Pages

Rainforest Tree House, Johor

DAY 2
Good morning peeps!
Kami dari tingkat atas. 😃 Dengan tak mandi kami terus ke common hall untuk breakfast. Lantakkan aje.
Breakfast memang kena la dengan selera. Nasi lemak. Cukuplah untuk mengganti semula lelemaks yang hilang time mendaki semalam. huhuhuhu...

Settle makan, ada geng aku nak join jungle trekking...tapi yang banyak lelemaks ni stay je kat sini sambil makan megi. Ko ghase???
Kita ambil peluang gi mandi dulu. Sejuk kemain air kat sini. Al-maklumlah air dari gunung. 
Lepas mandi gasak stay semula kat common hall. Jangan harap la aku nak naik rumah. Huhuhu...
Kat sini lepas makan kena cuci pinggan dan cawan. sendiri ye. Yang dalam mangkuk tu ialah abu kayu. Digunakan sebagai pengganti sabun. Haruslah segalanya secara alami....

Total kerugian RM100/pax. Sebab rumah kami tu RM600 semalam include makan malam dan sarapan pagi.

So korang boleh la try untuk percutian akan datang. Memang sis rekemen 👍

Rainforest Tree House, Johor

Hello semua. Ni aku nak share satu trip yang dah lebih setahun dengan bff. Trip ni sangatlah seswai untuk pencinta alam semula jadi. Sebabnya korang akan rasa sangat dekat dengan alam semesta gitew.

Otw ke sana kami sempat lagi pekena burasak. Tau apa tu? Aku ni pun tak de la tau sangat. Rugi woi tak merasa makanan tradisi orang bugis.
Burasak ni kalau nak ikutkan gambar atas --> yang dalam daun pisang atas sekali. Biasanya dah siap-siap dibungkus 10 keping. Rasa? Macam nasi lemak yang dipadatkan. Makan pulak dengan kuah asam pedas ikan parang. Memang meletop rasanya. Kuah asam pedas tu pun bukan macam yang kita masak hari-hari tu. Ada cara tersendiri bila nak masak.

Selain tu, korang boleh gak rasa lepat lui (gambar bawah). Pun sedap. Tau je la aku ni yang memang suka makanan berlemak. Ahahahaha...
Kalau korang datang area Pontian/Pekan Nenas ni memang banyak jumpa makanan orang Bugis. Yang famous area hospital (tapi aku tak pernah rasa lagi). Yang kami makan ni area balai bomba ke area dewan. Aku pun tak ingat sangatlah. Yang penting, dari Skudai, gerai ni kat belah kanan korang. Gerai bawah pokok je.
Done makan, kami teruskan perjalanan. Kami akan bermalam di "Raintree Forest House" yang terletak di kaki Gunung Pulai. Jauh gak aku rasa nak ke sini. Korang kena ikut signage ke Gunung Pulai.

Sampai je, untuk check-in dah terasa mesra dengan alam gitew. Dari tempat tinggal, makan dan segala-galanya secara alami.
Selesai urusan check-in bermulalah aktiviti menahan kekuatan fizikal dan mental. Haruslah korang mendaki bukit nak sampai kat rumah masing-masing. Route tak mencabar langsung ye. Tapi tu la ha.. aku ni yang tak fit. Macam mintak nyawa!
Hari tu kami booked untuk rumah yang paling tinggi dan paling besar. Waktu tu kalau tak silap aku cuma ada 6 buah rumah je kot. Tapi rasanya macam dah bertambah sekarang.
Yesssss kitorang akan tido atas pokok. Rumah kitorang tu dua tingkat. Dapatlah menampung 6 orang. 3 orang tido tingkat bawah. 3 orang lagi tingkat atas.
Naik je tangga ni aku dah start buat plan, bila nak gi toilet. Al-maklumlah toilet kat bawah. Memang sekali je la aku ke tandas nampaknya. Huhuhuhu
Once kat atas, korang memang akan relax. Dapat baring-baring sambil dengar kicauan burung dan unggas. Tido pun boleh terlajak tau. Hehehehe...
Kat dalam rumah ni disediakan kipas. Memang rasa selesalah. Memandangkan aku ni mengangkut beban 1 tan, aku dan beberapa orang geng yang lain, takat bergossip jelah kat atas ni. Yang lain, dah siap gi mandi waterfalls. Seronok nampaknya...

Package stay kat sini sekali dengan dinner dan b'fast.So untuk dinner korang kena gerak ke common hall yang tak jauh dari situ. Kat sini, semua penghuni akan berkumpul. Borak-borak sambil dengar cerita owner rumah pokok ni.
Malam tu kami makan mi. Bahan untuk mi ni pun semuanya berasaskan tumbuhan je. Ayam ke daging ke seafoods ke yilek. Memang seswai la untuk yang nak diet. Rasa mi tu pun tawar je. Nak masin boleh letak sendiri kicap yang disediakan.
Dalam pukul 11 malam kami pun nak beradu. Sebelum tu singgah la toilet siap-siap. Toilet ada kat bawah sekali. Setiap rumah ada sebuah toilet masing-masing.
Yang lebih specialnya, setiap rumah ada kelambu. Bolehlah feeling-feeling princess ye. Huk-huk.
Setiap rumah jugak disediakan sebuah jumbo box. Sebagai safety. Box tu untuk isi makanan yang dibawa. Sebab katanya malam-malam ada tikus besar akan selongkar makanan korang. Dah aku ni tak boleh tido disebabkan cerita tikus besar tu. Hahahaha.. Asyik terjaga tengah malam. Nasib baik tak jumpa. Else....😢

China- 13853km Budget

Akhirnya..habis pun entries tentang China yang dah makan hampir 2 tahun lamanya. Makin lama makin sendu je aku rasa feeling nak gi travel ni. Nape eh? Sindrom orang yang dalam proses penuaan ke ni?

Walhal aku nengok ramai orang yang lebih berumur daripada aku kat luar sana masih gigih travel bagai. Ermm kena buat warming up ni. 😡 So untuk entry ni aku nak share kat korang budget trip China aku aritu.

Untuk tiket gi China memang aku tunggu time sale. Tapi aku nengok harganya tak de la macam sale sangat pun. 😎 Cuma part balik tu ya hampunnnnn aku main grab je lebih kurang sebulan sebelum bertolak kalau tak silap. Memang cekik darah la harganya. Ditambah pulak aku beriya sangat membeli luggage sampai 40kg. 😂 Shopping nya tak jugak.

KL-Beijing RM290
Kunming - KL - 1117yuan

BEIJING
As kapal terbang landed dekat Terminal 2, sempatlah melelapkan mata barang sejam dua kat airport. Pukul 6.30 pagi naik airport express (train) yang terletak di tingkat bawah untuk ke Dongzhimen. Dongzhimen ni lebih kurang 30 mins cenggitu dari airport. Di Dongzhimen stn nilah aku gi beli Yukatong kad untuk memudahkan turun naik metro/bas. Yukatong ni berfungsi lebih kurang macam touch n go dan boleh dapatkan semula deposit waktu pulangkan kad tersebut.

Airport Express - 25yuan
Yukatong - 120yuan (termasuk 20yuan deposit).

Lepas letak beg dekat hostel aku try usha tiket kereta api kat Beijing Railway Station. Boleh beli kat window 16 yang boleh kecek omputih. Tiket tren tu aku try soft sleeper, hard seat dan bullet train.😊

Ming Courtyard (hostel) - 112 yuan  (2 nites)
Tiket train (Xian/ Zhangye/ Lanzhou) - 749yuan
Jishan Park entrance fee - 3 yuan

Untuk trip aku ke Mutianyu Great Wall, aku guna Yukatong je. Kecuali transport dari Huairou Bus Stn ke Mutianyu. Gi great wall pakailah banyak-banyak sun block walaupun ko gi musim winter.

Mini van - 40yuan
Mutianyu entrance fee + shuttle - 155yuan
Beijing World Park entrance fee - 100yuan
Luggage storage- 30 yuan

XIAN
Kalau korang memang macam aku jenis bawak luggage banyak, boleh stay dekat Viena Hotel, Xian. Hotel ni aku rasa dekat je dengan railway station. Plus bilik pun agak spacious. Lagipun nak jalan-jalan kat sini aku naik bas ting tong aje. Mudah dan murah.

Viena Hotel - RM107/nite
Public transport (bus) - 2 yuan/way
Bell & drum tower entrance fee - 50yuan
Luggage storage kat railway stn - 20 yuan
Bus to terracotta army  - 7 yuan/way
Terracotta army museum - 120yuan

ZHANGYE
Untuk trip kat Zhangye ni aku tak tau macamana nak bagi direction yang tepat. Sebab banyak pakai instinct. Kalau korang jenis gamble boleh je ikut guide yang aku dah bagi dalam post-post yang sebelum ni.😉

Bus #1 train stn - drum tower - 1.5 yuan
Bus #4 drum tower - West Bus Stn - 1yuan
7 Days Premium Zhangye Bus Station Branch Hotel -RM171.96 (2 nites)
Bus to Danxia Rainbow Landforms- 10yuan/way
Danxia Landforms entrance fee + shuttle - 60yuan
Taxi hotel - Zhangye Xi Railway Stn - 10yuan
Lanzhou West Stn - Airport - 26yuan
Flight Lanzhou - Chengdu - 433yuan

CHENGDU
Semasa kat Chengdu, memang kad atm aku tak boleh guna langsung kat atm depan pintu masuk Xinnanmen Bus Stn waima kat Bank of China sebelah Jinjiang Hotel pun tak lepas. Hampeh.
Yang lepas masa kat dalam Metro Jinjiang Hotel je.😠
Naik metro kat Chengdu ni pun aku beli tiket kat mesin. Senang je. Lebih kurang 2yuan setiap perjalanan.

Chengdu Airport JS Express Hotel - RM63
Airport bus - 10yuan/way
Cloud Atlas Hostel - 44yuan/nite
Bus to Jiuzhaigou - 130yuan
Bus Jiuzhaigou - Chengdu - 140yuan
Angelie Hotel - 392yuan (2nites)
Transport to and from Jiuzhaigao Bus Stn - 40yuan
Jiuzhaigao entrance fee + shuttle - 160yuan

Sedihla bila Jiuzhaigao dah tak cantik macam dulu lagi due to gempa bumi baru-baru ni.😭😭

Chengdu Mrs Panda Hostel - 86 yuan/nite
Panda Breeding Centre - 58yuan
Chengdu Metro - 50yuan
Flight Chengdu - Kunming - 62€

KUNMING
Airport Hotel kat Kunming Airport ni boleh tahan luas dan bersih. Tapi nak dapat tido situ memang hazablah sebab sentiasa fully booked.

Airport Hotel - 455yuan
Airport bus - South bus stn - Airport - 26yuan
Yuanyang tiket bas - 140yuan/way
Yuanyang Hotel - 60yuan/nite
Yuanyang tour - 300yuan
Kunming metro - 6yuan
7 Days Inn Kunming Hotel- 177yuan/nite

Yuanyang  tour tu tak  payah pun tak  pe sebenarnya. Aku gi  ambik  tour tu sbb malas  nak cari  transport  bagai. So merasalah kena ketuk  dgn  masyarakat setempat.  😂

Total : RM4488
Tapi aku ikut rate 2017. Walhal trip aku 2015. 🙈
Kira ok la kot untuk trip 16 hari.

Wassalam....

China- 13853km Day 16

18 Disember 2015
Berpeluh dalam kesejukan aku pagi tu berjalan ke metro station. Jauh gaklah menapak. Naik Metro Line 1 aku terus berhenti semula kat South Coach Station. Sebabnya pagi ni aku plan nak shopping sikit. Tau aje lah aku memang tak membeli apa pun sebelum ni.

Turun je dari metro station, aku terus menuju ke Luosiwan Wholesale Store. Memang popular tempat shopping ni. Nak navigate pun tak susah. Kat depan bus station yang turunkan korang dari aiport semalam tu je. Actually Luosiwan ni ada lebih kurang 4 ke lebih bangunan yang bersambung-sambung. Memang besar yang amat.

View dari bus station facing Luosiwan Wholesale Store
Ada 4 level. Each level jual benda yang berbeza. Nak terpatah kaki aku berjalan. Sudahnya aku tak beli apa-apa pun kecuali shirt untuk  bapak aku  dengan cabin bag. Sebabnya aku dah tak larat nak pikul backpack aku lagi.

Oleh sebab aku mengejarkan masa, memang aku tak sempat langsung nak tawaf bangunan tersebut sepenuhnya. Sebenarnya, aku pun mengejarkan masa nak makan kat satu kedai halal sebaris dengan bus station kat luar sana. Tapi bila dah tak sempat cengini, aku beli stinky tofu dan keledek betul-betul sebelum melintas ke bus station. Ini percubaan kedua aku untuk makan stinky tofu. Sekali masa kat Xian aritu. Memang ke dalam tong sampah lah jawabnya. Tapi yang ini...memang super duper sedap koooo..👍 Lokasi stinky tofu tu betul-betul kat tepi jalan yang dijual dari atas motor.

Akhirnya aku sampai airport dalam pukul 2 petang. Retail department kat sini pun mengecewakan aje. Sudahnya aku melangut sambil makan keledek yang aku beli tadi sambil menunggu flightku bertolak ke Malaysia pukul 5.40 petang.


Sepanjang perjalanan memang haru biru flight malam tu. Malaysian cuma aku sorang je. Pulak tu duduk betul-betul kat belakang. Dorang suka suki berjalan walaupun kena fasten seat belt. Pastu asyik mintak air je kat FA. Mula-mula dorang layanlah. lama-lama maunya dorang nak layan. Pastu kejap lagi captain berjalan ke galley. Dia siap tanya FA, "Orang kita tak de ke?". Terus aku angkat tangan. Nampak sangat la aku kepoh-kepoh duduk mendengar perbualan dorang 😊

Aku pun berboraklah dengan FA malam tu. Akhirnya aku dah tau kenapa bila nak take off kena bukak shades tu. Nampak tak punyalah kepoh aku ni. Sebelum balik, FA bagi aku cuppies ni sebab dia kata mesti aku stress sepanjang perjalanan tadi. Hiks.
Maka tamatlah pengembaraan aku selama 16 hari di bumi China. Ambik masa lebih setahun untuk aku habiskan entry ni. Adoiii...

7 DAYS INN KUNMING RAILWAY STATION BRANCH

Bila aku kat China aritu, memang aku rekemen untuk stay kat 7 Days Inn ni. Ada banyak cawangan. Bagi aku berbaloi dengan ratenya. Dan lagi satu aku tak ingat sebenarnya masa kat Kunming aku stay cawangan yang mana. Boleh gitu? Maafkanlah mak...mak dah tua. Banyak sel otak tak berhubung.👵

Turun je dari Metro Station aku dah kelam kabut sebab aku tak tau nak jalan arah mana. Ini lah bahana bila booked hotel time dah suntuk. Aku booked hotel ni semalamnya. Jadinya banyak yang aku tak hadam sangat route ke hotel. So aku tak boleh nak guide korang camana nak gi sini. Malam tu aku rasa aku jalan jauh sangat. Keluar masuk jalan gelap. Konsep nya redah sajork!

Beijing Rd ni besar alam. Banyak bangunan besar dan hotel-hotel mewah. Kalau nak ikutkan, aku rasa tak jauh pun dari tren station. Hotel ni bukanlah betul-betul kat depan main road tu yer. Dia agak tersorok sikit kat belakang. Gambar bawah ialah view bertentangan dari hotel ni.
Aku suka hotel ni sebab bersih dan facilities semuanya baru. Memang selesalah kata orang tua. Eh?


Rate untuk semalam = 177yuan.  Kalau berdua bolehlah murah sikit.

YING YOU LIAN GUESTHOUSE, XINJIE YUANYANG

Nengok lampu tu. Siap terpusing-pusing.
Oleh sebab aku pergi Yuanyang waktu off-season, nak cari hostel memang agak payah. Dan aku pun payah naw la nak jumpa kat mana-mana info tentang hostel kat sini. Yang aku jumpa ada satu ni (bukan dari blog) tentang trip sekumpulan student post grad yang datang ke sini 10 tahun yang lepas kalau tak silap aku. Dorang stay dengan owner ni lah.

Aku tak dapat nak share gambar hostel ni sebab aku pun menggagau mencari hostel ni. Hostel ni rumah kedai je pun. Better nanti korang email owner dia dan minta gambar hostel ni. Senang sikit nak cari nanti.

Once keluar je dari Xinjie Bus Station tu, ikut arah kanan which is macam berbukit sikit. Hostel belah kiri korang. Jalan kaki tak de la jauh mana. Dalam 2 ke 3 minit cenggitu.
 Tempat ni aku rasa macam tak berapa nak terurus sangat. Nasib bedbug tak dok. Heater pun aku rasa macam tak berfungsi. Ke tak wujud? Aku pun tak ingat sangatlah. Tapi blanket yang disediakan memang torbaik!

Rate semalam untuk standard twin ensuite  = 70yuan.

KUNMING AIRPORT HOTEL

Airport hotel ni memang betul-betul dalam airport. Kiranya tak payah keluar dari airport langsung. Masalahnya hotel ni punyalah payah nak booking. Aritu pun kira nasiblah dapat. Tapi ending tak seronok. Boleh refer entry aku kat Kunming sebelum ni.

Hotel ni terletak kat tingkat dua bagi kedua-dua wing. Once keluar je dari arrival hall tu, naik jelah lift kat kanan ke kiri korang dan terus ke 2F. Ada reception counter for each wing. Ingat tu. Jangan jadi sengal maacam aku aritu. 😉

Oleh sebab boleh stay secara hourly, tu yang susah nak booked. Tapi biasanya staf dorang yang banyak stay kat sini. Oleh itu, biasanya dorang terus je kira untuk semalam. 😱
 Bagi aku hotel ni memang best facilitiesnya. Seswai la sangat dengan harganya untuk semalam.



Rate untuk sehari ialah 455 yuan. Rate tu aku rasa ok sebenarnya kalau korang bawak dua ke tiga orang partner. Kalau solo macam aku memang paroh!.