Pages

penang last day

giler lama nak update blog
almaklum la dah start naik sekolah
giler awal 2 minggu
mau la sibuk nak urus segala macam
mana nak berborak bagai
sampaikan dlm meeting dah kena sound &amp~siap nak kena tukar tempat duduk lagi
walaupun di tukar tempat duduk pun,
tetap me akan berborak jugak
almaklum la cuti lama sgt..
berbalik pada hari terakhir di penang
kami berjalan pulang dengan menaiki feri
wah,
lama giler tak naik feri
rasanya akhir sekali naik feri masa belajar kat u dulu.
bertahun2 gak la.


sekitar pemandangan di seberang prai

nampak gaya kepulangan kami di iringi ngan awan hitam...


nah,
akhirnya hujan pun turun
so
apa lagi
sepanjang perjalanan perlulah mengaktifkan kilang taik mata!
mana mau tak aktif kilang tu
kalo perjalanan dr penang ke jb
direct!
xcept berhenti sekejap kat R&R apatah tak ingat
tapi yg pasti kat perak
sbb sempat gak merasa
kuih tradisional org perak
tak ingat la apa namanya
rasanya putu perak kot..
entah la.
bedal ajer la.
luar sama mcm putu bambu
cuma intinya kelapa putih yg agak manis.
akhirnya
syurga makanan sudah tamat.
maka mari kita berusaha untuk melupakan apakah itu makanan..

penang day 3

memandangkan esok hari terakhir
maka haruslah berjalan seberapa byk yg mampu pada hari ini
so, pagi itu,
kami terbahagi kepada 2 group
1st group pergi parasailing
while kami yg lenlain g jalan2 dulu
so tempat pertama yg kami tujui ialah toy museum
memandangkan ari tu masa kat korea missed 2 part kat teddy bear museum
maka kali ini jgn missed langsung mana2 part!
sampaikan dlm ladies pun me nak masuk
oleh itu mari kita
terjah!




eeiiiii takutnya chucky...
ni segala anak pinak dia ada kat sini




watchaaaaa!!!!!


sapa lagi ramping??
hahahahahaha

"ha apa??tak dengar la. kalo nak ngumpat ckp kuat sikit!"

shrek lagi!
next kami ke rumah p.ramlee
me adalah peminat setia beliau
tapi yg me suka semua cerita kelakar yg beliau garap ajer

sampai ajer kat sana cuaca sgt la gelap
sbb bila2 masa ajer hujan akan turun
so haruslah mempercepatkan langkah masuk ke dalam rumah p.ramlee

sekitar pemandangan hadapan rumah P.Ramlee

disebabkan ruang hadapan rumah P.Ramlee sudah ramai org berehat dek hujan
maka me pun masuk dr tangga dapur
kalau dlm kelas
memang pantang kalau cikgu kat depan,
anak murid masuk dr pintu belakang
ada gak me halau suruh masuk pintu depan semula
sbb hanya pencuri ajer masuk lalu pintu belakang
tapi ari ni boleh dikecualikan..

sapa kata me bercuti utk kepentingan sendiri??
nah buktinya
gambar kukur diambil utk sesi p&p nanti kat sekolah
almaklumlah bebudak zaman sekarang
bukan tau pun apa itu kukur

dah alang2 terperangkap kat bahagian dapur
haruslah belajar memasak menggunakan props yg sedia ada
masak kari bole?

antara koleksi P.Ramlee yg ada di sana..

koleksi hanyalah violin itu sahaja
makhluk di sebelah sila abaikan

bilalah hujan nak berhenti ni??

bila hujan dah mula gerimis semula
perjalanan diteruskan utk mencari tempat makan tengah hari
venue: Komtar

menu seperti biasa
nasi kandar sekali lagi
eh me mcm addicted pada lauk telur sotong ini
agak nyum nyum nyum
telur sotong yg kat belakang kaler kuning tu ye
yg kaler hijau tu dah tentu la kacang panjang
memadangkan cahaya matahari masih ada lagi
maka kami teruskan ke
war museum

mula2 ingatkan museum ni mcm kat dlm satu bangunan
sekali hambik ko
siap bole main paintball lagi!
mulalah berbelah bahagi nak masuk ke tak
sbb bila call nOrA, dia kata even dia org penang pun tak pegi sbb takut
inikan aku??
tapi bila ingatkan diri ini hanyalah pelancong
maka redahkan ajer

masuk2 ajer
staf kat sini dah bagi tau yg sini merupakan markas tentera masa zaman pemerintahan british pada tahun 1930 lagi
goose bumps!!!!!!

alahai tempat pertama ni ajer dah scary

tu belum lagi masuk kat terowong kecik ni!!
me masuk 1/2 eh tipu la 1/4 jalan ajer
pastu cabut lari keluar
gelap!!!

tunnel ni sebenarnya merupakan laluan kecemasan yg telah disediakan untuk waktu kecemasan dan terletak bersebelahan dengan tempat menyimpan senjata bawah tanah.

next kami ke
apa ntah.
tak sempat pun baca sbb takut.
almaklumlah. yg ada kami bertiga ajer.
memandangkan kami diarahkan
untuk menuruti segala anak panah merah yg memang dicatkan pada lantai untuk memastikan kami dpt melawat kesemua tempat dalam kawasan seluas 20 ekar ini,
maka ikutkan ajer la.
antara kesan bom yg masih ada di museum ini.

kawasan ini bukan sahaja digunakan oleh tentera british, tetapi juga tentera melayu, india dan sikh.
namun pada masa menaklukan tentera jepun selepas perang dunia ke II,
kawasan ini sgt digeruni kerana merupakan kawasan dimana prisoners di torture dengan zalim.

yg paling best, di puncak bukit ini juga ada ditunjukkan gallow yg telah digunakan ke atas general yamashita.
tapi hampehnya

abah: eh, jgn dekat. nanti kena badi ni.
me: ye ker abah?
abah: a'ah la. ni kan digunakan utk gantung sampai mati si yamashita tu.
me : ooooo
siap me ambik gambar pun dr jauh ok!
lense pun punya la panjang dipulas semata2 nak focus.
jarak me & gallow : 2 meter.
sekali hambik ko!!!
ni replica ajer la. benci kena tipu.
inilah padahnya kalo tak mau membaca.


next kami ke
sleeping theatre
kawasan dimana untuk memperingati rakan2 askar yg terkorban sewaktu berperang.

try jadi komando kejap
mau bagi ucapan selamat datang jap

perjalanan kami haruslah dicepatkan
kerana sudah hampir jam 6.30 petang
kang ada jugak tak kuar dr sini.

bilik torture
sangat sadis bila mana melihat gambar2 yg digantungkan.
akhir berjaya juga kami melepasi kawasan museum yg sgt besar.
dan paling bagusnya
peluh adalah 2,3 titik kuar
bersamaan dengan terbakarnya sesuap nasi kandar tengah hari tadi.

so, balik, kami try lalu balik pulau
sekali bisa pening kepala doe
dek jalan yg berliku2
sekali rasa dah macam nak naik cameron highlands la pulak.

jln sgt sunyi
pemandangan sangat cantik...
akhirnya sampai juga kami di ferringhi.
apa lagi berenti minum
tapi ada la pulak istilah minum ajer dlm kamus hidupku??
sekurang2nya haruslah ada makanan
seperti laksa kat bawah ni.
so memandangkan malam ini mlm terakhir di sini
haruslah menikmati semua makanan yg ada
malam tersebut kami ke padang kota lama semula
untuk menikmati sekali lagi
pasembur, laksa penang, mee udang, char kue tiaw, sotong bakar dan abc.
misi makan : 100%

mission accomplished!!

penang day 2

mood adalah sgt berkobar-kobar utk melawat tempat2 menarik di dlm pulau mutiara ini
memandangkan list tempat2 yg ingin dilawati sudah pun agak panjang berjela dicari sebelum bertolak,
maka haruslah bangun awal pagi pada hari ke-2
so selepas bersarapan ala kadar
kami semua ke penang butterfly farm yg terletak sgt hampir dgn apartment kami
haruslah berposing sakan di depan pintu masuk

once kami menjejakkan kaki di sini
kami agak terpegun dgn suasana hijau yg sgt mendamaikan
kami disambut dgn pelbagai species rama2 yg berwarna~warni
even
seawal menjejakkan kaki disini dah dpt lihat
kejadian rama~rama melalui poster2 yg ditampal sepanjang taman
meh kita lihat aksi2 cute @ sexy rama~rama yg sempat disnap pada hari itu






ini pula gambar king & queen rama~rama yg duduk di singgahsana dlm taman rama~rama

besarkan kepak queen & king rama~rama??
kawasan taman ini tak la besar sgt
tapi cukup sekadar nak bakar sedikit kalori makan nasi lemak pagi tadi apabila berjalan mengelilingi taman

kawasan tengah taman tersebut
ada pond
pastu nanti jumpa pulak waterfall
kira betul2 mcm tempat tinggal rama~rama
seterusnya xpdc bergambar dengan rama~rama
mari kita lihat siapa yg menarik di mata rama~rama

usaha pertama
GAGAL
usaha kedua
hampir berjaya
tapi telah digagalkan oleh danish!
so kesimpulannya
GAGAL

usaha ketiga
pun
GAGAL

usaha keempat
posing ala ngada~ngada dengan harapan rama~rama terbukak la matanya nak hinggap
tapi akhirnya tetap
GAGAL
usaha kelima
pun GAGAL
usaha keenam
masih lagi GAGAL
kita tunggu usaha yg terakhir
sama ada GAGAL @ BERJAYA
sbb
gambar dlm camera yg lain
sila tepuk tangan dahulu
gambar akan dipost dlm sidebar ok.
sedang elok berjalan
tetiba hujan turun dgn sgt lebat
udahnya kami terperangkap
di hadapan aquarium milik 'the monster turtle"
yak!
sgt geli tau
badan berkulat2 @ penuh dgn batu2 karang
sekali tengok mcm
bootstrap bill
dalam pirates of the caribbean
zakwan pun kagum nengok apa ntah kat belakang mamanya
jgn lupa stamp pada post dlm bilik tayangan
each stamp ada gambar tentang rama~rama
memandangkan hujan sgt lebat pada hari itu
maka kami ke gurney plaza
tujuan:
makan
sampingan :
shopping
hua hua hua hua
so akhirnya
yg sempat disambar ialah
kuang kuang kuang
yg memang betul nak dibeli cuma perfume tu ajer
sbb last time masa kat langkawi
me memang dah aimed nak beli vera wang punya perfume
ntah macam mana ntah terbeli pulak YSL
so masih boleh ditahan lagi
drp membeli vera wang's scent ni
sbb plan memang nak ke langkawi pun by the end of this year
tapi plan tak jadi pulak
nasib baik terjumpa kat sini
apa lagi
beli lah
dan disebabkan dpt voucher RM50
maka haruslah dihabiskan
udahnya
belikan ajer la hbag tu..
dah kena memikirkan nak simpan hbag tu kat mana pulak dah!
memandangkan hujan telah pun reda
&
hajat untuk menikmati makanan penang pun belum lagi tercapai 100%
maka kami semua ke
sini

owh..
jiwa sudah tidak tahan untuk makan!!
memandangkan satu group belum lagi sampai
maka haruslah menyeberangi jalan untuk mengabadikan gambar


akhirnya makan time!!
menu petang itu:
pasembur & laksa penang
beginilah muka org sgt hepi dpt makan
so hajat makan telah sampai 50%

memandangkan perut pun sudah kenyang mari kita pulang.....

balik dr padang kota
kami semua bergegas ke sebuah market (ihsan drp nOrA penang) untuk mencari sedikit ole2


beginilah suasana pasar yg ramai dengan pelancong tempatan membeli buah pala, jeruk dan macam2 lagi la yg made in penang
dicelah2 keriuhan pelancong tempatan
ada gak la 3 beranak ini di bus stand menunggu kereta untuk pulang ke apartment
sian zakwan sampai tutup2 telinga kepenatan

menu makan malam: nasi kandar
venue: subaidah nasi kandar
nasi lagi???
nak buek camana
dah nama penang
haruslah makan nasi kandar tetiap masa.