Pages

pre - magnificent of Istanbul

by the time post ni kuar.. baru 2 hari me balik dari percutian yang super memenatkan (agaknya la kan.. sbb entry ni pon autopublish)rasanya ramai yang dah tahu hala tuju percutian kali ni..yer memang betul!!saya ke negara yang menjadi pertembungan 2 benua..benua asia dan benua eropah..TURKEY
dan saya ke ibu negaranya iaitu....
ISTANBUL..
    asalnya..
memang nak vaccay sengsorang..
nak merasa menjadi solo traveller
dan
tix pun dah beli 8 bulan sebelum ni..
tapi last minit
sorang kawan tu nak ikut..
*mak saya pun lompat bintang*
then berdua la kami ke sana..
sekali kami digemparkan pulak dengan berita gempa bumi..
mak + abah dah mula mengelabah ni..
nak melepaskan saya bercuti ke sana..
nasib kejadian tu di timur turkey..
so jenuh ok nak menjawab soklan2 pasal gempa bumi tu,.
so jawapan paling senang yang di beri ialah..
"Mana-mana mati pun sama jer"
maaf la sapa yg terasa hati ek..

memandangkan takut tak sempat nak buat entry ni..
almaklumlah.. mana la tau jetlag ker *miahahahaha*
me dah siap-siap buat entry secara keseluruhan bumi istanbul ni..

padahal boleh ajer korang google kat internet.
sbb sumber-sumber ni pun me google dari sana..
miahahahaha..
tak pe sajer nak kasik korang panas sekejap..

dari mana ek nak mula??
ok.. 
istanbul pernah menjadi ibu kota bagi 3 buah empayar terkenal iaitu 
empayar rom, empayar rom timur dan empayar uthmaniyyah.
mempunyai populasi yang dianggarkan seramai hampir 9 juta di kawasan bandaraya 
dan 
10juta di kawasan metropolitan, 
menjadikan istanbul sebagai bandaraya kedua terbesar di eropah .
yang lebih menariknya...
turki bersempadan dengan 8 buah negara lain iaitu....
bulgaria di bahagian barat laut
greece di barat
georgia, armenia dan azerbaijan di timur laut
iran di timur
iraq dan syria di tenggara

lebih menarik lagi...bersempadan dengan laut hitam di utara
laut aegea di barat
dan 
laut mediterranean di selatan

dalam istanbul ajer terdapat 39 buat daerah.
dan penempatan saya selama sepuluh hari ialah di sisli
iaitu daerah yang terletak di dalam benua eropah.


merujuk pada sejarah ,
nama istanbul bermula dengan nama byzantium 
yang merupakan sebuah bandar purba yunani pada tahun 667 s.m. 
namun pada tahun 196M, bandar ini ditawan sepenuhnya oleh empayar rom 
dan maharaja constantine 1 telah menamankan bandar ini dengan namanya sendiri iaitu constantinople.
kemudian pada 1453, 
sultan muhamad al-fatih dari kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menguasai constantinaople dan menamakannya sebagai istanbul..

yg lain nak tau jgn lupa google sendiri yer..
miahahaha..
untuk kesinambungan cerita magnificent of istanbul.. 
jgn lupa tunggu 15hb ni
sbb memang blog ni diupdate setiap senin dan khamis jer..
sebab apa senin dan khamis jer??
sebabnya itukan hari puasa sunat 
(motif???...... tak tau)
senang citer..
hari selasa, rabu, jumaat, sabtu n ahad..
tuan tanah sibuk nak blogwalking..
hahahhaa..
ok bubai!

No comments:

Post a Comment

tenkiuuu :)