Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sawadeekaa Thais- Last day

24 Disember 2017
Hari ni ialah hari bermalas-malasan sebabnya flight back home pukul 5 petang cenggitu. Masing-masing pulun berselimut sampailah check-out time. Lepas urusan check-out, kami terus naik taxi untuk ke airport. Murah je tambang lebih kurang 370B siap dengan tol highway.

Kami tiba di airport lebih kurang pukul 3 petang. Perut memang dah berkeroncong time tu. Misi pertama ialah nak cari tempat makan dan tempat yang nak dituju mestilah kedai makan "Bangmad". 😊Kalau tak silap la... kedai ni area domestic departure. ada belah kanan kalau tak silaplah.
Makanan dia dah siap-siap pack. Korang just pilih apa yang ada. Nanti dorang panas dan hidangkan. Kedai ni kecil je. So tempat duduk memang sangat limited. Rasanya dalam 7 seat kalau tak silap akulah.
Pilihan aku hari tu kalau tak silap rendang la kot. Sedap sangat. Tapi pilihan kawan aku lagi sedap. Chicken basil. Pedas yang hamat. Terubat rindu makanan Malaysia yang pedas-pedas. Thai tea pun sedap.

Saje je nak show off gambar beg yang aku beli kat MBK semalam. Nak beli beg ni siap berebut. Huhuhu.. Ada orang yang sanggup offer aku harga yang lebih mahal daripada yang aku beli masa tu. Sebabnya bag aku ni tinggal satu je time tu.
 Sifat tamak aku membuatkan aku membeli roti canai yang tak sedap nih. Huhuhu.. Total makan kat sini 500B untuk kami berdua.
Settle makan, aku sempat membeli setem untuk pos postcard. Pastu kami terus masuk ke departure hall.
Sementara menunggukan kawan aku gi massage kaki, aku sempat makan sekali lagi😜 Hahahha.. Padahal dah kenyang kot time tu..Aku makan ayam goreng kat salah satu tempat makan halal bahagian dalam departure hall ni. Banyak gak pilihan makanan kat sini. Tapi aku pilih ayam goreng. Penangan nak makan ayam goreng mekdi tadi yang tidak kesampaian katanya...Ayam goreng "Au we" ni berharga 100B.
Tak lama lepas tu kami pun berlepas pulang ke Malaysia tepat pada waktunya...




Ok babai Thailand. Kalau diberi peluang memang aku nak jejak lagi kaki ke sini. Tak puas wei berjalan aritu. 😉

Here aku share dengan korang perbelanjaan sepanjang kat sana. Tapi banyak je yang aku lost count. Tapi boleh lah kalau nak buat rujukan bagi sesiapa yang nak ke sana tak lama lagi.✌

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Hello darling! - Overall budget

Akhirnyaaaaa....
Khatam sudah trip aku yang dah makan setahun lebih. Naw-naw jugak aku nak share dengan korang budget sepanjang 5 hari di bumi kangaroo yang ohsem!

Part flight bagai tu korang boleh adjust ikut suka if tak gunakan package yang aku ambil ni. Budget ni pun tak masuk makan (sepanjang kat sana) dan shopping. Sekali makan ada lah dalam RM100 (Kalau korang ikut nafsu makan aku ler).(Total makan = AUD100) Nak jimat masak sendiri atau bawak bekal. Aku ritu dah bawa rice cooker, tapi tak sempat masak sebab ermmmm malas.

Even aku gi time summer (Disember), cuaca tetap tak menentu. Sekali datang angin sejuk dia, mak aiiii sejuk tak menahan.

Oleh sebab kastam dorang yang menakutkan... aku declare segala benda yang aku bawa. Walaupun lepas, beg aku tetap dipunggah. Nasib baik tak de anjing. Huhuhuhu..

Sepanjang kat sana aku guna U-mobile data roaming je. Murah bak hang. RM10/day.

Trip ni aku tak guna sebarang public transport. Tapi nampaknya memang efisien public transport kat sana.

Area Darling Harbour tu datanglah pagi-pagi sebab orang pun kurang. Senang nak bergambar. Kalau tak....paham-paham ajer la.

Nah kakak belanja korang dengan senyum manis kakak sepanjang di Aussie ritu. Jangan stress okeh😀

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Sharing Session with Moji

Hari Sabtu minggu lepas, Syieda & BFFs pergi satu sharing session kat area JB ni. So sapa yang pernah menonton 2 kot siaran televisyen tentang backpack dengan Moji ni mungkin kenal. Dan sebenarnya Syieda langsung hokeh tak pernah nengok siaran tersebut. Selalu sangat terlepas waktu siaran.

Those yang aktif kat FB dan join MBC (Ni tak de kaitan langsung dengan dunia kpop hokei....*jeling..jeling kat orang tu*)  sure tau siapa Moji ni. Dia ni salah sorang admin kat situ. Ritu terfollow dia kat ig pun sebab gambar machu picchu.

Tetiba hokei dia nak buat satu talk pasal pengalaman dia berbackpack ke South America. Apa lagi.. terus kami bertiga booked tempat. Walhal time tu Syieda macam berbelah bahagi sama ada nak ke talk ni atau nak ke sekolah lama sebab ada reunion. Fikir punya fikir....... Syieda pilih ke sini je la.

Dah la datang lambat..nasib baik belum start lagi. Dan Syieda tak kenal siapa sebenarnya Moji ni. Siap tanya kat BFFs, sapa mamat yang asyik bercakap kat depan tu. Hahahah.. ingatkan itu MC untuk hari tersebut. Rupanya itulah Moji. kehkehkeh......Sekali bila start.... Sangat inspiring hokei!  Pula tu gambar memang super duper ohsem weii..
Dalam masa 3 jam tuh..macam-macam cerita yang keluar. Mamat ni memang giler dan sempoi sangat. Dari mula bercakap sampailah habis. Ada aje tips yang dia beri. Jangan tak tau, sampai ada foreigner yang datang talk ni tau.

Daripada talk tu, Syieda rasakan yang dia sebenarnya sangat lucky sebab boleh merantau jauh dari Malaysia  dalam usia yang muda. Dia sememangnya sangat lucky! Eh tak payah cakap lelebih la. Kang kalau ada sharing session cengini kat tempat korang silalah booked tempat hokei.

Nilah rupa Moji. Dan serious weiii...Syieda kalau berselisih bahu confirmmmmm tak kenal! Lain sangat muka dia kat video yang dipasang aritu dengan realiti.
Kena amati betul-betul gambar kat bawah ni sebab sangat la kecil.. Almaklumlah... telinga mendengar apa yang sedang didebatkan..mata pula sibuk dok peratikan death swing kat equador ni. So now buaian ni dah masuk dalam list wajib lawat hokei!

Ok itu je nak cerita.. babai..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER