Penerbangan dengan China Eastern Airline sangat smooth. Tiket dibeli lebih kurang sebulan sebelum bertolak dengan Ctrip. Company ni based kat China. Jadinya mudah la proses beli-membeli. RM305 untuk sehala perjalanan selama 1.5jam.
Oleh sebab flight retimed, dalam jam 1 pagi baru jejak Chengdu. Katanya.......... tak boleh stay kat airport (net cakap tak boleh. Tapi orang bertali-arus kat airport) aku pun siap-siap booked hotel. (Hotel ni memang aku pangkah!)
Aku pun buat panggilan free di airport untuk urusan transport dengan hotel yang sepatutnya disediakan. Memang macam haremmmmm la hotel ni. Dengar suara receptionist tu aku dah boleh agak dia tengah mamai. So aku nekad naik cab aje.
Keluar je airport ....nah selautan cab bertali arus menunggu pelanggan. Aku yang jakun ni memang teragak-agak nak tunggu kat mana. Aku rasa macam ada 8 lane ke 10 gitu. Bermulalah episod duka aku kat Chengdu ni. Oleh sebab nampak aku macam teragak-agak, traffic controller (macam polis pun ada gak rupanya) suruh aku melintas. Dari jauh aku dah nampak sorang mamat tu dah naik cab. So aku agak mestilah aku akan naik cab belakangnya. Kejap lagi mamat tu turun semula. Nak tak nak aku kena jugaklah naik cab tu. Ni la kehancuran kisah aku...driver cab tak nak ambik aku pun sebenarnya sebab tau aku ni foreigner. Oleh sebab dia tak nak ambik aku...menyebabkan cab lain dibelakang dia pun tak boleh gerak.
Lama gak aku berdiri terpinga-pinga kat situ. Sampailah traffic controller tu tiup wisel dan suruh driver tu ambik aku. Dengan wajah mencuka ...dia pun pasrah. Memang macam haremmm sangat tengah pagi buta tu sebab driver tak tau kat mana hotel yang aku booked. Bila baca review memang kata hotel aku tu dalam kawasan airport aje. Tapi tipu yer. Sangat-sangat tipu.
Nak dekat pukul 3am aku sampai kat hotel. Sakitnya hati aku time tu Allah je la yang tahu. Akhirnya driver charge aku hampir RM100. Sakit hati bertambah parah bila hotel yang aku booked tu hanyalah rumah kedai aje!
Dah la scary giler motel tu. Aku langsung tak tukar baju. Even tidur dengan kasut. Tidur -tidur ayamlah nak menunggukan check-out esok pagi.
Pukul 5.30pagi aku terus ke airport. Pening-pening lalat aku dibuatnya bila dapat tidur 2 jam aje. πKali ni pihak hotel yang hantar aku. Dia ikut jalan shortcut pun aku rasa jauh. Apatah lagi driver taxi semalam tu. Pfffff
Elok-elok aku sampai airport, hari pun hujan. Dari situ aku naik airport bus terus ke bandar Chengdu. Oleh sebab aim aku nak terus ke Xinnanmen Bus Station, aku naik airport bus nombor 1 as last stopnya ialah Minshan Hotel. Tambang hanyalah RMB10.
Bila aku dah turun bas, aku macam terpinga-pinga mencari metro. Cuaca sangat sejuk, aku nekad nak letak luggage kat hostel. Lepas dah tau direction, aku teruslah ke hostel. Hostel ni dapat banyak good review. Tapi aku tak jugak sampai-sampai hostel sebab direction yang diberikan salah. Adoiii....berpusing-pusing aku mencari hostel ni. Actually direction tu betul, tapi tau aje la bila exit tu sedang di-renovate, haruslah aku pun keluar ikut exit lain.
Lepas dah letak luggage, aku pun naiklah metro semula untuk ke Xinnanmen Station dan bermulalah kisah pahit travelog China aku. πππ
Tempat pertama yang aku terjah ialah Tourist Information Centre ni yang betul-betul terletak di sebelah Xinanmen Station. Kat sini, aku tanyalah camana nak ke Panda Breeding Centre sebab perancangan awalnya, harini aku nak nengok panda πΌ
Settle semua aku pun bergerak ke Xinnamen Station untuk beli tiket bas keesokkan harinya. Oleh sebab cash aku dah tinggal sikit, aku pun try la withdraw duit kat atm yang ada kat pintu masuk bus station ni. Kad kita hanya available untuk atm kat kiri gambar aje( yang ada orang dalam gambar π). Sekali transaction failed. Ah sudah. Cash aku memang tak cukup pun untuk beli tiket bas esok. Aku try sekali lagi. Still fail. Sebenarnya ni atm kedua yang aku try. (1st atm kat Janjiang Hotel Metro Station). Aku dah start buntu time tu. Aku gerak ke information centre tadi dah duduk kat kerusi di situ sambil call card centre di Malaysia. Bila dorang check memang tak de masalah langsung kad aku. Solutionnya, kenalah aku mencari atm yang lain. Nak tau boleh withdraw ke tak, aku kena check balance. If atm tu boleh tunjukkan balance, barulah aku boleh keluarkan cash. Kalau tak ....aku kena cari atm yang lain. Bermulalah episod lara aku....
Akhirnya aku pun bergerak lesu ke metro stn yang paling dekat iaitu Janjiang Hotel. Lepas beli tiket subway kat mesin, aku try semula keluarkan cash di dua ketul atm yang ada di situ. Aku pun try la atm yang pertama. Failed. So aku dengan tak de perasaan try atm kedua dan sukses!! Ya Allah...tak terkata aku time tu. Semua perasaan ada. Yang spoiled-nya boleh withdraw hanyalah 2k aje. Kalau ikut hati aku ...memang aku nak withdraw semua. Tak pe. Esok aku nak gi withdraw sekali lagi.
Oleh sebab aku dah mula gembira π ....aku pun patah balik ke Xinanmen Station untuk teruskan plan membeli tiket bas. Adoi jauh gaklah perjalanan dari Janjiang Hotel tu.
Oleh sebab aku macam kelaparan...aku try gaklah mencari kedai makan halal dengan me-refer beberapa buah blog. Tapi haram aku tak jumpa. Sudahnya aku pun melilau ntah ke mana-mana. Pastu terus menapak balik hostel dan makan meggi.
Memang tak produktif betul hari aku masa tu sebab aku tido sampai tengah malam. Kemas sikit-sikit pastu sambung tidur balik. Penat la sesangat kononnya. ππ
Aku suka view sepanjang Janjiang River pada waktu malam. Tenang je.
1 comment:
Tak pernah lagi smpi China..
http://www.fatindays.com
Post a Comment