Assalammualaikum dan hai semua..
Punyalah lama tak jenguk blog sendiri......apatah lagi blog kengkawan semua
sampaikan dah tak ingat password hokey.
memang tahap kronik!
Banyak benda nak share sepanjang hilangnya 2 bulan ni..
sebelum me terlupa nak share apa yang patut..
baik habiskan dulu entry Sabah yang kukira banyak lupa drp ingat.
Pada hari ke-3 di bumi Sabah,
kami bersiap sedia untuk ke kundasang.
oleh sebab hari tersebut Ahad,
kami sempat gak menyinggah ke pasar Gaya yang terletak tak jauh pun dr hotel.
Sesambil nak nengok apa yang ada kat sana...sambil juga nak cukupkan souvenir yang belum dibeli lagi..
Harga barang-barang kat sini sama je ngan pasar malam.
Banyak-banyak barang yang dijual..
me paling suka batu karang ni.
eh bukan ke batu karang ni tak boleh ambil sesuka hati?
menjelang tengah hari
kami terus bergerak ke Kundasang
memandangkan semalam kami hanya makan KFC
(kat sini tak de sos thai --> sedih)
(kat sini tak de sos thai --> sedih)
so tengah hari tu kami nak makan nasi gak.
So far lauk-pauk kat sini memang berkenan je kat tekak ni,
pedas dan sedap..
paling sedap..
lauk ni...
me budget ni macam rumpai laut.
kata nak tegang kulit muka kan.....
harus kami anak-beranak berebut makan ulam ni...
seriyes sedap!
Sudah makan,
kami teruskan perjalanan sehinggalah kami bertemu dengan jambatan gantung Tamparuli yang Marsha dok nyanyi masa musim AF yang lalu..
Kami tak berhenti pun kat sana.
jalan sangat kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sahaja.
tapi yang bestnya..
boleh g main ngan ikan kat gigi air.
banyak betul ikan kat sana.
sampaikan kami yang kat dalam kereta ni pun boleh nampak ikan berenang-renang.
Jalan ke Kundasang ni berliku-liku macam nak naik Cameron Highland.
Tapi yang bestnya kat tepi kereta memang nampak gunung seolah-olah kita hampir sampai ke puncak.
Ha lagi satu,
kat sana kurang lampu isyarat...
tapi banyak roundabout.
Jalan nak ke Kundasang pun straight je tak susah.
Cuma satu je..
macam payah nak jumpa petrol station kat sana.
so ingatan untuk diri sendiri..
pastikan tank kereta anda diisi dengan penuh.
Sebelum sampai ..
kami menyinggah di Pekan Nabalu.
buang la apa yang patut.
dan sempat gak merasa buah tampoi katanya..
isi manis macam manggis cuma kulitnya macam langsat dan berbentuk lebih besar.
ok lah.
nanti sambung lagi....
mood dah mulai ke laut...
2 comments:
cikkkk......
lama betol menghilang :)
cargas..cargas..cargas.. berblog ok
emy..
mood asyik ke laut ocean pacific jek ni..
Post a Comment