Pages

Hello darling! - Sydney Day 3

2 Disember 2017

Pagi ni ada happy sikit sebab bilik telah di upgrade dek ekon yang tak berfungsi semalam. Maka sempatlah aku breakfast dengan mi segera yang di import khas dari Malaysia. Oleh sebab ada travel mate yang teringin nak makan buah-buahan Australia, tour guide kami pun bawalah kami ke pasar.

Flamington Farmer's market
Majoriti yang datang mesti bawa pulang berkotak-kotak barang as market ni punyalah besar. Yang bestnya setiap building tu hanya menjual barang tertentu aje. Jadinya kami terus ke building buah-buahan sebab aim kami hanyalah buah-buahan. Memang sedaplah mata kami dicuci pagi tersebut.
Teman hanya beli buah ni je. Teringinlah katanya. Sampai lebam buah ni teman lupa nak makan gamaknya.







Kelihatan bff teman tengah memikio buah mana yang nak dibeli. End up dia beli buah mangga sekotak. AUD5 je kooooo.... Memang manis sesangat. Rugi la teman tak makan dari awal. Last day kat Aussie baru tergerak hati nak makan. Udahnya, kitorang tinggalkan aje kat hotel. Huhuhuhu

Paddy's market
Balik dari market tu, kami terus ke Paddy's market untuk beli souvenir. Aku pun apa lagi, time tu la baru nak menggodeh blog kengkawan lain untuk survey kedai mana yang harus dituju. Tour guide aku tu kemain dengki. Sejam je dia kata kat sini. Paling mudah aku gi terjah kedai yang sama dengan JM. Haruslah kat situ je aku berhabis duit. Huhuhuhu..
Nampak gaya, peniaga kat sana tau sangat Malaysian suka berbelanja besar kat situ. Siap boleh berbahasa Melayu lagi. Tapi kebanyakkan kat sana pun orang Indonesia kan.

Shalom  Indonesian Restaurant
Dah shopping berbondong-bondong (bukan aku eh) , barulah semua kelaparan. So aritu kami terjah ke Indonesian restaurant. Sedap gaklah makanan kat sana. Pedas berapi sambalnya. Bersungguh-sungguh la kami makan siap ber-alpukat bagai. Puas hati dapat makan pedas hari tu.

Sydney Town Hall / Queen Victoria Building
Dah makan kini misi untuk bersenam sikit. Kami pusing-pusing area town tersebut. Ambil gambar ....gelak-gelak pastu shopping la kejanya.


😒 





Pitt Street Mall
Last sekali kami ke Pitt Street. Nice sesangat tempat ni. Tak lain tak bukan kami terjah sephora je la. Beli barang yang tak de kat sephora kita.

Selain tu, memang aku tak boleh tahan nengok baju gegirl yang dijual kat sana. Sempat jugaklah aku membelikan untuk anak sedara aku. Naw kasut ni jadi kasut favourite dia. Huhuhuhu..nasiblah anak sedara ngan mak sedara suka barang yang merelip-relip..
Balik dari situ dah start hujan. Kami berhenti makan roti canai. Huhuhu.. Sedap hoi makan roti canai yang garing time sejuk cenggini. Later kami ke HR untuk sambung cari souvenir.

Hello darling! - Sydney Day 2

1 Dec 2017
Pagi ni aku terkejut beruk bila bukak je mata dah terang-benderang. Cepat-cepat aku nengok ke luar tingkap. Jalan masih lengang. Aku suspek dah pukul 10 pagi ni.  Rupa-rupanya baru pukul 6.30 pagi. Berhuhuhu la aku dengan room mate aku.

Lepas bersiap-siap aku pun terus turun tunggu pickup. Aku perati je area keliling motel aku tu. Wah banyak kedai makan halal as banyak gilos orang arab kat sini. Ini sangat baik!πŸ‘ Aku siap cuit room mate ajak gi makan waffles balik nanti. Huhuhuhu.. Belum start apa-apa lagi aku dah fikir petang karang nak makan apa. πŸ™Œ

Memandangkan trip aku ni ala orang have-have...memang aku tak study ape pun. Harap 100% pada tour guide aku.

First thing first mestilah nak nengok koala tak pun kangaroo kan.. Pepagi tu kami semua ke FEATHERDALE WILDLIFE PARK. Aku rasa macam jauh je perjalanan pagi tu.

Bertabah la dengan group photo kitorang. Kata pergi berjemaah kannnn...

Waktu sampai tu tak berapa ramai orang pun. Cuaca pun kemain nyaman je pagi tu.
Aku pun sempat acah-acah suka binatang. Sanggup habis kan AUD 25 semata-mata nak bergambar dengan koala yang asyik ngantuk je ni. Ermmm...

KATOOMBA

Oleh sebab semua pun dah kelaparan semacam, kami semua terus gi brunch area katoomba ni. Personally, aku macam suka la area ni. Cantik dan nyaman je. Mungkin kedudukannya yang agak tinggi kot.

Kami sempat singgah woolworths dulu buat beli kudapan. Aku siap beli beras bagai. Al-maklumlah first time bawa mini rice cooker yang baru aku beli beberapa bulan yang lepas. Kononnya nak test power. Udahnya aku bawa balik semula beras tu ke Malaysia sebab macam tak rajin je nak menanak nasi kat hotel. Huhuhuhu


Habis shopping tu, kitorang jalan kaki ke sebuah Thailand resto sebab beberapa ketul jemah nak makan nasi. Adoiyaaa baru je kot sampai negara orang dah rindu nasi. Aku buat-buat kerek lah. Padahal aku membeli sekilo beras nak tanak malam karang. Kiranya aku ni sama je lah macam dorang yang cepat rindu nasi. Huhuhuhu...

Gantinya, aku order padthai. Huk alohhh tak boleh aku telan padthai tu. Tawar semacam. Sudahnya aku tak makan pun.Yang peliknya, kalau kat negara orang perut aku ni behave je. Tak meragam. Cuba kalau kat Malaysia. asyik buat hal memanjang.

Lepas makan kitorang exercise sikit menapak untuk nengok graffiti. Tak jauh pun dari resto tadi.


Pastu barulah kami teruskan ke tarikan utama kat Blue Mountain ni. Entrance fee AUD40. Tak ramai sangat pun orang time tu. Maybe kitorang gi tu dah nak petang kot.

Mula-mula kitorang terjah scenic skyway iaitu glass cablecar. Nasib baik tak berapa gayat sebab penuh gak orang kat dalam tu. View memang ohsem la. Cable car ni gerak pun slow jer. Oleh sebab kitorang tak rajin nak explore the other side, kitorang naik semula cable car pulang ke pangkal jalan. Huhuhuhu....

Lepas tu kitorang bergerak ke Scenic railway. Okey fineeeee...aku memang tak dapat bayangkan la camana rupanya. Pulak tu tour guide aku temberang aku. Cisss bedebah.

 Bila aku sampai je situ........😎😎

Huk alooohhh aku pernah gaklah berangan nak naik ride ni bila baca blog dorang-dorang yang pernah visit katoomba. Nasihat aku jangan di letaknya syiling dalam kocek depan baju tu. Else bertaburanlah duit korang.

Lepas tu sambung naik cable car yang ni pulak. . Banyak naw aku rasa naik cable car kat sini. Layankan ajer la.....
Puas berpusing-pusing kat situ, kitorang bergerak ke ECHO POINT. Dari sini memang clear 3 sisters tu kelihatan.  Nak tahu tentang sejarahnya..sila google sendiri sebab sampai hari ni pun aku tak sempat nak baca.

Balik tu kitorang ke Darling Harbour untuk makan malam. Resto ni bagi aku best. Especially asam pedasnya. Next entry aku try cerita tentangnya.

Knowing overseas ni asal petang je semua kedai dah tutup. Makanya tak de lah nak berjimba-jimba sangat. So tour guide bawa kitorang ke K-mart di Banktown. Konsepnya macam pasar raya tesco yang tutup lambat. Setiap hari tutup pukul 12 tgh malam kecuali Sabtu dan Ahad tutup cepat sikit.Walaupun kitorang ke sana sebab meneman kekasih gelap si tour guide ni, tak pasal-pasal kitorang pun shopping membeli barang tak berfaedah. Terutamanya aku lah. Huhuhuhu

Oleh sebab ada rasa sedar diri, semua pun balik motel dan tido awal. Huhuhuhu

End day 2 kitorang di bumi kangaroo ni.

Hello darling! - Sydney Day 1

Salam 2018. 😍

Sihat semua? Lama betul aku tak menulis kat sini. Password pun tak ingat dah.πŸ˜‚ 
Kebetulan aku pun tengah study untuk next trip aku, sesambil tu boleh la aku menulis barang seperenggan dua trip aku yang maha lama tuh. Senang untuk aku buat rujukan next time. 

Last trip aku bulan 12 tahun lepas. Tu lah trip aku selepas dah lamaaaaa sangat aku tak travel. So trip aku ke down under ni diuruskan oleh kawan aku yang baru terkena travel bug. Rasakan penangannya πŸ‘Š
Dia pun bukannya set semua itinerary bagai. Dia pun mengikut orang jugak. Kiranya trip aku ni.... trip kawan atas kawan. Asal boleh katakoooo

30 November 2017
Memandangkan flight aku seawal 8.50 pagi, terpaksalah aku mereput kat KLIA2 tu sehari awal. Oleh sebab aku ni pendiamπŸ‘―..awal-awal lagi travel mates baru aku dah nampak aku ni sombong sebab tak berborak dengan dorang. Aku cuma berborak dengan kawan aku yang sorang tu je la.Nampak tak "kekwat"nya aku...πŸ’£

Flight aritu semua smooth aje. Tak de masalah langsung. Time aku sampai kat Sydney tu pun dah gelap. Padahal baru pukul 5 ke 6 petang gitu. Tak lama menunggu, tour guide kitorang pun sampai dengan van besar. Muat la untuk kitorang 10 orang ni. 😊

Oleh sebab semua restless, terus dibawanya kitorang ke hotel. Untuk trip ni, kitorang stay kat Greenacre Hotel. Merasalah malam tu tido kepanasan dek aircond rosak. Huhuhuhu

Berakhirlah day 1 aku yang tak memberangsangkan langsung.😴 Makanya......memang tak de ler gambar.....

Moh aku share gambar untuk next punya next punya next day trip aritu.