16 Disember 2015
Kali ni flight memang on time. 10.40 malam aku berlepas. Bercerita tentang Chengdu Airport ni....kemain besar la hai. Waktu nak tunggu boarding, aku gelisah semacam sebab memikirkan tak de tempat nak lepak nanti bila sampai kat Kunming.
Ye la kan...eta dalam pukul 12.10 t/malam. Pulak tu, aku baca, Kunming Airport tak boleh nak lepak-lepak macam kat Beijing aritu. So memang aku tak keruan. Haruslah aku activate-kan data aku. Sebab airport wifi memang tak boleh nak go tru Betternet aku tuh. Check punya check..... ada satu Hotel Airport yang boleh booked hourly. Lagi bagus memang dalam airport. Tapi yang tak bestnya tak de cara untuk aku booked secara online dan katanya memang selalu penuh. Akhirnya aku pun pasrah dan tawakal aje la.
Aku agak macam flight aku ni last flight. Sebab retail department dah tutup semua dan banyak lampu dah mula ditutup. Keluar je dari arrival hall tu, aku terus bergerak ke arah Mac Donald yang ada kat belah kanan. Tup tup aku nampak signage ni.
Airport Hotel tu terletak kat tingkat dua. Dengan troli aku angkut semua beg naik ke tingkat 2. Bermulalah kisah adventure aku kat Kunming.
Waktu aku keluar dari lift, terus nampak meja receptionist. Aku pun tanyalah tentang bilik kosong untuk 4 jam. Waktu tu dah nak pukul 2 pagi kot dan aku nak gerak ke tempat lain esok seawal 6 pagi. Sekali amoi tu kata tak de. Waktu ni lah bermulanya kisah hazabedah aku. Oleh sebab masalah bahasa, aku dan dia tak berapa nak hadam apa yang masing-masing cakap. Tiba-tiba dia angkat tepon, dan bagi tau aku yg ada satu bilik kosong tapi kat wing lagi satu dan aku kena bayar harga untuk sehari. Oleh sebab aku dah terlalu penat, aku pun on.
Aku pun mula la menolak troli aku sampai la ke hujung. Semua pintu bilik tertutup sampailah kat satu bilik hujung sekali yang terbuka pintunya. Aku assume-kan mungkin itulah bilik aku. Biliknya memang tiptop. Lepas dah bersihkan diri aku pun terus naik atas katil dan beradu.
Tak lama lepas tu .................tetiba aku dengar bunyi sayup-sayup orang ketuk pintu bilik aku. Aku pun bingkas bangun. Waktu tu dalam pukul 4 pagi kot. Aku nengok ada 2 orang perempuan dan sorang laki-laki kat depan pintu bilik aku. Yang lelaki tu lengkap seragam askar. Ah sudah. Terus aku bukak pintu bilik aku. Aku pun tak berapa nak hadam apa yang dorang tanya. Asal nak tanya soalan kat aku mesti dorang pass-kan henpon dorang untuk aku translate-kan jawapan. Lama gaklah soal siasat pagi tu. Last-last baru aku faham apa masalah pagi tu.
Masalahnya ...terdapat kekeliruan antara aku dan amoi receptionist tadi. Aku memang tak tau, ada satu lagi kaunter reception kat wing ni. Patutnya, aku tak boleh terus masuk ke bilik. Aku kena la check-in bagai dulu kat kaunter reception wing ni. Mana lah aku tau kan. Sebab dari wing 1 tu, aku lalu jalan dalam untuk sampai wing 2. Sedangkan kaunter reception wing 2 tu ada kat belah luar. Al-kisahnya, askar tadi tu dah siap-siap nak check-in untuk bilik aku tu. Sekali dalam bilik tu berpenghuni. Haruslah dia tak puas hati. Last-last abam askar tu mengalah dan bagi aku bilik tu. Teruslah aku ke kaunter reception wing 2 untuk membayar rega bilik aku. Aish. Terus amoi tu offer morning call untuk aku. 😢
Pukul 6.30 pagi aku pun check-out. Memang haru-biru aku time tuh. Semua luggage aku simpan kat airport. Lepas tu aku pun menuju ke luar airport. Boleh pulak Kunming diselaputi salji yang lebat. Pagi ni aku kena naik bus 919D (ingat tau D yer. Sebab dalam net kata 919C) yang akan bawak aku direct ke South Coach Station.
Nak cari kaunter bus ni senang je. Keluar airport korang terus ke arah kiri korang. Hujung bangunan ada kaunter macam gambar kat atas.
Dengan tambang 13 yuan, bas terus bawak aku ke hentian terakhir iaitu South Coach Station. Aku pun pelik, pagi-pagi buta ni dari mana ntah datangnya ramai giler atok-atok yang bawak muatan berat kat belakang dorang.
Bas pagi ni berhentikan aku kat area bus station. Dari situ aku kena bergerak ke arah metro station. Sebabnya South Bus Station ni terletak berdepan dengan metro station(South Coach Station). Terkedek-kedeklah aku berlari sambil menikmati salji yang turun dengan lebat.
Dari sini aku terus beli tiket ke Yuanyang dengan harga 140yuan/way. Beli tiket tak susah sangat sebab nak ke Yuanyang tak de banyak sangat trip. Aku ambik pukul 10.20 pagi. Kemain sejuklah bangku kat waiting area ni ha sebab semuanya stainless steel. Aku ada gaklah tanya kat amoi yang berniaga situ tentang hotel yang berdekatan. Sebab bila aku balik dari Yuanyang nanti aku tak de tempat nak stay. Tapi hampeh aku tak faham apa yang dia tolong google-kan.
Bas aku ke Yuanyang bergerak tepat waktunya dan semua seat penuh. Yang makhluk lain cuma aku dengan satu family 4 beranak dari Singapore. On the way tu, ada roadblock. Oleh sebab polis tu nampak ada 5 orang alien, dia minta passport kitorang. Oleh sebab aku nampak singaporean tu bagi passport dorang, aku pun bagi gaklah. Aku tak sure apa yang polis tu buat dengan passport kitorang kat bawah sana tu. Tapi kejap lagi dia pulangkan semula.
Dalam pukul 6.30 petang, aku pun sampai lah di Xinji Town, Yuanyang. Perjalanan ke Yuanyang ni aku rasa sangat mencabar. Kalau ke Jiuzhaigao aritu scary, yang ni aku rasa lagi scary tahap dewa. Aku rasa jalan nya tak berturap dan terlalu berliku. Maklumlah, Yuanyang ni terletak di atas kawasan pergunungan.
Aku turun je dari bas aku macam tak tau nak ke mana. Sebabnya bila aku turun je dari bas...😮 be like. Eh??? ni je. Aku menuju ke arah kanan dan tak tau macamana nak cari hotel yang aku dah siap-siap booked. Kat sini pun satu masalah nak mencari hotel/hostel. Mungkin off-season la kot.
Owner hotel ni namanya Belinda. Kitorang berhubung melalui email. Fast reply. Tapi rupanya direction nak ke hotel dia tak berapa nak lengkap. Menjajau aku mencari hotel dia. Aku try tanya orang kat sana..semua tak faham. Yer la kan. Ni kan kawasan yang jauh dari bandar. So memang susah nak jumpa orang yang boleh berbahasa inggeris.
Yang menjadikan aku lebih cuak ialah hari makin gelap. Dan kabus makin tebal. Aku terus berjalan sampailah aku nampak ramai budak sekolah turun naik tangga. Tapi lepas dari tangga tu, aku tak nampak bangunan lain Aku patah balik dan kabus makin tebal. Aku pun try nasib tanya sorang budak perempuan ni dengan mak dia. Nasib baiklah dia faham apa yang aku tanya. Terus dia bawak aku gi hotel. Bila aku sampai, bukanlah hotel yang rupa hotel. Cuma rumah kedai. Tak lama lepas tu, aku dibawa ke dalam bilik aku di tingkat atas.
Dalam pukul 8 malam, Belinda pun ketuk pintu bilik aku dan tanya macam-macam. Risau naw dia bila nampak aku cuma makan megi. Akhirnya Belinda offer aku package untuk esok hari. Oleh sebab aku rasa macam penat je esok ditambah dengan cuaca yang tak berapa cantik...aku pun on je dengan harga package yang macam mahal tu. Dia kata pukul 6.30 pagi dia kan jemput aku untuk melihat sendiri keunikan Yuanyang.
Merasalah aku tidur kesejukan malam tu sebab bilik aku tu heater macam tak wujud jer.☃

2 comments:
penuh cabaran...jiwa kental saja yg lulus...terbaikk..
Nohas,
Bila travel solo ni..semua orang akan berjiwa kental. Tapi bila berada dalam comfort zone macam tak berapa nak kental je jiwa nih. Hihihi
Post a Comment