Pages

Hatyai Day 2 - Kat Tod Decha Hatyai & Lee Garden Street Market

Lepas maghrib, kami gerak ke restoren untuk dinner. Huhuhu jauh perjalanan kami malam tu. Macam nak tercabut kaki. Tak nak lalu shortcut sebab jalan tu sunyi. Makanya ...berpeluh keti**

Kat Tod Decha Hatyai Restaurant
Mungkin kami sampai awal kot. sebab tu tak berapa ramai orang. Servis laju. Kami tak order banyak pun. Sebabnya plan lepas ni nak gi street market area hotel.
Punyalah penat sangat..sampaikan nak ambik gambar makanan pun macam ye tak ye je. Ayam tu sedap. Tapi aku tak ingatlah apa namanya. Total makan mlm tu 400Baht
Masing-masing dah mengantuk lepas makan. Hish kena gagahkan jugak membuka mata. Memandangkan esok nak balik dah..kena round 1 kali lagi kat area hotel. 


Lee Garden Street Market
Settle makan..marilah kita berjalan semula ke hotel. Happening sungguh kat depan Lee Garden Hotel ni. Memang aku rekemen stay kat hotel ni. Cuma penat wei kena go tru security tiap kali nak masuk hotel. Huhuhu
Aku tak beli apa-apa pun masa tu..sebabnya kami terjumpa kawan satu kampus masa belajar dulu. Bertahun aku tak jumpa..sudahnya kat sini kita berjumpa. Borak punya borak, jap lagi laki dia suggest naik tuktuk ramai-ramai tour Hatyai city. Layankan la...Harga tuktuk tak tau sebab laki dia bayarkan...

Balik dari city tour tu kami ke 7eleven yang dah 2 kali masuk tapi tak berjaya. Malaysian banyak memborong kat sini. Memang barang-barang laku keras wei. Aku takat beli foundation, blusher yang comel-comel. Seswai sangat kalau bawa untuk travel. 


Time ni rasa kaki macam nak tercabut dah. Tapi beli jugaklah makanan untuk bawa masuk hotel.
Lai Chee Kang ni harga dia dalam 100Baht
Nasi lemak ayam ni pun harganya lebih kurang 100 Baht.

Jomlah kita balik bilik..mata pun dah makin kuyu. Esok dah nak balik dah.

Hatyai Day 2 - Songkhla & Khlong Hae Floating Market

Know know dah sampai Songkhla. Bagi aku..jauh gak lah perjalanan dari bandar Hatyai tu. Siap tersengguk-sengguk dalam tuktuk. 

Tuktuk banyak kali berhentikan kami kat tepi pantai untuk bergambar dengan monumen yang ada. Tapi semuanya tengah dibaiki. So dapat tangkap gambar pun dari kejauhan je. Aku nak membaca history tentang monumen tu pun tak de. Makanya kena google je la nak dapatkan info.


Gigih gak lah aku memanjat batu ni. walaupun rendah je batu ni..tapi agak licin. Mula tu aku macam malas je la nak panjat. Tapi memandangkan beratur sikit punya panjang...aku layankan la jugak kawan aku bergambar kat sini.

Settle bergambar dengan duyung tu..kami jalan-jalan sekitar pantai. Kami diberi masa sejam je kat situ. Aku memang tak plan pun nak beli souvenir apa pun. Takat beli fridge magnet beberapa ketul je. 

Aku rasa tak sampai sejam pun kitorang kat situ. Last-last tuktuk bawak kitorang jalan-jalan tepi pantai. Angin sikt punya kuat la haritu. 

Ayuhlah makan dimsum yang kami tapau sebab tak habis pagi tadi. Next stop ialah floating market. Sini pun dia cakap sejam je. Ermm tapi macam lebih sejam kami kat situ.

Tuktuk parking kat tanah lapang tepi jalan. Pastu dia suruh kitorang jalan kaki. Aku ngan kawan aku macam terpinga-pinga. Sebabnya kami tak nampak pulak sungai tempat sampan-sampan tu berjual beli. 
OOO jalan dalm 100m gitu barulah korang nampak jambatan. Floating market kat belah bawah. So aritu aku macam ralit dok nengok persembahan kat atas jambatan ni. Makin petang makin ramai orang kat sana. So kami decide untuk cepat-cepat shopping apa yang berkenan.

Aku rasa semuanya jual makanan. Aku macam mencari jugaklah mana 1 yang halal. Bila aku nengok yang menjual tu bertudung, aku harap halal la makanan yang aku beli tu. 



Aku sebenarnya nak beli ni. Beli air dalam tembikar gini. Tapi haritu aku beli buluh je sebab takut tembikar tu pecah as aku ada banyak lagi tempat nak singgah sebelum balik JB.



Aku tak beli apa pun. aku beli jemput-jemput udang ni ngan air je kalau tak silap.

Ni cara korang berjual beli kat sana. Nanti dorang hulurkan makanan pakai kayu tu. letak duit pun kat situ gak. Memandangkan orang makin ramai, kami terus gerak ke bahagian atas. Kat sini aku ada jumpa makanan tak halal, Aku tak sure la kalau kat area atas ni khas untuk non halal ke camana. Sebab aku ada je jumpa orang bertudung berniaga makanan kat atas ni.


owh sedapnya miangkham...tapi aku tak beli pun. Nak maghrib kami terus ke tuktuk yang tengah tunggu kami yang terlewat setengah jam tu. Kami gerak terus ke hotel untuk solat sebelum jalan-jalan malam nanti.

Hatyai Day 2 - Chabura Dimsum & Songkhla Central Mosque

6 Disember 2019
Pagi ni hujan membasahi bumi Hatyai. Ku gagahi jugak la untuk meronda-ronda. Turun hotel terus gi tukar duit dulu. Time tu RM300 boleh dapat dalam 2160Baht. Sekarang ni aku tak tau la currency kita berapa kalau tukar kat sana.

Settled tawar menawar dengan driver tuktuk...kami terus gerak ke Chabura Dimsum untuk breakfast. Kitorang sampai dalam pukul 8.30 macam tu. Nasib baik tak ramai orang. sebab aku pernah baca blog mana ntah tentang kesesakan dalam restoren ni. 

Aku membayangkan restoren ni macam besar gitu. Rupanya ada kat deretan kedai je. Parking pun macam payah je nak dapat kalau peak hours. Driver tuktuk bagi kitorang sejam je untuk makan. Servis dorang pantas. So no worries.

Banyak giler pilihan dimsum. Korang pilih je la mana-mana yang korang nak. pastu letak atas tray.
Agak-agak tak reti nak order camana..boleh tanya budak ni. Super duper friendly. 

Tag biru macam kat bawah ni jangan lupa ambik ye.


Sebahagian hasil order haritu. Time ambil gambar ni ingatkan dah sampai semua order. Sekali ....banyak lagi belum sampai. Punyalah banyak ko ambil sampai tak muat 1 meja. Malu giler kat meja sebelah.

Pagi-pagi aku dah makan nasi goreng nanas. Tak mau share pulak tu. Makan la ko sorang-sorang. Total belanja kat sini 534Baht.

Aku lupa nak bagitau..tuktuk kami aritu 1000Baht/tuktuk untuk sehari. Aku tak sure la murah ke mahal. Tapi boleh je laaaaa...

Ni la rupa Hatyai yang ramai orang dan banyak kenderaan serta wayar elektrik yang berselirat.

1st stop kitorang ialah Songkhla Central Mosque. Masjid ala-ala Taj Mahal ni memang kena lawat ya. Time aku gi tu masih tengah renovate kat laman masjid.

Settle sembahyang, kitorang sempat la beli jajan kat kedai bawah masjid ni. Mentang-mentang semua ada logo halal, banyak gaklah aku memborong mi segera. 


Time ni orang baru habis solat Jumaat. Tu yang ramai orang.
Tak dapat gi Taj Mahal...Songkhla pun jadi la...
Dah jom let's kita.....

Tuktuk berhenti untuk isi minyak. Tangki minyak kat belah bawah rupanya.....