Pages

YING YOU LIAN GUESTHOUSE, XINJIE YUANYANG

Nengok lampu tu. Siap terpusing-pusing.
Oleh sebab aku pergi Yuanyang waktu off-season, nak cari hostel memang agak payah. Dan aku pun payah naw la nak jumpa kat mana-mana info tentang hostel kat sini. Yang aku jumpa ada satu ni (bukan dari blog) tentang trip sekumpulan student post grad yang datang ke sini 10 tahun yang lepas kalau tak silap aku. Dorang stay dengan owner ni lah.

Aku tak dapat nak share gambar hostel ni sebab aku pun menggagau mencari hostel ni. Hostel ni rumah kedai je pun. Better nanti korang email owner dia dan minta gambar hostel ni. Senang sikit nak cari nanti.

Once keluar je dari Xinjie Bus Station tu, ikut arah kanan which is macam berbukit sikit. Hostel belah kiri korang. Jalan kaki tak de la jauh mana. Dalam 2 ke 3 minit cenggitu.
 Tempat ni aku rasa macam tak berapa nak terurus sangat. Nasib bedbug tak dok. Heater pun aku rasa macam tak berfungsi. Ke tak wujud? Aku pun tak ingat sangatlah. Tapi blanket yang disediakan memang torbaik!

Rate semalam untuk standard twin ensuite  = 70yuan.

KUNMING AIRPORT HOTEL

Airport hotel ni memang betul-betul dalam airport. Kiranya tak payah keluar dari airport langsung. Masalahnya hotel ni punyalah payah nak booking. Aritu pun kira nasiblah dapat. Tapi ending tak seronok. Boleh refer entry aku kat Kunming sebelum ni.

Hotel ni terletak kat tingkat dua bagi kedua-dua wing. Once keluar je dari arrival hall tu, naik jelah lift kat kanan ke kiri korang dan terus ke 2F. Ada reception counter for each wing. Ingat tu. Jangan jadi sengal maacam aku aritu. 😉

Oleh sebab boleh stay secara hourly, tu yang susah nak booked. Tapi biasanya staf dorang yang banyak stay kat sini. Oleh itu, biasanya dorang terus je kira untuk semalam. 😱
 Bagi aku hotel ni memang best facilitiesnya. Seswai la sangat dengan harganya untuk semalam.



Rate untuk sehari ialah 455 yuan. Rate tu aku rasa ok sebenarnya kalau korang bawak dua ke tiga orang partner. Kalau solo macam aku memang paroh!.

Mrs Panda Hostel - Chengdu

Hostel ni memang dekat sangat dengan Xinanmen Bus Station. Nak ke sini tak susah sangat. Dari Jinjiang Metro Station (C1 entrance), korang akan nampak Minshan Hotel kat depan korang dan belah kanan korang ada Jinjiang Hotel. Jinjiang Hotel ni memang betul-betul kat corner Renmin South Road & Binjiang West Road.  Jalan je ikut arah Jinjiang Hotel kat kanan korang tu. Sampailah korang jumpa Jinjiang River yang ada kat sebelah hotel tersebut.

Selepas Jinjiang River tu ialah Linjiang West Road. Jalan ni kecil je. Korang lintas jalan dan gerak ke kiri. Macam ada hotel ke apa ntah kat tepi tu. Bangunannya besar. Pastu kat situ ada Subway Restaurant. Sebelah dia macam ada sekolah kalau tak silap aku. Jalan dalam 5 minit korang akan nampak Fiesta Thai Restaurant kat belah kanan.
Hostel ni kat sebelahnya je. Masuk entrance Traffic Hotel ni. Pastu ikut  kiri korang akan lead ke arah hostel. Dari luar memang tak nampaklah hostel ni.
Aku rasa ok je hostel ni. Lengkap serba serbi. Check-in dan check-out cepat. Staf pun baik dan ramah. Last day aritu, aku memang tak sempatlah nak post postcard sendiri. Aku minta dorang tolong belikan setem dan pos sekali. Ha postcard kat sinilah yang paling lambat aku dapat. Agaknya dorang terlupa nak post hagaknya 😳.

Yang pasti aku tak nampak pun lift. Abislah sape yang bawak luggage banyak-banyak.





Hari tu rate untuk single bed shared bathroom semalam ialah  98 yuan.

China- 13853km Day 15

17 Disember 2015
Seawal 6.30 pagi Belinda dah ketuk pintu bilik aku. Tazzabar agaknya dapat paw aku ni ha. Ishh.. Lepas tu kami berdua pun bertolak la ke Duoyishu Village yang dikatakan mempunyai view sunrise yang super ohsem! Lagi pun si Belinda bagitau yang dia ada satu lagi hotel area situ. Kiranya pagi tu memang dia nak gi menjenguk hotelnya sebab ada beberapa orang visitors yang stay kat situ.

Sebelum bertolak, Belinda belikan aku secawan susu. Mula-mula dia ajak aku makan kat salah sebuah kedai tak jauh dari hotelnya tu. Tapi aku explain la yang aku tak boleh makan itu ini. So dia belikan aku secawan susu badam. Sedap gilos la pulak.

Perjalanan boleh tahan jauh. Dah la gelap gelita. Oleh sebab kitorang bertolak super pagi, jadinya aku tak perlu bayar entrance fee. Biasanya kalau dah terang, memang semua visitor kena bayar entrance fee untuk masuk kawasan tersebut. Harganya aku tak surelah pulak.

Tiba-tiba si Belinda sakit perut. Dia cakap nak gi buang air. Aku pun ok kan aje la. Dia berhentikan van kat tepi jalan. Aku meninjau gaklah kat mana tempat dia nak membuang dari dalam van ni. Aku tak nampak apa pun sebab terlalu gelap gelita. Memang sah lah dia membuang ikut suka hati kat mana-mana aje tu. 😁

Dalam pukul 7.15 gitu aku pun sampailah ke hotelnya yang satu lagi. So dia pun tinggalkan aku kat depan hotelnya, sebab nak pass-kan roti yang baru dia beli tadi untuk guest-nya. Pastu dia pun bawaklah aku ke satu platform untuk menengok sunrise. Otw tu, dia ajak aku masuk mushroom house. Rumah-rumah ni memang tarikan kat sini sebab bentuk bumbung dia yang macam cendawan tu.
Oleh sebab dia membesar kat situ, jadinya dia kenallah beberapa owner rumah yang ada di area tersebut. Dia pun ajaklah aku masuk ke salah sebuah rumah tu. Pagi-pagi kot masuk rumah orang. Jadinya ada je yang tengah tidur. Pastu ada sorang nenek tu tengah menyediakan makanan untuk binatang peliharaannya. Korang rasa hape? Ermm tak lain tak bukan ialah oink oink. Haruslah binatang tu ada sekali dalam rumah.  Kejut beruk aku time tu. Terus cepat-cepat nak keluar. Yang Belinda pulak sibuk suruh aku ambik gambar. Memang taklah sebab suasana dalam tu memang gelap.

Aku rasa macam jauh je nak sampai platform tu. turun banyak tangga. Memang tak lah aku ingat nak pulang ke pangkal jalan nanti. Dalam masa yang sama aku menyesali nasib sebab boleh pulak tak bawak botol air yang aku tinggalkan dalam van si Belinda. Ermm...
Akhirnya aku pun sampailah di platform yang dimaksudkan. Tapi sepi je aku nengok. Ermm..
Kabus pagi tu terlalu tebal. Belinda sendiri mengakui bahawa tak pernah kabus setebal ni. Katanya lagi..... biasanya kejap je kabus tu. Jap lagi, beraraklah ia.

Akhirnya aku pun ditinggalkan sendirian kat situ. Memang gerunlah suasana waktu tu. Platform tu aku rasa sebesar court badminton. Tak sampai 5 minit, kabus tu makin banyak lah pulak. 😕View aku pun sangat terhad. Aku mulalah cuak. Kang sesak nafas ke apa ( sebab otak aku ligat berfikir kabus ni macam asap ke camana). Aku memang tak dapat nak gerak langsung sebab memang tak nampak apa yang ada kat depan aku. Scary tahap dewa aku time tuh! Sawah padi memang jangan cakaplah. Haram aku tak nampak.
Oleh sebab tak nampak apa-apa, dan aku rasa macam kabus tu nak kepung aku, aku pun try turun ke area sawah padi. Kejut beruk aku apabila ternampak susuk tubuh orang. Ha...rupanya ada pun makhluk lain. Tapi pak cik ni cool aje. Tiba-tiba aku dengar bunyi yang tak berapa nak sedap sangat. Aku meninjau-ninjau gaklah kat mana datangnya bunyi tu. Ha ambik ko...rupanya bunyi orang sedang memerut. Suwei betul. Conclusion-nya, orang kat sini boleh memerut suka hati kat mana-mana walaupun ada disediakan public toilet. Tapi toilet tu pun aku nengok macam scary je kejadiannya. Mungkin ada 🐍 bersembunyi kat dalam bowl. Agaknyalah.

Dalam setengah jam kemudian, adik Belinda fetch aku kat platform tadi untuk balik ke hotelnya semula. Kali ni memang aku rasa macam nak putus nyawa. Tercungap-cungap aku dibuatnya sebab kekurangan oksigen. Padahal waktu ni oksigen punyalah banyak.

Memandangkan semua guest Belinda nak check-out, dia pun offer dorang untuk hantar ke Xinjie dengan bayaran. Kalau tak silap aku 20yuan kot. Tapi yang nak join cuma 3 orang. Yang lain nak jalan kaki aje.

Actually, kalau cuaca baik memang best jalan kaki sambil nengok view sawah padi. Kalau korang nak nengok kecantikannya, boleh je google Yuanyang rice terrace. Patutnya winter memang cantik kejadiannya, sebab sawah penuh dengan air. Jadinya reflection cahaya matahari kat air dalam bendang tu yang membuatkannya cantik tahap dewa. Tapi hari tu sampai pukul 11.00 pagi pun aku tak nampak kewujudan matahari. Memang stress aku time tu. Kalaulah aku ada 2 atau 3 hari gap sebelum fly balik Malaysia, memang aku nak stay lagi kat sini. Sebab tiket bas nak balik ke Kunming aku belum beli pun.
Oleh sebab si Belinda ni rasa macam ralat je aku tak dapat nengok Hani paddy terraces tu, dia pun bawak la aku ke pasar pagi. Waktu aku turun tangga tu, aku nampak ramai sangat orang berkerumun kat satu area ni. Aku pun teruja ni nak nengok ada apa. Belum sempat aku join, aku nampak kat jalan penuh dengan hasil buangan binatang. Aku rasa mesti ni sisa buangan si babi hitam. Rupanya betul kooooo... Berebut-rebut dorang nak beli babi hitam yang bulat-bulat badannya tu. 3 orang minah omputih tu beria gi nengok babi-babi hitam dalam kandang tu. So aku pun blah dari situ. Pastu aku tak tau nak gi mana. Kang kalau aku masuk pasar basah dia, lain pulak yang ada. Aku diri je kat satu corner ni sambil nengok orang ramai yang datang ke pasar pagi tu.

Laaaa... arini baru aku perasan....dalam gambar kat atas ni ada logo halal. Means ada makanan halal la kat sini. Ish rugi aku!


Tak lama lepas tu, Belinda pun datang dengan bawa 2 plastik ni. Rupanya halia. Dia cakap tu untuk stok seminggu. Kadang-kadang tak cukup. Banyak betul dorang makan halia untuk panaskan badan kat sini eh.
Oleh sebab cuaca tak berpihak pada aku, akhirnya aku pun pulanglah ke Xinjie semula. Aku rasalah kan, kalau korang berjalan kaki pastu boleh je tahan mana-mana kereta untuk tumpang ke Xinjie. Sebabnya waktu aku nak balik tu, sorang pakcik tahan van Belinda dan bayar 1yuan.

Belinda hantar kami berempat ke bus station kat Xinjie dalam pukul 12.15 t/hari cenggitu. Belinda tolong belikan tiket bas kami ke Kunming jam 12.30t/hari. Lepas dah buhbai dengan Belinda, aku ngan salah sorang solo traveller tu nak cari toilet. Aku ingatkan dia taulah  berbahasa mandarin. Rupanya sama-sama lemau macam aku. Nak tanya toilet kat mana siap minah tu mencangkung sambil buat bunyi. Barulah dorang paham. Haru betul.

Banyak-banyak toilet yang aku pergi..... yang ni paling melampau sebab kena bayar 1.5 sen cenggitu. Dah la air tak de. Bila masuk je..kami saling berpandangan. Masing-masing buat muka terkulat-kulat sambil cakap..OK.
Ko ghase??
Haruslah aku cop paling belakang sekali. Hiks. Nasib baik aku dah siap-siap rembat tissue dari hotel tadi. Tepat jam 12.30 bas bergerak. Hari tu aku tak de seat partner. Haruslah seronok. Sebab bas kat sini memang tak de leg room yang luas.

Dalam sejam kemudian, minah omputih tu turun kat Nansha. Kat sini lebih maju. Ada banyak bangunan besar. Bila aku tanya dia tadi nak cari apa kat Nansha, dia kata tak tau. Saje je nak nengok Nansha untuk 2 malam. Kalau aku memang idok lah cenggitu.
Nansha
Asal naik bas je mesti aku tertidur. Jadi aku tak surelah view cantik ke idok.

Kalau tak silap aku, bas akan berhenti dua kali cenggitu. Waktu bas nak bergerak baru aku perasan ada restoren halal. Dah la aku kelaparan.

Sampai je kat South Bus Station, aku mengagau nak cari hotel. Hotel tu pun aku booked semalam masa kat Yuanyang. Jadinya aku  yakinlah aku memang akan sesat barat malam tersebut. Oleh sebab nampak aku macam terkulat-kulat nak naik metro ke hotel, dua orang minah omputih yang naik bas sama dengan aku tadi,  ajak bersaing dengan dorang. Baik giler. Dorang turun 3 station lebih awal daripada aku. Punyalah susah aku mencari hotel aku ni. Padahal hotel berada kat depan mata aku. Sama sengal dengan mamat cina yang aku tanya tu. 

Akhirnya aku sampai hotel pukul 11 malam. Penat toksah cakap lah.....................

China - 13853km (Kunming) - Day 14

16 Disember 2015
Kali ni flight memang on time. 10.40 malam aku berlepas. Bercerita tentang Chengdu Airport ni....kemain besar la hai. Waktu nak tunggu boarding, aku gelisah semacam sebab memikirkan tak de tempat nak lepak nanti bila sampai kat Kunming.

Ye la kan...eta dalam pukul 12.10 t/malam. Pulak tu, aku baca, Kunming Airport tak boleh nak lepak-lepak macam kat Beijing aritu. So memang aku tak keruan. Haruslah aku activate-kan data aku. Sebab airport wifi memang tak boleh nak go tru Betternet aku tuh. Check punya check..... ada satu Hotel Airport yang boleh booked hourly. Lagi bagus memang dalam airport. Tapi yang tak bestnya tak de cara untuk aku booked secara online dan katanya memang selalu penuh. Akhirnya aku pun pasrah dan tawakal aje la.

Aku agak macam flight aku ni last flight. Sebab retail department dah tutup semua dan banyak lampu dah mula ditutup. Keluar je dari arrival hall tu, aku terus bergerak ke arah Mac Donald yang ada kat belah kanan. Tup tup aku nampak signage ni.
 Airport Hotel tu terletak kat tingkat dua. Dengan troli aku angkut semua beg naik ke tingkat 2. Bermulalah kisah adventure aku kat Kunming.

Waktu aku keluar dari lift, terus nampak meja receptionist. Aku pun tanyalah tentang bilik kosong untuk 4 jam. Waktu tu dah nak pukul 2 pagi kot dan aku nak gerak ke tempat lain esok seawal 6 pagi. Sekali amoi tu kata tak de. Waktu ni lah bermulanya kisah hazabedah aku. Oleh sebab masalah bahasa, aku dan dia tak berapa nak hadam apa yang masing-masing cakap. Tiba-tiba dia angkat tepon, dan bagi tau aku yg ada satu bilik kosong tapi kat wing lagi satu dan aku kena bayar harga untuk sehari. Oleh sebab aku dah terlalu penat, aku pun on.

Aku pun mula la menolak troli aku sampai la ke hujung. Semua pintu bilik tertutup sampailah kat satu bilik hujung sekali yang terbuka pintunya. Aku assume-kan mungkin itulah bilik aku. Biliknya memang tiptop. Lepas dah bersihkan diri aku pun terus naik atas katil dan beradu.

Tak lama lepas tu .................tetiba aku dengar bunyi sayup-sayup orang ketuk pintu bilik aku. Aku pun bingkas bangun. Waktu tu dalam pukul 4 pagi kot.  Aku nengok ada 2 orang perempuan dan sorang laki-laki kat depan pintu bilik aku. Yang lelaki tu lengkap seragam askar. Ah sudah. Terus aku bukak pintu bilik aku. Aku pun tak berapa nak hadam apa yang dorang tanya. Asal nak tanya soalan kat aku mesti dorang pass-kan henpon dorang untuk aku translate-kan jawapan. Lama gaklah soal siasat pagi tu. Last-last baru aku faham apa masalah pagi tu.

Masalahnya ...terdapat kekeliruan antara aku dan amoi receptionist tadi. Aku memang tak tau, ada satu lagi kaunter reception kat wing ni. Patutnya, aku tak boleh terus masuk ke bilik. Aku kena la check-in bagai dulu kat kaunter reception wing ni. Mana lah aku tau kan. Sebab dari wing 1 tu, aku lalu jalan dalam untuk sampai wing 2. Sedangkan kaunter reception wing 2 tu ada kat belah luar. Al-kisahnya, askar tadi tu dah siap-siap nak check-in untuk bilik aku tu. Sekali dalam bilik tu berpenghuni. Haruslah dia tak puas hati. Last-last abam askar tu mengalah dan bagi aku bilik tu. Teruslah aku ke kaunter reception wing 2 untuk membayar rega bilik aku. Aish. Terus amoi tu offer morning call untuk aku. 😢

Pukul 6.30 pagi aku pun check-out. Memang haru-biru aku time tuh. Semua luggage aku simpan kat airport. Lepas tu aku pun menuju ke luar airport. Boleh pulak Kunming diselaputi salji yang lebat. Pagi ni aku kena naik bus 919D (ingat tau D yer. Sebab dalam net kata 919C) yang akan bawak aku direct ke South Coach Station.
Nak cari kaunter bus ni senang je. Keluar airport korang terus ke arah kiri korang.  Hujung bangunan ada kaunter macam gambar kat atas.
Dengan tambang 13 yuan, bas terus bawak aku ke hentian terakhir iaitu South Coach Station. Aku pun pelik, pagi-pagi buta ni dari mana ntah datangnya ramai giler atok-atok yang bawak muatan berat kat belakang dorang.

Bas pagi ni berhentikan aku kat area bus station. Dari situ aku kena bergerak ke arah metro station. Sebabnya South Bus Station ni terletak berdepan dengan metro station(South Coach Station). Terkedek-kedeklah aku berlari sambil menikmati salji yang turun dengan lebat.
Dari sini aku terus beli tiket ke Yuanyang dengan harga 140yuan/way. Beli tiket tak susah sangat sebab nak ke Yuanyang tak de banyak sangat trip. Aku ambik pukul 10.20 pagi. Kemain sejuklah bangku kat waiting area ni ha sebab semuanya stainless steel. Aku ada gaklah tanya kat amoi yang berniaga situ tentang hotel yang berdekatan. Sebab bila aku balik dari Yuanyang nanti aku tak de tempat nak stay. Tapi hampeh aku tak faham apa yang dia tolong google-kan.
Bas aku ke Yuanyang bergerak tepat waktunya dan semua seat penuh. Yang makhluk lain cuma aku dengan satu family 4 beranak dari Singapore. On the way tu, ada roadblock. Oleh sebab polis tu nampak ada 5 orang alien, dia minta passport kitorang. Oleh sebab aku nampak singaporean tu bagi passport dorang, aku pun bagi gaklah. Aku tak sure apa yang polis tu buat dengan passport kitorang kat bawah sana tu. Tapi kejap lagi dia pulangkan semula.

Dalam pukul 6.30 petang, aku pun sampai lah di Xinji Town, Yuanyang. Perjalanan ke Yuanyang ni aku rasa sangat mencabar. Kalau ke Jiuzhaigao aritu scary, yang ni aku rasa lagi scary tahap dewa. Aku rasa jalan nya tak berturap dan terlalu berliku. Maklumlah, Yuanyang ni terletak di atas kawasan pergunungan.
 Aku turun je dari bas aku macam tak tau nak ke mana. Sebabnya bila aku turun je dari bas...😮 be like. Eh??? ni je. Aku menuju ke arah kanan dan tak tau macamana nak cari hotel yang aku dah siap-siap booked. Kat sini pun satu masalah nak mencari hotel/hostel. Mungkin off-season la kot.

Owner hotel ni namanya Belinda. Kitorang berhubung melalui email. Fast reply. Tapi rupanya direction nak ke hotel dia tak berapa nak lengkap. Menjajau aku mencari hotel dia. Aku try tanya orang kat sana..semua tak faham. Yer la kan. Ni kan kawasan yang jauh dari bandar. So memang susah nak jumpa orang yang boleh berbahasa inggeris.

Yang menjadikan aku lebih cuak ialah hari makin gelap. Dan kabus makin tebal. Aku terus berjalan sampailah aku nampak ramai budak sekolah turun naik tangga. Tapi lepas dari tangga tu, aku tak nampak bangunan lain Aku patah balik dan kabus makin tebal. Aku pun try nasib tanya sorang budak perempuan ni dengan mak dia. Nasib baiklah dia faham apa yang aku tanya. Terus dia bawak aku gi hotel. Bila aku sampai, bukanlah hotel yang rupa hotel. Cuma rumah kedai. Tak lama lepas tu, aku dibawa ke dalam bilik aku di tingkat atas.

Dalam pukul 8 malam, Belinda pun ketuk pintu bilik aku dan tanya macam-macam. Risau naw dia bila nampak aku cuma makan megi. Akhirnya Belinda offer aku package untuk esok hari. Oleh sebab aku rasa macam penat je esok ditambah dengan cuaca yang tak berapa cantik...aku pun on je dengan harga package yang macam mahal tu. Dia kata pukul 6.30 pagi dia kan jemput aku untuk melihat sendiri keunikan Yuanyang.

Merasalah aku tidur kesejukan malam tu sebab bilik aku tu heater macam tak wujud jer.☃