-->
Hydrangea lover's

Pages

  • Home
  • holidays
  • ~wishlists~
  • Accommodation

Stayokay Amsterdam Zeeburg Hotel - Amsterdam, Netherlands

Hostel ni terletak dekat dengan Zeeburg P+R Coach Park yang terletak di Zuiderzeeweg Kalau naik bas, perlu turun dalam 2 atau 3 stop sahaja selepas itu. Kalau nak tau, Stayokay ini ada beberapa buah rangkaian hostel yang sama di Netherlands. Salah satu yang menarik ialah di Rotterdam sebab dalam cube house. Walaupun agak jauh dari pusat bandar (20 minit) , tapi Syieda suka dengan kawasan sini sebab dikelilingi oleh kawasan kediaman dan banyak makanan halal boleh didapatkan disini.
Direction: 
Bus 37 (direction Amstelstation) ---> Molukkenstraat. ---> turun bas boleh ke kanan atau ke kiri (Javaplein). Kalau ikut kiri, masuk lorong pertama dan terus. Kalau ikut kanan, ikut Javaplein sampai jumpa Borneostraat dan belok ke kiri.

or 

Bus 22 & 12 ---> Muilderpoortstation
Memandangkan kami sampai awal, lebih kurang pukul 10 pagi, kami boleh letakkan luggage FOC. Check-in dan check-out senang dan cepat. Semua entrance pass boleh dibeli di sini. Termasuklah daily ticket untuk transportation. Ini kami baru perasan hari terakhir. Kalau tau, tak payah menyusahkan diri pergi information centre. pffttttttt.

Reception desk 24 hours dan ok-ok jer. Not so friendly. Korang tanya diorang jawablah. But kalau korang email tanya soalan, memang cepat dorang balas. Dekat sini ada macam-macam kemudahan yang tip top. Bersih dan sangat luas!Setiap orang akan dibekalkan dengan satu pass masuk. Pass tu akan bermula dari pintu masuk utama. Nasiblah kalau tertinggal pass tersebut. Setiap level pun kena guna pass untuk masuk. Overall...... security memang sangat bagus!

Untuk kali ni, kami stay dalam bilik berenam. sebab kami minta adjust nak 3 orang dalam satu bilik. Walhal sebelum sampai memang Syieda booked bilik bertiga dan sorang lagi kawan pun booked bilik bertiga. Tapi diberinya kami bilik berenam. Memang heaven la sebab kami ajer untuk bilik berenam ni! Dlm bilik kat pintu masuk ada locker dan singki bercermin. Bagi Syieda sangat bagus sebab tak payah nak masuk toilet agak-agak tengah malam nak telek muka kat cermin khennn.......Shower dan toilet ensuite dan separate. Dan paling penting spacious! Room service hari-hari. So towel pun hari-hari. Tu yang bestnya! Tapi yang tak bestnya, tak de disediakan TV kat dalam bilik. Nak tengok TV turunlah ke common hall.
Kami stay kat level 1. Lift disediakan. Kat tingkat bawah, ada cafe, common hall, dan macam-macam lagi. Cafe ada bagi free drink if uols nak bersosial pukul 9 malam kalau tak silap. Washing dan dryer machine ada kat level bawah juga. Token boleh dibeli kat kaunter depan. Sabun pun disediakan tau!
Kat sini, breakfast disediakan. Menu macam biasalah toast, cereal dan buah-buahan. Dining hall sangat besar dan luas! Setiap pagi kami turun pukul 7 pagi, memang lengang. Almaklumlah, masing-masing masih tidur agaknya.
Wifi free. Tapi kat bawah ni memang laju. Bilik kami dapat gak. Cuma tak berapa laju la. Tapi boleh la takat nak update status terkini. Map pun ada disediakan kat sini. Kami yang tak tau ni je pepandai gi beli map aritu. Melayang la € kami yang tak berapa banyak tu.
Common Hall yang sangat cozy! Sesambil tunggu baju didobi, boleh la lepak-lepak kat sini. Ramai student study kat sini waktu malam. Yang lagi bestnya, Syieda bantai beli satu cup kacang kat machine di sini. Seriyes sedap sangat uols. Sampai abis kacang dalam mesin tu kami beli. Nak surf internet pun ada disediakan komputer. Tapi tak sure la kena bayar atau pun tidak.
Breakfast Syieda setiap hari. Tempat jem tu macam unik sikit. Tu daun kering tau! So far tak de pula kena cerry-berry.

Rate: €58.60 ++/pax  for 2 nites. (triple sharing room)

P/s: Dengar katanya, hotel kat amsterdam ni banyak hantu. Ramai dah bercerita tentang ni. So far kat hostel ni tak de la pula insiden yang menakutkan tu. So hati-hati yer kawan-kawan.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

digarap dari diary syieda jam 8:00 AM 16 comments
Labels: accommodation, amsterdam, netherlands

Europe Trip (Day 20) - Zaandam, Netherlands

Pagi hari ke-20, kami semua dah check-out. Kepala ada senoneng sedikit sebab malam tu tak cukup tido dek hal mendobi baju. Kami meninggalkan Stayokay Hostel dengan rasa yang sedih. Yer la.. hostel yang cukup sempurna sepanjang kami berada di bumi Eropah ni. Perjalanan kami ke bus stop agak mengujakan apabila ternampak kereta solar yang sedang di charge. Memang agak pelik sebab Syieda tak pernah nampak seumur hidup. Kami gigih ambil gambar sebab teruja punya pasal.
Pagi ni kami terpaksa membeli tiket bas ke central memandangkan kami tak plan untuk beli daily ticket sebab kami akan keluar daripada kawasan city. Mengangkut beg yang berat naik bas memang la hazab yer kawan-kawan. Bila ingatkan semula detik tu, memang terasa seperti ironwomen. Eh?

Sampai di train station, kami terus simpan beg kat bahagian simpanan beg. Mudah sangat nak simpan beg kat sini. Boleh pilih ada 2 jenis locker. Besar atau sederhana. Lepas simpan beg, kami terus menunggu bas di sisi kiri tren stesen. Pagi ni kami bercadang untuk melihat Netherlands icon iaitu kincir angin.  Kalau ikutkan iti, pagi tu kami akan ke dua tempat yang berbeza untuk melihat windmill. Tapi terpaksa let go satu tempat ni sebab ada plan lain muncul secara tiba-tiba. Nak tau apa?? Nanti Syieda bagitau k.

Pagi tu kami semua akan ke Zaanse Schans. Yer tempat yang John baru pergi ritu. Rata-rata yang sampai Amsterdam mesti akan singgah ke sini. Naik public transport mudah sangat ke sini. Jangan lepaskan peluang yer kawan-kawan.

Direction:
Connexxion bus C391 (luar tren station) ---> Zaanse Schans

Keluar dari tren stesen ada beberapa hentian bas di belah kiri. Terus ke bus stop C yang berdekatan dengan tram A. Untuk ke Zaanse Schans, tak boleh guna daily ticket sebab tiket tu hanya valid untuk kawasan Amsterdam City je. Tiket untuk ke Zaanse Schans boleh beli daripada driver dalam bas. Seperti biasa memang kagum dengan kecanggihan pengangkutan awam dorang bila ada monitor siap dengan jangkaan masa tiba ke sesuatu destinasi. Mostly tepat jangkaan itu. Tambang sehala ialah €4. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Tadaaaa.... turun je dari bas kita dah jumpa signboard ni. Ok ini confirm tak sesat! Tak de dikenakan bayaran utk masuk kawasan ni.... cuma kalau nak bagi secara ikhlas dipersilakan. Kita akan jumpa muzium dahulu sebelum jumpa windmill yang banyak di situ. Kami tak sempat masuk pun muzium tu.
Macam biasalah, suasana damai sangat. Mungkin kami pergi awal pagi. So orang pun tak berapa ramai. Dapatlah kami menikmati suasana damai tu. Di sini, kita boleh naik beberapa windmill yang masih beroperasi dengan bayaran. Tapi kami yang tak berapa nak banyak sangat duit ni, haruslah nengok dari bawah windmill jer. Di sini juga terdapat kilang memproses cheese. Agak-agak nak rasa cheese boleh la datang ke sini.
Zaan houses dari seberang sungai Zaan. Pelancong boleh menaiki bot yang disediakan untuk mengelilingi kawasan ni. Tapi waktu kami datang tu, operasi tersebut ditutup. Mungkin cuaca yang tidak sesuai ditambah lagi off-season.
Siap bergambar, kami terus beli cenderamata di kedai-kedai yang berhampiran. Banyak juga kami shopping sebab boleh dapat tax refund punya pasal. Postcard pun kami post dari sini. Dan syukur sebab selamat sampai dengan jayanya.
Dalam tengah hari, kami terpaksa meninggalkan Zaanchan. Tunggu bas kat tempat yang sama, nasib kami baik bila tak perlu tunggu lama. Kalau tak, mau kejunglah kami kat bus stop tu. Sampai di tren stesen, kami plan untuk ke Primark. Ha nilah plan on the spot kami. Kami plan nak beli luggage baru memandangkan banyak gilerlah barang nak dibawa balik ke Malaysia. Primark ni kami ingatkan hanya ada kat London jer. Rupanya tidak. Ni pun kami tak sengaja ternampak Primark sewaktu perjalanan balik kampung semalam.

Kami terus ke kaunter untuk beli tiket tren. Dutch memang best! Waktu beli tiket, kami bagitau yang nak ke Primark. Orang kat kaunter tu tak tau di mana letaknya Primark. So dia terus google internet. Pastu kawan-kawan dia yang sedang bertugas di kaunter yang lain turut membantu. Akhirnya hasil google, rupanya Primark terletak di area Zaandam juga. Tiket kami beli dengan harga €5.30 dan perjalanan dari amsterdam centraal lebih kurang 12 minit ajer.

Keluar dari Zaandam Station, ikut je jalan keluar. Nanti jumpalah bangunan yang super comel ni. Memang arkitek Netherlands ni kreatif sangat! Teruja betul kami dengan bentuk bangunan di sana. Kalau yang nak stay kat sini pun boleh. Sebab ada antara tu tempat penginapan.
Primark kat sini barulah kami dapat shopping dengan tenang. Tak macam kat Oxford St di London aritu. Kami berjaya beli satu luggage yang super duper light dengan harga RM100++ sahaja. Beli je beg tu, masukan semua souvenir yang berplastik-plastik tadi. Kami gigih bukak beg baru tadi kat depan Primark tu juga. Lantaklah apa orang nak cakap.  Tepat pukul 5.30 petang kami ke central semula sebab nak naik tren ke airport. Tiket tren ke airport kami beli sejak hari pertama di  sini. Lagi pun tak payah risau sebab frequency lebih kurang setiap 15 minit. Perjalanan ke schiphol airport mengambil masa lebih kurang 20 minit cenggitu.

Sampai airport, kami terus ke tingkat atas sebab nak refund tax. GST ke VAT ke benda yang sama. Inilah kali pertama syieda refund tax. Rupa-rupanya senang banget! Kita boleh claim tax ni sebelum meninggalkan negara terakhir di eropah. Walaupun lepas ni syieda nak ke Swiss, tapi boleh je claim kat Amsterdam. Apa barang penting yang perlu bawa atau buat sebelum refund tu? Pastikan form yang kita dapat dari kedai tu dah di isi lengkap. Pastu waktu nak hantar form tu kat airport, jangan lupa untuk tunjukkan sekali tiket balik Malaysia. Untuk claim yang sikit, dorang tak nak nengok barang yang kita beli tu. Melainkan nilai claim agak tinggi, dorang nak nengok barang tersebut. Lepas dapat cop, kita kena ke kaunter lain untuk claim tax tu. Time kami aritu, kaunter tersebut terletak berhampiran dengan kaunter check-in. Di sana kita boleh pilih sama ada nak dapat cash atau masukkan dalam credit card. Menurut kastam yang cop borang claim kami tu, dia suruh kami minta pekerja kat kaunter claim tu key-in kan claim kami waktu tu juga. Sebab katanya kalau tak, mau makan sebulan jugak lah nak dpt claim tu. Cuma VAT kat london je tak boleh nak claim dari Amsterdam. Kena melalui pos. Tak payah risau... lepas dah dapat cop, masukkan dalam envelope pastu pos. Ada disediakan peti pos kat depan kaunter tu.

Settle refund tax, kami terus drop luggage. Memandangkan penerbangan kami malam tu agak full, hand luggage kami dibenarnya untuk dimasukkan ke dlm kargo - free of charge.
Senang la kami lengang kangkong. Selesai urusan luggage, kami terus ke departure hall. Wah kagum sikit dengan airport ni. Sebabnya nak melepasi scanner kat airport ni paling unik. Seumpama macam nak buat MRI. Hebat sangat! Berpusing-pusing kami dalam scanner tu.

Memandangkan belum boarding lagi, syieda sempat la g makan. Tapi tak de pilihan makanan sebab cafe dah banyak yang  tutup. Terpaksalah makan apa yang ada. Sekali yang ada salmon sandwich. Order aje la khennn..... Sekali bila dapat....rasa macam nak nanges sebab tu makanan orang nak kurus!! Mampu ke nak kenyang kalau macam ni?
Memandangkan kami akan naik easyjet, so kami betul-betul ambil serious tentang hand luggage kami. Masa kami tengah beratur nak tunggu boarding, satu mamat ni tak lepas hand luggage nya. Sebab luggage dia tak fit dalam timbang yang disediakan. So pengajarannya, sila bawa beg jenis kain. Senang nak fitkan dalam timbang tersebut.

Akhirnya kami bertiga bertolak ke Swiss. Kami tiba di Geneva Airport lebih kurang pukul 10.30 malam. Waktu tu, airport dah lengang. Mungkin penerbangan kami ni yang terakhir pada hari tersebut. Hari ni kami akan tidur kat airport je. Port kami betul-betul kat pintu keluar. Mula-mula heater memang mampu memanaskan badan. Tapi lepas tu... adehhh.. sejuk !! Hari tersebut ada lah dalam 20 orang yang tidur kat airport. Kami dapat tidur tanpa gangguan pun... kecuali sorang mamat ni datang minta roti time Syieda tengah sibuk kemas beg.

Ginilah kami waktu kat Geneva Airport tempoh hari. Punggah habis semua barang. 

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

digarap dari diary syieda jam 8:00 AM 13 comments
Labels: amsterdam, bff, europe trip, netherlands

Europe Trip (Day 19) - Overijssel, Netherlands

Haluuu... Nampaknya plan nak habiskan entry europe trip ni sudah agak tersasar. Plan nak habiskan sampai bulan Mac, dah tersasar ke Bulan April. Tak lama lagi terus ke bulan Mei la gamaknya. Bertabah je la yer kengkawan.

Moh la kita sambung pengembaraan pada hari ke-19 iaitu balik kampung... yahuu..oOOoooooOOOoo balik kampung..OOoOOooOoO balik kampung.... hati girang... Pagi tu lepas bersarapan, kami naik bas terus ke central. Pagi tersebut cuaca agak gloomy. Kabus tebal sangat. Almaklumlah, suhu mencecah 3 darjah uols. Sejuk kemain! 
Suasana sepanjang perjalanan dari hostel ke bus stop

Tiket untuk balik kampung kami dah beli semalam lagi. Almaklumlah takut sold out kononnya. Padahal tak ramai pun orang nak balik kampung. Perjalanan dari central ke kampung lebih kurang 115km. Memandangkan kami dah terbeli tiket pukul 910 pagi, agak kalut sedikit sebab pukul 9 kami masih lagi dalam bas. Tapi yang bestnya, dalam bas, ada monitor yang bagitau tren apa yang akan berlepas dan jadual semua tren pada hari tersebut serta nombor platform. Wah sangat hebat Amsterdam ni. Sangat memudahkan pelancong macam kami. Turun je dari bas kami terus berlari masuk ke train station dan tunggu di platform 11b kalau tak silap. Akhirnya tren pun membawa kami ke Zwolle. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit dengan kelajuan tren 114km/h.
Tren sangat bersih.Monitor turut terpapar untuk info setiap station. So tak de la risau sangat kalau terlupa nak turun tren. Sepanjang perjalanan memang hijau je pemandangan. Ditambah pula dengan kincir angin memang mendamaikan sangat. Masing-masing ambil kesempatan berangan letew. Akhirnya kami tiba di Zwolle. Turun di Zwolle, kami tunggu bas untuk balik kampung. Tunggu punya tunggu, bas nombor 70 tak sampai-sampai. sejuk memang tak boleh blah la khennnn... Sejam kami jadi patung menunggu bas kat situ. Ni tak boleh jadi sebab dah nak masuk tengah hari. Sebab kalau ikutkan perjalanan dari Zwolle ke kampung mengambil masa lagi sejam. Nasib baiklah Syieda ada catat plan B dan C. Maka kami terus ke plan C setelah mengambil kira beberapa faktor.
Pemandangan sekitar stesen bas Zwolle

Tempat parking basikal di Zwolle. 

Dari Zwolle, kami beli tiket tren ke Steenwijk pula. Memandangkan dari Steenwijk ke kampung hanya 17 minit, kami akur kena keluarkan lagi duit untuk tiket tren. Perjalanan dari Zwolle ke Steenwijk mengambil masa selama 20 minit dengan harga €7.50 oneway. Keluar aje dari station, Syieda terus ke sebuah kedai untuk beli postcard. Ha.. sepanjang trip kali ni, Syieda dapat belajar sesuatu..  Apa dia?? Syieda akan beli postcard untuk memudahkan sampai ke sesuatu tempat. Nanti tunjuk aje gambar pada postcard tu. Insyaallah orang mesti akan membantu kita. Sebab apa yang Syieda perhatikan sebutan nama sesebuah tempat tu agak berbeza kalau kita sebut berbanding dengan local. Nak nak kalau English bukan bahasa rasmi mereka. Kita ni nak sebut nama tempat tu pun terkial-kial. Jadinya tunjuk gambar pada postcard sangat membantu.

Selepas tunjukkan gambar kampung yang ada pada postcard tu, cashier tu bagitau kat mana kami perlu tunggu bas. Bus station tak jauh pun dari train station tadi. Keluar je, belah kiri dah ada bus stop.  
Pemandangan luar tren stesen di Steenwijk


Sila ke bus stop nombor 70 ni. Dari sini kita boleh balik kampung.. Owh yer lupa eh nak bagi tau nama kampung. Kampung Syieda namanya Giethoorn. Sila buat catatan yer. Walaupun baru kali pertama jejak kaki kat sini, tapi dah claim sebagai kampung sendiri...eh?
Bus connexxion akan membawa kita pulang ke kampung halaman. Perjalanan lebih kurang 20 minit dimana kita kena melalui lebih 16 stops. Walaupun namanya kawasan kampung, tapi dalam bas ada monitor uols. So kita boleh tau apa next stop kita. Untuk ke Giethoorn sila berhenti di Ds Hylkemaweg. Nak sebut memang la tak reti. Apa yang kami buat, masa naik bas, kami bagitau nak ke Giethoon. Pastu driver bas tanya nak turun kat mana.. Kami sengih-sengih je sebab tak tau. So driver bas kata dia akan turunkan kami kat central. Walaupun pun tak paham, kami angguk je. Tiket bas boleh beli dari driver. Driver bagitau, beli tiket return murah sikit daripada beli oneway. Tapi tak ingatla pula berapa harga untuk return. Yang pasti harga oneway ialah €4.10. Owh yer, nama Ds Hylkemaweg ni pada monitor macam lain sikit. Tapi yang pasti perkataan Hylkemaweg tu tetap ada. So nanti sila turun kat situ yer. Sebab rasanya ni satu-satunya stop yang guna nama Hylkemaweg
Bila kami turun di Hylkemaweg, ada terusan. Kami tak berapa sure kena ke seberang terusan tu atau tidak. Sebab gambar kampung pada postcard, lain bebenor. So kami ambil langkah selamat dengan ikut je laluan pejalan kaki yang disediakan. Laluan tersebut membawa kami ke seberang jalan. Bila berada di sini, ada satu post macam post keselamatan. Sekali lagi Syieda tunjuk gambar postcard, dan lelaki tu bagitau, kami harus berjalan kaki lebih kurang 100 meter lagi. Dan lepas habis tour kampung, Syieda agaklah post tadi tu tempat untuk kita sewa bot mengelilingi kampung nanti.
Pemandangan seberang terusan...cantik sangat!


Bot merangkap restaurant yang digunakan untuk mengelilingi Giethoorn

Kenapa Syieda suka Giethoorn? Sebab Giethoon ni juga dikenali Venice of Holland. Sebuah perkampungan yang dikelilingi air. Mode pengangkutan mereka hanyalah sampan dan basikal serta motor je. Tapi tak nampak pula motosikal sepanjang berada di sana. Dapat bayangkan tak betapa amannya hidup di kampung ni. Bila buka je pintu rumah setiap pagi, nampak pokok yang hijau dan terusan yang sangat jernih.
Baru je jalan 10meter dah sibuk bergambar. Padahal belum sampai pun kampung halaman. Yang bestnya, kami tak jumpa tourist lain kecuali satu couple ni je. Kawasan ni sangat lengang. Yang ada hanya local yang menjalani hidup seperti biasa. Kedai pun tak de yang buka. Eestaurant apatah lagi. Hanya beberapa buah je yang beroperasi. Kami tak kisah pun sebab kami bawa bekal roti dengan sambal ikan bilis. hiks.
Inilah rupa jalan yang kami harus lalui untuk sampai ke kampung halaman
Akhirnya!!! kami pun sampailah di kampung halaman. Omai suasana sana umpama dalam postcard. Cantik sangat. Sungguh tak tipu. Cuma Syieda je la yang tak reti ambil gambar. Walaupun pokok banyak dah togel sebab nak masuk winter, tapi pemandangan masih mengasyikkan. Meh kita layan gambar yang tak berapa nak pandai sangat ambil tempoh hari.
Giethoorn mula popular pada tahun 1958 apabila satu pengambaran diadakan di sini dan dianggarkan juga terdapat lebih kurang 150 jambatan yang menghubungkan jalan darat. Memang persis macam Venice. Bezanya kat sini lebih tenang. Banyak itik berenang-renang memang sangat mendamaikan.Local berbasikal je uols pegi pasar. Kanak-kanak pun sama naik basikal je gi sekolah. Tak de pun berhadapan dengan jammed. Hidu asap kenderaan apatah lagi. Mesti local kat sini terhindar dari stress.
Jemput masuk rumah saya kat belakang tu. kita ngopi-ngopi eh?


Direction:
Amsterdam---> Steenwijk (tren) ----> Ds Hylkemaweg/Giethoorn (bus)

Lama juga kami berada di sana. Kami sempat duduk kat bangku yang disediakan disana sambil makan roti dan sambal ikan bilis. Duduk-duduk sambil berangan nak beli rumah kat sini yang pasti dalam mimpi je la pun. Kami tak sure kat belakang tu masih ada rumah yang lain atau pun tidak. Almaklumlah kami kesuntukan masa. Jam 4 petang, kami terus ke bus stop semula untuk naik bas. Untuk balik, tak payah seberang jalan sebab bus stop ada kat depan tu juga.Tak lama selepas tu, kami terus ke Steenwijk untuk ke Zwolle semula. Bila sampai di Zwolle, kami tak turun pun tren sebab kami notice yang tren ini akan terus ke Rotterdam. Kami berani tak turun tren sebab kami dah siap-siap beli tiket dari Zwolle ke Rotterdam semalam lagi. Kali ni, perjalanan kami sejauh 157km selama 1 jam 45 minit. Adoii lamanya la kan.. Kalau ikutkan memang membazir nak ke Rotterdam sebab kami sampai Rotterdam mesti dah gelap. Almaklumlah, hilite di Amsterdam ni selain Giethoon ialah Rotterdam. Kiranya hari ni memang hari yang paling Syieda nanti-nantikan. Gelap ke apa ke... mesti kena sampai juga di Rotterdam.

Seperti yang dijangkakan...kami sampai Rotterdam memang dah gelap. Lebih kurang pukul 7 kalau tak silap. Sampai je di Rotterdam Station, kami terus beli tiket ke Blaak pula. Nak beli tiket senang je. Berjalan ke arah keluar station, di sebelah kiri ada kaunter tiket. Seperti dijangka, Dutch memang kelakar. Waktu beli tiket tu, Syieda tanya la, berapa lama perjalanan nak ke Blaak. Dia kata jauh dan agak lama..dalam 3 minit je. Terkekek-kekek kami ketawa. 

Ada apa di Blaak ni?? Syieda nak nengok Cube house je pun! Pernah nampak rumah berbentuk cube cenggini? Kat Netherlands je yang ada tau! Rugi la sebab kami tak berjaya masuk untuk melihat sendiri macam mana rupa cube house ni dari dalam. Rumah ini dibuka untuk lawatan dari jam 11 pagi sampai 5 petang je dan akan dikenakan bayaran.
Kalau datang siang, memang cantik. Sebab kita boleh ambil gambar dari pelbagai sudut. Dan lagi menariknya, hostel  Stayokay ada chain kat sini. Yer dalam cube house ni! Mesti menarik kalau dapat tidur kat sini kan?
Direction:
Keluar dari Blaak Station, cube houses kat sebelah kanan.

Lepas ambil gambar lebih kurang, kami terus ke Rotterdam Station semula. Memandangkan kami ada lebih kurang 30 minit sebelum bertolak ke Amsterdam, kami try makan kentang goreng yang memang terkenal di Netherlands. Sedap uols. Cuma Syieda tersilap pilih gravy. Gi ambil peanut sauce aka kuah kacang. Adoiii kemain lemak la khenn... BBQ sauce sedap uols. Tu pun minta bff punya. Tak lama selepas tu, kami pun bertolak ke Amsterdam semula. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai kat Amsterdam, sekali lagi tak berkesempatan untuk melihat sendiri red light district sebab masing-masing kelaparan. Sampai hostel, terus masak bihun pastu mendobi. Berjanggut gaklah menunggu baju tu kering. Mata dah nak terkatup dah time tu. Kami gamble tinggalkan aje baju kat dlm dryer. Esok pukul 6 pagi baru gi ambil semula baju tu. Nasib la tak de orang lelong baju kami.
Blaak Station

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

digarap dari diary syieda jam 11:57 PM 25 comments
Labels: bff, europe trip, holiday, netherlands
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Followers

kOrea 2010

kOrea 2010

sIngap0Re 2010

sIngap0Re 2010

bALi 2011

bALi 2011

iSTanBuL 2011

iSTanBuL 2011

kRAbI 2012

kRAbI 2012

cAmbodia 2012

cAmbodia 2012

mAcAu 2012

mAcAu 2012

h0nG k0nG 2012

h0nG k0nG 2012

jOgjakaRtA 2013

jOgjakaRtA 2013

sAbAH 2013

sAbAH 2013

nEW ZeALanD 2013 - North IsLand

nEW ZeALanD 2013 - North IsLand

IsTanbuL 2013

IsTanbuL 2013

GreeCe 2013

GreeCe 2013

iTaLy 2013

iTaLy 2013

PaRis 2013

PaRis 2013

L0nDoN 2013

L0nDoN 2013

AmsTerdAm 2013

AmsTerdAm 2013

SwitzerLanD 2013

SwitzerLanD 2013

JaPan 2014

JaPan 2014

China 2015

China 2015

Sydney 2017

Sydney 2017

Bangkok, Thailand 2017

Bangkok, Thailand 2017

Shanghai, China 2018

Shanghai, China 2018

Top entries

  • ....yuk menonton api.....
    kalau zaman belajar dulu.. paling suka kalau pergi camping tapi tak jauh mana pun.. keliling sekolah ajer itu pun dah rasa hebat ...
  • arigatou Japan -Day 1 (Osaka)
    *Entry ni banyak membaca daripada gambar. Harap bertabah okies.. Koniciwa. ... pembukaan 2015 bagi Syieda tak berapa best sangat. Sebab ex...
  • Arigatou Japan- Day 3 (Osaka)
    Hi awak...awak...dan awak tu..amacam sempat grab tiket? Syieda sempat la grab tiket hujung tahun ni. Tapi tu la tuh...oneway je..mungkinkah ...
  • Europe Trip (Day 19) - Overijssel, Netherlands
    Haluuu... Nampaknya plan nak habiskan entry europe trip ni sudah agak tersasar. Plan nak habiskan sampai bulan Mac, dah tersasar ke Bulan A...
  • Rainforest Tree House, Johor
    Hello semua. Ni aku nak share satu trip yang dah lebih setahun dengan bff. Trip ni sangatlah seswai untuk pencinta alam semula jadi. Sebabn...
  • Arigatou Japan - Day 11 (Kawaguchiko Shizen Seikatsu-Kan & Arakura Sengen park)
    Day 11 - 13 Dec 2014 Hari ni agak awal yer bangun pagi. Almaklumlah hari Sabtu. Takut bersesak-sesak dengan orang ramai kekdahnya. Memanda...
  • Beijing accommodation 2018
    3 Legged Frog Hostel Untuk Beijing trip ni kami stay di hostel sajork. Budget tipis la katanya.. Payah gak nak cari accommodation  yang...
  • magnificent of Istanbul day 6
     day 6 dimulakan dengan sarapan di taksim sarapan sangat ringkas dan murah untuk set diatas reganya hanyalah 14TL makanan yang da...
  • Stayokay Amsterdam Zeeburg Hotel - Amsterdam, Netherlands
    Hostel ni terletak dekat dengan Zeeburg P+R Coach Park yang terletak di Zuiderzeeweg Kalau naik bas, perlu turun dalam 2 atau 3 stop sahaja ...
  • kia ora.......new zealand day 3 (Waitomo-Rotorua Journey)
    Salam ramadhan semua.. seronok sbb semalam jb cuti.. yahuuu (Nampak sgt ni sepatutnya dipost pada hari ke-2 ramadhan...) berbalik ...

Pinned

  • #eh?# (13)
  • accommodation (39)
  • all about school (12)
  • amsterdam (3)
  • arena bestari (5)
  • Australia (6)
  • bali (13)
  • Bangkok (7)
  • beauty (10)
  • bff (49)
  • birthday (15)
  • bloggermate (17)
  • cambodia (7)
  • china (43)
  • disneyland (3)
  • Downunder (7)
  • eid mubarak (16)
  • europe trip (38)
  • family (32)
  • foodie (58)
  • friends (48)
  • Fujisan (2)
  • greece (8)
  • Historical site (6)
  • holiday (175)
  • hong kong (12)
  • hydrangea (2)
  • Info (3)
  • italy (10)
  • Japan (34)
  • jogjakarta (7)
  • jokes (3)
  • k-pop (8)
  • korea (8)
  • krabi (6)
  • London (6)
  • macau (3)
  • Malaysia (1)
  • maldives (1)
  • memories (31)
  • mimpi (2)
  • netherlands (4)
  • new Zealand-north island (11)
  • oUtInG (43)
  • paris (5)
  • recipe (1)
  • rome (2)
  • sabah (4)
  • Shanghai (8)
  • shopping (10)
  • singapore (4)
  • sOb Sob (19)
  • solo (27)
  • South America (1)
  • souvenir (20)
  • switzerland (7)
  • Sydney (6)
  • teater (3)
  • Thailand (13)
  • theme park (7)
  • tips n tricks (21)
  • turkey (19)
  • UNESCO (14)
  • virus (1)
  • wedding (4)
  • world of wonder (2)

memories

  • ►  2023 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2022 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (7)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (3)
  • ►  2017 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2016 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (13)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ▼  2014 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ▼  April (5)
      • Stayokay Amsterdam Zeeburg Hotel - Amsterdam, Neth...
      • Europe Trip (Day 20) - Zaandam, Netherlands
      • Europe Trip (Day 19) - Overijssel, Netherlands
      • The Blair Victoria Hotel, Victoria, London
      • Europe Trip (Day 18) - Amsterdam, Netherlands
    • ►  March (9)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2013 (48)
    • ►  December (8)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (6)
    • ►  January (9)
  • ►  2012 (49)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (9)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (6)
    • ►  February (8)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (9)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (10)
    • ►  August (11)
    • ►  July (8)
    • ►  June (20)
    • ►  May (21)
    • ►  April (4)
    • ►  March (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (115)
    • ►  December (14)
    • ►  November (7)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (9)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (17)
    • ►  April (16)
    • ►  March (1)
    • ►  February (8)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (64)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (11)
    • ►  February (7)
    • ►  January (19)
  • ►  2008 (146)
    • ►  December (26)
    • ►  November (21)
    • ►  October (27)
    • ►  September (27)
    • ►  August (21)
    • ►  July (11)
    • ►  June (13)

~Sumber inspirasi~

  • PEACE, LOVE & HARMONY
    DAY 3 : CHOR MINOR & ARK OF BUKHARA, UZBEKISTAN
    9 hours ago
  • ^^solo traveller ^^
    SEOUL 2025
    1 day ago
  • AKO tetap AKO
    Temu duga Terbuka untuk Pembantu Keselamatan | Sabtu, 13/12/2025 | 8.30 pagi - 1.30 tengah hari | Lanai Kijang BNM, Kuala Lumpur
    1 day ago
  • the other side of me
    Silent Treatment vs. Space: Bezakan Mana yang Sihat
    2 days ago
  • Places and Foods, Travel and Food Blog
    Finding The Solution for My Eye Twitching Problem
    4 days ago
  • Travel My Way
    Khabar Duka Pemergian Tuan Mashadie Bin Saein - Jabatan Amal Malaysia
    6 days ago
  • Travel & Living Journal of DT
    The Second Villa We Stayed in Bali - Dijero at Umah Bali
    6 days ago
  • In a Nutshell
    O
    1 week ago
  • Travel and Food
    Autumn in Beijing, China (Part 5)
    1 week ago
  • ~ WANDERLUST DJ ~
    Rezeki penghujung #phDJourney
    2 months ago
  • Jalan-jalan
    Thistle Port Dickson Resort
    2 months ago
  • Globetrotter
    Halal Restaurant in Hanoi: Batavia Restaurant
    3 months ago
  • Janggeltrekker's Life
    FRANCE: Eiffel Tower, Akhirnya Ketemu Jua
    3 months ago
  • behind the brown eyes....
    Keluarga Kecil Kami : 2025
    5 months ago
  • Food at Home
    Trip Summer Eropah (tounch n go 6 negara), Episod 2: BERLIN, GERMANY
    6 months ago
  • Langkawi Ink.Com
    Kembara Mesir Dan Angan Kali Kedua.
    6 months ago
  • COCO NUTZ
    2025 dah?
    10 months ago
  • Mohdzaid.com | Aku Cuma Insan Biasa
    Exploring the Wild Side: How X Rated Wife Reviews Can Spice up Your Marriage
    1 year ago
  • Malaysia Asia
    PATA Gold Awards Winners 2024
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • SUPERMENG MALAYA
    Welcome 2024
    1 year ago
  • Chooyaya Secret Garden
    Bye Bye Malaysia!
    2 years ago
  • It's poobritney!
    Leeds, United Kingdom
    2 years ago
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
    3 years ago
  • A Traveller's Note
    Refund dari AAX
    3 years ago
  • Elly In Wonderland
    Scholarship Yayasan Peneraju - ACCA
    4 years ago
  • Glamourous Traveller
    ¡Hola mundo!
    4 years ago
  • Sleepless In KL
    How Is Shingles Spread?
    5 years ago
  • Colors of life
    Baiki Atap Rumah Bocor: Kena Tipu atau Memang Kos Sebenar?
    5 years ago
  • "Two Souls Become One"
    Best Time Of Day To Take Exterior Pictures Of Home
    5 years ago
  • Jari Manis : Travel List
    Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park
    5 years ago
  • My Life, My Thoughts, My Dreams
    China Day 10 - Tianmen Mountain National Park, Zhangjiajie
    5 years ago
  • Koreancrazed.. K-Pop and more..
    BTS Debuts New Album Title Track “ON” Exclusively on TikTok
    5 years ago
  • Love Me -or- Hate Me
    Bila anak mengikut.
    5 years ago
  • HangDhamin Traveller
    🌴 10 TARIKAN DI SETIU WETLANDS TERENGGANU 🇲🇾
    5 years ago
  • I DREAM. I HOPE. I BELIEVE
    Europe Trip: Edinburgh - Arthur's Seat
    5 years ago
  • Kasih Aleeya & Kasih Amaani
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    5 years ago
  • Good girl go travel
    Fukuoka - Busan Early October Day 4 and day 5
    5 years ago
  • Aku dan Diriku
    Pengalaman seciput 2018
    5 years ago
  • Lalalaland...
    First time in Brunei
    5 years ago
  • MamaAyahAman...
    Iceland the Land of Ice and Fire - Day 1 n 2
    5 years ago
  • gadisBUNGA™
    Trip Kelakar Seram Bangkok Kanchanaburi: Part 4 - Day 3
    6 years ago
  • Whatever-lahno
    Melbourne - The mountain, the sea and the city Part 2 -Brighton Bathing Boxes and Puffing Billy
    6 years ago
  • Nota Kembara
    Umrah 2019 (Bhg. 4) | Ziarah Mekah, Membeli-belah dan Makan-makan
    6 years ago
  • Farikica's World
    AÏT BEN HADDOU
    6 years ago
  • 3-M-Y-T-@-K-K-3-C-1-K
    Cuti-cuti Ipoh, Perak 2019 : Ada apa dekat Ipoh
    6 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    6 years ago
  • Tangga Domino CIKU
    Bercuti area Dataran Merdeka dan Port Dickson
    6 years ago
  • ~ LadyWA ~
    LV anyone ?
    6 years ago
  • JARDNESS.com
    4 Top Hostels in Kuta and Seminyak, Bali
    6 years ago
  • CT
    Musim Durian Kembali
    6 years ago
  • Passport to the World
    Al -Andalus : Shopping Day in Madrid, Spain
    6 years ago
  • Fida Black's Journey
    Buying Levi's Jeans from Amazon
    6 years ago
  • Super Sempoi Life
    Malang, Indonesia - Day 1
    6 years ago
  • The Lost Wanderer
    BRP Stolen in London
    6 years ago
  • Sister's Little Diary
    Cara Pengambilan ESP Shaklee
    6 years ago
  • Budak Letrik
    Part 2 | Backpacking Bajet Jeju: Seongsan Ilchulbong 성산 일출봉 & Pulau Udo Yang Tak Jadi
    6 years ago
  • Yantie Ahmad
    Kashmir Trip ~ Sonamarg (Day 5)
    6 years ago
  • iamthewitch Food and Travel Escapades
    7 Most Fun New Year’s Eve Party Ideas
    7 years ago
  • seriastana
    #travelmoments #queenstown
    7 years ago
  • Cik Puan Mimi
    Shopping di Kmart Australia
    7 years ago
  • ~cecite cecite ibu...~
    Télécharger Pilote Epson XP-410 Driver Pour Windows Et Mac
    7 years ago
  • sharing is caring
    LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - PART 2
    7 years ago
  • Through Nora Johari's Eyes
    Seoul: Cusp of Spring (Part 1)
    7 years ago
  • ' Senang Travel '
    Malaysian Passport can access 180 countries Ranked at #9
    7 years ago
  • My Journey...My Life...My Family...
    PAKEJ MURAH : TOKYO JAPAN TRIP RM4888 PERCUMA DISNEYLAND
    7 years ago
  • ... Aku Budak Senyum ...
    Salam Ramadhan Al Mubarak
    7 years ago
  • kaki berangan : Jom Travel!
    Buffet Ramadhan 2018 di Impiana Hotel KLCC
    7 years ago
  • Home | Reuben Teo Photography | Reuben is a Malaysian web designer and photographer. He travels a lot and does Photography, Videography and Motion Graphics. Take a look at his works and his latest destination.
    A Guide to Flores Island
    7 years ago
  • cerita tentang aku
    trip birthday | surat thani ke hatyai
    7 years ago
  • me as an amateur travel-holic
    Perth, Wait Awhile (WA) - Day 4
    7 years ago
  • Ranah Dunia
    Tawakkal Ke Atas Kehidupan
    7 years ago
  • my miniature page
    E-DAY
    7 years ago
  • My Memory Keeper
    South Korea Summer Day 5 – Seoul City Part 2
    7 years ago
  • Apo Laie Jang?
    Hiking Mount Semeru, Indonesia
    7 years ago
  • journeyofmylife
    Journey to Milan, Italy
    7 years ago
  • Kembara Sang Kancil
    Surreal Surabaya : Weekend Getaway - Part 1
    7 years ago
  • The backpacker
    Pulau Pinang in 2D 1N
    8 years ago
  • Catz's Cafe
    Hi..! I write again because of India.....
    8 years ago
  • Kampung Boy Goes Globe-trotting
    Sofia, a City as Beautiful as its Name
    8 years ago
  • Living To Explore
    New Zealand: Sydney and Hello Akaroa
    8 years ago
  • @omaralattas
    Bubur Lambuk Wadi Hassan
    8 years ago
  • EYE SEE D' DIFFERENCE
    COLOURS OF INDIA 3-Kashmir :Srinagar
    8 years ago
  • Let's Begin....
    Cite taun 2016 - Trippin bajet to Korea with partner baru
    8 years ago
  • Jea Mohamad
    Korea Selatan - Sorae Ecology Park, Incheon
    8 years ago
  • Wind of Change
    Pisa, Italy
    8 years ago
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
    8 years ago
  • Kaki Berjalan, Mata Memandang, Jari Menaip
    1st Update 2017- Dina Masuk Taska
    8 years ago
  • Dekat Di Hati...
    nurulmuhammadirsyad
    8 years ago
  • Blog Jalan-Jalan... By Malaysian for the WORLD!
    SATU NUKILAN DARI IDOLA TRAVEL MALAYSIA
    8 years ago
  • Travelholic
    Pengalaman Pertama Ikut Tes IELTS
    8 years ago
  • a WaLk 2 ReMeMbEr 2
    Trip to NEW ZEALAND
    8 years ago
  • mY sTory iS oN LiFEtimes
    Its Austria, No Kangaroo here (part 2)
    9 years ago
  • Aku Seorang Pengembara
    Incredible India - Rajashtan - Episod 14 - Meraikan Hari Raya Eid Ul Adha Bersama Masyarakat Muslim di Old Pink City, Jaipur
    9 years ago
  • .:It's all about my life:.
    India Trip 2016 : Chitkul Valley
    9 years ago
  • Chawanna
    Jejak Seribu Satu Malam - Tehran, Iran
    9 years ago
  • Muslim Backpackers Tips to Seoul
    Halal Restaurant Week
    9 years ago
  • Love.Trust.Enjoy
    Am I A Quitter?
    9 years ago
  • How Big is Your Brain?
    Throwback Convocation Day 17 October 2015
    9 years ago
  • Just Me and My Life
    Merdeka Trip - Manjung & Lumut
    9 years ago
  • LiFe AiN't EaSy
    Australia working holiday visa for Malaysian
    9 years ago
  • Cik-Anne Travel Blog
    Salam 1 Ramadhan !
    9 years ago
  • The Province of Chroma
    Discover Tasmania – The Arrival & Richmond Town
    9 years ago
  • Pink Diary's Journey
    A short and easy trip to Saigon
    9 years ago
  • TEACH, TRAVEL & THINK!
    [TEACH] Ujikaji Sains? Perekodan PEKA Kini Lebih Mudah
    9 years ago
  • ! ! The Time Traveler's Girl ! !
    Habuk 2
    9 years ago
  • Fayreen Mizan
    Edisi Comeback!
    9 years ago
  • Nice to see, nice to eat
    Taip Blog from Mobile???
    9 years ago
  • ♥ diAri hiDup eKa ♥
    ALLAH LEBIH TAHU
    9 years ago
  • CELOTEH MAMA
    Pengalaman Melahirkan secara C-Zer
    9 years ago
  • Suraya I.
    Australia : Melbourne to Grampians
    9 years ago
  • ~We Gain & We Spent~
    Me'nate Steak Hub, Ampang.
    10 years ago
  • qataridz.blogspot.com
    Hujan Turun Tanda Bermulanya Winter di Qatar
    10 years ago
  • bruziati
    Giveaway Wadah Pensil Warna
    10 years ago
  • Gejolak nafsu kembaraku...
    Recce Project Kami: Angkara Ankara
    10 years ago
  • Ceritera Chaz
    ROAD TO KOREA ~ DAY 1
    10 years ago
  • Cerita Hannafauzann ♥
    Zone 261 ()
    10 years ago
  • ~Nuansa Sekeping Hati~
    Ant-Man (2015) Online Streaming
    10 years ago
  • | AKU, DIA DAN COOPER |
    PUASA DAN RAYA 2015
    10 years ago
  • Vivian's World
    Home Cook 。Salmon Fish Head with Tomato & Beancurd Soup 。番茄三文鱼头豆腐汤
    10 years ago
  • Basil Hibiscus
    Turki - Istanbul
    10 years ago
  • believe it or not.. dieya is blogging now!
    halal feature: Yogi Dog @ Hollywood, USA
    10 years ago
  • Live Your Dreams by Zuriana Azreen
    Hidup memang untuk diuji...
    10 years ago
  • MyStorypic
    EID MUBARAK
    10 years ago
  • Kelly's Trails
    TREK Iloilo
    10 years ago
  • .:: HADRAWiLLiN ::.
    :: Opening Soon!
    10 years ago
  • World of Me
    Entry Sampingan ~ Bagaimana Packing untuk Travel Light?
    10 years ago
  • Travelogue Et
    Post Travel Blues
    10 years ago
  • :: JUJUE ::
    HI TEA WITH RITA RUDAINI
    10 years ago
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
    10 years ago
  • Aku Yang Sengal
    Namaste Mumbai! ~ Summary: 5D4N Itinerary & Expenses
    10 years ago
  • thetravelling3o.com
    Paris in 7 days & food guide!
    10 years ago
  • Lady Mariah the Part-Time Traveler
    Picnic at Simpang Mengayau
    10 years ago
  • Ini cerita saya
    Udon Thani to Loei
    10 years ago
  • ini belog mimiSAJA eh?
    miminators ke Krabi!
    10 years ago
  • Jalan Jalan Cari Jalan
    5 Tips Rancang Sendiri Honeymoon ke Bali
    10 years ago
  • LIVE IS JOURNEY... LOVE IS PASSION ... FOOD IS HEAVEN
    SeQy Beauty
    10 years ago
  • h a n i e
    Projek Untuk Kawan-kawan Yang Kita Suka
    11 years ago
  • Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah
    Barakallahhu alaina......
    11 years ago
  • BackpackerBusuk
    Nepal : Annapurna Base Camp - Phedi ke Pothana
    11 years ago
  • PENUMPANG BUMI
    Melbourne and the Street (Part II)
    11 years ago
  • buku-karangan-mekjah
    Status fb yang macam hape...
    11 years ago
  • Nur Farhana
    Organisasi Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Tekstil
    11 years ago
  • Asmara Life
    Happy 11th Anniversary!!
    11 years ago
  • cara murah melancong ke luar negara
    Makanan halal di Jepun
    11 years ago
  • white:moon:riders
    Visa China & MH370
    11 years ago
  • Yana Liyana's little Space
    #Newborn Photoshoot Baby Sofea
    11 years ago
  • Coretan Perantau di London
    4 Tips Untuk Backpackers : Travel Tips Murah
    11 years ago
  • Zarul Umbrella Dot Com
    Laksa Ah Cheng
    11 years ago
  • Dari Kelate Ke Copenhagen
    Belajar dari Denmark, Negara Paling Bersih Rasuah
    11 years ago
  • ~Words from the Heart~
    Cerita toilet
    12 years ago
  • dari mata turun ke hati
    Jalan-jalan ke Venice 5 - 7 Jun 2013
    12 years ago
  • Faizal and Anna
    Menjejaki Sahibul Menara...
    12 years ago
  • Water and Wine
    FOLLOW @WATERANDWINEPH ON INSTAGRAM!
    12 years ago
  • :: OUR LIFE ::
    wah wah wah...main petik nama Ladyverde nampak!
    12 years ago
  • Mode and honey - our timeline stories
    SPAGHETTI OLIO
    12 years ago
  • Aidil Yusof
    Europe aku datang! Part 1
    12 years ago
  • fabulousity by rizalman
    Rizalman for Zalora
    12 years ago
  • esumpelo
    The Peak 2nd journey
    12 years ago
  • Blah.
    Macaron Making: Finally a success!
    12 years ago
  • tendabiru
    akhirnya teratak kecil ku tersedia... Alhamdulillah
    12 years ago
  • ORANG RAWA
    Posting Terbaru!
    13 years ago
  • Destination
    My Abandoned blog
    13 years ago
  • An Alien Journey on Earth
    Alien is Moving ....
    13 years ago
  • Farsickness
    Stress Free in Samcheok
    14 years ago
  • ayu anggun
    TENSION
    14 years ago
  • Blog Goblok..;-p
    Mari Beramal..
    14 years ago
  • tRaVeLoGuE sEoRaNG BaCKpaCkER
  • Travel. Eat. Love
  • Naim Husni Latif
  • Eddie Aziz ...
  • ~~~~ Dessert Queen Journal ~~~~
  • Amirul Akmal Khalid
  • Rumah kecil kami
  • My Resipi: jom kongsi resepi
  • AnggerikBerduri
  • // kasyah
  • KelipKelipKunangKunang
  • blog AKU
  • Burton Girls
  • eunjin in SOUTH KOREA
  • Reshuffling Lifes Puzzles
  • 21 Dragons
  • Misi Kasih Sayang
  • Eyes in Korea
  • Love. Trust. Destiny.
  • Si Traveler Comel!

huuhhhhh...

Blog Widget by LinkWithin
sila jangan sentap..... Powered by Blogger.