Showing posts with label Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Bangkok. Show all posts

Silom City Hotel -Review

Hotel ni kawan aku yang booked. So aku tatau apa kriteria yang dia cari sampai booked hotel ni. Yang aku tau...aku request nak dekat area SILOM. Maka hotel ni yang dipilih. Aku tak de masalah tentang hotel ni..so aku onz je.

Hotel ni kawan aku booked tru airasiago kalau tak silap akulah. RM1000/pax untuk flight n hotel for 4D3N.

Time kami booking aritu, breakfast is not included. Tak de masalah pun as 7E ada kat depan hotel je. Merasalah makan mi segera thailand yang halal. Boleh tahan sedapnya
Ni view yang sempat aku ambil masa hari terakhir kat sana. Hotel ni facing lorong kecil je.
Ni 7E yang ada berdekatan dengan hotel. Semua pun ada. Toksahlah bawak berat-berat barang dari Malaysia. Beli kat sini je senang. Jalan depan sikit, akan ada masjid. So area situ ada lah orang jual makanan halal. Itu pun kami tak sempat nak explore sebab biasanya kami ni keluar awal pagi...balik pun dah lepas isya'.

Nak ke Chong Nongsi BTS station lalu area nih la.
Ni la rupa depan hotel. Gambar bilik seingat akulah...memang ada ambil. Tapi aku misplace mana ntah. Kalau aku "TER'jumpa aku tepeklah kat sini nanti-nanti ya✌ Yang best tentang bilik ni, dia ada sediakan 2 cermin sorang satu. So takyah la nak berebut dengan partner. Tau je la..ompompuan ni..ngadap cermin tu satu kemestian sebelum nak keluar bilikkan? Hiks

Time kami aritu, kami naik BTS dari Chong Nonsi Stn. Dalam net kata 13mins. Jauh gaklah menapak๐Ÿ˜€ 

Hotel kami dekat je dengan Chao Phraya River. Dan bestnya, kalau korang ambil package dinner atas bot tu, hotel ni termasuk antara hotel yang boleh mereka pickup. Tapi tu lahhhh.. tak de rezeki haritu nak dinner atas bot.๐Ÿ˜ข Maybe next time yang tak tau bila. Huhuhuhu

Overall aku rekemen je untuk korang yang nak stay kat sini. Tapi untuk yang bawak budak-budak  ermmm macam tak best je nak menapak jauh ke BTS stn. ๐Ÿ˜ž

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Sawadeekaa Thais- Last day

24 Disember 2017
Hari ni ialah hari bermalas-malasan sebabnya flight back home pukul 5 petang cenggitu. Masing-masing pulun berselimut sampailah check-out time. Lepas urusan check-out, kami terus naik taxi untuk ke airport. Murah je tambang lebih kurang 370B siap dengan tol highway.

Kami tiba di airport lebih kurang pukul 3 petang. Perut memang dah berkeroncong time tu. Misi pertama ialah nak cari tempat makan dan tempat yang nak dituju mestilah kedai makan "Bangmad". ๐Ÿ˜ŠKalau tak silap la... kedai ni area domestic departure. ada belah kanan kalau tak silaplah.
Makanan dia dah siap-siap pack. Korang just pilih apa yang ada. Nanti dorang panas dan hidangkan. Kedai ni kecil je. So tempat duduk memang sangat limited. Rasanya dalam 7 seat kalau tak silap akulah.
Pilihan aku hari tu kalau tak silap rendang la kot. Sedap sangat. Tapi pilihan kawan aku lagi sedap. Chicken basil. Pedas yang hamat. Terubat rindu makanan Malaysia yang pedas-pedas. Thai tea pun sedap.

Saje je nak show off gambar beg yang aku beli kat MBK semalam. Nak beli beg ni siap berebut. Huhuhu.. Ada orang yang sanggup offer aku harga yang lebih mahal daripada yang aku beli masa tu. Sebabnya bag aku ni tinggal satu je time tu.
 Sifat tamak aku membuatkan aku membeli roti canai yang tak sedap nih. Huhuhu.. Total makan kat sini 500B untuk kami berdua.
Settle makan, aku sempat membeli setem untuk pos postcard. Pastu kami terus masuk ke departure hall.
Sementara menunggukan kawan aku gi massage kaki, aku sempat makan sekali lagi๐Ÿ˜œ Hahahha.. Padahal dah kenyang kot time tu..Aku makan ayam goreng kat salah satu tempat makan halal bahagian dalam departure hall ni. Banyak gak pilihan makanan kat sini. Tapi aku pilih ayam goreng. Penangan nak makan ayam goreng mekdi tadi yang tidak kesampaian katanya...Ayam goreng "Au we" ni berharga 100B.
Tak lama lepas tu kami pun berlepas pulang ke Malaysia tepat pada waktunya...




Ok babai Thailand. Kalau diberi peluang memang aku nak jejak lagi kaki ke sini. Tak puas wei berjalan aritu. ๐Ÿ˜‰

Here aku share dengan korang perbelanjaan sepanjang kat sana. Tapi banyak je yang aku lost count. Tapi boleh lah kalau nak buat rujukan bagi sesiapa yang nak ke sana tak lama lagi.✌

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Sawadekaa Thais - Day 3.2

Kami minta teksi turun kami di MBK Center. Aku sempat withdraw duit kat sini. Huhu nak naik ke tingkat 5 building tu pun aku rasa susah nak mencari lif. Mungkin terlalu lapar. Jadinya sel otak tak berhubung sangat. Restoren ni ada berhadapan dengan food court.

Bila dah perut lapar.. ermm kemain beriya meng-oder. Macam-macam kitorg order. Pastuh tak habis. Siap tapau bawak balik. Ko tau je la..bila tapau bawak balik mesti tak makan sebab dah tak sedap.
Nampak tu.. pergi BKK dua orang..tapi order extra nasi putih. Memang kebulur sangat time tuh. Agak lama kitorang kat restoren tu. Maklumlah ada aircond. Budget hangus di Yana Restaurant - 1129baht

Pastu kami sibuk memborong souvenir. Haaa... nak dekat 2 jam jugaklah kami berdua memilih bendalah ni.
Menjelang malam, kami gerak ke area Siam. Ha ini kelako... kami naik teksi dari MBK Center. Bila kami bagi tau nak ke Siam Paragon orang tu macam muka tak percayeeee.. hihihi Rupanya dekat je MBK Center ke Siam Paragon tuh. teksi --> 100baht

Sampai je area tu..kami nak layan benda manis-manis pulak. Tq to Bibier yang dok cerita tentang cafe ni dalam blog dia. Ha...payah naw nak navigate cafe ni..as macam kat hujung-hujung. Berpusing-pusing aku mencari malam tu.
Aku tak sure sama ada memang tak ramai orang ke camana hari tu. Sebab yang ada kami berdua je time tuh. ๐Ÿ˜ฎ







Settle makan, kami layan live band pulak kat area antara Siam paragon ngan Siam Discovery ni. Memang happening gilos. Memandangkan satu  grab pun tak nak ambik kitorang...terpaksalah kitorang beratur untuk ambik teksi dari area Siam Paragon. Huhuhuhu.. nak dekat sejam beratur. Bila dapat teksi pulak..teksi yang penipu. Tak guna meter. Ha berhati-hati okeh kalau kat tempat meter tu dorang letak tuala. Dari luar memang nampak guna meter. Tapi bila masuk teksi dia kata meter rosak. Cis sangat nak pedajal kitorang. Pastu nak turunkan kitorang kat simpang yang agak jauh dengan hotel. Ha hape lagi. Hanginlah aku. Aku paksa dia masuk jugak. Dah la mahal ok dia charge kami. 300 baht. Suppose 100baht aje.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Sawadekaa Thais - Day 3.1 (Lopburi)

23 Disember 2017
Pagi tersebut sikit punya awal aku bangun. Excited tahap dewa kot. Seawal 6.00 pagi dah bersiap dan dapatkan teksi dari depan hotel dengan bayaran 54baht aje. Ada lah lebih kurang 10 minit ke Hua Lamphong Railway Stn.

Upon arrival kalau tak silap aku kat belah kiri ada kaunter tiket. Pagi tu tak ramai orang pun. Tapi gambar yang aku bagi ni time t/hari.
Kalau tak silap aku lah...7 pagi ni bukan tiket paling awal yang dijual. Aku beli tiket ni dengan harga 50baht tanpa nombor seat. Ermm memang agak cuaklah kan. Buatnya kena berdiri sepanjang perjalanan. Mau haru.

Actually aku try mintak untuk 2nd class dan first class. Tapi kakak kaunter cakap dah sold out. Hamboi cepat betul. Sebelum bertolak aritu pun aku dah try nak booked tiket online. Tapi tak lepas. Aku pun tak tau mana silapnya.
Aku tak sure coach mana nak naik. Aku cari seat yg agak-agak keras pastu tak de aircond, terus aku ajak bff duduk situ. Almaklumlah 3rd class kot. Mula-mula aku ingat semua seat kat 3rd class ni ada nombor seat. Rupanya idok ye. Satu cabin ni duduk ikut sape yang pantas cop tempat duduk.

Atuk ngan cucunya kat depan ni contohnya. Tiket dia pun standee. Aku siap curi-curi tengok nombor seat dia. Tapi haram tak dop. Dorang memang dah duduk kat situ time kami tiba. Dia cuba nak berbual dan tanya kami itu ini. Aku ingatkan sampai kat situ je yang dia curious tentang kami. Rupa-rupanya bila konduktor train sampai dia siap mintak konduktor tu check mana destinasi kami as aku jawab soalan dia "Malaysia". Ha..mesti dia cuak kalau-kalau train ni terlepas sampai ke Malaysia. Rasakannn...
Seat memang kecil. Untuk orang Asia ok lah kot. Pergi pagi memang tak rasa sangat hazabnya. Cuba nanti tunggu t/hari. Mau rentung!

Bila sampai kat certain stn, nanti ada orang jual macam-macam. Cucu atuk ni kemain asyik nak membeli je di setiap stn. Si atuk layankan aje. Budak ni nampak gaya memang nakal. Asyik bergaduh je ngan adiknya kat seat sebelah sana.

Selepas menempuh beberapa stn, sampailah kami di Lopburi.๐Ÿ˜๐Ÿ˜ 1st thing 1st, kena beli tiket untuk balik. Good good sangat bila semua seat 2nd & 1st class dah habis. Udahnya terpaksalah beli tiket 3rd class jugak dengan harga sama 50baht. Bertabah je la

Lepas beli tiket, kami di approach oleh beberapa orang driver teksi. Memandangkan kami ni tak de kawan lain, maka nya kami tak share pun teksi dan ermmm lupa nak mintak kurang harga yang ditawarkan. 600baht satu teksi! Untuk 3 tiga ladang sunflower kalau tak silap. Memang mahal ok.

Perjalanan agak jauh. Aku selalulah membayangkan camana la tempat ni. Sekali ermm macam tak menarik je ๐Ÿ˜€. Tapi bertukar menjadi menarik bila ko turun ke ladang. Time kitorang datang tu pun macam dah lepas noon. So bunga matahari tu pun dah mulai menunduk.





Memang saujana mata memandang time berada di ladang. Niceeee sangat. Selain kami berdua, adalah beberapa orang Malaysian lain yang ada kat sini jugak.





Oleh sebab panas lit lit, aku takat ada kat tepi tu je. Tak mampu nak explore ke dalam lagi.  Ada orang tanya aku...memang tinggi ke pokok-pokok tu? Ha..memang tinggi. Lebih tinggi daripada aku pun ada.
Memandangkan panas yang terlampau, dan kami berdua tak tahan...kami request hantar terus ke train stn. Patutnya, kami dibawa ke beberapa ladang yang lain. Tapi tak mampooo...Huntung atas angin je la driver teksi tuh. Dan tak semena-mena bahu aku sakit dan tak boleh nak gerak. Huhuhu...

Sampai kat train stn, kami ingatkan nak gi makan kat kedai makan halal yang ada di seberang train stn. Tapi tak jadi gi as keadaan bahu aku yang tak boleh nak gerak. Ni semua sebab beg aku yang berat tu la. Aku pun tak tau apa yang aku bawak dalam beg tu. Huhuhuhu..

Dah sampai hari ke-3 kami kat sini, haramm satu makanan Thailand pun kami belum dapat makan. Aish.. Dari Day-1 kami dok makan megi je kat hotel.
Kalau tak silap aku lah.. Dalam pukul 3 lebih kot kami naik train semula ke BKK. Nak nangis sebab macam udang bakar kami kat dalam train tu. Panassss

Lama gaklah aku berdiri dalam train tu. Bila nampak orang nak turun, menggelupur gi cari tempat duduk. Tingkap dia pun oldskul okeh. Aku pun sempat tertido macam amoi kat bawah ni.
Bila dah sampai kat BKK..bersyukur sangat-sangat. Bau badan toksah cakap lah. Huhuhuhu..
 Train stn kat sini besarrrr sangat. Aku pun nyaris-nyaris terlepas pandang iconic papan tanda ni as aku sibuk berbual dengan sorang Malaysian ni.
Memandangkan perut minta diisi.. kami try nak makan satu tempat makan halal kat area food court train station ni.
Tapi kami tak jadi makan pun kat situ sebab macam tak sedap je bau area tuh. Kami pun terus naik teksi (100baht) kat depan tu je untuk cari kedai makan yang popular di sebuah shopping complex.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER