Pages

Trip payung China - D7 (Mutianyu Greatwall)

7 Disember 2018

Pagi ni ada sedikit keterujaan as nak melihat keajaiban dunia katanyeee...Aku plan nak visit Badaling section. Tapi anak sedara aku request nak naik toboggan pulak. Ermm..dah alang-alang aku pun nak cari jugak kat mana tempat nak naik bas waktu kat Huairo Terminal Bus nanti, aku on je lah ke Mutianyu Section.
Route ke sana boleh refer SINI
Memang aku tak buat pun iti ke sana. aku tiru bulat-bulat route yang aku buat 3 tahun yang lalu. Cuma kali ni dalam bas aku dok perati je lah mana tempat nak naik bas ke Mutianyu Greatwall dari Huairo Bus Terminal.

Aku macam ingat-ingat lupa nama bangunan after simpang sebelum sampai di Huairo Bus Terminal yang ada bus stop untuk naik bas 936(bus ke greatwall). Tapi aku tak beranilah nak tulis sini. Buatnya korang ikut gak dan tersalah...... matilanakkk aku nak menjawab.

After sampai Huairo Terminal Bus..macam biasalah aku buat jual mahal untuk naik minivan. Walhal itu je lah cara aku nak ke greatwall. After beberapa adegan drama dan akhirnya aku naik jugaklah teksi.
View sepanjang perjalanan ke greatwall sangatlah kering kontang. Errrm.. driver teksi pulak tak berapa nak fasih berbahasa inggeris, jadinya dia diam je lah kat dalam teksi.
Settle membeli tiket dan buang air, kitorang pun gerak untuk naik shuttle bus. Kesian anak sedara aku tak de rezeki nak turun guna toboggan sebab tutup untuk musim winter ni. Chairlift yang aku naik dulu pun tutup. Nak ke tak nak.... kena la naik cable car.
Ajom kita naik bas....
Lebih kurang 10 minit jugalah menunggu bas untuk penuh. Itu pun tak penuh-penuh. Huhuhu..
Driver pulak kemain drift naik bukit.
Akhirnyaa..... sampailah kami di entrance greatwall. Oleh sebab ko nak kena naik cablecar.. terpaksalah ko menapak bukit lagi...matilanakkkkk😓

Waktu ni aku dah suruh adik aku anak beranak naik cablecar dulu...sebabnya apa? Sebabnya aku memang dah rasa tak boleh gi dah. Macam tak cukup nafas aku dibuatnya. Lama juga aku ambil masa nak stabilkan diri kat bawah tu. Nasib baiklah ada toilet. Bolehlah aku tumpang memanaskan badan sikit.
Akhirnya berjayalah aku naik cablecar ni. Dah la naik sorang-sorang. Ermm bertabah je la. Kalau tetiba takut terpaksalah cengkam kusyen sendiri. Hahahah
Wallah, tiba sudah! From here aku ada masalah lagi.. Ermm payah naw la jadik orang gemok nih! Aku agak gayat nak naik tangga tinggi tu sebenarnya. Dah lah itu je cara nak ke greatwall. Lama aku dok perati orang turun naik. Tetiba.....aku nampak laluan untuk OKU la kot kat belah kiri.
Jalan tu agak landai dan boleh tembus ke dalam greatwall. Hihiihihi.. Pucuk dicita ulam mendatang.
Ni ha laluannya....Abe ada problem sama ke dengan saye?
Rasa seronok sangat aku time tu sebab tak payahlah nak memanjat blok batu yang besar-besar tu...

Cak...dah sampai di track yang betul. Hihihihi

Gigih adik aku mendaki tangga yang curam ni. Kalau aku.... jangan haraplah..😓


Hahahaha..bergaduh-gaduh anak sedara aku tak nak pakai jacket yang aku belikan untuk dia waktu kat Lanzhou dulu. Tak "in" katanya. Hahahaha.. waktu aku belikan dia... time tu umur dia baru darjah 4. Sesuai sangat aku rasa time tuh.  La nih dah sekolah menengah mestilah dah ada style sendiri...






 Dalam pukul 4.30 petang gitu kami pun turun semula dengan cablecar.
 Satu pose dengan terminal chairlift yang aku naik dulu. Trip kali ni tutup la pulak😢
Kali ni memang aku gigih pakai sunblock as tak nak jadi sunburn macam dulu. Waktu nak balik tu.. kitorang terperasan yang botol air mineral anak sedara aku membeku. Gilos tak sejuk kat atas sana. Dia letak botol air ni kat tepi begpack dia je.
Nak balik ke terminal bus macam kelam kabut sikit. Kitorang try call driver teksi tadi. Tapi dia tak faham kot yang kitorang suruh datang ambil. Kejap-kejap dia pass telefon kat kawan dia suruh cakap. Aish.. Kitorang text dia. Pastu dia jawab dalam mandarin. Nasib baik boleh google translatekan. Selamat...

Time tu dah nak pukul 5 petang. Tiba-tiba ada sorang driver teksi lain yang datang dan approach kitorang. Lepas kitorang kautim..kitorang pun naik teksi tersebut. Kali ni pelik sikit sebabnya driver tu turunkan kitorang kat bus stop mana ntah. Bukannya Huairo Bus Terminal yang tadi. Aku ni macam confident je terus tunggu bas. Rupanya..driver teksi tu perati je kitorang dari jauh.

Waktu aku dah nak naik bas, yang ada tulis "Dongzhimen"...driver teksi tu datang ke arah kitorang dan minta tolong salah sorang yang tunggu bas sama macam kitorang untuk guide naik bas yang betul. Rupanya bas tu tak membawa kitorang ke Beijing. Nasib baiklah aku tak naik. Tambang kitorang pakai Yikatong card je.

Akhirnya kami pun naik bas yang betul. Kali ni kami siap tertidur dalam bas sebab penat sangat. Bas berhentikan kitorang diluar kawasan Dongzhimen Bus Terminal. Macam kawasan banyak apartment tinggi-tinggi. Aku ikut je crowd sampailah ke dalam bus terminal.
Oleh sebab macam nak pengsan kelaparan.. kami singgah di Nuijie area untuk makan. Kami try makan kat restoran ni.
Sayur dengan daging tengah-tengah tu memang sedap. Ayam tu sedap jugaklah. Tapi aku prefer daging tuh. Teringat-ingat wei.
Settle makan, kami jalan-jalan untuk nengok apa lagi nak beli. Hehehehe..
 Adoi tak boleh blah la kitorang berdekah-dekah bila nampak perkataan "Istana". Tak sangka rakyat marhaen mampu makan kat istana. Hihihi..
Memang puas hatilah makan area sini sebab banyak makanan yang boleh dicuba.
 Pau ni sedap. Siap beli kali kedua untuk bawa balik. Dalamnya inti daging. Adik aku tak suka sebab dia kata berempah.
Settle makan kami pun pulang sebab esok dah nak balik dah.😤

Trip payung China - D6 (Beijing)

6 Disember 2018
Pagi ni muka ada happy sikit sebabnya semalam tido awal. Aku syiok je tido cuma yang aku sedar adik aku sekejap-sekejap terjaga sebab dia tak tahan sejuk. Heater bilik aku ni tak berapa nak menjalankan tugas sangat. Huhuhu
Hari ni breakfast nasi Briyani Pak Brahim je kat dalam bilik.  Settle makan, kami terus gerak ke tempat wishlist aku dari 3 tahun yang lepas. Kami terus ke Forbidden City. Kali ni memang aku pastikan aku mesti masuk kota larangan. Lama betul tertangguh niat nak masuk sini.

Route: Tianmen East (Exit A)

Laluan sama je macam semalam, kami terus ke Kota Larangan. Tiket untuk masuk aku dah lupa berapa yuan. Tunggu habis entry China ni nanti aku reveal-kan semua expenses as aku tak ingat mana ntah aku letak aku punya itinerary.
Sempat jugaklah aku menyewa audio aids tu. Tapi sampai kesudah aku macam tak dapat tangkap apa yang disampaikan sebabnya..ha nanti aku cerita. Yang anak sedara aku punya separuh jalan je dapat dengar. Lepas tu rosak. Aish..
Ayuh kita mulakan.. Aku sebenarnya sangat teruja nak masuk kota larangan ni..sebabnya dulu kemain gemar menonton cerita cina yang mengambarkan suasana dalam kota larangan. Aku rasa sangat hebat pembinaan kota ni. If tak silap akulah..pembinaan kota larangan ni selari dengan semua pembangunan yang ada diluar kota larangan untuk laluan angin dan lain-lain. Kiranya arkitek yang buat kota larangan ni memang genius.
Cuaca hari tu memang superb. Walaupun panas memancar tetapi....sejuk tak boleh blah. Yang menjadikannya lagi sejuk sebab kota larangan ni terlalu luas dan terlalu lapang. Maksudnya tak banyak bangunan. Bila terlalu lapang cenggini suhu menjadi terlalu sejuk dan berangin. Kuat jugak anginnya hari tersebut.

Kelihatan gigihnya seorang jurugambar sampai terbaring nak ambil gambar. Aku salute gilerlah orang tu. Aku memang tak mampu nak berada lama kat kawasan terbuka cengitu.
Aku menjadi takut tetiba bila hujung jari aku jadi numb. Pala otak aku dah terfikir aku ni nak kena gangrene ke?? Aku cuak giler time tuh. Memang sejuk yang jenis tiada maaf bagimu..Hidung tak payah ceritalah..siap luka dan berdarah sebab terlalu sejuk.



Waktu ni aku dah tak tau nak sembunyi dan berteduh kat mana. Adik aku anak beranak syiok je bergambar sakan. Aku mula la mood ke laut. Asyik suruh dorang cepat. Last-last aku masuk ada satu cafe kat situ. The only cafe yang aku nampak. Bila masuk cafe tu ...memang tak de tempat duduk as terlalu padat dengan orang. Nasib baiklah ada satu family dari Malaysia ni bagi share tempat duduk. Aku ambil masa yang agak lama memanaskan semula badan kat situ. Habis jugaklah air panas yang aku order. Almaklumlah aku ni bukan jenis yang suka minum air hangat.

Bila suhu badan aku dah stabil...aku cepat-cepat jalan. Bila dah makin ke dalam area forbidden city tu...kurang sikit sejuknya sebab tak de tempat lapang terbuka. Tapi ada banyak bangunan dan taman. So waktu tu mood aku dah baik sikit. Tapi aku tetaps tak banyak bergerak. Bila tak banyak bergerak..audio aids yang aku sewa tu banyak senyap daripada berbunyi. Kira macam membazir je aku sewa.



Walaupun suhu dah cecah -17C tetapssss nak posing kat gate kaler merah ni.😀

Akhirnya sampailah aku di south gate. Finally nampak pun aku Jingshan Park yang aku dok cari during trip aku yang lepas. Aku memang pasang niat nak naik bukit tu. Sebab aku tazzabar nak ambil gambar view Forbidden City dari atas. Tapi bila memikirkan keadaan lutut aku yang sakit ni..terus aku pendamkan hasrat. Huhuhu...
Dari south gate ni..kami berjalan ke arah kanan dan beratur untuk naik trolley bus.
Ni rupa trolley bus tu...tapi gambar ni bukan depan south gate. Ni depan metro station yang kami turun. Aku tak ingat apa nama station tersebut. Yang pasti...stop ni ramai orang turun. Jadinya kami pun turun kat sini. Hihihi
Amboi abang tu menjeling uols. Hihihi.. Ni view kat dalam trolley bus. Dari sini kami decide untuk terus ke Niujie untuk agenda makan-makan....
Biasalah...adik aku ditugaskan untuk cari station mana yang terdekat nak turun nanti. Bila itinerary terpaksa dirombak sikit..kenalah route pun berubah.

Untuk ke Niujie area..aku gunakan route yang sama dengan trip aku 3 tahun lepas. Kami turun di Changchunjie Station. Route ke sana boleh rujuk SINI

Seingat akulah..stop nombor 4 tu dulu ada satu supermarket yang menjual banyak makanan halal. Tapi dah tak de. So aku tunjukkan adik aku mana masjid Nuijie dan aku masuk ke restoran betul-betul di hadapan masjid tu.

Sementara menunggu dorang solat, aku pun order la makanan. Aku ni bukan reti pun nak order. So aku order je apa yang ada dan minta nasi putih.
Menu yang aku order ni namanya ayam rebus. Agaknyelah...😂 Sebab ayam tu sejuk kemain. tapi level pedasnya memang kaw. I loike!

Nah bukti aku menghayati sangat makanan hari tersebut.
Lepas kitorang makan..marilah kita berjalan kaki untuk tinjau-tinjau apa yang ada area Niujie ni.

Kami sempat singgah satu supermarket halal yang agak besar. Seronok koooo bila masuk sini. Semua pun nak beli. Aku sempat membeli limau mandarin yang comel-comel tu. Limau tu dah siap pack. Kisahnya aku lupa nak rasa manis ke idok. Bila bawa balik Malaysia baru tau.. manis kemain. Rasa rugi pulak beli satu pack je. Kalau aku tau..memang aku beli banyak-banyak sebab luggage kitorang banyak kosong.
Selain tu.. ..aku teringin sangat nak makan macam gambar kat bawah ni. Kalau tak silaplah.. satu cucuk tu 10yuan. Aku beli yang campuran buah plum dan walnut. Sedap gilos. Esoknya aku repeat beli lagi.
Settle shopping sikit-sikit kami pun balik semula ke hostel untuk menambah tenaga untuk aktiviti penting esok hari.