-->
Hydrangea lover's

Pages

  • Home
  • holidays
  • ~wishlists~
  • Accommodation

Arigatou Japan - Day 12 (Kawagoe)

14 Dec 2014

Good Morning Shinjuku!

Pagi ni kena gerak awal sikit sebab capsule hotel ni kena check-out sebelum pukul 11 pagi kalau tak silap. Memang rules dia cenggitu, duduklah berminggu-minggu kat situ. Tetap hari-hari kena check-out.
Tengah bersiap-siap, mak cik semalam ajak breakfast sama-sama. Katanya kena cepat sikit sebab dia nak gi meeting dalam pukul 9 pagi. Mencicit mengemas beg sebab time dia selak curtain (ke apa ntah nama lain) berlambak barang-barang Syieda baru punggah dari bagpack.

Risau gaklah time tu, kalau mak cik tetiba ajak gi breakfast makanan orang Jepun. Nasiblah dia bawak gi starbuck kat salah satu bangunan tinggi-tinggi di sana.
Shinjuku di pagi hari. Lenggang betul. Rasanya time ni dalam pukul 8 lebih cenggitu

Mak cik ajak breakfast kat bangunan ni kalau tak silap. Shinjuku Marui Honkan. Actually bangunan ni ialah department store. Walaupun belum start beroperasi, starbuck kat tingkat 2 ni dah dibuka dari pukul 7 pagi lagi.
Mak cik beriya-iya nak bayarkan sandwich dan hot choco Syieda. Katanya .... Syieda ni tetamu dia. Haruslah dia yang belanja. Memang rezeki betul pagi tu. Borak pun tak lama sebab dia tengah rushing kan. Pastu doklah sorang-sorang melangut pandang jalan fefeeling kat starbuck Shibuya.

Settle breakfast, menapak ke train stn. Tadi dah siap tanya mak cik kat mana exit paling hampir sebab semalam macam rasa jauh sangat nak ke capsule hotel. Rupanya tak de lah jauh mana pun. Kira normal lah kan bila 1st time tu rasa macam jauh je.
Plan pagi tu, nak gi cari kat mana ntah locker semalam dok sumbat beg yang super besar tu. Syieda rasa Shinjuku Stn ni macam besar sangat. Semalam nak cari exit ke hotel pun macam berpusing-pusing.
Tengah dok tercari kat mana locker semalam, ternampak pulak mesin ni. Memang plan kat Tokyo ni nak guna Suica Card je. Mudah sikit nak naik tren nanti. Kalau tak... maulah asyik berlari ke mesin tiket setiap kali nak naik tren. Suica card ni macam touch n go. Boleh reload sentiasa.

Bila dah tersenyum-senyum sorang tengok suica card sendiri....... eh???? locker ada kat depan tu je pun. Rasa macam nak lompat bitang je time tu.

Locker kat sini guna sistem hari. Maksudnya bila bertukar je hari baru, korang kena bayar double lah. Contohnya: kalau korang simpan beg pukul 11.59 malam..pastu korang keluarkan beg 20 minit lepas tu.. tetap kena bayar untuk 2 hari. Macam Syieda ritu... masak gaklah kena bayar 2 hari lebih kurang Y1600 cengitu kalau tak silap.
Dari Shinjuku, Syieda plan nak balik apartment sendiri sewa. Kali ni saje nak try Airbnb. Apartment yang Syieda pilih ni agak jauh sebenarnya dari bandar Tokyo. Dalam 20 mins perjalanan tapi naik tren lah.

Ni pun satu masalah sebab macam hapa je tak jumpa apartment. Padahal dari tadi asyik berdiri kat depan apartment. Ni salah pihak pengurusan apartmentlah sebab gi letak nama apartment tersorok. Apadaaa.....

Dalam tengah hari lepas settle apa yang patut.. terus bergerak ke Kawagoe. Macam biasalah hunting for ancient Edo buildings.

Direction:
     Higashi Kurume(SI14) --> Tokorozawa (SI17) - Seibu Ikebukuro Line Local
     Tokorozawa (SS22) --> Han Kawagoe (SS29) - Seibu Shinjuku Line Local

Han Kawagoe ni ialah stn terakhir untuk Seibu Shinjuku Line. Perjalanan dari apartment Syieda tu cuma ambil masa 30 mins je. Tren pun tak penuh time tu. Tak sure sebab cuaca ari tu ke yang menyebabkan tak ramai orang atau memang tak ramai orang suka ke sini. Entah lah.

Bila dah jadi traveller ni.. tempat pertama memang kita akan pergi ke Information centre. Betul tak? Mentang-mentanglah nak gi nengok ancient buildings... staf yang bertugas pun agak berumur yer. Tapi cute je muka dia. Yang Syieda perasanlah kan.. tiap kali ke informatin centre, mesti staf  akan tanya dari mana. Buat statistic la tu kot. Ke memang gitu kerja dia.

Keluar je dari main building tu, ikut aje arah kiri dan berjalanlah lagi 16 mins.


Ok nak cerita sikit... gambar kat atas ni kalau tak silap betul-betul depan traffic light. Time tengah melintas tu, ada sorang kakak ni cakap apa ntah. Bising pulak tuh sambil tunjuk kasut Syieda. OOOO...rupanya nak bagitau yang tali kasut Syieda terbuka. Apa lagi.. kat tengah zebra crossing tu juga terhaip-haip sambil tunduk-tunduk. Tindakan diluar kawalan katanyeeee....

Sebenarnya........ tali boots tu memang Syieda tak ikat pun.. sebabnya macam payah je nak bukak boots nanti. Lagipun tali kasut tu.. kat belah belakang dan nak sampai ke lutut dah pun. Memang tak mungkin akan terpijak. Prihatin ke idok warga Jepun sekalian?

Akhirnya.....jumpa pun bangunan yang pertama. Bagi Syieda.. bangunan kat sini lagi umphhh berbanding ancient buildings yang Syieda pernah nengok sebelum ni. Kat sini macam lagi gah sikit rupa bentuknya. Apatah lagi warna agak gerun macam warna baju askar zaman dolu-dolu. Yang besi-besi tuh la.

Jalan punya jalan, masuk dalam satu kedai ni (lupa pulak nak ambil gambar kedai tu)..... Rupanya kisah tali kasut tak habis kat zebra crossing tu tadi je... Bersambung dalam kedai pulak dah. Tapi insiden ni.. buat Syieda rasa satu perasaan yang tak boleh digambarkan. Rasa sangat terharu sangat taw!
Lagi bangunan yang memang menarik minat sesangat!

Kisah si tali kasut :
Syieda masuk dalam satu kedai ni. Kalau tak silap.. kedai ni macam jual baju-baju orang veteran gitu. Syieda masuk sini pun kisahnya sebab tak tahan sejuk kat luar tu. Nak menumpang heater la kononnya.. Tiba-tiba keluarlah sorang mak cik.. ke nenek ntah. Yang pasti macam dah tua sikit lah. Padahal dia tengah berborak dengan kawan dia. Dia pun start ikut je mana Syieda pergi. Macam biasalah kalau kita masuk kedai kan ada orang ikut je. Tiba-tiba dia tahan Syieda tak bagi jalan. Ingatkan apa.. Rupanya dia tolong ikatkan tali kasut! Malunya toksah cakaplah kan. Dah la dia lebih berumur daripada kita pulak tu. Masa tu.. rasa sangat bersalah! Ntah la rasa salah kenapa pun tak tau. Pastu macam biasalah cakap macam ayam itik. Lama kot Syieda kat dalam tu sebab beriya mencari barang untuk dibeli. At least dapat beli satu barang pun jadilah sebab nak cover rasa terhutang budi tadi tu. Akhirnya... keluar tak beli apa-apa pun..sebab memang tak de ape benda pun nak beli. Lagilah rasa double bersalah time tu.
Dalam kedai kat atas ni, Syieda beli roti kentang dorang yang famous amos tu. Kalau nak tau.. kat Kawagoe ni memang terkenal dengan candy dan produk kentangnya.
Kat sini pun, kita boleh lihat ramai sangat orang pakai kimono macam kat Kyoto ritu. Comel je dorang pakai kimono dengan terompah. Ni yang buat tak sabar nak pakai kimono esok hari. Auww...
Selain terkenal dengan candy, kat sini pun banyak sangat jual jeruk. Tapi Syieda tak beli pun. Macam gerun je nak makan nanti.

Selain kita boleh lihat ancient buildings, pengunjung pasti akan melawat ke Toki-no-kane iaitu bell tower. Macam tak de apa-apa pun kat situ. So Syieda tak masuk pun. Ntah boleh naik ke atas tower tu pun tak sure.
Jalan punya jalan, sampailah masuk ke candy and sweet alley. Semua kedai jual candy. Tapi bukanlah candy yang macam rupa sekarang ni. Bentuk dia agak olskul sikit dan tak berapa fancy sangat pun. Lebih kurang macam kita gaklah makan candy kelapa tuh. Tu kan kira macam makanan olskul ye tak?
Cuma Syieda rasa satu je yang tak best kat sini... banyak sangat kenderaan. Dorang tak tutup pun jalan tu untuk kenderaan. Ye la kan.. dah tentu orang datang sini nak tengok bangunan..kang tak pepasal eksiden camana eh? Even Shirakawago pun tak sesesak cengini.
Nampak tu.. asal tak de kereta atau lampu isyarat tukar warna merah.. ramai je dok berjalan sambil bergambar kat tengah jalan.

Dalam pukul 5 dah start gerak balik ke stn. Sebab nak pergi dating kejap lagi. Time tu gaklah tetiba kepala pening tak pasal-pasal. Pastu mulalah berkira-kira nak cancel ke tak dating tu...
Amboi kat Jepun pun nak berdating kah? Dengan siapa? Tunggu.....

To be continued...

Pst: Walaupun jauh beribu batu.. JOHO tetap dihatiku... Eh?

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

digarap dari diary syieda jam 9:00 AM 13 comments
Labels: Japan

Arigatou Japan - Day 11 (Fujikyu Highland)

Previous entry --> Kawaguchiko Shizen Seikatsu-kan and Arakura Sengen Park

Dengan  ¥220, tren terus ke Fujikyu Highland. Turun je dari tren, Syieda raseeee ni mesti pintu belakang la kot. Macam tak de pon pintu gerbang ke apa ke yang ada tulis "FujiQ" besar-besar pun. Moh la kita ke kaunter tiket. Sekali katanya banyak je rides yang tak beroperasi hari tu. Tapi gigih la kot nak membeli gak 1-day pass. Ntah sengal ke apa maksudnya pun tak tau.

Lepas tunjuk kertas yang kakak hostel tu bagi tadi, Syieda cuma bayar  ¥4000 untuk 1-day pass. Kalau tak silap, 1-day pass dalam  ¥5k jugaklah. Bila masuk dalam park tu macam lengang je. Mengapakah?? Padahal time tu baru pukul 2 petang kot.

Kita ke kedai souvenir lah dulu. Belek punya belek pon macam tak berkenan. Apada...fridge magnet pun tak de. Camana tuh?
Memandangkan tak tau nak pergi mana, Syieda doklah mengadap rides yang scary ni. Dok berkira-kira...nak naik ke tak nak. Sekali bila nengok orang kat atas tu.. ouchh memang scaryyyy sangat. Kaki tergantung-gantung. Idok ler teman nak naik.
Lepas tu nampak macam best je ride ni. Still ada gaklah adegan junam-menjunam tuh.. tapi rasanya tak de la scary sangat. Bila nak beratur je.. nampak pulak dua orang budak ni lencun kena air. Terus tak jadi naik ride ni. Dah la time tu sejuk yang tak boleh blah.
Oleh sebab tak jumpa orang lain, Syieda sekadar membontoti 1 couple yang bawak budak kecil ni. La......sekali dorang nak bawak anak dia masuk Thomas Land. Dengan muka tak tau malu..ikut je belakang dorang. Al-maklumlah.. tatau nak buat apa sebenarnya.
Sekali, dengan Syieda gi naik tren kat Thomos Land ni. Hahahahah.. Part hujung-hujung tu.. apantah bunyi bahasa jepun yang keluar..tup tup ada flash camera. Jangan tak tau... rupanya tadi tu bagitau suruh senyum depan kamera. Bila turun je dari tren tu, nengok kat monitor .... muka Syieda tengah ternganga macam nampak hantu je.  Scaryyy giler kot nengok muka sendiri.

Oleh sebab tak berapa rajin nak nengok map, Syieda gi masuk satu resto kat area Thomas Land ni juga. Pesan apa aje yang menarik sebab tak tahan sejuk kat luar tu.  Sekali kat dalam resto ni pun boleh tahan juga sejuknya. Menggigil-gigil macam apa ntah time tu.

Kalau tak silap, dalam resto ni (K's Thomas Cafe) korang boleh dapat free wifi untuk 30 mins. If dah habis, boleh beli 1-day data dengan harga  ¥100 je. Tapi Syieda tak sure la betul ke tak dan kat mana nak beli data tu, sebab Syieda kan dah ada pocket wifi. Tapi nanti korang boleh tingkatkan usaha untuk cari sendiri yer.
Tak tahan sejuk punya pasal, Syieda memang dah tak fikir apa dah time tu. Nak balik ke kawaguchiko stn semula je la gamaknya. Memang tak berbaloi kot Syieda abiskan  ¥4k tapi tak naik mana-mana rides pun. Lagi haru, sebenarnya Syieda tak explore langsung pun tempat ni. Kalau refer map FujiQ ni, Syieda sebenarnya tak cover mana-mana pun. Hahhahhaha..

Dari entrance park #2 tu (atas sekali bumbung putih tuh : Fuji-Q guide map) , Syieda cuma sampai ke Thomas Land je. Langsung tak cover tempat lain. Lagi pun, masuk sini je dah lambat dalam pukul 2 kot. Park tutup pukul 5 pulak tu. Mana la sempat kan. Lagipun mungkin sebab solo. So excitement nye kuranglah kot.
Otw nak keluar tu, boleh nampak fujisan lagi clear daripada hari sebelumnya. Time tu, mulalah merepek terfikir nak gerak ke  Hana no miyako park semula. Tapi memandangkan dah pukul 5 petang dan nak naik bas ke tokyo pukul 6.10, adalah lebih baik abaikan aje niat separa waras  tu. Owh yer... dalam park ni, ada point view untuk nengok fujisan. Kena bayar berapa ¥  pun tatau. 
1-day pass holder pun tak sure kena bayar jugak atau tak.
After all, bagi Syieda kalau korang suka rides yang mencabar memang patut singgah kat sini. Rides dia memang scaryyyyyyyyy level paling atas la kot. Yang bestnya, harga park ni macam menarik. Kalau korang tak nak beli 1-day pass (¥5200), korang boleh bayar entrance fee je (¥1400). Pastu kat dalam, kalau korang rasa-rasa nak naik rides, bayar lain. Ada mesin tiket sebelum naik rides tu. Tapi kalau malas nak fikir macam Syieda ni, baiklah beli 1-day pass.

Dari entrance #2 ni, tak payah nak jalan jauh pun. Tren station ada kat sini jugak. Nampak tuuuuu.. FujiQ nak "to seeing" you again. katanyeeee.... Eh?
Tak jauh pun perjalanan nak ke Kawaguchiko Stn ni. Dalam 2 mins je. Sampai je kat sini, sibuk membeli kitkat. Kata orang, kalau jumpa kitkat kena terus beli. Sebab tak semua tempat ada jual kit kat yang sama. Gigih la membeli kit kat fujisan ni. Sekali kat airport, berlambak je jual yang ada gambar fujisan ni. Eh...geram betul kita wak!
Tempat menunggu bas kat dalam stn ni, bagi Syieda agak nyaman la kot. Tak terlalu sejuk compare dengan Thomas Land Cafe tadi. Lagi pun banyak plug pin. Senang nak charge apa yang patut. Tunggu bas pun kat depan tu aje.

Naik je bas, nanti kejap lagi, bas akan ambil penumpang di Fuji-Q Highland pulak. Time tu, ramai je orang yang naik. Napa eh tadi tak jumpa pun dorang ni? Mana pulak datang dorang ni sebenarnya. Main entrance Fuji-Q ni cantik dengan neon yang pelbagai. Ada locker kat tepi main entrance tu. Tapi macam kecil je. Kalau takat nak bawa beg troli AF tu, macam tak muat la kot.

Dalam pukul 8 malam sampai di Shinjuku. Tapi bas tak berhentikan kat Shinjuku Expressway Terminal pun. Mana ntah tempat dia turunkan. Yang pasti ada banyak bangunan tinggi-tinggi. Plan malam tu, nak letak luggage kat Shinjuku Station je. Malas nak mengangkut bawak masuk capsule hotel. Yes akhirnya...tercapai jugaklah angan-angan nak tidur kat dalam capsule hotel aka bilik mayat. Eh?

Pengalaman mencari locker kat shinjuku stn ni pun macam hazabedah jugaklah. Berpusing mencari locker kosong. Payahnya tuhan je la yang tahu. Dari utara ke selatan pastu ke timur pastu ke barat tak jumpa jugak. Korner ke tenggara pun tak jumpa. Tiba-tiba nampak sorang pak cik tengah keluarkan barang dia. Memang rezeki kot. Terus simpan luggage kat situ. Tengah dok terkial-kial masukkan beg , wife pak cik tu sibuklah ajak berbual. Tapi satu pun tak faham apa dia tanya. Rupa-rupanya dia nak tahu asal dari mana aje. Camana Syieda tau? Sebab tetiba je sebut "USA ?". Amboi tak menahan tau mak cik ni. Terus je Syieda jawab.. "No. I'm from Malaysia" gitew.

Settle bab luggage, mohlah kita menapak ke capsule hotel. Sesat barat tak payah cakaplah kan. Padahal senang je pun nak ke sini. Bila dah ada kat tingkat bawah ni, kena naik lift ke tingkat 8. Sebab capsule perempuan terletak kat tingkat 8. Beriya  menekan nombor 8, tapi tak boleh dah kenapa?

Takkan nak kena naik tangga pulak. Tiba-tiba ada sorang kakak dan anak dia ni bagitau kena ke tingkat 5 kot kalau tak silap. Maka..naiklah kami bertiga ke tingkat 5 bersama-sama. Rupa-rupanya kakak tu akan stay semalam kat sini. Bila dah dapat kunci, kakak tu siap bawak tawaf satu level tu sambil terangkan itu dan ini. Pastu dia siap pesan.. suruh ambik je apa-apa yang ada kat sini. sebab semuanya free. Lepas tu, kami masuk unit masing-masing...terus tidur dengan tak basuh muka pun.

To Be Continued --> Hello Tokyo!
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

digarap dari diary syieda jam 11:41 PM 8 comments
Labels: Japan, theme park

Arigatou Japan - Day 11 (Kawaguchiko Shizen Seikatsu-Kan & Arakura Sengen park)

Day 11 - 13 Dec 2014

Hari ni agak awal yer bangun pagi. Almaklumlah hari Sabtu. Takut bersesak-sesak dengan orang ramai kekdahnya. Memandangkan bilik sebelah je dengan toilet, haruslah terkejut sebab dah ramai orang kat dalam tu. (Azra: yuhuuu..bilik kita sama la.) Bersiap-siap, lepas tu terus mengangkut beg turun bawah. Tak sempat nak ucap babai dengan kawan baru iaitu salah seorang budak yang stay sama bilik. Nama dia Jade. Helper kat K's House. Semalam waktu masuk bilik tu, dia tengah tidur. Agaknya Syieda terbuat bising .. terus dia terjaga. Lepas tu borak punya borak.. orang Taiwan rupanya. "Jangan lupa contact saya ye kalau nak ke Taiwan" katanya...Apakah maksudnya itewww.. hihihihi

Bila dah ada kat bawah.. masih sunyi. Pergi kat reception desk tu.. tanya camana nak dapatkan pick-up service yang dorang provide. Sekali katanya isi form. Siapa cepat dia yang dapat kekdahnya. Untuk pagi tu, Syieda je kot yang nak ke Kawaguchiko Stn. Bila teringat ada kawan tu kata, boleh nampak Fujisan dari sini, terus tanya kakak kaunter mana tempatnya. Katanya kena ke jalan besar. Gigih ni ke jalan besar. Sekali tak de la clear sangat pun Fujisan tu.... Masih sendu macam semalam jugak. Pasrah je la. Dah balik hostel, baru kakak kaunter bagitau.. tak payah la nak rush sangat ke apa.. sebab pagi tu cuma Syieda je kot nak ke stn. Ceh... penat aku berlari macam pelesit tau. Ingatkan kena tinggal ke apa.

Bagus staff kat sini. Bila borak dalam van tu, dia siap tanya nak pergi mana. Siap patah balik ke hostel bila tau yang Syieda nak ke FujiQ kejap lagi. Katanya if ada pamphlet ke apa ntah tu.. boleh dapat diskaun. Baik ke idok? Malah dia macam terkejut kot bila Syieda cerita pasal trip Fujisan tertipu tuh.  Katanya.. tak ramai orang yang tau tempat tu. La yer ke? Patutlah tak de langsung pun orang jalan kaki ke sana semalam.

Sampai je di stn, terus macam excited sebab locker banyak kosong. Yer la.. pengalaman kat Nagoya aritu yang berpeluh keti mencari locker kosong memang buat kita paranoid okies. Bilik yang menempatkan locker ada kat tepi station tu aje. Cuma tak perasan tempat yang Azra bagitau dalam entry dia baru-baru ini.

Lepas simpan semua beg, terus plan nak beli sightseeing bus tix. Tapi macam membazir pulak as Syieda plan cuma nak ke suatu tempat je pagi ni. Fikir punya fikir, naik je bus dan beli tiket sehala sudah. Y960/return.  Comel je bas ni. Syieda naik Red-Line. Bas bawa kita ke tempat yang mana ntah. Memang cantik sangat! Menyesal tak turun kat area tasik tu. Lawo yang teramat sangat. Dari dalam bas pun dah ternganga-nganga.. kalau turun bas mau menjijis ailio agaknye..

Syieda turun di stop terakhir iaitu Kawaguchiko Shizen Seikatsu-kan (Natural Living Center). Turun je terus tak buang masa menghadap Fujisan. Yerlah kan time tu awan macam ada tak de je. Tapi tetap sendulah.
Nah Jea.. katanye nampak sangat travel secara solo. Sebab tak de langsung gambar solo pun. Bila cari punya cari.. memang lepas bergambar kat Shirakawago.....tak de pun bergambar secara solo lagi. Nampaknya.... kena asah skill camana nak minta tolong orang lain ambilkan gambar.


Dari tepi tasik ni, Syieda berjalan hingga ke hujung. Banyak pokok kering. Agaknya kalau pergi musim summer, cantik kot berbunga bagai.

Patah balik ke tempat tadi, terus masuk ke sebuah souvenir shop. Tujuan asalnya nak beli stoking. Alkisahnya...pagi ni tak pakai stoking sebab semalam kasut basah sangat. Bila sampai je sini pagi tu, lagilah tak sedap rasanya sebab kaki lencun hoi!
Alang-alang membeli-belah tu, belikan sekali soft serve ice-cream ni. Kan ritu kat Kyoto tak sempat merasa. Kiranya ni misi membalas dendamlah. Mahal pula tuh. Y300 satu cone. Ni kalau makan kat McD, baru berapa RM je kan.
Bila bas sampai, terus Syieda naik. Tapi bila nak balik ni, lain macam pulak rupa basnya. Dah driver kata nak turun kat Kawaguchiko Stn....haruslah naik kan. Bila bas dah melewati beberapa stop, nampaklah satu keluarga ni, tengah berjalan kaki tapi kat side yang bertentangan lah. Driver siap berhentikan bas dan tanya dorang sama ada nak ke Kawaguchiko stn atau tidak. Lepas tu, dorang pun naik bas tu bersama-sama kami.

Bila dah berhenti di Kawaguchiko Stn, pertama sekali kena beli tiket tren ke Shimoyoshida. Beli kat kaunter je. Senang. Y300/way. Bila nak naik tren, wah kemain cantik betul Fujisan. Memang Fujisan terletak betul-betul kat belakang Stn. Suka ke idok?
Niari naik komuter tren. Memang lambatlah dia bergerak. Dalam 15 minit cengitu.
Akhirnya..tiba pun di Shimoyoshida Stn. Haruslah rasa gumbira siket.. sebab nama stn pun ada Shida gitew. tapi rasanya ni la stn yang paling buruk. Macam rupa kotak je. Memang tak de pintu ke apa. Siaplah kekejungan bila kat stn ni. Tapi tak perlu risau, sebab kat platform ada tempat menunggu berkaca. Bolehlah menahan kesejukan yang amat ini.

Dari sini, Syieda nak kena mendaki bukit untuk sampai di Arakura Sengen Park. Bila turun je daripada tren, memang nampak Chureito Pagoda kat atas bukit tu sayup-sayup je. Dari sini, menapaklah dikau lalu landasan tren dan belakang rumah orang ye.
Ayuh rakan..mendakilah kita yer..tanpa mengetahui penat yang macam hapa je nanti. Katanya.. location ni popular dikalangan photographer during cherry blossom period. So ...macam datang bulan doblas ni takat nampak ranting kayu je la.

Bila sampai kat sini, tak berkira dah... duduk je kat tangga sambil w/app adik-adik di rumah bagitau...macam nak putus nyawa mendaki. Siap dorang terkejut katanya Syieda ni tak tau ke penat mendaki tuh.
Sebenarnya Syieda tau akan mendaki.. cuma tak sangka la penat cenggitu sekali. Tengah tarik nafas bagai.. nampak sorang nenek ni tengah turun tangga. Okies je dia turun tangga tak pegang pun handrail tu. Aish ni tak boleh jadi. Kena teruskan pendakian ni. Dengan gigih kena mendaki semula.
Tak lama lepas tu mencungap balik. Aish memang tak de stamina langsung. Kali ni nampak ada 5 ke 6 guys ni tengah posing-posing. Ntah straight ke bengkang-bengkok pon tatau. Keji tau.. sebab rasanya dorang tu pun macam tercungap-cungap jugak. Cuma pandai cover sikit la daripada Syieda.
Lepas dorang terus mendaki...Syieda pun konon-konon nak take my own sweet time gitew. Bongkar dalam backpack.. rupanya tertinggal la pulak jajan kat dalam beg besar di Kawaguchiko Stn. Terpaksalah meneguk mineral water je. Nasib baik tergerak hati nak beli daripada vending machine kat stn bawah tadi. Kalau tak.. mau telan ailio je la pagi tuh.

Tengah snap gambar, nampak sekumpulan budak sekolah jepun ni. Pakai baju sukan. main lumba sapa yang sampai ke bawah dulu. Aish seriau okies. Tapi bila nampak je Syieda siap berhenti dan bongkokkan badan sambil cakap Ohaiyogozaimasu. Terhibur hati kakak time tu taw.
Time ni macam dah putus semangat pun ada gak nak teruskan pendakian.. sebab tak nampak pun rupa pagoda merah tuh. Tapi bila fikirkan dah alang-alang sampai.. dan tak tau bila nak datang lagi.. gigih hakak teruskan pendakian. Dan akhirnya... sampai pon.
Bila berdiri tepi pagoda ni.. tak nampak pun view yang Syieda nampak dalam ig ritu. Ha jangan tak tau.. Syieda nak ke sini sebab ternampak view dari sini yang sangat lah ohsem kat dalam ig. Rupanya... nak nengok view tu kena mendaki sikit lagi. Nampak tak tebing kat belakang pagoda tu? Ha dari situ rupanya boleh nampak view fujisan dan pagoda yang ohsem.
Tangga nak ke tebing ada kat belah kanan hujung tuh. Bila dah ada kat atas tu, satu keja pulak nak balance kan badan sebab angin bertiup sangat kuat. Kalau tak stabil ni. mau tergolek dari tebing terus ke lantai pagoda. Syieda tak banyak bergerak pun bila kat atas tebing tu. Macam tak stabil je badan ni. Ala-ala nak kena diterbangkan angin pun ada gak time tuh. Akhirnya.. inilah view yang Syieda maksudkan tuh.
Tapi tu la tuh.. sendu je kan.
Dari atas ni memang nampak padat sangat bandar ni. Bandar yang terletak di kaki Fujisan ni, boleh dilihat dengan mendaki 400 mata anak tangga (baru tau hari ni tau). Ingat nak duduk kat bench yang disediakan .. tapi nampak banyak pulak anjing. Walaupun kebarangkalian anjing tu kacau Syieda memang lah tak de.. tapi Syieda tetap takut anjing. So kensel plan nak duduk kat situ.

Now nak turun ke bawah satu masalah lagi. Sebab mestilah gayat yang tak boleh blah. Boleh tahan curam gak tangga tu. Kalau mendaki tadi tu.. ok lagi kot sebab tak nampak bawah.. tapi nak turun ni ... memang kecut perut jugaklah.

Solution nya... Syieda nak lalu kat laluan kenderaan. Ha bijak ke idok. Sebab mestilah tak berapa nak curam sangat kot. Kang kalo curam.. camana kereta nak naik. Iye ke idok. Dan sangat bersyukur sebab laluan tersebut tak berapa curam dan masalah gayat langsung tak de.
Bila Syieda sampai je kat bawah.... Guys yang Syieda jumpa tadi macam pelik je la kan.. dah kenapa Syieda sampai dulu daripada dorang. Sedangkan dorang tak naik pun ke tebing pagoda tuh. Nampak sangat mengumpatnya.. sebab siap berbisik-bisik. Dengan muka kekwat dan aksi lambai ratu (dalam hati je la) Syieda terus lead dorang berjalan. hihihihi

Dalam hidung kembang kuncup tak tentu pasal sebab dapat turun lebih awal daripada dorang...akhirnya Syieda tak jumpa jalan nak balik stn tadi. Hahahah.. Padan muka sebab riak. Allah bayar cash je. Dorang pun Syieda tak nampak mana ntah. Syieda main taram je la jalan mana-mana pun. Akhirnya sampai pun di stn tadi. Kiranya, orang berjalan balik ke stn ambil masa 10 minit, Syieda rasa mau nak dekat 20 minit kot baru sampai. Kekwat punya pasal.
Selepas beli tiket balik ke FujiQ, kata makcik kaunter ....masa berbaki 20 minit lagi. So apa eh nak buat?
Time tu dah masuk tengah hari kot. Singgah la cafe kat tepi tu dan makan toast dengan hot choco dengan harga Y640. Bolehlah buat alas perut sebelum sampai kat tempat seterusnya.
Lepas makan, Syieda pon terus ke platform untuk tunggu tren. Bila sampai je dalam ruangan menunggu berkaca tu.. dah ramai orang. Tapi masih dapat tempat duduk la. Waktu tu, Syieda nampak ada sebelah glove kat lantai. Syieda suspek bukan dorang punya ..... sebab dorang pun tak kuasa nak ambil.

Bila tren sampai je.... terus muka happy sebab ada heater. Selang 2 ke 3 stop lepas tu, salah seorang pekerja tren terus dapatkan satu family ni untuk pulangkan glove dorang yang tercicir. Wow terbaik ke idok orang jepun ni.
To be continued...


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

digarap dari diary syieda jam 6:50 PM 14 comments
Labels: Fujisan, Japan
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

kOrea 2010

kOrea 2010

sIngap0Re 2010

sIngap0Re 2010

bALi 2011

bALi 2011

iSTanBuL 2011

iSTanBuL 2011

kRAbI 2012

kRAbI 2012

cAmbodia 2012

cAmbodia 2012

mAcAu 2012

mAcAu 2012

h0nG k0nG 2012

h0nG k0nG 2012

jOgjakaRtA 2013

jOgjakaRtA 2013

sAbAH 2013

sAbAH 2013

nEW ZeALanD 2013 - North IsLand

nEW ZeALanD 2013 - North IsLand

IsTanbuL 2013

IsTanbuL 2013

GreeCe 2013

GreeCe 2013

iTaLy 2013

iTaLy 2013

PaRis 2013

PaRis 2013

L0nDoN 2013

L0nDoN 2013

AmsTerdAm 2013

AmsTerdAm 2013

SwitzerLanD 2013

SwitzerLanD 2013

JaPan 2014

JaPan 2014

China 2015

China 2015

Sydney 2017

Sydney 2017

Bangkok, Thailand 2017

Bangkok, Thailand 2017

Shanghai, China 2018

Shanghai, China 2018

Top entries

  • Europe Trip (day 3) - Santorini, Greece
    Hai hoi hui..hhehehe Lately bz yg hamat uols. Nak reply comment pun tak sempat. Al-kisahnya tiap-tiap tahun memang gini la gayanya.. En...
  • Shanghai accomodation
    Shanghai City Central International Hostel Hostel ni aku booked siap-siap dari Malaysia tru Agoda kalau tak silaplah. Comment kat net ta...
  • Ibis Budget Geneva Petit Lancy - Switzerland
    It*s 4.30am! Dan syieda masih terkebil2 kat atas katil. Nasib baiklah tak kerja esok. Ingatkan bolehlah terlelap mata nih. Tapi nan hado. ...
  • Arigatou Japan - Day 5 (Bamboo Forest / Sagano Romantic Train)
    7 Dec 2014 Pagi ni keluar hostel agak awal dalam pukul 7.30 cenggitu. So plannya nak ke bamboo forest yang sangat sinonim kat Kyoto ni. Mo...
  • Europe Trip (Day10) - Venice, Italy
    Kami sampai di Venice pada pukul 11 malam. Waktu ni macam antara percaya atau tidak je sebab dah sampai ke tempat yang memang menjadi pujaa...
  • China - 13853km Day 9
    11 Dec 2015 Penerbangan dengan China Eastern Airline sangat smooth. Tiket dibeli lebih kurang sebulan sebelum bertolak dengan Ctrip. Compan...
  • Arigatou Japan - Day 11 (Kawaguchiko Shizen Seikatsu-Kan & Arakura Sengen park)
    Day 11 - 13 Dec 2014 Hari ni agak awal yer bangun pagi. Almaklumlah hari Sabtu. Takut bersesak-sesak dengan orang ramai kekdahnya. Memanda...
  • sabah day 1 & 2
    hai semua, tak sure la kenapa penyakit M ni tak nak hilang-hilang. terbengkalai hidup kalau asyik makan tido..makan tido.. lagi malas...
  • macau-hong kong day 2
    hari ke-2 di macau, kitorang berdua bangun lambat. nak buek camano kan.. kalo dua-dua pun kaki tido.. walaupun tilam sekeras papan.. ...
  • ye sang
    walaupun CNY dah berzaman diraikan.. dan kalo di kira-kira, dah nak masuk semula CNY tahun binatang yang baru.. tapi me tetap nak buat ga...

Pinned

  • #eh?# (13)
  • accommodation (39)
  • all about school (12)
  • amsterdam (3)
  • arena bestari (5)
  • Australia (6)
  • bali (13)
  • Bangkok (7)
  • beauty (10)
  • bff (45)
  • birthday (15)
  • bloggermate (17)
  • cambodia (7)
  • china (43)
  • disneyland (3)
  • Downunder (7)
  • eid mubarak (16)
  • europe trip (38)
  • family (32)
  • foodie (55)
  • friends (42)
  • Fujisan (2)
  • greece (8)
  • Historical site (6)
  • holiday (169)
  • hong kong (12)
  • hydrangea (2)
  • Info (3)
  • italy (10)
  • Japan (34)
  • jogjakarta (7)
  • jokes (3)
  • k-pop (8)
  • korea (8)
  • krabi (6)
  • London (6)
  • macau (3)
  • Malaysia (1)
  • maldives (1)
  • memories (26)
  • mimpi (2)
  • netherlands (4)
  • new Zealand-north island (11)
  • oUtInG (41)
  • paris (5)
  • recipe (1)
  • rome (2)
  • sabah (4)
  • Shanghai (8)
  • shopping (10)
  • singapore (4)
  • sOb Sob (18)
  • solo (27)
  • South America (1)
  • souvenir (20)
  • switzerland (7)
  • Sydney (6)
  • teater (3)
  • Thailand (7)
  • theme park (7)
  • tips n tricks (21)
  • turkey (19)
  • UNESCO (14)
  • virus (1)
  • wedding (4)
  • world of wonder (2)

memories

  • ►  2019 (20)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (7)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (3)
  • ►  2017 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (13)
    • ►  January (2)
  • ▼  2015 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ▼  June (3)
      • Arigatou Japan - Day 12 (Kawagoe)
      • Arigatou Japan - Day 11 (Fujikyu Highland)
      • Arigatou Japan - Day 11 (Kawaguchiko Shizen Seikat...
    • ►  May (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (5)
    • ►  March (9)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2013 (48)
    • ►  December (8)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (6)
    • ►  January (9)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (9)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (6)
    • ►  February (8)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (9)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (10)
    • ►  August (11)
    • ►  July (8)
    • ►  June (20)
    • ►  May (21)
    • ►  April (4)
    • ►  March (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (115)
    • ►  December (14)
    • ►  November (7)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (9)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (17)
    • ►  April (16)
    • ►  March (1)
    • ►  February (8)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (64)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (11)
    • ►  February (7)
    • ►  January (19)
  • ►  2008 (146)
    • ►  December (26)
    • ►  November (21)
    • ►  October (27)
    • ►  September (27)
    • ►  August (21)
    • ►  July (11)
    • ►  June (13)

~Sumber inspirasi~

  • Scdha Sein Photo And Travel
    Pontianak - Pantai Pasir Panjang
    6 hours ago
  • Places and Foods, Travel and Food Blog
    Malaysia is the first country to serve McDonald’s BTS Meal
    12 hours ago
  • ~ WANDERLUST DJ ~
    Zam Ikan Bakar Cyberjaya
    13 hours ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KUIH SERI MUKA
    2 days ago
  • AKO tetap AKO
    GIVEAWAY RAYA GIFT by UYUM
    2 days ago
  • Malaysia Asia
    Samsung Galaxy A32 5G Review at KL Bird Park
    4 days ago
  • the other side of me
    Vivo Lancar V21 Series dengan 44MP Night Selfie
    4 days ago
  • Travel and Food
    Throwback (Part 1)
    6 days ago
  • PEACE, LOVE & HARMONY
    Ramadhan Kareem
    1 week ago
  • JARDNESS.com
    5 Top Things To Do In Singapore, Post-Covid
    1 week ago
  • Good girl go travel
    Taman Persahabatan Selangor-Jepun di Shah Alam
    1 week ago
  • Jalan-jalan
    Morib Gold Coast
    1 week ago
  • In a Nutshell
    Maternity Photoshoot
    2 weeks ago
  • ^^solo traveller ^^
    FAMILI
    2 weeks ago
  • Travel & Living Journal of DT
    Overwater Villas of Gayana Marine Resort
    3 weeks ago
  • SUPERMENG MALAYA
    Dim Sum CYBERVIEW RESORT & SPA
    4 weeks ago
  • I DREAM. I HOPE. I BELIEVE
    Japan Trip: Tokyo - Shinjuku, Harajuku & Shibuya
    5 weeks ago
  • Nice to see, nice to eat
    1 month ago
  • Chooyaya Secret Garden
    Sembang Kari
    2 months ago
  • It's poobritney!
    Pengalaman Pertama Kali Pakai Tudung Pergi Travel | Aceh, Indonesia
    2 months ago
  • My Memory Keeper
    Jeju Island Spring Day 2
    2 months ago
  • Jari Manis : Travel List
    Permohonan Rentas Negeri Pada Musim PKP dan PKPB
    2 months ago
  • Janggeltrekker's Life
    Roadtrip Ke Bangkok (Part 1): Kuala Lumpur - Alor Setar - Hatyai
    2 months ago
  • Globetrotter
    A Royal Belum houseboat adventure
    3 months ago
  • Lalalaland...
    JJCM : DIN by Din Tai Fung @ Suria KLCC
    3 months ago
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    SUU BALM FOR ECZEMA AND SENSITIVE SKIN
    3 months ago
  • Koreancrazed.. K-Pop and more..
    GSCMovies - Movies Releasing on 31 Dec 2020
    3 months ago
  • 3-M-Y-T-@-K-K-3-C-1-K
    Cuti-Cuti Ipoh Perak 2019 : Tempat makan sedap di Ipoh Perak
    4 months ago
  • Food at Home
    KLIA – MUSCAT, - MADINAH 26.01.2020 (Ahad)
    4 months ago
  • A Traveller's Note
    Pagi yang cerah
    4 months ago
  • Sleepless In KL
    How Is Shingles Spread?
    5 months ago
  • Tangga Domino CIKU
    Maggie kari ikan telur pecah Lazat
    5 months ago
  • Budak Letrik
    Panduan 'Upgrade' Lesen Motorsikal B2 ke B Full
    5 months ago
  • My Life, My Thoughts, My Dreams
    Life | Just Because
    5 months ago
  • ! ! The Time Traveler's Girl ! !
    Anakku Susah Tidur!
    6 months ago
  • Langkawi Ink.Com
    Nak Cergas ? The Struggle Is Real !
    6 months ago
  • Blog Goblok..;-p
    7 months ago
  • Travel My Way
    Selamat Menyambut Hari Merdeka Buat Malaysia Yang Ke-63
    7 months ago
  • Elly In Wonderland
    Madah berhelah
    8 months ago
  • HangDhamin Traveller
    PULAU PERHENTIAN KECIL X ALUNAN RESORT TERENGGANU 🏝️
    9 months ago
  • Aku dan Diriku
    Blog travel ke blog pertanian
    9 months ago
  • Whatever-lahno
    Chasing Aurora Birthday Trip: Finland, Sweden + Norway
    9 months ago
  • Colors of life
    Baiki Atap Rumah Bocor: Kena Tipu atau Memang Kos Sebenar?
    10 months ago
  • "Two Souls Become One"
    Best Time Of Day To Take Exterior Pictures Of Home
    11 months ago
  • Love Me -or- Hate Me
    Bila anak mengikut.
    1 year ago
  • Nota Kembara
    Godaan Rantau Panjang
    1 year ago
  • COCO NUTZ
    Tahun 2020
    1 year ago
  • Home | Reuben Teo Photography | Reuben is a Malaysian web designer and photographer. He travels a lot and does Photography, Videography and Motion Graphics. Take a look at his works and his latest destination.
    The Year Was 2019
    1 year ago
  • MamaAyahAman...
    Iceland the Land of Ice and Fire - Day 3
    1 year ago
  • Farikica's World
    OVERNIGHT AT THE BERBER DESERT CAMP
    1 year ago
  • gadisBUNGA™
    Trip Kelakar Seram Bangkok Kanchanaburi: Part 4 - Day 3
    1 year ago
  • my miniature page
    USA - WEST COAST
    1 year ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    1 year ago
  • ~ LadyWA ~
    LV anyone ?
    1 year ago
  • My Journey...My Life...My Family...
    PAKEJ MURAH, MENARIK & TERBAIK - SYARLIZ TRAVEL GROUP
    1 year ago
  • CT
    Sedekah
    1 year ago
  • Passport to the World
    Al - Andalus 2018 : Itinerari Kembara Spain (Andalusia) dan Portugal
    1 year ago
  • Fida Black's Journey
    Shipment from Stackry
    1 year ago
  • Through Nora Johari's Eyes
    Late Bloomer
    1 year ago
  • ... Aku Budak Senyum ...
    Ramadhan Kareem
    1 year ago
  • journeyofmylife
    ICELAND 2018/2019
    2 years ago
  • Super Sempoi Life
    Surabaya, Indonesia - Day 4 & 5
    2 years ago
  • Blog Jalan-Jalan... By Malaysian for the WORLD!
    TIPS MENJAGA KESELAMATAN DI PARIS 🇫🇷
    2 years ago
  • The Lost Wanderer
    BRP Stolen in London
    2 years ago
  • Sister's Little Diary
    Cara Pengambilan ESP Shaklee
    2 years ago
  • Yantie Ahmad
    Kashmir Trip ~ Day 6 (Naranag)
    2 years ago
  • iamthewitch Food and Travel Escapades
    7 Most Fun New Year’s Eve Party Ideas
    2 years ago
  • Ranah Dunia
    Menatap Salji Pertama
    2 years ago
  • seriastana
    Post-Travel Syndrome
    2 years ago
  • Cik Puan Mimi
    Review 99 Wonderland Park, Selayang
    2 years ago
  • Jea Mohamad
    Open Trip 2019
    2 years ago
  • ~cecite cecite ibu...~
    Télécharger Pilote Canon Fax L150 Driver Pour Windows et Mac
    2 years ago
  • sharing is caring
    LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3
    2 years ago
  • Basil Hibiscus
    Korea Selatan - Pulau Jeju
    2 years ago
  • How Big is Your Brain?
    Jom ke Maldives (4 Hari 3 Malam)
    2 years ago
  • ' Senang Travel '
    Malaysian Passport can access 180 countries Ranked at #9
    2 years ago
  • Apo Laie Jang?
    Hiking Langtang Valley, Nepal and Budget Summary
    2 years ago
  • Farsickness
    How To Hire Best Seo Agency?
    2 years ago
  • cerita tentang aku
    trip birthday | surat thani ke hatyai
    3 years ago
  • me as an amateur travel-holic
    Perth, Wait Awhile (WA) - Day 5,6,7 and 8 (END)
    3 years ago
  • behind the brown eyes....
    Safea bt Fakarudin
    3 years ago
  • Kembara Sang Kancil
    Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)
    3 years ago
  • Kampung Boy Goes Globe-trotting
    Istanbul, Eusoff is Coming
    3 years ago
  • EYE SEE D' DIFFERENCE
    COLOURS OF INDIA 5:Kashmir-Sonamarg Part II & Gulmarg
    3 years ago
  • kaki berangan : Jom Travel!
    Halal Foods | Saigon Green House, Ho Chi Minh
    3 years ago
  • Let's Begin....
    Recovering
    3 years ago
  • Wind of Change
    PINDAH….wind of change lagi.
    3 years ago
  • The backpacker
    Singapore in 2D 1N
    3 years ago
  • Catz's Cafe
    MENANTI JANJI
    3 years ago
  • white:moon:riders
    I SEOUL U (1)
    3 years ago
  • Living To Explore
    New Zealand : Lake Tekapo
    3 years ago
  • Aku Seorang Pengembara
    Kashmir - Bajrangi Bhaijan di Pahalgam
    3 years ago
  • @omaralattas
    Bubur Lambuk Wadi Hassan
    3 years ago
  • Kaki Berjalan, Mata Memandang, Jari Menaip
    Baby & Kidz Fair @ KTC Kelantan
    3 years ago
  • Muslim Backpackers Tips to Seoul
    Pasha: Halal Food at Incheon Airport
    3 years ago
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
    4 years ago
  • Love.Trust.Enjoy
    2017 Kickstart!
    4 years ago
  • Dekat Di Hati...
    nurul muhammad irsyad
    4 years ago
  • Just Me and My Life
    Travel Preparation
    4 years ago
  • Travelholic
    Pengalaman Pertama Ikut Tes IELTS
    4 years ago
  • a WaLk 2 ReMeMbEr 2
    Trip to NEW ZEALAND
    4 years ago
  • mY sTory iS oN LiFEtimes
    Its Austria, No Kangaroo here (part 2)
    4 years ago
  • .:It's all about my life:.
    India Trip 2016 : Kembali ke Sangla Valley
    4 years ago
  • Chawanna
    Jejak Seribu Satu Malam: Persepolis & Necropolis, Syiraz
    4 years ago
  • LiFe AiN't EaSy
    Australia working holiday visa for Malaysian
    4 years ago
  • The Province of Chroma
    Discover Tasmania – The Magnificient Bruny Island
    4 years ago
  • Cik-Anne Travel Blog
    Part 3-2 Roman Bath & Stonehenge
    4 years ago
  • Mohdzaid.com | Aku Cuma Insan Biasa
    Kejayaan Besar Bila Bebas Hutang
    4 years ago
  • Pink Diary's Journey
    A short and easy trip to Saigon
    4 years ago
  • TEACH, TRAVEL & THINK!
    [TRAVEL] Powerbank Berkuasa Solar - Gajet Sesuai Untuk Travel
    4 years ago
  • Fayreen Mizan
    Salam Ramadan...
    4 years ago
  • Travelogue Et
    Merindukan bumi Suruc, Turki
    4 years ago
  • ♥ diAri hiDup eKa ♥
    ALLAH LEBIH TAHU
    5 years ago
  • CELOTEH MAMA
    Setahun sekali makan Yeesang
    5 years ago
  • LIVE IS JOURNEY... LOVE IS PASSION ... FOOD IS HEAVEN
    Fasha & Jejai
    5 years ago
  • Suraya I.
    Australia : Melbourne to Grampians
    5 years ago
  • ~We Gain & We Spent~
    Me'nate Steak Hub, Ampang.
    5 years ago
  • qataridz.blogspot.com
    Winter - Musim Tangkap Ketam (Crabbing)
    5 years ago
  • bruziati
    Giveaway Wadah Pensil Warna
    5 years ago
  • Ceritera Chaz
    ROAD TO KOREA ~ DAY 2
    5 years ago
  • Gejolak nafsu kembaraku...
    Recce Project Kami: Angkara Ankara
    5 years ago
  • Cerita Hannafauzann ♥
    Zone 261 ()
    5 years ago
  • Faizal and Anna
    Jelajah Qurban continues...Part 2
    5 years ago
  • ~Nuansa Sekeping Hati~
    Ant-Man (2015) Online Streaming
    5 years ago
  • | AKU, DIA DAN COOPER |
    PUASA DAN RAYA 2015
    5 years ago
  • Vivian's World
    Home Cook 。Salmon Fish Head with Tomato & Beancurd Soup 。番茄三文鱼头豆腐汤
    5 years ago
  • thetravelling3o.com
    Budget Trip to Mabul and Surrounding Islands
    5 years ago
  • believe it or not.. dieya is blogging now!
    halal feature: Yogi Dog @ Hollywood, USA
    5 years ago
  • Live Your Dreams by Zuriana Azreen
    Hidup memang untuk diuji...
    5 years ago
  • MyStorypic
    EID MUBARAK
    5 years ago
  • Kelly's Trails
    TREK Iloilo
    5 years ago
  • cara murah melancong ke luar negara
    Persiapan ke jepun musim luruh 2014
    5 years ago
  • World of Me
    Redah & Terjah India : Ooty ke Mysore ~ Sebuah Perjalanan Mengujakan
    5 years ago
  • .:: HADRAWiLLiN ::.
    :: Opening Soon!
    5 years ago
  • PENUMPANG BUMI
    Misiku ke separuh benua Eropah tercapai?
    5 years ago
  • Aku Yang Sengal
    Mumbai to Amman via Kuwait. And the drama..
    6 years ago
  • :: JUJUE ::
    HI TEA WITH RITA RUDAINI
    6 years ago
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
    6 years ago
  • Lady Mariah the Part-Time Traveler
    Visiting temple in Kota Kinabalu
    6 years ago
  • Jalan Jalan Cari Jalan
    Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015
    6 years ago
  • Ini cerita saya
    Udon Thani to Loei
    6 years ago
  • ini belog mimiSAJA eh?
    miminators ke Krabi!
    6 years ago
  • h a n i e
    Projek Untuk Kawan-kawan Yang Kita Suka
    6 years ago
  • Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah
    Barakallahhu alaina......
    6 years ago
  • BackpackerBusuk
    Nepal : Annapurna Base Camp - Phedi ke Pothana
    6 years ago
  • buku-karangan-mekjah
    Status fb yang macam hape...
    6 years ago
  • Nur Farhana
    Organisasi Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Tekstil
    6 years ago
  • Asmara Life
    Happy 11th Anniversary!!
    6 years ago
  • Yana Liyana's little Space
    #Newborn Photoshoot Baby Sofea
    7 years ago
  • Coretan Perantau di London
    4 Tips Untuk Backpackers : Travel Tips Murah
    7 years ago
  • Dari Kelate Ke Copenhagen
    Belajar dari Denmark, Negara Paling Bersih Rasuah
    7 years ago
  • dari mata turun ke hati
    Jalan-jalan ke Venice 5 - 7 Jun 2013
    7 years ago
  • Water and Wine
    FOLLOW @WATERANDWINEPH ON INSTAGRAM!
    7 years ago
  • :: OUR LIFE ::
    wah wah wah...main petik nama Ladyverde nampak!
    7 years ago
  • Mode and honey - our timeline stories
    SPAGHETTI OLIO
    7 years ago
  • Aidil Yusof
    Europe aku datang! Part 1
    7 years ago
  • fabulousity by rizalman
    Rizalman for Zalora
    7 years ago
  • esumpelo
    The Peak 2nd journey
    8 years ago
  • Blah.
    Macaron Making: Finally a success!
    8 years ago
  • tendabiru
    akhirnya teratak kecil ku tersedia... Alhamdulillah
    8 years ago
  • ORANG RAWA
    Posting Terbaru!
    8 years ago
  • Destination
    My Abandoned blog
    8 years ago
  • An Alien Journey on Earth
    Alien is Moving ....
    8 years ago
  • ayu anggun
    TENSION
    9 years ago
  • ~Words from the Heart~
    wooot... wooot... chiffon maxi!
    11 years ago
  • Love. Trust. Destiny.
  • Burton Girls
  • Amirul Akmal Khalid
  • // kasyah
  • Zarul Umbrella Dot Com
  • Rumah kecil kami
  • Si Traveler Comel!
  • ~~~~ Dessert Queen Journal ~~~~
  • Glamourous Traveller
  • Eyes in Korea
  • Misi Kasih Sayang
  • tRaVeLoGuE sEoRaNG BaCKpaCkER
  • AnggerikBerduri
  • Travel. Eat. Love
  • blog AKU
  • 21 Dragons
  • Eddie Aziz ...
  • eunjin in SOUTH KOREA
  • KelipKelipKunangKunang
  • My Resipi: jom kongsi resepi
  • Reshuffling Lifes Puzzles
  • Naim Husni Latif

huuhhhhh...

Blog Widget by LinkWithin
sila jangan sentap..... Powered by Blogger.