Pages

Beijing accommodation 2018

3 Legged Frog Hostel

Untuk Beijing trip ni kami stay di hostel sajork. Budget tipis la katanya.. Payah gak nak cari accommodation  yang sediakan 3 katil ensuite bathroom. Yang ni je ada tapi jauh sikit la...Bila aku usulkan cadangan ni..adik aku on je..sekali bila dah balik Malaysia....dia tanya napa tak cari yang better daripada ni.... Ehhhh.....

Sebelum bertolak lagi anak sedara aku dah tergelak-gelak nama hostel ni....Ermmm.....

Hostel ni terletak area Hutong. Masa mula-mula aku search hostel ni, aku memang cari hostel yang ala-ala ada courtyard bagai. Ye lah saje nak feeling-feeling hidup zaman dinasty Ming. Eh??

Memang mendapatlah....pastu area Hutong ni memang terkenal dengan banyak bangunan yang ala-ala zaman dahulu kala. Memang aku rasa seswai sangat. Dalam net kata tak jauh..tapi aku rasa sangat lah jauh kami menapak setiap hari.

Hostel ni boleh naik line 2(left loop) dan stop di Qianmen Station exit C. Gambar bawah ialah view di exit C. Sebelah metro station ni ada tower apa ntah. Niat adik aku nak explore area tu sampai ke hari terakhir kat sana tak tercapai. Sedeh..

     

Dari sini korang kena gerak lalu underpass untuk ke other side of the street. Memang hazabedahlah bagi yang bawa beg besar macam aku aritu. Nasib baiklah anak sedara aku ada. Dia lah yang turun naik tangga angkat beg aku. Ni yang aku bertambah sayang kat dia.💗

Korang terus je berjalan. Nanti korang nampak belah kanan orang ada Starbuck. Terus lagi berjalan sampailah korang jumpa McDonald. Ha kat sini ada traffic light. Dari sini, barulah lintas jalan (arah kanan korang) di Dazhalanxijie Road (gambar atas).

Dah lintas,...korang kena menapak lagi dalam 200m gitu until korang nampak macam gambar kat bawah ni.
Ambil yang belah kiri korang (Tieshuxiejie road). Dalam 100m nanti korang nampaklah hostel ni belah kanan.

Check in awal ok je tak de masalah. Tunggu sekejap jer sebab dorang tengah kemas bilik. Cuma tu la tu.. heater macam kejap berfungsi kejap tak je.
Courtyard yang aku idam-idamkan. Tapi takat nengok je lah. Tak sanggup nak menggigil kesejukan kat sini.


Bilik kecil je. Nak sembahyang kena sembahyang atas katil. Ermm.. Tapi beg-beg semua boleh letak area depan toilet. Agak besar area tu. siap ada settee bagai.
Total paid --> 756yuan/room untuk 3 malam. Kiranya sorang dalam 252yuan untuk 3 malam. Ermm boleh la untuk sehari berjalan ke metro station lebih kurang 20-30 minit.😥

Trip payung China - D8 (Alien Market)

8 Disember 2018
Pagi yang sangat cerah. Nihao!

Ikut itinerary aku..pagi ni kami nak pergi ke theme park yang pernah aku pergi dulu. Tapi lepas bincang dengan adik aku..dia macam ermmm jer. Jadi pagi tu sebelum kami check-out..aku pun google la mana tempat yang kami boleh terjah.

Oleh sebab belum beli apa pun..aku try usha mana tempat best untuk shopping. Cari punya cari..aku jumpa satu tempat shopping baik punya iaitu Alien Market. Nama pun dah macam gempak kannnnn..Oleh sebab aku peminat tegar cerita Men in Black..mesti rasa teruja. Huhuhu

Route: Chaoyangmen Station (Exit A)
Aku sebenarnya nak bagi kredit kepada blogger yang tunjukkan cara untuk ke sana. Tapi aku tak jumpa screenshot yang aku buat tahun lepas. Aku doakan semoga si blogger tu dimurahkan rezeki. Aminn...

Ajom aku tunjukkan korang cara untuk ke sana.

Keluar dari Chaoyangmen Stn, exit A, ko akan nampak view ni. Aku punyalah kagum sebab banyak giler bangunan kaca tinggi-tinggi. Wow sangat!
Teruskan berjalan dalam 5 minit gitu sehinggalah korang jumpa laluan pejalan kaki bawah tanah ni. Kalau tak silap akulah..bangunan berkaca belah kiri korang tu(dalam gambar bawah) ialah Aesthetic Plastic Hospital..
Korang sebenarnya kena crossed jalan untuk ke kanan. So dari bawah ni silalah jalan ke kanan. Now dari sini jalan terus pass a few shopping mall.
 Jalan lagi sampailah korang nampak bangunan yang ada tulisan Russia di seberang jalan. Nah sebab itulah namanya Alien Market. Huhuhu
 Ada banyak benda yang dijual dalam ni. Tapi yang biasa-biasa je. Ada toys, baju-baju, blanket dan macam-macam lagilah yang boleh mintak tawar harga. Even kalau nak beli souvenir untuk majlis perkahwinan pun boleh beli kat sini sebab kebanyakannya jual dalam kuantiti yang banyak. Ada aku jumpa student Malaysia time tu belikan tissue cover untuk buat souvenir majlis perkahwinan dia. Dia kata dapat harga yang murah.
 Gigil-gigil aku ambil gambar dalam kedai sebab sejuk. Huhuhu..
Paling popular "Kedai Ayisah" ni jual table cloth some more boleh berbahasa Melayu. Aku gigih la beli. Sekali adik aku kata kedai lain lagi murah. Bedebah betul. Huhuhu

Aku try naik tingkat atas...tapi macam tak de pape pun. Banyak kedai tutup. Aku pun tak pasti kedai-kedai tingkat atas ni memang dah tutup ke..atau dorang tutup time winter jer.
Settle shopping, kami ke Niujie area semula untuk makan. Kali ni aku nekad nak cari yang dorang asyik kata Islamic canteen tu. Aku rasa ada banyak kali gak turun naik tangga salah tempat. Last sekali kami naik tangga betul-betul sebelah Halal Supermarket yang besar tu. Lepas round dari kiri ke kanan..yang nampak tidak meragukan ialah kaunter awal ni. So kami pun terus order makanan.

Konsep kena ambil sendiri makanan. Sate ambil kat kaunter sebelah. Air bawak sendiri Huhuhu..Lepas tu adik aku anak beranak gerak ke masjid untuk solat. 
Yang aku kat situ separuh nyawa terbang sebab sejuk namateyyy...sebabnya duduk betul-betul kat pintu keluar masuk. Jadinya angin sejuk kemain seronok keluar masuk.




Settle semua..kami terpaksa menapak semula ke hostel as kami tumpang luggage kat sana tadi. Now
marilah kita ke airport dengan menaiki Airport Express. Kami naik airport express guna Yikatong Card kalau tak silap.

Sampai airport, adik aku dan anak sedara aku terus pulangkan semula Yikatong card dan dapat la duit baki untuk di shopping kat airport nanti. Aku?? masih menyimpan yikatong card tu...😎

Kami sampai airport agak awal dalam pukul 9 malam kalau tak silap. Mereput la nak tunggu flight pukul 2 pagi. Nasib baik jugaklah kami beratur awal waktu nak drop luggage. Kalau tak ..merasalah beratur panjang gilos.

Satu yang aku suka kat China ni ialah dorang sediakan air panas di setiap airport/railway stn/bus station. Oleh sebab banyak lagi megi yang belum makan..aku paksa semua makan megi. Huuhu.. Syiok jugaklah makan megi kat epot ni.

Satu gambar kenangan dengan winterjacket aku yang tak sampai 12 jam aku pakai hasil membeli di Alien Market tadi. Murah wei..Adik aku siap membahankan aku lebih kurang dua ke tiga bulan lepas tu sebab asyik teringat-ingat makcik yang jual tu cakap.."I have u size" ..
siottt betul.
Aku ada insiden lawak yang aku rasa macam buat aku nak guling-guling kat situ..Masa kat Alien Market tu...aku ada membeli portable mic. Oleh sebab excited punya pasal...mic tu aku letak dat dalam backpack aku. Otw nak cari departure gate....aku ada dengar bunyi announcement dan siren. Tapi aku tak berapa nak tangkap butir announcement tu. Aku siap toleh ke belakang. Tapi aku pelik napa aku sorang je macam terpinga-pinga. Tak lama lepas tu bunyi lagi announcement dan siren. Tapi orang sekeliling aku still macam buat-buat tak tau je. Sampailah aku duduk kat boarding hall. Oleh sebab flight ko tengah malam buta..orang pun separa mengantuk. Tiba-tiba bunyi lagi. Kali ni aku rasa agak kuat berbanding dengan tadi. Aku siap tanya anak sedara aku. Pastu aku tergerak hati nak bukak backpack aku. OMGGGGG rupanya dari tadi tu bunyi mic aku yang asyik on off sebab usb cable dalam kotak tu asyik tercucuk kat button on/off. hareemmm betul. Buat malu aku je. Nasib baiklah aku duduk kat hujung-hujung.
 Akhirnya 2.30am flight kami depart. Dorang berdua tu nenyak giler tido. Aku pulak bila baring asyik melorot je ke bawah. Kaki sipi-sipi nak terkulai ke bawah. Aku tak faham betul. Padahal aku ni tak de lah tinggi mana pun.
Seronok nampaknya tido kome berdua eh?
 Xiexie ni China! 2020 bertemu semulakah??? Hihihihihhi