Pages

Sawadekaa Thais - Day 3.1 (Lopburi)

23 Disember 2017
Pagi tersebut sikit punya awal aku bangun. Excited tahap dewa kot. Seawal 6.00 pagi dah bersiap dan dapatkan teksi dari depan hotel dengan bayaran 54baht aje. Ada lah lebih kurang 10 minit ke Hua Lamphong Railway Stn.

Upon arrival kalau tak silap aku kat belah kiri ada kaunter tiket. Pagi tu tak ramai orang pun. Tapi gambar yang aku bagi ni time t/hari.
Kalau tak silap aku lah...7 pagi ni bukan tiket paling awal yang dijual. Aku beli tiket ni dengan harga 50baht tanpa nombor seat. Ermm memang agak cuaklah kan. Buatnya kena berdiri sepanjang perjalanan. Mau haru.

Actually aku try mintak untuk 2nd class dan first class. Tapi kakak kaunter cakap dah sold out. Hamboi cepat betul. Sebelum bertolak aritu pun aku dah try nak booked tiket online. Tapi tak lepas. Aku pun tak tau mana silapnya.
Aku tak sure coach mana nak naik. Aku cari seat yg agak-agak keras pastu tak de aircond, terus aku ajak bff duduk situ. Almaklumlah 3rd class kot. Mula-mula aku ingat semua seat kat 3rd class ni ada nombor seat. Rupanya idok ye. Satu cabin ni duduk ikut sape yang pantas cop tempat duduk.

Atuk ngan cucunya kat depan ni contohnya. Tiket dia pun standee. Aku siap curi-curi tengok nombor seat dia. Tapi haram tak dop. Dorang memang dah duduk kat situ time kami tiba. Dia cuba nak berbual dan tanya kami itu ini. Aku ingatkan sampai kat situ je yang dia curious tentang kami. Rupa-rupanya bila konduktor train sampai dia siap mintak konduktor tu check mana destinasi kami as aku jawab soalan dia "Malaysia". Ha..mesti dia cuak kalau-kalau train ni terlepas sampai ke Malaysia. Rasakannn...
Seat memang kecil. Untuk orang Asia ok lah kot. Pergi pagi memang tak rasa sangat hazabnya. Cuba nanti tunggu t/hari. Mau rentung!

Bila sampai kat certain stn, nanti ada orang jual macam-macam. Cucu atuk ni kemain asyik nak membeli je di setiap stn. Si atuk layankan aje. Budak ni nampak gaya memang nakal. Asyik bergaduh je ngan adiknya kat seat sebelah sana.

Selepas menempuh beberapa stn, sampailah kami di Lopburi.😍😍 1st thing 1st, kena beli tiket untuk balik. Good good sangat bila semua seat 2nd & 1st class dah habis. Udahnya terpaksalah beli tiket 3rd class jugak dengan harga sama 50baht. Bertabah je la

Lepas beli tiket, kami di approach oleh beberapa orang driver teksi. Memandangkan kami ni tak de kawan lain, maka nya kami tak share pun teksi dan ermmm lupa nak mintak kurang harga yang ditawarkan. 600baht satu teksi! Untuk 3 tiga ladang sunflower kalau tak silap. Memang mahal ok.

Perjalanan agak jauh. Aku selalulah membayangkan camana la tempat ni. Sekali ermm macam tak menarik je 😀. Tapi bertukar menjadi menarik bila ko turun ke ladang. Time kitorang datang tu pun macam dah lepas noon. So bunga matahari tu pun dah mulai menunduk.





Memang saujana mata memandang time berada di ladang. Niceeee sangat. Selain kami berdua, adalah beberapa orang Malaysian lain yang ada kat sini jugak.





Oleh sebab panas lit lit, aku takat ada kat tepi tu je. Tak mampu nak explore ke dalam lagi.  Ada orang tanya aku...memang tinggi ke pokok-pokok tu? Ha..memang tinggi. Lebih tinggi daripada aku pun ada.
Memandangkan panas yang terlampau, dan kami berdua tak tahan...kami request hantar terus ke train stn. Patutnya, kami dibawa ke beberapa ladang yang lain. Tapi tak mampooo...Huntung atas angin je la driver teksi tuh. Dan tak semena-mena bahu aku sakit dan tak boleh nak gerak. Huhuhu...

Sampai kat train stn, kami ingatkan nak gi makan kat kedai makan halal yang ada di seberang train stn. Tapi tak jadi gi as keadaan bahu aku yang tak boleh nak gerak. Ni semua sebab beg aku yang berat tu la. Aku pun tak tau apa yang aku bawak dalam beg tu. Huhuhuhu..

Dah sampai hari ke-3 kami kat sini, haramm satu makanan Thailand pun kami belum dapat makan. Aish.. Dari Day-1 kami dok makan megi je kat hotel.
Kalau tak silap aku lah.. Dalam pukul 3 lebih kot kami naik train semula ke BKK. Nak nangis sebab macam udang bakar kami kat dalam train tu. Panassss

Lama gaklah aku berdiri dalam train tu. Bila nampak orang nak turun, menggelupur gi cari tempat duduk. Tingkap dia pun oldskul okeh. Aku pun sempat tertido macam amoi kat bawah ni.
Bila dah sampai kat BKK..bersyukur sangat-sangat. Bau badan toksah cakap lah. Huhuhuhu..
 Train stn kat sini besarrrr sangat. Aku pun nyaris-nyaris terlepas pandang iconic papan tanda ni as aku sibuk berbual dengan sorang Malaysian ni.
Memandangkan perut minta diisi.. kami try nak makan satu tempat makan halal kat area food court train station ni.
Tapi kami tak jadi makan pun kat situ sebab macam tak sedap je bau area tuh. Kami pun terus naik teksi (100baht) kat depan tu je untuk cari kedai makan yang popular di sebuah shopping complex.

Sawadekaa Thais - Day 2.2 ( Damnoen Saduak Floating Market / ChatuChak Market)

Driver tuktuk setuju untuk hantar kitorang ke Damnoen Saduak Floating Market. Aku pula pilih floating market ni sebab floating market ni yang tertua dan paling grand. Selain tu, aku pernah nengok ANTM zaman jahiliah pernah buat photoshoot kat sini. Tu yang teringin sangat nak ke sini walaupunnnn...... eh geram pulak bila diingatkan.

Time aku buat itinerary dulu, aku ada terbaca satu blog yang cerita tentang pengalaman dorang ke floating market ni bilamana driver tuktuk hantar dorang ke satu tempat untuk sewa bot yang agak jauh dari floating market itu sendiri. Blogger tu suggest dalam blog dia suruh jalan kaki untuk ke area floating market tersebut. Tup tup...trip kali ni....terkena pada diri sendiri. Haaa tepok!

Bila aku nengok kawasan sekeliling sungai tu macam sunyi semacam je...aku berbelah bagi nak naik ke idok bot tu Tengah aku ngan bff bincang, pekerja kat sana melambai-lambai kitorang dan bagitau "diskaun" "diskaun". Perghh dah la mahal. Diskaun pun jadi 1500 baht. Memandangkan tak de alternatif yang lain, kami naik jugaklah bot tu.
Feeling-feeling happy.. Walhal..😕 Nyampah betul sebab aku boleh pulak ter-missed weii searching opening hours floating market ni. Aku ingatkan bukak sampai ke malam. Rupanya..sampai ke tengah hari jek. Cisss...Patutlah beriya-iya mamat kat kaunter tu nak bagi discount. Geram pulak bila aku ingatkan.
Dah la panas terik. Nasib baik angin kuat.


Ada lah beberapa buah bot kat area rumah-rumah tu. Harga memang harga pelancong sesangat. Kawan aku pun sempat menyambar sebuah topi untuk pakai esok. Lepas beli je topi tu, bff aku terus zip mulut aku sebab kadang-kadang aku ni gatal jugak nak compare harga di floating market dengan tempat lain. Huhuhuhu


Seeeeee... kosong! apa pun yilek. Nyesal betul la aku ke sini. Kalau aku tau, better ke Amphawa Floating Market yang bukak sampai ke malam dan lebih happening. Cissss




Semua tempat yang disuggest turun, kitaorang tak turun pun sebab nak cepat punya pasal. Awal-awal tadi, kitorang dah cakap kat kakak kaunter bot yang kitorang nak kejarkan balik ke BKK sebelum pukul 7. Jadinya kakak kaunter siap call aku time kami atas bot untuk ingatkan semula.

Kami beli tiket minivan untuk ke BKK kat sebuah cafe sebelah kaunter bot. Bagus sebenarnya owner cafe tu. Siap call kan minivan untuk kitorang. Bagi map bagai. Pastu call minivan tanya nape tak sampai-sampai. Kami beli tiket dari floating market tu terus ke Silom with extra charges sebab minivan tu kalau tak silap aku akan berhenti kat beberapa tempat yang aku tak ingat dah namanya. 😉

Plan malam ni kami akan dinner kat atas bot sepanjang Chao Phraya River. Dah katanya birthday tripkan... haruslah ada hilite percutian. Lagi pun aku dah siap buat reservation untuk naik atas bot tu tau. Dah request macam-macam lagi. Huh! Mungkin bukan rezeki kami berdua. Patutnya kami akan di pick up di hotel sebelum pukul 8. Tapi yang menjadi masalahnya.... pukul 7.45 kami masih lagi dalam minivan yang tak sampai-sampai di Bangkok City. Tu dah satu masalah. Masalah yang kedua terjadi bila .....driver mini van turunkan kami kat ...ermmmm aku pun tak tau kat mana!

Mulalah aku hangin. Aku kejar driver tu. Siap cakap SILOM SILOM...Patut dia dah tau kena hantar kitorg ke sana as mamat cafe tu dah siap-siap bayar kat dia untuk hantar kitorang ke SILOM. Yang aku sakit hati tu....dia cakap bla bla bla pastuh tunjuk jam kat tangan dia. Haram kitorang tercengang-cengang tak faham.  Lepas tu dia blah macam tu aje!. Kebabian apakah ini???

Aku ngan bff dah mati kutu time tu. Plan nak dinner atas bot tu memang dah kelaut dalam la sebab time tu dah pukul 8 lebih. Kami terus ke salah satu khemah yang ada untuk beli tiket minivan yang lain untuk ke area Victory Monument. Tak memasal kitorang kena keluar duit lagi.

Makin lama dalam minivan tu..aku nampak orang dah makin menyusut. Driver van memang tak faham la apa yang kitorang cakap. Nasib baiklah ada sorang ni yang nampak kitorang terkulat-kulat. Dia lah yang bagitau driver untuk turunkan kami di Victory Monument. Dan dia jugaklah yang bawa kitorg ke metro stn.

Dari situ kami terus naik BTS ke Mo Chit untuk ke Chatuchak Market. Meriah sangat keadaan hari tu. Tapi banyak je kedai-kedai dah tutup. Aku ada beli beg ala-ala nak ke pantai tuh. Tapi nak mintak diskaun memang payah naw. Kedai makan halal yang dorang dok cakap tu pun dah tutup. Kalau tak silap aku bukak siang je kot.





Bff memang memborong banyak baju-baju untuk nak pakai hari-hari berikutnya.


Dalam pukul 11 kalau tak silap aku ler...kami gerak balik ke hotel.  Bila nak tukar BTS kat area Siam stn tu...aku peratikan kemain happening. Tazzabar rasanya nak jejak kaki kat mall yang ada di situ esok.