang mood ke laut sehari tu.

Bimbang demam (almaklumlah.. ada lagi seploh hari lagi ni), terpaksa skip Kenrokuen Garden. Padahal taman ni diberitakan antara taman tercantik di Jepun terutamanya time illumination. Kita jalan-jalan cuci mata kat Kanazawa Castle aje la. Tapi tak masuk pun. Perhatikan dari luar je. Lagi pun time tu nak pukul 5 petang kalau tak silap. Almaklumlah... hari pun nak gelap.
Bila jalan-jalan kat sini.. memang suka sangat lihat bangunan lama yang ada di sini. Orang pun ramai je berjalan kaki kat sini. Katanya....Kanazawa ni kecil je. Kalau yang fit tu, boleh je mengelilingi bandar ni berjalan kaki. Mampu?? Tak mampu kita naik loop bas je sudah.
Time jalan tu.. terpikatlah kat salah satu replika makanan ni. Nasi goreng udang. Bila nak order, Syieda bagitau la yang tak boleh ambil daging la apa la... gigih tau kakak tu bawa satu map yang super besar sambil tunjuk sebuah restoran vege. Katanya.. kedai dia ada serve pork. Baik ke idok. ??
Bila dok nengok map tu... macam akan mati kelaparan ajer sebelum sempat sampai kat restoran tu... baiklah makan biskut tiger je. Kesian la duhai perut kena dera.

Ni antara rupa bus stop dorang. Boleh pilih mana satu yang berkenan.
Memandangkan loop bus pun nak tamat perkhidmatan, kita terus ke Higashi Chya District. Macam biasalah hunting for bangunan lama. Betul-betul aje turun bas.. hujan turun selebat-lebatnya... Tumpang berteduh kat bangunan bawah ni.
Nak ke Higashi Chya District ni kena  masuk laluan ni. Mula-mula tu macam tak berapa yakin. Yer la.. bangunan kat sini macam moden aje.
Masuk ke dalam sikit dalam 100m, barulah jumpa kawasan Higashi Chya ni. Waktu tu hujan baru je teduh. So orang tak berapa ramai lagi. Sekejap lagi.. berduyun-duyun pelancong tiba.
Ambil gambar lebih kurang aje terus gerak balik ke bus terminal. Tetiba sorang japanese ni tegur. Katanya daripada bahagian tourism dan mintak tolong isi survey. Paling hati bunga-bunga bila dia kata pernah ke Kuala Lumpur. Terus jawab survey bersungguh-sungguh.

Menggunakan loop bus terakhir... sampai pun Syieda di bus terminal. Ada lagi 5 jam kot sebelum naik bas meninggalkan Kanazawa. Apa eh nak buat? Kita singgah kat Aeon la. Cuci mata konsepnya. Nak shopping memang tak la kan.. sebab saiz baju semuanya ala ANTM gitew...
Pusing punya pusing... rasa tekak ni macam nak makan je. Dok la riki Indian Resto yang ada kat situ. Tapi tekak kemain kembang bila dok baca pork je..sana sini pork. Sekali ternampak satu banner waffles kemain cantik. Tapi kat tingkat atas sekali. Jom la kita ke atas pulak.

Kemain posh la tempat ni. "Sabrina Cafe & Terrace" namanyee......
Syieda pilih duduk kat sini. Kalau kat luar tu.. macam romantik sangat. ber-candle bagai. Memang suwitttt kalau datang dengan pasangan. Kalau kita yang datang solo ni.. duduk aje kat sini sambil tayang muka yang suwitt tuh. Eh?
Plannya nak makan waffles aje.. sekali pergi order 2 set makanan lain. Macam biasalah mesti nak order margherita pizza. Tamak punya pasal... order sekali english tea set. Tapi tak minum tea pun.. tukar dengan kopi ais. Al-kisahnya kopi dok minum jugak. Guane???  Nasiblah disediakan free-flow water. Kerjanya dok me-refill air je sepanjang 5 jam. Nah ambik.. duduk makan kat resto 5 jam sorang-sorang. Nasiblah dorang tak halau.
Dalam pukul 11 malam, gerak ke west wing untuk tunggu willer bus. Kali ni macam excited sikit nak naik bas sebab tak sabar nak rasa tidur dalam cocoon. hihihihi..

*To be continued*

--> Next stop: Hello Tokyo!