Pages

Arigatou Japan - Finale

19 December 2014

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Petang ni Syieda akan bertolak pulang ke Malaysia. Excited sangat. Mungkin sebab travel secara solo membuatkan Syieda rasa seronok sangat nak pulang ke tanah air terchenta.  Entah la. Nak kata seronok travel secara solo....tak juga.. nak kata tak..tak juga. Ehmmmm.....Entah lah.

Pagi ni bangun agak awal yer sebab nak naik bas terus ke airport. Ha jangan tak tau...tujuan Syieda stay kat hotel ni selain nak habiskan agoda point ialah nak mudah bergerak ke airport sebenarnya. Kalau nak tau..sepatutnya ada bas akan bawa kita direct ke airport. Tak payah susah payah....tunggu je kat lobby. Dan semalam dah confirmkan dengan kakak kaunter. Dan dia pun dah sahkan.

Kalau ikut route yang diberi, bas ni akan bermula dari Nagoya station, pastu ke beberapa buah hotel di sekitar bandar raya Nagoya, last sekali barulah ke hotel ni dengan tambang 1k yen...Ada 4 waktu iaitu pukul 6.57, 9.57, 1.57 dan 5.57 petang dan dijangka sampai airport lebih kurang 50 minit kemudian. So Syieda pun bersiap-siap untuk naik bas pukul 9.57 pagi.

Bila turun je kat lobby katanya bas tak ada sebab snow tebal. Huk alaaa.. geram pun ada kot! So minta dorang panggilkan teksi. Dan nasib baik memang ada 1 je teksi tengah tunggu kat lobby tu. Lepas masuk je dalam perut teksi tengah berkira-kira nak turun kat mana. Kang kalo suruh terus ke airport mau makan ratus ringgit pula. So terpaksalah study map semula. Adoii.. Syieda ni dah la tak boleh buat kerja under pressure. So decide suruh driver taxi turunkan di Kanayama Station dengan tambang 1580 yen. Padahal tak de la jauh mana pun sebenarnya.

Sampai je kat station tu, pergilah ke kaunter tiket. Tengah dok nak beli tiket tren ke airport, pak cik kaunter ternampak suica pass Syieda. Terus dia cancel tiket dan suruh je Syieda guna pass tersebut. Huk alaaa sekali lagi tersipu-sipu atas kebodohan sendiri. Naik tren pun agak payah ye sebab orang agak ramai. Maksud ramai ni tak de la sampai berasak-asak ye. Still korang boleh berdiri. Akhirnya... ku lepaskan  aje la train tu berlalu. Ha ambik ko.. next train setengah jam pulak tuh semi-express! Bertabahlah.

Sampai jer airport dalam pukul 11.15 cenggitu. Lama lagi dowh! Flight petang karang pukul 5. Memang mereput la sorang-sorang.. Memandangkan belom beli souvenir.. kita try cari dulu. Dan tempat yang Syieda tuju tak lain tak bukan ialah di tempat yang sama dengan scdha sein . Tak sampai setahun pun kot beza masa kitorang kat sana.. tapi harga souvenir dah naik ok! Sekali lagi bertabah.

Lepas shopping souvenir, puaslah menggoogle kat mana nak wrap beg. Tau je la airasia ni.. ada gak beg ni tak cukup sifat bila sampai Malaysia. Sekali ada jumpa satu page kat net bagitau memang ada plastic wrapping service. Bila tanya kat information counter, katanya TAK DE! Sedih. Yang ada ialah kotak. Tak nak la kotak. Buat bertambah berat beg aje. So kita tawakal je la yer.

Time tu tatau nak buat apa. Jadinya plan nak gi cari tempat makan kat level atas. Sekali kat depan elevator ada sign tak bagi kita bawa naik troli. Ala acamana ni? Tiba-tiba ternampak tempat simpan beg kat bawah tangga. Yes! Harga lebih murah. Satu cart kalau tak silap 500 yen. Letaklah semua beg dalam satu cart tetap 500 yen. Kalau nak ambil locker mahal lah sikit dalam 700 yen/locker dan mungkin kena ambil 2 locker kot. Solution nya letak je beg kat bawah tangga ni. Selamat pun ye gak sebab ada orang jaga. Open sehingga pukul 9 malam kalau tak silap.
Lepas tu barulah bersenang lenang kat level atas. Food hunting pun bermula. Kedai makan kat belah atas sangat attractive! Dorang deco macam rumah-rumah lama. Tapi macam tak berapa nak sesuai je tekak ni. Last sekali terjah starbuck je. Walaupun Syieda bukanlah peminat kopi.. tapi layankan aje lah. Tak ingatlah apa nama minuman tu. Tapi sedap sebab ada dried raspberry. Lama gak kat sini sambil nengok orang lalu lalang. Paling menyentuh perasaan bila nampak rombongan kanak-kanak OKU melawat airport. Bukan sahaja cikgu yang handle dorang, ibu bapa pun turut sama join. Tapi biasalah.. nama pun kanak-kanak OKU. Memang bising sikit. Tapi seronok je nengok dorang mengenal dunia luar.
Pukul 3 petang dah gerak ke kaunter untuk check-in luggage. Pastu ke level bawah untuk pos semula pocket wifi yang Syieda sewa sepanjang berada di Jepun. Memang sangat berjasa. Senang je pun nak pos. Oleh sebab nak beli setem sekali, Syieda pun masuklah ke dalam post office. Bila nak post pocket wifi ni, kakak kaunter minta buka semula envelope tu. Sebabnya terlalu tebal. Rupanya dorang kena biarkan casing tu terbuka macam gambar di bawah. Kakak buatlah camana pun. Janji pocket wifi tu sampai tepat waktunya.
Gambar kat bawah ni bukan library ok. Ni lah rupanya charging point yang disediakan oleh airport. Selesa sangat.
Akhirnyaaaa.... Tepat pukul 5. 35 petang flight D7543 terbang terus ke Malaysia. Sampai Malaysia sekitar pukul 12 malam. Maka tamatlah kisah kembara solo pertama Syieda ke Jepun yang memakan masa lebih kurang 16 hari. Tapi ambil masa setahun lebih untuk karang entry. Huk huk huk.. Maafkanlah daku.. Aku hanya insan yang lemahh.. Kikikiki
Ha buat yang nak tau.. berapa banyak luggage yang Syieda pikul selama 16 hari aritu.. ni lah rupanya.
Memang Syieda failed bab packing barang yer... Padahal boleh minimized lagi beg tuh!

Arigatou Japan - Day 16 (Nagoya)

18 December 2014

Tengah syiok-syiok tidur dalam cocoon tetiba terasa sejuk je lengan ni. Ha terus celik biji mata. Rupa-rupanya lengan terkena dinding bas. Eh pesal apa sejuk sangat pulak dinding bas ni.. bila selak langsir ..Omaiiiii snow!!!

Memang lebat sangat snow kat Nagoya hari tersebut. Nagoya berubah wajah dalam masa 10 hari sahaja!  Excited sangat time tu.
Macam biasalah...bas berhentikan tak jauh dari JR Station. Waktu berjalan ke bangunan JR tu, banyak kali berhenti sebab snow dok mengikut kat roda beg. Jadinya agak payah nak menarik beg tersebut. Tempat pertama yang dituju haruslah locker untuk menyimpan semua beg ni. Punyalah payah nak cari locker. Penuh aje memanjang walhal time tu baru pukul 8 pagi. Rupa-rupanya, warga Jepun ni akan simpan segala beg dalam locker sebelum pergi kerja. Tak tau la kenapa dorang buat cenggitu. Akhirnya dapat gak locker dekat dengan jam emas ni.
Konon-konon pagi tu nak pergi shopping. Al-maklumlah esok nak balik Malaysia dah. Tapi tak tau sebenarnya nak shopping kat area mana. Sebelum kita redah...meh lah kita pergi cuci mata dulu. Nengok salji sebab jakun yer..
Time ni memang kena berhati-hati. Jalan dah start licin. Pagi tu je dah nampak orang tergolek kat tengah jalan. Seriau ok!
Wah.. nampak dah bangunan hotel yang Syieda stay aritu. Eco Hotel nama diberi yer. Dekat sangat dengan JR Stn. Lepas tu sempat gi breakfast kejap kat cafe yang ada di situ. Takat minum hot chocolate je pun. Aktiviti "Membunuh Masa" namanya ni..sementara nak tunggu kedai mula beroperasi.
Pagi ni nak naik Nagoya Metro. Memandangkan Syieda pun cuma ada sehari ni je..makanya idoklah membeli apa-apa pass. Rasanya macam guna Suica Pass. Senang. Kalau tak silap la kan.

Nak gerak ke metro stn tu kena keluar bangunan JR Stn  (arah jam emas/Sakura Dori Gate). Kat depan bangunan tu ada lift turun ke subway.

Destinasi pertama ke Otsukayaraya . Plannya nak memborong kain utk souvenir adik beradik. Tapi apakan daya.... kedai belum buka. Dah la snow sangat lebat.

Pastu apa ke halnya Syieda pun tatau......menggelupur cari tempat berteduh seolah-olah basah kena air hujan. Bila sampai Malaysia..baru terfikir yang dok berlari mengelak kena salji tu dah kenapaaaa????

Otsukaya Route:
Nagoya(S02) --> Kurumamichi (S07) -Sakura Dori Line(red line)
Keluar aje exit 4, store tu kat belah kiri.

Meh Syieda belanja gambar sekitar Otsukaya Store yang belum bukak tuh.
Oleh sebab hampa.. patah balik ke subway dan ke Osu Kannon la kita yer.

Route:
Kurumamichi (S07) --> Marunouchi (S04) - Sakura Dori Line (Red Line)
Marunouchi (T06) --> Osu Kannon (T08) - Tsurumai Line (Blue Line)
Keluar exit 2 yea.
Keluar exit 2 tu, kena jalan sikit. Pastu nanti korang akan nampak temple kalau tak silap kat belah kiri. Lalu je lorong depan temple tu dan akan lead korang ke pintu gerbang ni. Meh la kita jengok apa yang boleh di shopping. Al-maklumlah tazzabar nak shopping ok!

Sekali lagi hampa! Kedai belum bukak rupanyeeee. Dah la sejuk melampau time tu. Memang fikir nak cari tempat berteduh je. Akhirnya, nampaklah kedai kebab ni. Walaupun tekak tak nak makan.. terpaksa la order  juga sebab nak tumpang berteduh punya pasal. Kata tak nak makan kannnnn.. tapi licin yer!
Lepas makan tak tau nak buat apa. Memang mati kutu kot sebab kedai belum buka sepenuhnya. Oleh sebab tak tau nak buat apa... naik semula metro ke Nagoya Station. Pastu asyiklah mundar mandir kat luar bangunan dok kagum dengan snow. Memang kgdotcom okies.
Dalam pukul 10 pagi, angkut semula beg dan misi mencari hotel pun bermula...Dari Nagoya Stn, naik tren terus ke Sakae. Boleh tahan ramai juga orang dalam tren. Rasanya ada lah 3 kali lepaskan dorang naik tren.

Bila sampai Sake Stn, punyalah jauh berjalan mencari exit 12. Bila jumpa exit 12, punyalah tinggi tangga nak kena daki. Pastu mundar mandir dengan beg yang beranak pinak tu untuk mencari floor map. Elevator yang paling dekat ialah di exit 11. Patah balik ke exit 11 dan naiklah elevator dengan penuh gaya kepuasan.

Bila dah sampai kat atas..ku pandang kiri..ku pandang kanan..tak jumpa langsung apa-apa landmark yang berdekatan dengan hotel. Padahal skip satu exit je kot. Pastu malas nak fikir ..terus mencari teksi. Eceeee ceeeee.. berlagak kayalah waktu tu. Driver teksi tengah tidur pulak. Pastu bila ketuk tingkap baru terjaga. Paling best boleh eh lupa yang pintu teksi tu akan buka secara automatik. Patutlah masa mula-mula try nak buka pintu tak berjaya. Akhirnya...sampai pun ke hotel tak sampai pun 10 minit. Nampak sangat dekat.

Sampai je kat bilik, campak beg kat atas lantai.. terus tuju ke atas katil dan ZZZZ... Like seriously ???? Penat yang hamat waktu tu taw!Sedar-sedar dah pukul 7 petang. Ohoiiii punyalah lama ko tidur. Pastu stok tidur mati.

Pastu bersiap-siap nak terjah bandar Nagoya kononnya. Plan memang berderet kot tempat nak visit malam tu. Bila keluar je hotel.. nah amik kooo.. snow lebat gilos. Berdasarkan info yang dapat dari kakak kaunter hotel tu.. tak jauh pun nak berjalan ke Ferries Wheel di Sunshine Sake. Kena jalan straight je.
Napa ntah bila jalan je kat area sini.. tetiba rasa berjalan kat Orchard Road S'pore pulak. Eh tetiba??? Walhal ko sendiri tak pasti pernah jalan kat Orchard Rd ke tidak. Agagagaga

Dari jauh dah nampak Don Quijote  Hakodate yang berwarna warni tu. Korang rasa ada Syieda kisah dengan ferris wheel yang memang ada dlm top list to visit? Nan hado la nak menilik ferris wheel tu. Al-maklumlah belum shopping barang souvenir kan.. harus store tu ku terjah dulu. Don Quijote ni shopping mall yang menjual barang agak murah. Tapi tak de la souvenir macam fridge magnet ke keychain ke.

Syieda memang nak pergi store ni dari Tokyo aritu. Sebabnya nak beli 1 beg lagi. Almaklumlah beg yang sedia ada tak mampu menampung isi perut. Tapi sebenarnya Syieda ni memang gagal bab packing barang yer.  Sebab tu.. asyik kerjanya nak menambah beg.
Direction ke mall ni senang je.....bertentangan dengan ferris wheel sunshine.

Habis shopping, semua plan ntah ke mana sebab kiri kanan tangan penuh dengan beg plastik. Nak tak nak terpaksa balik semula ke hotel. Nampak Nagoya TV Tower (macam eiffel tower tu) dari kejauhan aje.

Sampai hotel banyak kali swipekan keycard tapi pintu tak boleh buka. Rupanya kau salah bilik. Rasakan!