Pages

Muslim Quarter, Xian

Day 4

Lepas dah buat satu pusingan di drum tower, barulah nampak satu area ni yang penuh dengan orang ramai. Tak berfikir panjang, Syieda terus meninggalkan drum tower yang tak habis ditawaf tu.

Inilah muslim quarter yang orang dok sebut-sebut tu....Agak happening ya di sini.
Baru je nak melangkah masuk jalan yang happening tu, hati memang dah terpanggil-panggil nak mencuba satay China yang orang dok cakap sedap. 10yuan satu  cucuk. Bagi Syieda macam mahal la kot. Oleh sebab nak try saje, kita kasik order satu.
Walaweiii sedap ya amattttt!! Serious sedap! Padahal tak de kuah ke apa tau. makan cenggitu aje. Satay tu dorang bakar time korang order je. Nanti dorang akan tanya, nak pedas ke idok. Haruslah mengangguk yer. Dah 4 hari tak rasa makanan pedas ni......... rasa macam hapa je tekak.

Satay ni dicucuk kat kayu apa ntah. Pastu nanti buang kat tong-tong yang ada disediakan kat tengah-tengah jalan. Mula-mula ingatkan perhiasan ke apa. Sebab cantik pulak ranting tu disusun  kat dalam tong sampah.
Jalan ni tak panjang sangat. Tapi memang mewah la kanan kiri makanan halal. Korang boleh kenal pasti sama ada peniaga tu muslim apabila yang lelaki tu pakai kopiah dan perempuan tu bertudung. Letakkan was was kat tepi okeh. Insya'allah halal.

Meh Syieda tunjukkan antara makanan lazat yang ada kat sana.

Terliur tak??? Nyum nyum. tapi tak teringin nak makan pun sotong ni sebab mana ada laut kat area Xian kan?? Ha gitew... tapi korang kalo nak makan silakan lah.
Kali pertama ni nampak walnut. Eh ye ke?

Kat sini, memang jadi tumpuan orang ramai. Tak kiralah muslim ke idok. Makin petang makin ramai orang yang berkunjung ke sini. Tetiba time tu teringat pula cerita Zilla bila ada  orang mengekori dia semasa di sini. Seramm.. Dah la Syieda ni travel solo. Aish..
Ni kuih apa ntah. Try beli. Tapi tak kena dengan tekak. Macam pulut pastu orang tu sira dengan air gula. Tapi warna macam coklat-coklat. Takkan kat sana pun ada gula melaka kot? Harganya murah je...3yuan.

Roti cenggini memang banyak dan berlambak-lambak kat muslim quarter di China. Roti ni macam manis sedikit. Tapi ok la kalau setakat nak makan dengan tuna dalam tin tu.
Yang warna kuning tu ialah pisang goreng versi China. Sedap gaklah. Pisang tu dicelup dalam bancuhan tepung pastu digolek atas bread crumb pastu digoreng. Memang layan la makan waktu winter sebab bread crumb tu panas tapi tang pisang kat dalam sejuk pulak. Harga 8yuan.
Dalam banyak-banyak makanan kat sini...ntah kenapa lah tekak ni tak boleh telan kaki binatang ni. Mula la fikir yang bukan-bukan. Time dalam kedai makan dok perati je benda ni di restock oleh pekerja muslim tu. Tetap la was was memanjang. Aish.....
Sekali bila DJ post gambar ni, katanya kaki kambing ke apa ntah.

Ntah mana ikut lorong tu, sampailah di Masjid Xian. Tapi tak masuk sebab ada entrance fee la pulak.
Ni lah kedai makan yang Syieda kunjungi untuk 2 hari berturut-turut. Sebabnya.. terliur kat carrot cake kedai ni. Tu yang tudung putih baju pink tengah masak carrot cake.
Tak tau lah kenapa namanya carrot cake. walhal langsung tak de carrot. Sedap sungguh okeh! Pedas dan panas. Nyaman je lalu kat tekak ni. Kalau ikut versi kita macam kuetiaw gitu. Semangkuk berharga 8yuan.

Senang je nak order. Tunjuk makanan yang berkenan dihati, pastu tunjuk jari satu. Pastu masuk kedai. Nanti dia bagi tempat mana nak duduk. Tunggu jelah makanan tu sampai. Serious tak cukup satu. Tapi sebab takut perut memulas, makan semangkuk je. Kat sini tak de jual air. semua orang bawa air sendiri.

Ni pulak versi mi tarik yang tak nampak pun orang tarik.  Hmmm... ..
Dalam setiap kedai memang ada jual yogurt. Tapi tak test pun. Yang pasti rasa yogurt la kan. Takkan rasa sirap bandung pulak?
Gula tarik memang banyak dibuat kat sini. Korang boleh tonton proses dorang menarik gula tu dan try rasa. Ada macam-macam rupa dan bentuk. Sedap jugak. Belilah beberapa kotak untuk bawa balik Malaysia. Sampai Malaysia.. separuh dah hancur lebur. Sekotak 20yuan sajork.

Dah habis tawaf satu jalan tu, tawaf sekali lagi yer. Al-maklumlah niari tak de buat benda lain selain makan aje. Lebih kurang pukul 5 bertolaklah balik ke hotel. Naik bas di laluan yang bertentangan dari side datang tadi. Tak payah risau sebab bas 611 memang kerap sangat.

Dalam perjalanan tu, ternampak pula jejantas berbentuk bulat ni dari jauh. Turun aje kat bus stop yang berhampiran. Dan menapaklah lebih kurang 10 minit ke sana. Saje je nak berhenti kat sini. Nak merasa naik jejantas besar cenggini. Sebabnya tak pernah nampak pun. Ada jakun sikit di situ ya. Pastu masuk pulak bangunan kat sebelah tu. Ha jangan tak tau... satu bangunan semuanya jual barang-barang salon. Dari syampu ke curler ke sikat sampailah ke kerusi salon.

Ada gak berkenan dengan make up case .... murah pulak tu. Harga tak sampai RM50 pun. Kalau kat Malaysia jangan haraplah. Cecah RM200 lebih gak. Berkira-kira nak beli ni..... Tapi bila fikirkan masih jauh lagi perjalanan....haruslah keluar dari bangunan tu dengan kekecewaan.
Akhirnya sampai pun kat hotel. Sebab hotel sebelah bangunan tu aje. Dengan confident Syieda naik lif. Sekali silap tingkat. Nasib baik kat sini tak de orang. Tak de la malu sangat. Lagipun boleh layan view jejantas dari atas.

China 13583km - Day 4

6 Dec 2015
Pagi ni terbangun awal la sikit dek tak selesa tidur dalam gerabak yang bergerak. Sikit-sikit terjaga sepanjang 11 jam perjalanan. Pak cik sleeper sebelah tetap nak berbual. Syieda pun main jawab je la ikut suka hati nak jawab apa. Beberapa minit nak sampai, ada inspector kereta api kutip slipper. Ingatkan dapat free. Ghupanya idok yer.

Akhirnya, jam 8 lebih sampailah Syieda di Xian. Ada sedikit keterujaan di situ ya. Sebab apa? Sebab memang plan nak makan aje apa yang ada kat sini.
Gitew la orang gems....ingat makan aje kerojenya.
Oleh sebab langsung tak membuang sepanjang berada kat dalam kereta api semalam, nampaklah toilet kat area-area situ. Gigih ni masuk. Sekali.......
Eh?? Apa ni? Pelik hokei toilet cenggini. Pastu nampak la pulak ada je yang tersenggih-sengih membuang tak reti nak tutup pintu. Adehhh.. Kecelakaan apakah ini??
Pastu ikut je orang ramai keluar train station. Eh??? Dah sampai dah? Kecik bebenar rasanya train station ni. Tapi tidak sebenarnya ya. Untuk ke waiting hall pula, memang besar sebab ada 2 tingkat.

Wallaaaa... keluar je memang dah tersergam gagah perkasa wall perimeter ni. Pastu ntah nape, Syieda pun senyum sendiri.  Nampak tak orang yang sedang mengangkut plastik putih tu? Kat sini memang pemandangan biasa kalau korang nampak pak cik - pak cik tua dok mengangkut barang yang 2 atau 3 kali ganda lebih besar dari badan mereka. Muka pula kemain cool aje. Serious gagah perkasa.
Cuaca pagi tu tak berapa memberangsangkan sangat. Aish....kabuslah pulak dah. Dari situ, terus berjalan kaki ke hotel. Tak susah pun nak ke hotel. Jalan straight aje. No belok-belok. Jiefang Lu memang betul-betul depan train station. Korang yang nak cari hotel, boleh consider area jalan ni.

Lepas jumpa hotel, lepak-lepak kejap, pukul 12 barulah bergerak. Plannya nak cari makanan. Walhal Syieda punya bahu naik rebeh mengangkat stok makanan dari Malaysia. Tetap nak gi makan kat luar.

Turun bawah, tanya receptionist haram tak faham. Macam biasalah accent kita kan tak sama. Dalam banyak-banyak perkataan disebut, tetiba ada lah satu perkataan tu yang dia faham. Terus bulat mulut dia cakap OO0000OO00000...

Hari ni nak ke Bell dan Drum Tower.  Bell Tower sebutnya Zhong Lou ye. Untuk ke sini, dari hotel kena menapak sikit untuk naik bas. Bas ambik betul-betul kat depan Xian Railway Station tadi. Area KFC. Owh ye, Kalau korang dari train station, kat jalan tu, ada McD belah kiri korang (which is jalan nak hotel Syieda). Side kanan ada KFC.  Tunggu aje bas nombor 611. Bas memang banyak. Sentiasa ada. Tambang pula 2 yuan. Macam mahal la pulak berbanding dengan Beijing. Ke Syieda silap?

Bas kat sini, tak berhenti di setiap bus stop yer. Bas akan berhenti kat bus stop yang ada nombor bas tu aje. Macamana nak tau?
Sonang ajer.....Kat bus stop ada tulis nombor bas. Tak pun kat jalan tar depan bus stop ada nombor bas. Senang sikit korang dah boleh siap-siap beratur ikut kotak yang telah disediakan.

Dalam bas ni tak de LED display. So agak payah. Nanti bila dengar aje announcement sebut "Lou" korang boleh turun. Stop ni betul-betul kat depan bell tower. Bell tower ni memang kat tengah-tengah roundabout. Kiranya, sebelum bas ikut roundabout tu, korang dah boleh turunlah ya. Gambar bawah yang banyak bas tu ialah tempat yang patut korang turun kalau naik bas 611.
Dari sini lalu underpass yang memang laluan utama nak ke jalan seberang. Kat bawah tu, memang sesak dengan orang ramai. Berjalanlah sampai ke Bell Tower Entrance. Oleh sebab acah-acah nak visit semuanya, Syieda beli terus tiket untuk masuk kedua-dua tower dengan harga RMB50.
Bell Tower ni ada beberapa tingkat. Layan jugaklah Syieda dok naik semua tingkat. Walaupun sepatah haram tak faham apa display tu punya riwayat hidup.
Memang kabus agak tebal time tu. Ntah jerebu ke bukan pun tak tau lah. Sebab masa Syieda datang ke China dulu, tengah sibuk cerita pasal jerebu negara kita dah dibawa angin ke China. Tapi tak de bau asap pulak. Bukan jerebulah agaknya.
Dari atas memang korang boleh nampak  starbuck cafe yang unik ni.
Tu diaaa... drum tower dari jauh.
Okeh mari kita gerak ke drum tower pulak. Untuk ke drum tower ni, kena lalu depan starbuck tadi. Paling win bangunan ni. Lama gak kot Syieda duduk kat tangga sana sambil perati je bangunan ni. Lawo kemain. Bangunan ni shopping complex agaknya. Ke hotel? Eh tak tau lah.
Oleh sebab dah bayar tiket combo, terus je masuk Drum Tower. Ramai jugaklah orang pada hari tu. Al-maklumlah Ahad katanyee..
Dari tingkat atas, memang boleh nampak ramai peniaga muslim kat bawah. Sebab inilah muslim quater yang orang dok cakap-cakap tu. Tapi tak ramai pun orang?

Jeng...jeng...

--> Selamat berpuasa korang. JB cuti niari. Sehari je la. Tapi Syieda cuti seminggu. mihmihmih

Ming Courtyard Hostel, Beijing


Sepanjang 2 malam kat Beijing, Syieda stay di Ming Courtyard Hostel. Hostel ni antara yang termurah berdekatan dengan Dongzhimen Station. Maklumlah, terminal akhir untuk airport express ialah Dongzhimen Stn. Tapi tak de la kena jalan kaki ke hostel dari Dongzhimen Stn tu. Still kena transfer line yang lain juga.

Route:
Airport Express --> Dongzhimen Stn
DongZhimen Stn --> Lama Temple @ Yonghegong Stn (Line 2)
Lama Temple --> Beixinqiao Stn (Line 5). - Exit C
Yang bestnya hostel ni, ialah struktur bangunannya. Nak rasa hidup era dynasty Ming, boleh datang ke sini. Siap ada courtyard bagai. Rasanya nak tidur bilik ala-ala era tu pun ada kot. Cuma mahallah sikit. Syieda bermalam dalam bilik berempat (female dorm) dengan harga RMB111.80 untuk 2 malam. Pada invoice hostelworld memang la tertulis cenggitu reganya ya. Tapi kat China ni, tak de nya sen-sen. Terus dibundarkan. Sediakan deposit RMB100 juga.

Kalau korang nak stay kat sini, Syieda boleh tolong guide kan sementara ingat lagi. Tapi kalau tersilap minta hampunnn....
--> Keluar je dari Beixianqiao Stn tu, jalan menghala ke kiri. Terus je. Otw tu, kat kanan korang akan nampak Language School macam gambar kat bawah. Ingatkan besar la signage nya, sekali....harem...kecil aje pon.
 
Macam tulah rupa lorong yang korang akan lalu hari-hari.  Dalam 15 minit gaklah muatan macam Syieda berjalan ke hostel. 
Bila korang jumpa simpang pertama jangan belok. Terus je. Sampailah jumpa simpang kedua. Ada kedai makan rupanya macam kat bawah ni kalau tak silap lah. Kat sinilah baru belok ke kanan dan teruslah berjalan sampai korang nampak lantern merah besar dengan pintu warna merah jugak.
Tak payah nak ketuk pintu dan beri salam bila masuk ya. Sebab reception counter memang ke dalam jauhnya. So tak de sape dengar kalau korang ketuk pintu pon.
Overall, bilik bersih. Toilet dan bilik mandi sharing yer konsepnya. Nasib baiklah bukak je pintu bilik ada toilet. Tapi water heater ambil masa nak berfungsi. Bertabahlah.

Cafe pun ada. Cuma sampai pukul 9 malam kot. So air panas pun sampai pukul 9 malam aje lah. Lain-lain tak de komplen.