Pages

Trip payung China - D1

Nihao!

Ni ada lah 2nd visits aku ke China. Tapi the 1st ke Shanghai. Walau bagaimanapun.. aku dah prepare apa yang patut untuk dilalui sepanjang berada di China. Tau je la..dorang ni suka cakap menjerit tambah lagi suka naw bertolak-tolak. Aku dah siap-siap ajar anak sedara aku supaya ready untuk bertolak-tolak bila nak naik bas nanti. Hahahaha...

VISA
Macam biasa, aku buat visa tru agen. Sama macam trip yang lepas. Cuma aku rasa macam sedikit mahal compare tahun sebelumnya. Tapi aku rasa still ok la kot daripada aku kena ke KL untuk urusan visa bagai.

CURRENCY
Yuan aku dah siap-siap tukar kat Malaysia sikit. Sebab aku plan nak keluarkan lagi time kat sana especially time shopping kat Disneyland nanti. Untuk tak berbuah berkali-kali, aku dah siap-siap activate card aku dari Malaysia.

INTERNET
Untuk data internet, aku guna data roaming umobile je.Aku ni jenis tak suka membaca. Aku still ingat RM10/day macam trip aku ke Aussie dan Thailand aritu. Rupanya..... ke China RM36/day . Nah hambik kau!
Bila guna wifi hotel pulak, aku guna Turbo VPN macam gambar kat bawah ni. Aku try guna Psiphon Pro. Tapi tak boleh guna. Adik aku boleh je guna Psiphon tu.
Better korang download VPN lebih daripada 1 untuk tidak mendukakan perasaan bila dah sampai kat China nanti.
1 Disember 2018
Kami sampai Pudong International Airport(PVG) Shanghai seawal pukul 4.45 pagi. Nak lepas passport control tu pun ambil masa yang lama. Aku mula-mula pelik nape anak sedara aku ni asyik berlegar-legar kat mesin kaunter aku ngan mak dia. Owh rupanya dia tak payah nak tru semua tu sebab belum cukup umur.

Settle semua tu dorang solat kat tepi tangga yang nampak lengang. Aku tak jumpa kat mana ruangan solat area airport tu. Settle semua kami decided untuk naik Metro line 2 terus ke Jiangsu Rd untuk tukar ke line 11 dan terus ke hostel kami di area Caoyang Rd Stn.

Ok fineeee oleh sebab aku teringat-ingat kenangan kawan aku kena kepit pintu tren masa kat Paris dulu-dulu tu..aku jadi trauma tau. Being me yang tak reti nak packing barang, trip kali ni aku siap bawak sampai 2 troli beg. Adoii.. Ceritanya bermula bila aku sorong masuk cabin bag ke dalam train. Pastu aku lupa yang cabin bag aku tu yang jenis 4 wheels, aku terlepas lah cabin bag tu lalu..dengan gaya seorang superman, aku pun berpusing-pusing menangkap cabin bag aku sampailah aku terjatuh seperti nangka busuk kat dalam train bersama-sama dengan troli bag yang lagi satu. Cabin bag aku pulak cantik je landing kat dinding train sebelah sana. Adik aku ngan anak dia terpinga-pinga sebab dorang masuk tru pintu sebelah. Tak boleh aku lupakan muka adik aku yang gelak gaya terhormat bila nampak aku terjatuh haritu. Siottt....... last-last aku pun tergelak sama.
Walaupun awal pagi...tapi orang dah start ramai. Walhal aritu hari Sabtu. Sampai je hostel, aku terus tanyakan parcel yang aku booked untuk ke Beijing.

Shanghai-Beijing ni katanya tiket panazzz.. kang kalau tak de tiket masaklah aku nak kena menjawab dengan adik aku. Kalau ikut aku yang travel solo ni, aku memang tak ler nak beli tiket guna agen.

Nak tanya tentang parcel aku ni pun payah tau. Nasib baik aku ada print siap-siap booking paper. Dalam booking paper tu dorang dah translate siap-siap ayat untuk aku tanya parcel ni. Kalau tak mau makan tahun dorang nak fahamkan apa yang aku tanya.

Oleh sebab kepenatan tahap dewa, kitorang rehat-rehat kejap pastu baru sambung tour Shanghai.

Lebih kurang pukul 1petang, lepas solat zohor, kami terus gerak ke Hongqiao Railway Stn sebab adik aku nak redeem tiket yang dia dah beli tru Klook untuk trip esok hari.
Lepas redeem ticket, kami sempat keluar daripada bangunan ni untuk tinjau-tinjau view sekitar railway stn. Almaklumlah..punyalah besar stn ni.

Dari stn ni, kami terus ke Yuyuan Street. Yuyuan Street ni famous untuk ke area The Bund dan shopping souvenir. Untuk ke sini, kami guna route ni:

Hongqiao Railway Stn (Line 10) -->  Yuyuan Garden Stn (Exit 3)

Keluar je dari exit 3 tu, seberang jalan korang akan nampak Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel (sebelah kiri). Ha bolehlah korang lintas jalan tu dan menapaklah ke arah hotel tersebut dan teruslah sampai ke penghujung jalan. Dari sini korang dah nampak punyalah banyak kedai-kedai jual souvenir (belah kanan korang)...Time aku pergi aritu satu barang 10yuan.

Dari simpang Fuyou Rd tu, aku ikut laluan kanan as memang ramai giler orang lalu area ni.
Jalan je terus nanti korang akan jumpa masjid sebelah kanan korang. Dari luar memang korang tak nampak masjidnya. Sebab masjid ni dalam bangunan. Sempat jugaklah tumpang sembahyang asar kat sini. Alhamdulillahhh...

Yuyuan Street ni akan ditutup untuk laluan kenderaan. Korang boleh la posing-posing tengah jalan raya. Cuma kadag-kadang tu ada gaklah motor/kenderaan yang lalu jalan ni.
Seni bina bangunan ni memang menarik minat aku sesangat. Sakit jugaklah tengkok sebab asyik memandang atas. Huhuhuhu...
Bila travel time winter ni, masa sangat singkat. Pukul 5 petang dah start nak gelap. Ayuh la kita cepat sebab nak nengok Shanghai Skyline.

Dari Yuyuan Street yang banyak bangunan yang cantik-cantik tadi, kami terus je sampailah masuk ke area garden. Aku pun tak tau apa nama garden ni. Mula-mula aku ingat ni lah Yuyuan Garden yang famous amos tu. Rupanya idok ye. Taman ni gated. Bila dah gelap je nanti gate tu ditutup.

Keluar dari taman tu..korang akan nampaklah main road yang sibuk. Tadaa...dari jauh korang dah nampak mercu tanda Shanghai iaitu Oriental Pearl Tower.

Mula-mula aku pelik ni nape dorang sungguh-sungguh berlari nak kejarkan traffic light hijau untuk melintas. As pada aku, kalau tak sempat tak pe la kot boleh tunggu next turn. Rupa-rupanya dorang dok kejar tu sebabnya nak tunggu next turn tu agak lama ye.
Sampai je area The Bund ni, terkejut mak nengok punyalah ramai orang. Tapi mak gigih jugaklah snap gambar yang banyak giler photobomb. Mak redooo...
Sambil-sambil mengunyah jajan yang aku siap-siap packed dari Malaysia...kami duduk rehat-rehat sambil perati je orang ramai. Bila dah mula gelap, area "financial centre" dah mula bergemerlapan.. Wow meriah sangat. Trip kali ni memang hampeh sikit pada aku sebab keadaan lutut aku yang buat hal. Adoi 1st day dah buat hal. Memang ke laut perasan aku time tu...

Lebih kurang pukul 7 malam kami pun bergerak pulang semula ke hotel menggunakan route yang sama. Sambil-sambil tu mata aku melilau jugaklah mencari mana tempat makan halal. Tapi macam krik krik je... ermm tak pe lah.. tak de rezeki.๐Ÿ˜ž

Trip payung teaser- Shanghai China

Trip ni aku title-kan sebagai trip payung sebab aku memayung anak sedara aku as perjanjian awal kalau dia dapat straight A's untuk UPSR, dia boleh join aku travel. Ha ko tau je lah.. budak-budak baru nak up ni.. mestilah nak theme park. Mula-mula dia nak ke Aussie, tapi last minute dia kata ke Shanghai je la. Selamat ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ Tapi aku rasa kredit patut aku bagi kat mak aku yang menjalankan agenda men-slowtalk kat anak sedara aku sampailah dia onz je ke Shanghai. Sayang mak Ahaks....Ntah camana..adik aku punnnn nak join as dia kata blom pernah ke China.

Kami ke sana cuma seminggu je...kalau ikut aku mau lama sikit. Tapi biasalah..adik aku tu tak de cuti lagi dah. Nanti aku stori mori lagi naaaa...

Meh layan teaser..


 




Silom City Hotel -Review

Hotel ni kawan aku yang booked. So aku tatau apa kriteria yang dia cari sampai booked hotel ni. Yang aku tau...aku request nak dekat area SILOM. Maka hotel ni yang dipilih. Aku tak de masalah tentang hotel ni..so aku onz je.

Hotel ni kawan aku booked tru airasiago kalau tak silap akulah. RM1000/pax untuk flight n hotel for 4D3N.

Time kami booking aritu, breakfast is not included. Tak de masalah pun as 7E ada kat depan hotel je. Merasalah makan mi segera thailand yang halal. Boleh tahan sedapnya
Ni view yang sempat aku ambil masa hari terakhir kat sana. Hotel ni facing lorong kecil je.
Ni 7E yang ada berdekatan dengan hotel. Semua pun ada. Toksahlah bawak berat-berat barang dari Malaysia. Beli kat sini je senang. Jalan depan sikit, akan ada masjid. So area situ ada lah orang jual makanan halal. Itu pun kami tak sempat nak explore sebab biasanya kami ni keluar awal pagi...balik pun dah lepas isya'.

Nak ke Chong Nongsi BTS station lalu area nih la.
Ni la rupa depan hotel. Gambar bilik seingat akulah...memang ada ambil. Tapi aku misplace mana ntah. Kalau aku "TER'jumpa aku tepeklah kat sini nanti-nanti ya✌ Yang best tentang bilik ni, dia ada sediakan 2 cermin sorang satu. So takyah la nak berebut dengan partner. Tau je la..ompompuan ni..ngadap cermin tu satu kemestian sebelum nak keluar bilikkan? Hiks

Time kami aritu, kami naik BTS dari Chong Nonsi Stn. Dalam net kata 13mins. Jauh gaklah menapak๐Ÿ˜€ 

Hotel kami dekat je dengan Chao Phraya River. Dan bestnya, kalau korang ambil package dinner atas bot tu, hotel ni termasuk antara hotel yang boleh mereka pickup. Tapi tu lahhhh.. tak de rezeki haritu nak dinner atas bot.๐Ÿ˜ข Maybe next time yang tak tau bila. Huhuhuhu

Overall aku rekemen je untuk korang yang nak stay kat sini. Tapi untuk yang bawak budak-budak  ermmm macam tak best je nak menapak jauh ke BTS stn. ๐Ÿ˜ž

Sawadeekaa Thais- Last day

24 Disember 2017
Hari ni ialah hari bermalas-malasan sebabnya flight back home pukul 5 petang cenggitu. Masing-masing pulun berselimut sampailah check-out time. Lepas urusan check-out, kami terus naik taxi untuk ke airport. Murah je tambang lebih kurang 370B siap dengan tol highway.

Kami tiba di airport lebih kurang pukul 3 petang. Perut memang dah berkeroncong time tu. Misi pertama ialah nak cari tempat makan dan tempat yang nak dituju mestilah kedai makan "Bangmad". ๐Ÿ˜ŠKalau tak silap la... kedai ni area domestic departure. ada belah kanan kalau tak silaplah.
Makanan dia dah siap-siap pack. Korang just pilih apa yang ada. Nanti dorang panas dan hidangkan. Kedai ni kecil je. So tempat duduk memang sangat limited. Rasanya dalam 7 seat kalau tak silap akulah.
Pilihan aku hari tu kalau tak silap rendang la kot. Sedap sangat. Tapi pilihan kawan aku lagi sedap. Chicken basil. Pedas yang hamat. Terubat rindu makanan Malaysia yang pedas-pedas. Thai tea pun sedap.

Saje je nak show off gambar beg yang aku beli kat MBK semalam. Nak beli beg ni siap berebut. Huhuhu.. Ada orang yang sanggup offer aku harga yang lebih mahal daripada yang aku beli masa tu. Sebabnya bag aku ni tinggal satu je time tu.
 Sifat tamak aku membuatkan aku membeli roti canai yang tak sedap nih. Huhuhu.. Total makan kat sini 500B untuk kami berdua.
Settle makan, aku sempat membeli setem untuk pos postcard. Pastu kami terus masuk ke departure hall.
Sementara menunggukan kawan aku gi massage kaki, aku sempat makan sekali lagi๐Ÿ˜œ Hahahha.. Padahal dah kenyang kot time tu..Aku makan ayam goreng kat salah satu tempat makan halal bahagian dalam departure hall ni. Banyak gak pilihan makanan kat sini. Tapi aku pilih ayam goreng. Penangan nak makan ayam goreng mekdi tadi yang tidak kesampaian katanya...Ayam goreng "Au we" ni berharga 100B.
Tak lama lepas tu kami pun berlepas pulang ke Malaysia tepat pada waktunya...




Ok babai Thailand. Kalau diberi peluang memang aku nak jejak lagi kaki ke sini. Tak puas wei berjalan aritu. ๐Ÿ˜‰

Here aku share dengan korang perbelanjaan sepanjang kat sana. Tapi banyak je yang aku lost count. Tapi boleh lah kalau nak buat rujukan bagi sesiapa yang nak ke sana tak lama lagi.✌