Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Hello darling! - Overall budget

Akhirnyaaaaa....
Khatam sudah trip aku yang dah makan setahun lebih. Naw-naw jugak aku nak share dengan korang budget sepanjang 5 hari di bumi kangaroo yang ohsem!

Part flight bagai tu korang boleh adjust ikut suka if tak gunakan package yang aku ambil ni. Budget ni pun tak masuk makan (sepanjang kat sana) dan shopping. Sekali makan ada lah dalam RM100 (Kalau korang ikut nafsu makan aku ler).(Total makan = AUD100) Nak jimat masak sendiri atau bawak bekal. Aku ritu dah bawa rice cooker, tapi tak sempat masak sebab ermmmm malas.

Even aku gi time summer (Disember), cuaca tetap tak menentu. Sekali datang angin sejuk dia, mak aiiii sejuk tak menahan.

Oleh sebab kastam dorang yang menakutkan... aku declare segala benda yang aku bawa. Walaupun lepas, beg aku tetap dipunggah. Nasib baik tak de anjing. Huhuhuhu..

Sepanjang kat sana aku guna U-mobile data roaming je. Murah bak hang. RM10/day.

Trip ni aku tak guna sebarang public transport. Tapi nampaknya memang efisien public transport kat sana.

Area Darling Harbour tu datanglah pagi-pagi sebab orang pun kurang. Senang nak bergambar. Kalau tak....paham-paham ajer la.

Nah kakak belanja korang dengan senyum manis kakak sepanjang di Aussie ritu. Jangan stress okeh😀

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Hello darling!- Sydney Day 4 (part 2)

Later kami dibawa ke Birkenhead Point Brand Outlet. Hmmpphh aku memang tak membeli apa lah. Jadinya...... aku heret bff aku gi makan. Since kitorang tak akan dibawa untuk makan fish & chips, so pandai-pandai sendirilah cari. Jalan punya jalan .....aku nampak ada satu tempat makan ni. Plus view pun menariks. Harus kitorang terjah.
Letops ko makan kat sini. sebelah harbour. Banyak lah kapal-kapal mewah. Nice. Feeling makan-makan mewah eventho sharing basis. Huhuhuhu
Dalam toilet tu pun view amboi sangat.😃

Dalam pukul 3 macam tu, kami gerak ke Darling Harbour semula. Oleh sebab semua pun macam dah kelaparan tahap dewa, kami singgah makan kat Nur Muhammad Restaurant yang kami pergi semalam.
Nampak ke idok gambar kat atas tu? Hari yang kami pergi tu, kita boleh makan apa sahaja yang ada dan bayar ikut ikhlas. Memang senyum lebarlah semua yang masuk ke dalam restoren tu. Cuma pesanan khidmat masyarakat daripada aku.. makan berpada-pada. Jangan ambil banyak pastu tak habis ye. Lagi pun, offer yang restoran ni buat bukan selalu. Kiranya aku ni langkah kanan untuk hari tersebut.

Asam pedas dia....mak aiii memang power la. Aku ni pakkal ajer la dah kenyang. Kalau tak mau aku menambah sepinggan lagi nasi. Huhuhu..

Orang memang ramai ke sana pada hari tersebut termasuklah non muslim. Cuma tempat duduk kat dalam kedai tu agak sempit sikit. Tapi ada je kerusi dan meja kat luar. Antara korang tahan sejuk atau idok.

Dah kenyang, kami gerak semula untuk melihat Opera House dan Harbour Bridge. Jalan kaki je dari restoran tadi.
Cuaca aritu memang cun. Tak berapa nak sejuk sangat. Paling haru, menapak punyalah jauh macam nak tercabut kaki masing-masing.

 Punyalah banyak manusia waktu petang. Bertabah la nak cari muka sendiri dalam gambar.

Now nak menapak ke area Harbour Bridge. Nampak macam Opera House dengan jambatan tu dekat je kan.. Tapi sebenarnya mak aiii jauh gilos.
Aku suka area ni sebab lebih tenang. Ada rumput boleh santai-santai. Mula-mula aku suspek tak dalam la kot air kat area tu..sekali cruise pun boleh lalu. Huhuuhhu..

Lepas tu kami semua dihantar balik ke hotel. Area hotel aku ni best sebab banyak komuniti Islam. Kami pun ambil keputusan makan kat area hotel sebelum masuk beradu.
Biasalah aku ni..part makan memang tamak. Siap order ayam goreng lagi. End up buang je ayam goreng tu esok pagi. Huhuhu..
~End of the day~

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Hello darling! - Sydney Day 4 (part 1)

3 Disember 2017
Pagi hari ke-4 barulah kami dapat jejakkan kaki ke Darling Harbour. Kalau pergi Sydney tak nampak Sydney Opera House memang tak sah la kan. Plannya kami ke sana pagi hari sebab tak nak bergasak dengan orang ramai as hari tu ialah hari Ahad.
Aku suka je kat area ni sebab tenang dan langit pun membiru lain macam. Syiok ni kalau dapat berjoging kat sini. Ehhhhh...Hahahahah...joging dalam mimpi.


Bila ada kat sana barulah nampak banyak bangunan tinggi. Ok ini nice. Orang pun tak ramai. Berjalanlah kami sambil feeling-feeling kat negeri omputih. Eh??
Plan pagi tu, kami nak naik cruise. Tetiba kami terjumpa sekumpulan orang Malaysia. Huhuhu.. Macam jakun pulak kami semua. Ehhhh
Tiket untuk naik cruise ni ialah AUD7.10/way. Lepas tu kami tunggu cruise di terminal yang disediakan. Time ni angin tak berapa nak kuat sebab terminal tu dikelilingi divider berkaca.


Oleh sebab nak view yang ohsem, gigih aku dan kengkawan yang lain ke tingkat atas. Angin toksah nak cakap la... huru-hara aku nengok gambar memasing. Especially aku la. Banyak gambar yang tak de mata dan muka. Huhuhu


Lebih kurang sejam jugak kami duduk kat atas sana, kami pun turun. Memandangkan ada je yang tak pernah masuk Madame Tussauds,aku pun temankan dorang. Sementara kitorg masuk sana.. yang lain gi kupi2 area situ-situ jugak. Aku tak berapa nak ingat sangat harga nak masuk Madame Tussauds tu sebab macam ada combo dengan Sea Life Sydney Aquarium.






Matilanakkk jumpa boifren lama...👯

Dalam tengah hari kami bergerak meninggalkan area ni sebab mengejarkan nak ke tempat shopping. Aku takat follow je la. Nanti petang kitorang datang lagi ke sini.....huhuhuhu....
Pyrmont Bridge

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER