Hello uols... lamanya tak jengah blog sendiri. Rindu ai tak?? ai is rindu uols. Miahahhaha..
Banyak betul kekalutan lepas naik cuti sekolah ni. Segalanya nak kena buat. Tak menang tangan uols. Kang kalau cakap stress, orang lain lagi stress dari iols kan? So marilah kita sambung entry seterusnya. Owh yer entry ni Syieda dedicate kan untuk sorang silent reader yang tak silent dah. Awaklah..yer awak.. :)
Dari London kami menaiki Megabus terus ke Amsterdam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam juga. Owh yer England lambat sejam dari Amsterdam tau. Agak lama sebenarnya perjalanan kami pada hari tersebut. Tapi Syieda ok je. Tido dalam keadaan duduk pun nyenyak je. Kalau orang kuat tido macam Syieda ni, ok je semuanya. Yang tak bestnya, kat belakang bas tu, ada sekumpulan remaja agak bising. Pula tu, kami duduk hampir dengan mereka. Dari naik bas, masuk ferry turun ferry asyik memekak ajer la kumpulan budak tu. Al-kisahnya salah seorang daripada mereka too excited nak naik ferry. Tak pernah naik katanya.. asyik tanya kat kawannya itu ini itu ini pasal ferry. Sampaikan kawan dorang tak terlayan dengan soalan yang kerap ditanya tu. Dalam pukul 5 pagi baru senyap kot. Syieda tak berapa ingat sangat sebab memang dari naik bas asyik tertido je. hiks. Waktu di Calais Port, immigration dorang sporting tak macam masa mula-mula sampai aritu. Langsung tak belek pun passport. Siap buat lawak comparekan muka Syieda dengan Mickey yang ada di cover passport tu.
Kami sampai di Zeeburg P&R Coach Park dalam pukul 8.30 pagi. Waktu kami sampai tu mata masing-masing kelat je. Almaklumlah baru terjaga dari tidur. Dari situ kami naik bus di sebuah bus stop tak jauh pun dari coach park tu. Tak lama selepas tu, tibalah bas nombor 37. Sebenarnya ada beberapa cara untuk ke hostel kami. Memandangkan bas nombor 37 yang sampai dulu, kami pun naiklah bas tersebut. Dan nasib kami sangat baik! Bila langsung tak dikenakan bayaran naik bas. Kata driver tu, tak payah bayar sebab kami akan berhenti hanya dalam 2 atau 3 stops selepas itu sahaja. Syukur! Kami bertiga dah tersenyum simpul. Almaklumlah aura jatuh cinta kat Amsterdam dah muncul. lol
Turun dari bas, driver tu siap bagitau kat mana hostel kami berada. Tapi seperti biasalah English bukan bahasa pertuturan mereka. Haruslah cakap macam ayam dan itik. Dari Molukkenstraat kami melalui beberapa jalan yang agak sinonim dengan halwa telinga. Padangstraat, Lombokstraat, Balistraat semua mengingatkan tentang Indonesia. Al-maklumlah Belanda kan pernah menjajah Indonesia. Jadi semua daerah di Indonesia diabadikan namanya di sini. Agak jauh sebenarnya kami terpaksa menarik beg ke hostel. Nasib baiklah masih pagi dan cuaca sejuk je. Haruslah kurang temperature dalam badan.
Kami stay di Stayokay Amsterdam Zeeburg Hostel. Selesai check-in, kami berjalan ke perhentian bas untuk ke central. Tengah duduk menunggu bas, kami di tegur oleh seorang pak cik. Katanya kami ni dah tersilap bus stop. Mujurlah masih baru menunggu kat bus stop tu. Kalau tak........mau kejunglah kami bertiga. Sesi perbualan kami dengan pak cik tu agak lama. Almaklumlah kata nak blend dengan masyarakat setempat. Tak gitu. Keramahan pak cik ini dah menjadikan aura jatuh cinta increase 20%. hiks.
Kami bertiga pun berjalanlah ke bus stop yang sebenarnya yang terletak di Javaplein. Untuk ke Central kami naik bas nombor 22. Beli tiket bas dari driver je. Aura jatuh cinta bertambah lagi 5% bila salah seorang penumpang dalam bas tu sanggup bangun dan memberitahu kami tentang tiket bas tersebut. See...... uols pun mesti dah jatuh cinta juga kan???
Hampir 20 minit, kami pun sampailah di central. Kami terus ke information centre terletak berhadapan dengan stesen keretapi. Kami beli OV-Chipkaart Daily Pass. Boleh guna 24 jam dari tarikh mula validate pass tersebut. Kat sini nak map kena beli. Iols pun beli gak. Tapi bukan guna pun. Membazir betul.
Hub pengangkutan awam mereka terletak di sini. Kiranya public transport memang senang nak dapat dari central. Tram, fasttrain, bas semuanya ada berhampiran. Mesra pelancong betul.. Ok nampaknya aura jatuh cinta sudah up ke 35%.
Plan pagi ni kami nak ke Rijksmuseum. Almaklumlah semua pelancong WAJIB sampai kat landmark utama Amsterdam ni. Dari Central, kami boleh naik tram nombor 2 atau 5. Turun kat Hobbemastraat.Tambang kami gunakan OV-Chipkaart
Daily Pass je. Kat dalam tram kami dapat tempat duduk. Kata dah beli map, haruslah ketua kumpulan terbelek-belek map. Kejap nengok depan, kejap nengok belakang map. Sian...tak paham nak nengok map rupanya..Sekali lagi, seorang lelaki dengan baik hati menghulurkan bantuan. Sian agaknya nampak Syieda yang asyik buka katup map tak sudah-sudah. Increase lagi aura jatuh cinta jadi 50%. Akhirnya kami pun sampai di Rijksmuseum.
Daily Pass je. Kat dalam tram kami dapat tempat duduk. Kata dah beli map, haruslah ketua kumpulan terbelek-belek map. Kejap nengok depan, kejap nengok belakang map. Sian...tak paham nak nengok map rupanya..Sekali lagi, seorang lelaki dengan baik hati menghulurkan bantuan. Sian agaknya nampak Syieda yang asyik buka katup map tak sudah-sudah. Increase lagi aura jatuh cinta jadi 50%. Akhirnya kami pun sampai di Rijksmuseum.
IAMSTERDAM dah sedia menunggu kami. Wajib hokei ambil gambar kat sini. Sila jangan tertipu dengan keadaan yang lengang tu yer. Skill menipu harus diguna pakai. Tu kalau nak tau, kat "S" & "T" tu ada orang. Dari tadi mereka tu tak nak bangun-bangun. Harus ambil gambar menutup dorang.
Berhadapan dengan muzium ni, ada winterwonderland. Dari sini memang tak boleh nak dapat ambil gambar penuh landmark ni. Terpaksalah Syieda ambil gambar dari sisi. Boleh la kan daripada tak de. Memandangkan kami ada banyak lagi tempat tak kunjungi, kami tak masuk pun muzium yang ada di sana. Van Gogh ke apa ke.. semua kami tak pergi.
Dah puas bergambar kami nak ke HRS pula. Dari sana, kami naik semula tram ke Leidseplein. Tak payah risau yer, sebab dalam tram memang akan terpampang nama stop pada digital board. Turun dari situ, kami terpaksa jalan kaki. Nanti boleh nampak Holland Casino. Belok je ke kanan (Max Euweplein). Dari situ ikut je signage ke HRS. HRS di sini tersorok sedikit tau. Dari jalan raya memang tak nampak. Kena masuk sikit ke dalam compound bangunan kedai.
Kita aktiviti masa senggang menebas lalang kat kebun... dorang main chess uols. chessbedebah!
Abis je dari melengkapkan koleksi HR, kami plan nak nengok Anne Frank House. Sebab hasil google aritu, cantik betul pemandangan canal tu. Memandangkan hari pun nak gelap dah...kami menyusuri canal yang ada kat situ je. Janji feeling macam kat area Anne Frank House tu jugalah.
Siapa ingat!! Amazing Race pernah sampai sini. tak ingat la musim berapa. Dorang kena menari ke apa ntah untuk collect sumbangan daripada orang ramai kalau tak silap.
Owh yer, sebab salah seorang bff tu takut air, terpaksalah cancel tido kat boathouse. Nampak macam menarik je kan? Ish.. kena datang sekali lagi la kalau macam tu. Kang kempunan pula. hiks. Sedang kami seronok snap gambar, kami ditegur oleh seorang lelaki Israel. Dia agak ramah orangnya. Menceritakan pengalamannya berpuluh tahun bekerja disini pada kami. Layankan ajer la.
Walaupun baru pukul 5.30, tapi dah gelap. Sejuk sampai ke tulang kering uols. Kami naik tram terus ke central. Mula-mula plan nak ke Redlight District...tapi macam tak sempatlah pula..Almaklumlah masing-masing perut dah berbunyi. Maka kami bergeraklah ke bus stop yang sama kami turun pagi tadi tanpa mengetahui kami dah tersilap arah. Tinggallah kami bertiga jadi orang terakhir dalam bas. Driver bas kata, tak pe sebab dia akan pusing semula ke central. Dari central kami turun bas balik sebab nak ke bus stop yang terletak bertentangan dengan bus stop tadi. Hekeleh.... rupanya bas yang sama membawa kami ke hostel. Buang karen je turun bas. Kalau tau, baik stay je dalam bas tu.
Kesimpulannya.... Syieda claim amsterdam is my kampung. hahhahahha..
Can't wait nak share dengan uols kampung sebenar Syieda dalam next entry.
19 comments:
jealousnya dah sampai Amsterdam.. ingat haritu nak singgah jugak tapi masa plak tak mengizinkan.. Cuti yg ada tak boleh nak cover sampai Amsterdam.
Akhir nya dh smpai amsterdam...hehehe...
Hr 1st dh 50%... xsbr nk tggu hr seterus nya... hehe...
Brp euro ye chipkaart 2?
Nama2 tempat kat ams ni mmg terbelit2 lidah ek nk sebut... ai takut local x phm je nnt bila aii sebut... hehehe...
Rina...
percent jatuh cinta dgn amsterdam dah masih 50% atau increase lagi? hehe sampai dah mengaku kampung yer tapi lagi tak sabar nak tunggu next entry...kampung sebenar? hurm mcm mana wajahnyer
Cik z,
Sama la ngan kita. 25 hari x cukup nak cover germany. Aish bertabah je la hati ni...
Rina,
Malam waktu tido dah increase jadi 70%. Sbb katil empuk. Hihihihi.. ov-chipkaart tu kalau x salah €7.50 kot.
Mrs smile,
Tak sabar nak share wajah kampung kita. Miahahha..walaupun baru sekali jejak kaki...dah claim jadi kampung sendiri. Hiks.
wahhh tak sabar nak jejak ke amsterdam jugakk. ramai dh org smpai sini.
John,
Ya harussss jejak sini. Mesti ramai org mesia tertunggu2 entry awak tu. Gambar confirm ohsem!
Bangunan kat Amsterdam memang cantik...orangnya pulak boleh tahan hehe...
Kan....amsterdam sgt peaceful...
Jom kita migrate...wakakaka
nak himpun duit dok sini seminggu..huhuhu
Saerah...
Ya betul..hiks
Liza,
Jom!!!!!!!!!!
Norh,
Tak nak ajak kita ke??
cantiknyeeee amsterdam nih!sempat jalan kejap je masa transit dulu...tak puas...kalo ada rezeki, nak berjalan ke sini gak nanti...hehehe
Dj,
Betul tu. Adoi stay 3 hari pun tak puas. Banyak betul x sempat explore. Alangkah baiknya kalau jadi org kaya...hari2 sambut hari raya kat amsterdam. Hihihihi
Ahhhh..akak tak sempat nak ke Amsterdam....bajet dah habeh..hehe..
Nazuha,
Tak pe kak. Janji lama kat pariss..pare pun heaven cuci mata.
gambar lawaaa.... i rasa amsterdam cuty yang paling senang nak discover, map/train/street semua manageable kan.
Lily,
Yup! City yg paling cantik & selalu terpikir dorg ni mesti hidup x stress.
The moment aku jejak Centraal dari Paris...aura jatuh cinta berdentam dentum ok. Dari part nak beli day pass till naik tram gi hostel, sume smooth je. Dapat lak bilik ala hotel. Memang terbaek ah. Btw, hostel aku dulu sekangkang kera je ngan Iamsterdam tu. Awal pagi aku dah menapak gi situ so dapatlah gambar tanpa gangguan. Just xpenuh sebab aku travel solo masa tu. Sob. Kena repeat city ni sebab xsempat masuk rumah si Anne tu.
Bie,
aku tatau napa aku senang jatuh cinta dengan amsterdam. adoii memang akan aku ripit. aku ingat macam nak g solo la. sebab aku nengok selamat je.
Hi Syieda,
Cantik sungguh gambar-gambar Syieda, macam prof dah ambil gambar, boleh dijadikan screen saver.. :)
Kenangan diabadikan...
Linda
Post a Comment