Pages

Sawadekaa Thais - Day 2.1 (Maeklong Railway Market)

22 Disember 2017

Pagi ni dimulai dengan bangun yang agak awal. Maklumlah.. niari ada 3 tempat nak explore. Tempat pertama kami nak ke Maeklong Railway Market. Tempat ni agak unik sebab kereta api akan lalu ditengah-tengah pasar dan peniaga kat situ akan tutup payung niaga sehinggalah kereta api tersebut sampai di stn.

Nak ke sini ada beberapa cara. Tapi aku prefer naik mini van ke sana. Tapi kalau korang nak naik tren direct ke Maeklong pun boleh. Tak dosa pun. Ehhhh

Route: 
(BTS) Surasak-->Siam--> Mo Chit

Dari Mo Chit Stn, ada signage untuk ke Northern Bus Stn. Gunakan jejantas yang disediakan dan korang akan nampak view macam kat bawah. Tunggu bas 26/77/96/104/136/145/509 untuk ke bus terminal.
Tambang bas tak ingat la pulak berapa baht. Tak perlu risau sebab banyak je bas untuk ke bus terminal. Macamana nak tau dah sampai ke bus terminal? Macam biasalah bila ko nampak semua orang turun atau driver halau ko suruh turun. Ha..maksudnya dah sampai letew.
Bas berhentikan kami kat area yang aku nampak banyak construction. Dari sini, kena naik jejantas lagi untuk ke seberang jalan.
 Tadaaa... kat seberang jalan korang akan nampak bangunan merah yang super besar ni. Ha ni la bus terminal. Northern Bus Station ni juga dikenali sebagai Chatuchak Bus Terminal. Di khabarkan bus terminal ni yang paling besar di Bangkok city.
Agenda seterusnya, nak cari kat mana terletaknya tempat nak beli tiket minivan ke Maeklong. Senang je pun..cuma kamilah yang menggagau mencari tempatnya kat mana. Pity us.

Korang masuk je ke dalam terminal ni. Terus je. Sampailah korang berada kat belakang/ luar bus terminal ni. Dari situ korang akan nampak banyak booth yang jual tiket minivan.
 Sementara nak tunggu minivan penuh, dorang akan suruh duduk kat belakang ni ha ... Senyum..senyum..senyum...
Perjalanan ke Makleong Railway Market mengambil masa lebih kurang sejam lebih dengan sekali kalau tak silap berhenti untuk ke tandas. Tambang kalau tak silap aku 100baht.

Minivan akhirnya berhentikan kami kat area ni. Pastu driver suruh jalan terus. Aku pulak macam ehhh.. mana landasan kereta api??

Gasaklah aku dengan bff gi tanya orang. Nyampah jugaklah sebab ramai je tak tau english. Konsep redah je la kami hari tu. Akhirnya kami masuk pasar basah dan tup tup.. eh dah nampak landasan. Kami terus je ikut landasan tu sampailah kami ke Maeklong Stn.
1st thing 1st, check pukul berapa kereta api nak sampai. Memandangkan kereta api akan sampai pukul 2.30 (Timetable ada kat bawah gambar raja dorang tu), kami sempatlah berjalan hingga ke hujung tren stn untuk bergambar. Later kami makan pulut mangga dan minum air kelapa kat stn tersebut. Nyum nyum lah time panas berdeting cenggini.
Lepas dah membasahkan tekak, kami bergerak ke pasar semula untuk mencari port baik punya. Orang kemain ramai. Rata-rata pelancong macam kami. Malaysian pun ramai. 
 Kemain terbaring kakak kita sorang nih.😉
 Banyak barang yang dijual seperti buah-buahan, bunga dan bahan basah macam ikan.

 Ni lah rupanya jarak antara landasan dengan tempat jualan dorang. Memang rapat sangat.

Nanti tiba-tiba korang nampak semua payung akan ditutup dan pelancong masing-masing ambil tempat yang terbaik untuk merakamkan gambar. Ada je penjual yang agresif menghalau pelancong yang berdiri di depan tempat jualan mereka.
Port aku kat area jual telur-telur ni ha.👀    Kering sikit area sini.
Paling best bila nanti korang akan dengar bunyi siren kereta api berbunyi menandakan kereta api dah masuk area pasar. Time ni masing-masing berebut mencari posisi gambar yang menariks. Termasuklah aku. Walaupun hasil kejadian gambar aku tak menarik pun. Hahahaha
Dulu aku tertanya-tanya, camana rasa berdiri sebelah kereta api. Ntah pekak ke telinga kita, ntah tergilis ke kaki. Jawapannya jaga diri sendiri je la. Huhuhu Memang rapat betul kereta api. Nanti ramai-ramai akan tepuk tangan, especially yang kat dalam kereta api. Ntah nape ntah suka naw dorang.

 Ada antara penjual yang tak angkat langsung barang jualan mereka. Cantik je kereta api lalu kat situ.
Tips aku: ambillah selfie ke apa ke dari belakang kereta api sebab time ni, biasanya orang ramai pun nak blah.
Nanti bila kereta api dah berlalu, peniaga yang ada di sana akan buka semula payung-payung dan berniaga seperti biasa.
Habis je menyaksikan pengalaman yang best tu, kami naik tuktuk (100baht/pax) untuk ke tempat seterusnya. Ha mulalah cerita tak best aku. 😓

Sawadekaa Thais - Day 1

21 Disember 2017
Oleh sebab aku tak rasa seronok trip yang lalu (sbb tak de adegan kejar mengejar bas/train), aku call bff aku yang lain untuk pujuk dia ke Bangkok. Bila bff aku cakap yes je terus aku suruh dia belikan flight tix sementara aku setkan itinerary.

Untuk trip JB - KL, aku naik bas YOYO yang direct ke KLIA/KLIA2. Harga pun tak mahal dalam RM50/way. Frequency bus ni pun tiptop. Tapi cepat penuh gak bas ni. Aku tunggu bas ni kat area rumah aku je. Senang keja. Huhuhuhu

Flight dari KL departs lebih kurang pukul 5 petang cenggitu. Perjalanan pun smooth je. Aku macam biasalah excited satu macam. Yer la kan...aku memang dah lama berangan nak ke Bangkok ni. Cuma tu la..partner je yang tak de.💃
Bila buat itinerary dalam masa yang singkat, aku yakin sangat mesti banyak adventure trip nih. Pengalaman LCCT yang dulu terjadi lagi bila ko kena menapak untuk masuk ke terminal dengan keadaan yang panasnya...Buat aku rasa rimas. Tapi once masuk je ke area passport control, barulah terasa sejuk. Lama gak kitorang beratur nak melepasinya. Bila aku keluar je airport, aku ke kiri jalan terus je sampai tak tau nak gi mana. Ehhhhh

Bila aku nampak kaunter warna oren ni, kitorang tunggu siapa yang nak entertain kami. Dalam 5 minit kemudian barulah nampak batang hidung awek kaunter ni. Since bff cakap dia sponser semua public transport kat BKK, haruslah aku tak tau berapa tambang yang dikenakan. Baik kan hati bff aku. Alkesahnya kata dia sebab birthday trip. 💋


Nego punya nego, kitorang ambil limobus yang memang dah nak bertolak di gate 7. Gate 7 tu mak aiii jauh giler. Melepasi dari kaunter oren tu, korang keluar dari bangunan airport, terus sampailah gate 7. Nasib baiklah driver tunggu kitorang. Kitorang naik je, bas pun terus jalan.

Walaupun dah pukul 8 lebih, masih banyak kereta dan agak jammed. Limobus ni akan lalu Khao San Rd hinggalah ke Silom. Nice bas turunkan kitorang kat tempat yang aku pun tak tau kat mana. Yang pasti ada BTS nearby. Tapi kitorang pilih naik tuktuk. Ermm...laju yang amat. Tau je lah kitorang bawa trolley cabin bag. Jadinya bergerak-gerak la beg kitorg.
Akhirnya kami pun sampailah ke Silom City Hotel. Agak jauh ke dalam hotel ni.  Tapi ok je jalan kaki ke BTS. Dalam 15-20 minit aje. Upon arrival, kami disediakan air pandan ke apantah. Nyum nyum.

Lepas letak je bag semua, kami berjalan kaki ke BTS yang berdekatan iaitu Surasak Stn. Dari situ kami terus ke Hard Rock Shop yang terletak di area Siam Stn - Exit 2. Agak susah jugaklah nak jumpa HRC ni sebab dia tersorok sikit. Seingat akulah....keluar je exit 2 tu, jalan je terus. Nanti korang akan jumpa watsons sampailah korang nampak HRC belah kiri korang. Beli apa yang berkenan, kami terus gerak ke hotel sebab nak tido awal punya pasal.

~End of the day~