Pages

Hatyai - Day 1 (Cable Car & Asean Night Market)

Sambung dari sini....

Next kami terus ke Hatyai Cable Car...Time ni cuaca dah start mendung. Nak naik ke idok ni..Ermm dah alang-alang sampai, marilah kita naik.


Tiket 200Baht dalam RM20++. Time kitorang dah sampai kat puncak tu, macam ada upacara keagamaan macam tu. So kitorang turun je cable car, masuk balik untuk ke starting point tadi. Macam biasa bila kat tempat gini memang akan ada orang ambil gambar dan framekan kat jam la apa la. Ermm....sebab tourist kan..beli jugaklah. 200Baht lagi. Aku awal-awal macam tak nak beli sebab ratus-ratuskan harganya..eh bila convert RM20++ jer.  Nyampah tau..sel otak tak berhubung dengan baik.


Lepas tu kami gerak bergambar kat area situ. Tengah bergambar sakan hujan pun turun..Huhuhu berlari-lari anak la kitorang mencari tuktuk kami. 
Kami belum bayar lagi 200Baht yang dijanjikan tadi pada driver. Sebab tu dia gigih tunggu kami. So ingat..jangan bayar dulu tau....Next kami terus ke Asean Night Market. Actually driver tak nak bawa kami ke sini sebenarnya. Sebabnya dia suruh kami sticks pada package yang dia sediakan. Kami berkeras tak nak. So end up dia hantar kami ke sini. Tapi hantar je. Nak balik nanti kena cari tuktuk lain. Ermm..Boleh je la.

Tuk tuk hantar kami kat tepi market ni. So aku tak nampak pulak mana pintu gerbang yang ada tulisan Asean Night Market. Ntah ye ke idok driver ni. Tapi macam happening tempat ni. Pulak tu terjumpa Malaysian ni..Dorang bagitau memang ni la tempatnya..sebab dah 2 hari dorang datang sini.

Comel je bike ni warna pink.

Kat sini aku tak membeli apa pun. Sebab main purpose ke sini nak makan je. Jadinya silalah naik ke tingkat atas. Mak aiii..seronok wei kat sini. Meriah. Cuma tempat duduk sangat terhad. 





Banyak giler makanan yang membuatkan korang teringin nak cubakan? Aku mula-mula kena cari makanan yang tak akan aku jumpa kat tempat aku. Ha apa yang aku beli?
Aku beli Pad Thai..dulu masa aku kat Aussie aku ada try sekali. Tapi tak boleh gi  betul rasanya. Pastu kat tempat kita... aku try makan kat Amphawa boat noodle ke mana ntah.  Boleh la masuk tekak aku. Tapi yang ni memang heaven kooo..Sepinggan ni 50Baht.
Pastu aku beli kerabu telur sotong pun 50Baht, manggo juice 30Baht. Manggo juice tu yang macam kat bawah ni. Mula-mula aku tak faham nak beli camana ni. Rupanya korang pilih je la cawan mana yang korang berkenan. Pastu nanti orang tu akan blend kan. Walla sedap weii...

Some more aku beli ni sebab berkenan warna-warni ni. Huhuhuhu.. Gambar bawah ni aku rasa ialah kerabu telur sotong tu kot. Aku agak je la. Kawan aku pulak beli pulut ayam ke apa ntah. Yang pasti siap tapau..Muahahaha


Settle makan, kami turun ke bawah untuk cuci-cuci mata dan bagi makanan turun dulu. Aku tak beli apa pun. Macam beli casing phone aku je kot. Kalau tak silap la. ha lagi 1 nak bagitau...kalau dah berkenan nak beli yang mana satu tu, terus je beli. Sebab lepas tu aku dah tak jumpa dah mana kedai tadi.
Pusing punya pusing jumpa pun gambar kat bawah ni. Ermm  dah nak balik dah pun..
Lepas tu kami pun gerak balik hotel. Kami tunggu tuktuk baru kat luar market ni. Lama jugak menunggu tuk tuk tu nak gerak. Sebabnya driver nak tunggu penuh baru gerak. Tapi tunggu punya tunggu..tetap jugak tak de orang lain. Sudahnya kami berdua dengan ada 2 orang couple dari Kluang ni je. Borak punya borak, dia macam kagum kitorang naik tren je ke sini. Tambang kami balik ke hotel 20Baht/pax. Sampai je depan hotel, kami sambung jalan-jalan depan hotel pulak. Sini pun meriah sakan. ramai giler orang. Tepi hotel tu macam ada stall tempat makan. Dah alang-alang tu, kami makan seafood pulak kat situ..Nak merasa la katanya..Sepinggan udang ni 300Baht. Pastu kawan aku belanja makan roti kukus 20Baht. Memang makan je la kerjanya. Plan nak masuk watson kami skip dulu arini. Sebab memang ramai giler orang Malaysia dalam tu. Semua barang dalam tu pun sold out. Huhuhu

Hatyai 2019- Day 1

5 Disember 2019

Kali ni memang dah lama teringin naw nak terjah ke sempadan negara. Plan pun lebih kurang dan itinerary memang tak buat langsung pun. Ikut dan je. 

Actually, sebelum gerak ke Hatyai, aku ke Alor Setar dulu untuk beberapa hari. First time aku jejak kaki kat airport ni. Kecil betul airport ni. Memang senang la nak gerak kalau orang yang gems macam aku. Muhahaha

Berbalik pada cerita travel aku tu, seawal pagi lagi aku dah naik train dari Sg Petani ke Padang Besar. Tambang tahun 2019 ialah  RM7.40. Kami tiba kat  Padang Besar dalam pukul 8.20 pagi gitu.


Finally sampai pun kat tren stesen Padang Besar. Aku rasa semangat giler time ni. Konon-konon macam tak ramai orang lagi. Aku rasa mestilah aku dapat beratur kat barisan paling depan sekali masa kat border nanti.

Langkah pertama bila sampai kat sini ialah .......ikut je crowd. Dari sini korang dah boleh nampak tren Thailand. Pukul 10 pagi barulah pintu imigresen Malaysia dibuka. Jalan sikit dah kena hadap pulak barisan panjang untuk masuk ke imigresen Thailand. Kalau korang datang berdua macam aku aritu, sorang tunggu kat pintu nombor 6 sorang lagi gi la beli tiket. Bukan apa..kalau potong line boleh jadi rusuhan gamaknya. Ye la ...nak dekat 2 jam berdiri maunya tak hilang sabar.
Tiket boleh beli kat sini. Boleh pakai RM kalau tak silap aku time ni. Harga tiket 50 baht. Tak yah nak risau kalau tak beli tiket in advance. So beli je la tiket pada hari kejadian. 



Kat sini kalau nak beli simcard pun boleh. Kalau tak silap 200baht. Tapi aritu aku tak beli pun. Roaming je senang. Sebab stay kat sana pun takat 3 hari je. Settle beli tiket, kitorang pun menunggu la pintu imigresen dibuka. Settle part imigresen...menunggu lagi dalam tren. Time gambar kat bawah ni..dah pukul 11.20 pagi. Tren masih belum gerak lagi.


Makin lama makin ramai dah masuk tren. Last-last geraklah tren di dalam kehangatan panas matahari. Tren oldskool. Panas sungguh weiii..
Saranan aku..siap-siaplah bawa bekal sebab dah nak masuk waktu lunch. Lagi 1..bawa pen untuk isi borang ke apa ke. Jangan lupa ye. 

Habis aku ngap biskut ni. Lapar punya pasal. Tak lama lepas tu kitorang pun sampai la di Hatyai. Turun je dari tren, kena lintas landasan tren. Memang masaklah kalau yang bawak luggage besar. Nasib baik aku bawak backpack sedang-sedang je saiznya  aritu.
Lepas dah bergambar sakan kat sini, keluar je tren stesen ikut exit yang ada. Now plannya nak cari hotel yang dah siap-siap booked aritu. Time ni main redah je la. Ramai sungguh orang kat sini. Time tengah navigate arah hotel, kami jumpa kedai makan halal. Kalau tak silap, nama kedai tu Kedai Kelantan. Order 2 pinggan nasi dan Chicken Basil (pad kra pao) serta air kosong 215Baht.

Boleh la rasanya. Janji dia pedas. Pad kra pao ni memang favourite aku. Nak buat memang tak laaaa...
Hebat suasana kat sini. wayar elektrik berselirat. Teringat aku masa kat tempat kerja aku aritu, wayar elektrik kat tiang elektrik terbakar. Siap meletup-letup. Dengan bunyi zzz karennya.. huii serem. Siap bomba datang bagai. Tapi kat sini relax je.
Lepas dah makan dan tenang-tenang..kitorang pun gerak la cari hotel. Memandangkan tak pernah jejak kaki kat bumi Hatyai ni, aku decide cari hotel yang betul-betul kat tengah bandar ni. Makanya aku check in kat Lee Garden Plaza Hotel. Aku macam ada gak baca review yang orang tersalah booked hotel. Sebab Lee Garden dan Lee Garden Plaza Hotel ialah hotel yang berbeza. Yang aku booked ni attach dengan shopping complex. Aku booked hotel ni agak awal. So murah sikit harga biliknya. Lagi seminggu nak gerak ke sana, aku check harganya memang huhuhuhu..

Aku tak ingat pukul berapa boleh check-in. Mungkin pukul 3 kot. Sebabnya, seingat aku la, aku letak luggage dulu kat stor. Ada kena charge rasanya. Ntah la aku pun tak berapa ingat. 
Hotel ni memang betul-betul kat tengah bandar. Actually banyak lagi hotel area sini. Tapi bila aku google, masing-masing cakap cari hotel ni sebagai landmark. 


Settle letak luggage, kitorang terus deal dengan driver tuktuk yang berlambak kat depan hotel. Kitorang kena sorang 200Baht untuk ke beberapa tempat. Tapi kitorang tak nak la gi temple ke apa ke. So kitorang decide untuk pergi beberapa tempat sahaja. Tempat pertama yang kami pergi ialah Chang Puak Camp. Kalau yang suka binatang boleh la ke sini. Memang ni tempat pelancongan, maka memang ramai la tourist macam kitorang.Meh la kita nengok apa yang ada dalam ni.

Kitorang tak ambil pun mana-mana package. Nengok-nengok je. Kawan aku beli pisang je untuk beri pada gajah. Yang lain just ambil gambar binatang dari dalam kandang je.
Tak lama pun kitorang kat situ. Lepas tu kami gerak ke tempat seterusnya. ....Gerak dulu ya...pape roger. 

HellooooooOOOOooooooo

Aloha..

Lama sungguh tak jenguk sini. Mula-mula ingatkan tak jumpa dah blog ni. Maklumlah nak dekat 3 tahun jugak terlupa kita ada blog sendiri...huhuhu.....Kisahnya dah lama tak travel.....makanya tak de la rajin nak buat itinerary ke mana-mana. Kalau tak..sekarang ni dah start membaca blog kengkawan lain untuk buat itinerary. Harapnya masih ada kekuatan fizikal dan mental untuk terus travel....Ye dak...Korang dah start travel ye? I is takut lagi sebab dah 2 kali kena jenguk dek virus kobid.


Moga-moga iols mampulah nak update trip sebelum kobid dulu. ..


Kbai.