Pages

Singapore Day Trip - OCBC SkyWay / SuperTree Grove

Lepas keluar je dari flower dome tu, berjalan kakilah kami bertiga ke supertree groove. Selain merlion, Syieda rasa supertree ni pun macam ikon untuk Singapura.

Sebelum buat aktiviti seterusnya, haruslah kami makan dulu. Area ni ada beberapa kedai makan/fastfood. Yang halal, korang boleh ke Texas Chicken . Makan ayam goreng je pun. Dalam 10SGD lebih kurang cenggitu.
Depan Texas Chicken, ada kawasan berumput ni. Waktu ni pun dah ramai orang dok bersantai-santai untuk tunggu garden rhapsody. Chicken Texas tu kat bawah pokok bunga kertas yang terjuntai-juntai ni.
Berbekalkan 5SGD, kami pun naiklah OCBC Skyway. Entrance nya ada di antara salah satu supertree ni. Nasib baik time kami pergi tu, tak panjang sangat beratur.

Ikut cerita orang, memang panjang beratur untuk naik skyway ni. Sebab dorang akan limitkan bilangan pengunjung untuk sekali naik. Pastu kena la tunggu trip yang berikutnya.  Kalau hujan, memang terus tak boleh naik. Rasakan kekeciwaan di situ.
Syieda pun tak taulah kenapa gayat semacam je aritu. Mungkin sebab skyway ni tak berapa lebar kot.
Memang tak lama pun kat atas tu. Terus turun kat park bawah untuk tunggu show pukul 7 kalau tak silap. Semakin lama, semakin ramai orang kat park ni. Masing-masing macam rupa berpiknik pun ada. Korang nak bawa tikar pun boleh. Al-maklumlah, rumput tu agak gatal yer.
Tepat pukul 7 malam, startlah rhapsody tu. Semua supertree kat sini bergemerlapan ikut alunan muzik. Agak menarik yer di situ. I is so like. Untuk show ni, FOC okies.
Waktu rhapsody sedang berlangsung, skyway tu tetap boleh naik. So korang boleh buat pilihan. Nak naik waktu rhapsody atau pun tidak. Dan kalau tak silap, show ni sehari sekali je.
Show berakhir dalam 45 minit cenggitu. Dah abis show balik la semula ke rumah sebab esok kerja. Huhuhuhu...
Budget untuk trip ni :
JB Sunpark Parking - RM9
Bus JB- Queen Str - RM3.40
MRT  - 2.80SGD
Shuttle - 2SGD
Cloud Forest + Flower Dome - 28SGD
OCBC Skyway - 5SGD
Bus Queen Str - JB - 3.30SGD

Total: RM12.40 + 41.10SGD = RM150

Singapore Day Trip - Flower Dome

Keluar je dari Cloud Forest tu, kami bertiga terus menuju ke Flower Dome. Kiranya highlite trip kali ni untuk melihat sendiri the real tulips. Yer la kan ...nak harap ke Keukenhof tak mungkin terjadi kot.. Timing yang tak kena tambah pula tabungan yang sentiasa menyusut.. memang tak le jejak kaki ke sana dalam masa terdekat ni.

Solutionnya...ke Singapore aje lah kita. Kat sini tak payah bayar apa-apa pun sebab dah include dalam tiket combo masa kat Cloud Forest tadi.

Bila kami masuk je ke dalam flower dome ni, orang dah ramai. Waktu tu dalam pukul 2 kot. Bayang tulip pun tak nampak. Kami tour sekeliling flower dome dulu. Rupa-rupanya tulip ada kat tengah-tengah dome. Kami pun tak lepaskan peluang terus join orang ramai beratur.
Banyak character yang ada kat sini. Siap ada pertandingan bergambar dengan character tersebut. Hadiah bukan calang-calang tau. Tak silap flight tiket ke apa. Qatar ke Emirates ke tak ingat. Yang pasti memang lumayan...

Macam gambar kat atas tu ialah red riding hood. Bila Syieda nampak je character tu.. terus teringat kisah zaman sekolah rendah kat Port Klang dulu. Antara rules yang cikgu english tu tetapkan ialah berbahasa inggeris sewaktu dalam kelas. Kalau tak .....bayar 5sen. Bencis tau! Dah la Syieda tak reti berbahasa inggeris. Memang selalu la menyumbang 5sen dalam tabung kelas. Dulu 5sen besar tau. La ni je.. ada kedai tak nak terima 5sen. hmm...

Kat sekolah bila English week, ada pertandingan bercerita. Salah satu yang membuatkan Syieda ternganga bila sorang senior ni bercerita tentang red riding hood dengan memakai jubah merah. Kagum kot! Sejak aritu...tiap-tiap hari prektis bercakap depan cermin macam senior tu. Tapi tetap tak fasih berbahasa inggeris sebab dok ulang intro cerita itu je... #trobek

Waktu Syieda datang tu.. tulip tak berapa nak catik. Sebabnya semua tengah kembang mekar mewangi. Menurut salah sorang kawan yang datang ke sini beberapa minggu lepas, waktu tu tulip semua baru nak kembang. Memang cantik sangat. So member tu pun tanya pada staf kat situ, if dalam beberapa minggu lagi, agak-agak boleh jumpa ke tulip?  So staf tu bagitau...memang ada tulip. Sebab dorang replant. Budgetnya time kami datang tu, sedang eloklah tulip tu mengembang. Rupanya.. memang kembang pun..kembang setaman.
Kasut kaca Cinderella. Tak de la mana cantik pun kasut tu. 

Dalam banyak-banyak tulip, yang paling menarik ialah tulip berduri ni! Awas ya! Rupanya tulip berduri ni nak jaga si Tinkerbell..
Tulip ni namanya kembang setaman. Dah tak rupa tulip pun.

Ni la rupa tulip yang baru ditanam semula. Katanya ambil masa beberapa belas hari je untuk kembang.
Bunga kat bawah ni memang popular bagi sesiapa yang main game bercucuk tanam macam farmville. Apalah rupa istana yang beta bina di sana dulu yer..... #trobek

Singapore Day Trip - Cloud Forest

Kali ni Syieda bawakan untuk korang entry yang agak lapuk jugaklah. Kira-kira setahun yang lalu. Day trip ke Singapura. Walaupun Singapore ni tak jauh mana pun, tapi haramlah pernah ke sini selalu. Ntah kenapa pun tak tau. Waktu Syieda pergi tu, Ringgit kita dah mulai jatuh. Tertelan ailio bila nengok currency time tu. Agaknya kalau pergi tukar SGD hari ni....mungkin kering ailio tuh. Hiks.

Memandangkan ni day trip dan pergi pun hujung minggu, Syieda tukar RM300 jer. Itu pun sebab nak cukupkan SGD100 untuk bawa masuk ke Singapura. Tetapi bila tukar tak cukup juga SGD100. Aish!

Bertolak dari semenanjung ni tak de la pagi sangat. Dalam pukul 10 kot. Kitorang berkumpul kat Sunpark parking lot. Boleh eh tak tau kat mana tempat parking ni. Rupanya parking lot ni terletak bersebelahan dengan JB Central. Ni pun satu masalah... JB Central pun tak pernah jejak. Apada...

Rupanya parking lot ni luas gilos. Oleh sebab datang agak pagi, jadinya agak dekat jugalah parking keta dengan main entrance parking lot tu. Macam jakun sikit bila sampai je kat kaunter, dah ada pass dengan nombor kereta. Hiks. Rega cuma RM9 untuk satu hari.

Dari parking lot ni, kami bergerak ke JB Central untuk isi white form. Sambil tu siap-siap beli roti Gardenia yang kecil-kecil tu buat bekalan. Maklumlah.. kena berjimat cermat sikit bila masuk Singapore ni.

Dari JB Central ni kami terus ke CIQ. Memang tak basah pun kalau hujan. Besar kot CIQ. Berpusing jugalah nak jalan dalam ni. Tiba-tiba nampak ribuan orang kat belah dalam. Ah sudah.. pukul berapa nak sampai Singapore ni?

Rupanya orang ramai tu warga Singapore yang nak bercuti di Malaysia. Yer la kan.. next week ada cuti yang bersambung dengan cuti weekend ni. Tapi tak ingatlah cuti apa. Memang sesak betul dalam tu . Siap terfikir, cukup ke oksigen kat dalam tu.  Mih mih mih ......Nasib bukan kami kat dalam tu.

Settle bab passport control, kami terus ikut je signage untuk naik bas CW2. Bas warna kuning. Hentian terakhirnya ialah Queen Street. Bayar sorang RM3.40. Selamat lah dalam perut bas. Nasib kami baik lagi bila kat Tambak Johor tak jammed. Lebih kurang 20 minit cenggitu, kami kena turun bas untuk passport control semula. Kali ni dari Singapore immigration pula. Settle je tu, memang berlari-larilah nak kena naik bas tadi. Jangan lupa simpan tiket tadi tau. Sebab kali ni tak payah bayar apa-apa.Oleh sebab ni free seated, ikut nasiblah.. Ramai je tadi kat JB dapat duduk, bila sampai CIQ Singapore berdiri sebab naik bas lambat.

Bas penuh je, terus jalan. Tak de nya driver nak tunggu korang yang tersangkut dengan Singapore immigration tu. Perjalanan nak ke Queen Street ni ambil masa 45 minit juga. Tersenguk-senguk Syieda dalam bas. Macam biasalah, naik je bas memang mata ni dibuai-buai rasanya.

Sampai je hentian akhir, kami pun turun. Belah kiri korang tu boleh sampai ke Arab Street. Memang heaven tau kat situ. Sebab banyak restoren halal. Tapi kami berjalan kaki ke MRT.  Bugis MRT paling dekat. Jalan kaki dalam 5 minit cenggitu.

Untuk ke destinasi seterusnya, kami nak ke Garden By The Bay. Untuk ke sana, kena naik MRT ni terus ke Promenade. Pastu tukar train ke Marina Bay Stn dengan bayaran 1.40SGD. Beli kat mesin je.

Bila sampai je kat Marina Bay Stn ni, layankan kawan tu nak window shopping. Tak lama pun kat situ, kami terus berjalan kaki untuk naik shuttle ke Cloud Forest. Jauh gaklah berjalan tengah panas mentari Singapore ni. Naik shuttle tu kena bayar. Kalau tak silap 2SGD. Shuttle ni akan berhentikan korang betul-betul kat kaunter tiket. Tiket ada banyak harga. So Syieda ambil combo dengan harga 28SGD. Ish untuk local harga lain taw. Ceh.

Tempat pertama yang Syieda pergi ialah Cloud Forest. Memang suka kot masuk sini. Sebab tenang je rasa. Sejuk pulak tuh.
Walaupun orang ramai... tapi tetap sejuk. Tinggi juga nak kena naik atas ni. Tapi tak payah risau, sebab ada elevator.

Banyak naw tumbuhannya. Pencinta pokok memang patut datang sini.

Tingkat paling atas ada lanskap yang paling cantik. Memang reduplah mata memandang.
Nak dekat 2 jam gak berada dalam cloud forest ni. Dan paling beruntung sempat merasa suasana waktu mist. Macam misteri je rasanya. Mist ni pun ada timingnya tau. Korang kena adjust sikit masa visit nanti.



Next stop --> Flower Dome