Pages

penang day 3

memandangkan esok hari terakhir
maka haruslah berjalan seberapa byk yg mampu pada hari ini
so, pagi itu,
kami terbahagi kepada 2 group
1st group pergi parasailing
while kami yg lenlain g jalan2 dulu
so tempat pertama yg kami tujui ialah toy museum
memandangkan ari tu masa kat korea missed 2 part kat teddy bear museum
maka kali ini jgn missed langsung mana2 part!
sampaikan dlm ladies pun me nak masuk
oleh itu mari kita
terjah!




eeiiiii takutnya chucky...
ni segala anak pinak dia ada kat sini




watchaaaaa!!!!!


sapa lagi ramping??
hahahahahaha

"ha apa??tak dengar la. kalo nak ngumpat ckp kuat sikit!"

shrek lagi!
next kami ke rumah p.ramlee
me adalah peminat setia beliau
tapi yg me suka semua cerita kelakar yg beliau garap ajer

sampai ajer kat sana cuaca sgt la gelap
sbb bila2 masa ajer hujan akan turun
so haruslah mempercepatkan langkah masuk ke dalam rumah p.ramlee

sekitar pemandangan hadapan rumah P.Ramlee

disebabkan ruang hadapan rumah P.Ramlee sudah ramai org berehat dek hujan
maka me pun masuk dr tangga dapur
kalau dlm kelas
memang pantang kalau cikgu kat depan,
anak murid masuk dr pintu belakang
ada gak me halau suruh masuk pintu depan semula
sbb hanya pencuri ajer masuk lalu pintu belakang
tapi ari ni boleh dikecualikan..

sapa kata me bercuti utk kepentingan sendiri??
nah buktinya
gambar kukur diambil utk sesi p&p nanti kat sekolah
almaklumlah bebudak zaman sekarang
bukan tau pun apa itu kukur

dah alang2 terperangkap kat bahagian dapur
haruslah belajar memasak menggunakan props yg sedia ada
masak kari bole?

antara koleksi P.Ramlee yg ada di sana..

koleksi hanyalah violin itu sahaja
makhluk di sebelah sila abaikan

bilalah hujan nak berhenti ni??

bila hujan dah mula gerimis semula
perjalanan diteruskan utk mencari tempat makan tengah hari
venue: Komtar

menu seperti biasa
nasi kandar sekali lagi
eh me mcm addicted pada lauk telur sotong ini
agak nyum nyum nyum
telur sotong yg kat belakang kaler kuning tu ye
yg kaler hijau tu dah tentu la kacang panjang
memadangkan cahaya matahari masih ada lagi
maka kami teruskan ke
war museum

mula2 ingatkan museum ni mcm kat dlm satu bangunan
sekali hambik ko
siap bole main paintball lagi!
mulalah berbelah bahagi nak masuk ke tak
sbb bila call nOrA, dia kata even dia org penang pun tak pegi sbb takut
inikan aku??
tapi bila ingatkan diri ini hanyalah pelancong
maka redahkan ajer

masuk2 ajer
staf kat sini dah bagi tau yg sini merupakan markas tentera masa zaman pemerintahan british pada tahun 1930 lagi
goose bumps!!!!!!

alahai tempat pertama ni ajer dah scary

tu belum lagi masuk kat terowong kecik ni!!
me masuk 1/2 eh tipu la 1/4 jalan ajer
pastu cabut lari keluar
gelap!!!

tunnel ni sebenarnya merupakan laluan kecemasan yg telah disediakan untuk waktu kecemasan dan terletak bersebelahan dengan tempat menyimpan senjata bawah tanah.

next kami ke
apa ntah.
tak sempat pun baca sbb takut.
almaklumlah. yg ada kami bertiga ajer.
memandangkan kami diarahkan
untuk menuruti segala anak panah merah yg memang dicatkan pada lantai untuk memastikan kami dpt melawat kesemua tempat dalam kawasan seluas 20 ekar ini,
maka ikutkan ajer la.
antara kesan bom yg masih ada di museum ini.

kawasan ini bukan sahaja digunakan oleh tentera british, tetapi juga tentera melayu, india dan sikh.
namun pada masa menaklukan tentera jepun selepas perang dunia ke II,
kawasan ini sgt digeruni kerana merupakan kawasan dimana prisoners di torture dengan zalim.

yg paling best, di puncak bukit ini juga ada ditunjukkan gallow yg telah digunakan ke atas general yamashita.
tapi hampehnya

abah: eh, jgn dekat. nanti kena badi ni.
me: ye ker abah?
abah: a'ah la. ni kan digunakan utk gantung sampai mati si yamashita tu.
me : ooooo
siap me ambik gambar pun dr jauh ok!
lense pun punya la panjang dipulas semata2 nak focus.
jarak me & gallow : 2 meter.
sekali hambik ko!!!
ni replica ajer la. benci kena tipu.
inilah padahnya kalo tak mau membaca.


next kami ke
sleeping theatre
kawasan dimana untuk memperingati rakan2 askar yg terkorban sewaktu berperang.

try jadi komando kejap
mau bagi ucapan selamat datang jap

perjalanan kami haruslah dicepatkan
kerana sudah hampir jam 6.30 petang
kang ada jugak tak kuar dr sini.

bilik torture
sangat sadis bila mana melihat gambar2 yg digantungkan.
akhir berjaya juga kami melepasi kawasan museum yg sgt besar.
dan paling bagusnya
peluh adalah 2,3 titik kuar
bersamaan dengan terbakarnya sesuap nasi kandar tengah hari tadi.

so, balik, kami try lalu balik pulau
sekali bisa pening kepala doe
dek jalan yg berliku2
sekali rasa dah macam nak naik cameron highlands la pulak.

jln sgt sunyi
pemandangan sangat cantik...
akhirnya sampai juga kami di ferringhi.
apa lagi berenti minum
tapi ada la pulak istilah minum ajer dlm kamus hidupku??
sekurang2nya haruslah ada makanan
seperti laksa kat bawah ni.
so memandangkan malam ini mlm terakhir di sini
haruslah menikmati semua makanan yg ada
malam tersebut kami ke padang kota lama semula
untuk menikmati sekali lagi
pasembur, laksa penang, mee udang, char kue tiaw, sotong bakar dan abc.
misi makan : 100%

mission accomplished!!

No comments:

Post a Comment

tenkiuuu :)