Pages

here i come~korea~ day 5

pagi ni dah siap2 breakfast kat dlm hotel dah
mkn maggie m'sia yg diterbangkan khas dr m'sia untuk saat kecemasan
stok makanan masih byk
padahal esok dah nak balik m'sia..
memandangkan menunggu rakan2 seperjuangan yang masih belum turun dr bilik
maka harus la bergambar di hadapan hotel.
di sebabkan terlalu suka dgn daun maple ini
maka haruslah pose gedik2 dgnnya
niat dihati nak ambil gambar daunnya shaja
tapi bole pulak terlupa
hadoiiii
mana la nak cari lagi kat m'sia ni???
pagi ni kami bersarapan di alsalam damascus restaurant lagi
pagi ni
menu masih sama
cuma ditambah dengan roti ala nan ajer
memandangkan sudah kenyang dgn maggie awal pagi tadi
maka haruslah pandang sipi2 ajer

selesai breakfast
kami semua menuruni bukit ke jalan utama di itaewon ini
begini la keadaan bandar itaewon pada waktu pagi



so,
tempat pertama lawatan kami pada pagi ini
ialah
kawasan blue house
blue house merupakan kediaman & pejabat rasmi president republik Korea.

bergambar dahulu di sekitar ruang legar di hadapan blue house



nah itu dia gambar berlatar belakangkan blue house
memandangkan semalam
snow turun
jadi kawasan di sekitar ini masih diliputi ais
jadi genggg,
jgn lepaskan peluang utk bergambar dgn snow sebanyak mungkin


seterusnya kami ke gyeongbok palace & museum
jarak tak jauh dr blue house
ada la dlm 10 minit berjalan kaki


patung2 ukiran di belakang me itu dipercayai sebagai guardian pada masa dahulu

tempat pertama yg kami lawati ialah national folk museum yang mempamerkan cara hidup masyarakat korea pada zaman dahulu.

hampir 1 jam juga kami berada di sana
meninjau bagaimana cara hidup tradisonal yang diamalkan oleh masyarakat dahulu
seterusnya kami ke gyeongbok palace
istana ini merupakan istana yang tertua & tercantik di zaman dinasti Chosun

sewaktu kami melangkah masuk ke kawasan istana ini
kami disambut oleh pokok2 berbuah tapi tidak berdaun
sgt hebat ciptaan tuhan
sebenarnya istana ini telah musnah sewaktu penaklukan jepun
dan dibiarkan begitu sahaja selama hampir 250 tahun
namun bermula 1865, satu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan telah dijalankan untuk memastikan warisan budaya ini tidak hilang begitu sahaja.




berakhirnya lawatan kami ke semua bahagian istana,
kami terus menikmati makan tengah hari
pada hari itu
kami semua dijamu dengan sup ayam gingseng
mula2 nengok
memang tak boleh nak telan
sekali rasa
macam nak order lagi 2 mangkuk
sgt sedap
warna kuning dlm mangkuk itulah ginseng yang direbus bersama2 ayam

sup ayam yg dicampur dengan gingseng ini
turut ditambah dengan nasi di dalamnya
dimakan begitu sahaja
dan yg bestnya
kami boleh tambah hirisan cili dan kicap utk menambahkan rasa pedas.

selesai makan
kami semua dibawa ke pusat hiasan barang kemas

selepas menjamu mata
kami dibawa ke kilang ginseng
haruslah dipaksa untuk minum secawan penuh ginseng
adoiii tak bole telan dek tekak ni.
seterusnya kami ke tingkat bawah di sebelah bangunan tersebut
untuk cuba menyediakan kimchi
ramuan kimchi ini sgt senang
rasanya uols bole tengok entry me yg lepas tentang cara pembuatannya.


minah hanbok ini sedang memberi penerangan tentang pembuatan kimchi

ini lah hasil kimchi me pada hari tersebut


variasi kimchi
ikut putaran jam >sawi, timun, octopus, squid

selesai kami semua menyediakan kimchi
kami berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional masyarakat korea
iaitu hanbok

seterusnya kami semua ke itaewon untuk mendirikan solat
untuk makluman semua
hanya di itaewon sahaja terdapatnya masjid
dan makanan halal bole didapati di sini.
populasi masyarakat islam di korea hanyalah sekitar 1% daripada >10 million itu.


seterusnya kami semua dibawa membeli belah
kami dibawa ke dongdaemun
kawasan ini sahaja terdapat lebih drp 3 shopping complex
itu tak campur lagi dgn laluan pejalan kaki yg byk menjual barang2 seperti pakaian dan kasut.
kalau di peruntukkan 1 jam sahaja di sini
haruslah tak dpt memenuhi kehendak shopping kan?
itu pun me sempat sambar 3 buah beg tangan, sepasang flat dan sehelai muffler.
itu pun di beli dlm kedai yg sama



seterusnya kami semua dibawa sekali lagi ke alsalam damacus restaurant untuk makan malam

encik manager sedang melayan meja kami yg sgt bising pada malam itu

tapi
frankly speaking
malam ini
makanannya superb sedap!!

dimulakan dengan salad sayur-sayuran

diikuti dengan chicken grill
dan di sudahi dengan nasi dan daging kambing yg sangat sedap itu
kalau nak ikutkan di m'sia memang me tidak makan kambing
tapi malam itu...
inilah makanan yang tidak boleh dilupakan.


selesai makan
kami semua seperti biasa menuruni kawasan berbukit untuk menunggu bas
almaklumlah bas tidak boleh naik ke kawasan restaurant kerana jalannya sempit
sedang kami semua berjalan sambil bergelak ketawa
tiba2...
jeng..jeng....
ada dua org budak tegur kami
mula2 kawan me agak pelik sbb kenapa org korea boleh menegur kami dlm bahasa m'sia
rupanya2 mereka ialah student kita yg belajar di sana
apa lagi gembiranya hati sbb boleh jumpa rakyat kita di bumi korea.


begitulah kami menghabiskan malam terakhir di bumi korea.

No comments:

Post a Comment

tenkiuuu :)