Pages

Hello darling! - Overall budget

Akhirnyaaaaa....
Khatam sudah trip aku yang dah makan setahun lebih. Naw-naw jugak aku nak share dengan korang budget sepanjang 5 hari di bumi kangaroo yang ohsem!

Part flight bagai tu korang boleh adjust ikut suka if tak gunakan package yang aku ambil ni. Budget ni pun tak masuk makan (sepanjang kat sana) dan shopping. Sekali makan ada lah dalam RM100 (Kalau korang ikut nafsu makan aku ler).(Total makan = AUD100) Nak jimat masak sendiri atau bawak bekal. Aku ritu dah bawa rice cooker, tapi tak sempat masak sebab ermmmm malas.

Even aku gi time summer (Disember), cuaca tetap tak menentu. Sekali datang angin sejuk dia, mak aiiii sejuk tak menahan.

Oleh sebab kastam dorang yang menakutkan... aku declare segala benda yang aku bawa. Walaupun lepas, beg aku tetap dipunggah. Nasib baik tak de anjing. Huhuhuhu..

Sepanjang kat sana aku guna U-mobile data roaming je. Murah bak hang. RM10/day.

Trip ni aku tak guna sebarang public transport. Tapi nampaknya memang efisien public transport kat sana.

Area Darling Harbour tu datanglah pagi-pagi sebab orang pun kurang. Senang nak bergambar. Kalau tak....paham-paham ajer la.

Nah kakak belanja korang dengan senyum manis kakak sepanjang di Aussie ritu. Jangan stress okeh😀

Hello darling!- Sydney Day 5

4 Disember 2017

Pagi ni sedih la kot rasa dihati sebab nak bertolak balik ke Malaysia. Biasalah tu mainan perasaan. Last day ni lah baru aku ngan bff menjamah mangga nan sekotak itu. Perghhh I tell U! Manis sesangat. Nyesal lupa nak makan mangga tu. Sudahnya, kami tinggalkan aje mangga tu kat hotel.
Time ni tengah tunggu pickup. Masing-masing dok memikir camana nak sumbat semua luggage yang dah beranak-pinak. Nanti time nak keluar van macam main puzzle. Beg keluar kau kat dalam...kau kat luar, beg kat dalam. huhuhu
Ni area hotel kitorang untuk 4 malam yang lalu. Masa ni baru pukul 8 pagi. Tak sibuk lagi. Aku pun tak sempat nak explore area ni. 

Next agenda kitorang nak ke Bondi Beach
Menurut kata tour guide aku tu, pagi kat Bondi Beach hujan renyai-renyai. Jadi kami terus ke DFO Homebush. Aku memang tak berniat pun nak beli apa-apa. Dorang je yang nak cari barang smiggle. Maklumlah, nak buat ole-ole untuk anak masing-masing.

Demi friendship yang dah terjalin hampir 10 tahun, aku beli jugaklah bendalah ni. Kalau ikut aku tak la membeli. Sekali diracun oleh geng-geng lain. Katanya kat Malaysia mahal. Secepat kilat aku pun membeli. Nampak tak disituuuu.. Aku ni tak boleh dipujuk. Mudah lemah semangat. Huhuhuhu 
Bff aku ni masa dia sekolah dulu dipanggil snow white sebab putih melampau. Bila ambil gambar cenggini rasa naw la rendah diri.
Nampak tak klip rambut aku tu? Ha tu je la kenangan aku beli kat smiggle. Balik Malaysia baru aku tau hebatnya penangan smiggle ni dalam kalangan budak-budak. Nasib baik sekolah aku budak-budaknya tak terdedah dengan smiggle bagai ni. So kuranglah masalah hasad dengki antara budak-budak sekolah aku.

Lama jugaklah menunggu yang lain shopping. Kitorang takat menunggu kat sofa sampai la semua berkumpul semula. 
Next stop ialah Bondi Beach.
Gambar tutup mata sebab tak tahan dengan angin dan pasir. Abih merah mata aku.

Boleh pulak sejuk tak menahan pagi tu. Semalam punyalah panas berdeting. Dah la aku pakai baju sikit punya nipis. Bertabah je la.

Ombak kat Bondi Beach ni jangan dibuat main. Kuat gilos. Aku yang gems ni pun rasa nak diterbangkan angin.
 Gigih tak tour guide kitorang ni. Siap jadi photographer lagi. Ko cakap je kat mana..Semua dia ambikkan gambar.


Tertunggu jugak aku abam-abam sado macam kat TV Show 'Bondi Rescue' tu. Tapi harooommm tak nampak batang hidung.

 Pesal hitam sangat muka aku ni?? Bila pulak sunburn nih.


Dalam 2 jam jugaklah kami kat Bondi Beach. Kejap-kejap hujan renyai. Kejap lagi berhenti. Akhirnya kami terus dibawa ke airport. Sedih tak menahan pun ada. Happy nak makan makanan Malaysia pun iya jugak. Huhuhuhu

Kalau korang nak book service tour guide kitorang ni boleh cari dia kat FB. Tapi aku lupa pulak nama dia. Rafizi kot kalau tak silap. Do pm aku kalau korang betul-betul nak guna khidmat dia. Nanti aku usahakan cari contact number dia ke camana.
Masuk je kat dalam airport dan dah drop luggage, masing-masing kelaparan sebab tak makan dari pagi tadi. Waktu tu dah petang kalau tak silap. Cari punya cari, nampaklah satu tempat makan Thailand. Pilih punya pilih aku pun order lah nasi dengan ikan kalau tak silap. Nasib baiklah aku cepat order, else ko kena la pilih ayam ke apa ke sebab stok ikan dah habis. Sian salah sorang geng aku, actually dia dah pilih makanan sama dengan aku. Sekali boleh pula kawan aku yang lain ambil makanan dia. Ni kisahnya tak perasan apa yang diorder tadi. Yang kawan aku tu hanya boleh makan ikan je. Ayam semua tak boleh. Aku pulak memang tak la nak bagi makanan aku sebab aku was was selain ikan. Nasib baiklah ada sorang antara kitaorang ni boleh cakap Thailand. Apa lagi dia pun speaking Thailand la. Dapat la kawan aku makanan yang lain.
Tengah order makanan tadi laaa...terjumpa pula dengan bekas mufti Johor. Datuk Noh Gadut. Siap tanya nak pilih makanan yang mana.

Ketat giler lah pemeriksaan kastam dan security kat sana. Passport control pun boleh tahan panjang. Do allocate masa yang mencukupi ya.
Ha yesss...aku pakai selipo ajer sebab malas kalau kena buka boots bagai. Aku ni bukannya boleh buat kerja time orang ramai. Rasa macam menggelupur semacam je.
Kami sampai Malaysia dalam pukul 3.30 pagi. Nasib baiklah KLIA2 ada banyak kedai makan 24jam. Dan untuk pagi tu aku macam biasalah tetap memilih Kluang Stn. Time ni la nak balas dendam order macam-macam.
Flight aku balik JB around 9 pagi kalau tak silap. Pukul 7 lebih aku dah masuk departure hall. Boleh pulak pagi-pagi buta tu adik aku whatsapp aku bagitau yang kawan dia nampak aku tertido kat boarding hall.😲 Ntah-ntah ada ailio meleleh kot......Matilanakkk


Hello darling!- Sydney Day 4 (part 2)

Later kami dibawa ke Birkenhead Point Brand Outlet. Hmmpphh aku memang tak membeli apa lah. Jadinya...... aku heret bff aku gi makan. Since kitorang tak akan dibawa untuk makan fish & chips, so pandai-pandai sendirilah cari. Jalan punya jalan .....aku nampak ada satu tempat makan ni. Plus view pun menariks. Harus kitorang terjah.
Letops ko makan kat sini. sebelah harbour. Banyak lah kapal-kapal mewah. Nice. Feeling makan-makan mewah eventho sharing basis. Huhuhuhu
Dalam toilet tu pun view amboi sangat.😃

Dalam pukul 3 macam tu, kami gerak ke Darling Harbour semula. Oleh sebab semua pun macam dah kelaparan tahap dewa, kami singgah makan kat Nur Muhammad Restaurant yang kami pergi semalam.
Nampak ke idok gambar kat atas tu? Hari yang kami pergi tu, kita boleh makan apa sahaja yang ada dan bayar ikut ikhlas. Memang senyum lebarlah semua yang masuk ke dalam restoren tu. Cuma pesanan khidmat masyarakat daripada aku.. makan berpada-pada. Jangan ambil banyak pastu tak habis ye. Lagi pun, offer yang restoran ni buat bukan selalu. Kiranya aku ni langkah kanan untuk hari tersebut.

Asam pedas dia....mak aiii memang power la. Aku ni pakkal ajer la dah kenyang. Kalau tak mau aku menambah sepinggan lagi nasi. Huhuhu..

Orang memang ramai ke sana pada hari tersebut termasuklah non muslim. Cuma tempat duduk kat dalam kedai tu agak sempit sikit. Tapi ada je kerusi dan meja kat luar. Antara korang tahan sejuk atau idok.

Dah kenyang, kami gerak semula untuk melihat Opera House dan Harbour Bridge. Jalan kaki je dari restoran tadi.
Cuaca aritu memang cun. Tak berapa nak sejuk sangat. Paling haru, menapak punyalah jauh macam nak tercabut kaki masing-masing.

 Punyalah banyak manusia waktu petang. Bertabah la nak cari muka sendiri dalam gambar.

Now nak menapak ke area Harbour Bridge. Nampak macam Opera House dengan jambatan tu dekat je kan.. Tapi sebenarnya mak aiii jauh gilos.
Aku suka area ni sebab lebih tenang. Ada rumput boleh santai-santai. Mula-mula aku suspek tak dalam la kot air kat area tu..sekali cruise pun boleh lalu. Huhuuhhu..

Lepas tu kami semua dihantar balik ke hotel. Area hotel aku ni best sebab banyak komuniti Islam. Kami pun ambil keputusan makan kat area hotel sebelum masuk beradu.
Biasalah aku ni..part makan memang tamak. Siap order ayam goreng lagi. End up buang je ayam goreng tu esok pagi. Huhuhu..
~End of the day~